While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010,Selamat Datang 2011

2010 hampir melabuhkan tirai...2010...ya,tahun yang banyak meninggalkan kenangan buat aku dan keluarga...Tahun yang banyak memberikan cabaran dalam hidup aku...Tahun yang banyak memberikan kesan dan perubahan yang besar dalam hidup aku dan keluarga...

Kehilangan ayahanda tercinta dalam sekelip mata yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila...13/03/2010 bersamaan 27 Rabiulawal 1431 Hijrah.Semoga roh ayah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman....

Cabaran dan ujian yang perlu aku tempuhi untuk melanjutkan pengajian ke United Kingdom. Begitu banyak ujian yang Allah berikan kepada aku. Ya,ujian Allah adalah untuk menguji tahap keimanan hambaNya,supaya hambaNya tidak mudah lalai dan sentiasa mengingatiNya. Alhamdulillah,segala cabaran itu dapat aku tempuhi walaupun setahun perlu aku tunggu,akhirnya 5/12/2010 bersamaan 29 Zulhijjah 1431,aku berangkat juga ke UK. Dan aku juga menyambut Tahun Baru Hijrah di UK,sesampainya aku di sana pada 6 Disember 2010. Semoga dengan ketibaan aku di UK pada Tahun Baru Hijrah itu dapat memberi pelbagai kebaikan untuk aku pada tahun ini.

Pada 31/12/2010 ini juga,pelbagai perkara menarik berlaku.Allah dengar doa aku,supaya hubungan aku dan housemates aku bertambah rapat. Dan pada malam ini, untuk kesekian kalinya aku keluar jalan-jalan dengan mereka.Betapa gembiranya aku.Pada waktu ini jugalah aku berkenalan lebih rapat dengan mereka,terutama sekali Mona,yang pada mulanya aku takut nak tegur dia. Setelah lama berbual,aku bertanya,adakah mereka muslim,dan perkara yang paling melegakan hati aku bila mereka kata semua orang dalam rumah kami Muslim.Thank you Allah...Kerana Engkau sentiasa melindungi aku...

Alhamdulillah,azam tahun 2010 dah terlaksana,iaitu nak pergi UK...akhirnya tercapai impian aku...hehe...

Aku berharap,dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah dan Tahun Baru Masihi ini akan memberikan pelbagai pengalaman menarik,indah dan gembira untuk aku dan keluarga aku. Dan juga memberi 1000 makna untuk kita semua. Azam tahun baru aku ape ye?Takpelah,biar aku simpan dalam hati dan kotak fikiran aku,tak perlu dicanang-canang. Semoga azam kali ini juga dapat dicapai.Amin ya Rabbalalamin...

Sunday, December 26, 2010

Kecilnya dunia...Subhanallah...

Subhanallah...
Kecilnya dunia ini...dengan tak semena-mena,aku berjumpa ramai orang yang berkait-kait...
firstly,kakak angkat aku masa kat SMKAS,kak Nurul Azlin Tukiman, rupanya kawan kepada kawan yang aku baru kenal masa nak datang Leeds hari tu, Azni Aziz. Azni ni pulak kawan kepada kawan sekolah rendah aku, Nazmi Jawahir dan mak azni ni pulak rupanya kawan kepada makcik aku.

Secondly,again, I met Nur Shazlin Shamsudin in FB yesterday. Before this, we know each other through Friendster about 3 years ago. Itu pun aku kenal melalui seorang kawan aku. Tetiba this girl add aku kat FB. Mula-mula tak kenal siapa,tapi lepas tengok gambar,baru perasan, Lin. Rupanya dia pun belajar kat UK jugak...
Seronoknya aku rasa...kat malaysia tak pernah jumpa,mudah-mudahan di UK ni dapat jumpa dia, InsyaAllah...

almost fainted!

uhh...malam semalam memang rasa tak sihat sangat...nak makan pun tak lalu...
mungkin sebab batuk...goreng nasi pun tak ada selera nak makan...tapi malam semalam gagahkan jugak pergi dapur panaskan nasi tu balik...maklumlah kat sini sejuk-sejuk,semuanya yang panas cepat sejuk...
siap je panaskan nasi,tetiba kepala rasa pening2,melayang2...ya Allah,bertahan...cepat2 aku matikan gas apa semua,aku masuk bilik sambil terhuyung hayang dan terus baring atas katil...masa tu cuma terfikir,macamana kalau aku pengsan dan tak sedar-sedar...aku tak ada sesiapa kat sini...housemates pun baru je kenal...nasib baik aku masih sedar.Bila dah ok sikit,cepat-cepat masak air, dan makan nasi...makan lah jugak walaupun tak lalu...

mungkin sebab aku tak makan nasi dari pagi...cuma 2 keping biskut je...huhu...pengajaran,lepas ni aku akan makan jugak walaupun tak ada selera...kalau aku sakit siapa yang susah,aku jugak...tak ada sesiapa nak jaga...huhu...

Friday, December 24, 2010

Bermulanya pengajian di University of Leeds

Setelah hampir 3 minggu sampai di Leeds, 22/12/2010 aku meeting dengan SV. Berbincang pasal projek yang akan aku buat untuk PhD aku. No more armorphous carbamazepine,but still about surface chemistry.

SV aku siap bagi all the proposals, notes, yang berkaitan dengan crystallization. dan dapat macam2 task,biasalah,kalau namanya buat research,kalau tak ada literature study memang la tak sah kan...

First thing yang kena buat,study proposal, study pasal PABA, material yang aku akan kaji. tentang crystallographic dan morphology of PABA. oh lupa, PABA ialah Para-amino benzoic acid. Kalau orang chemistry dan yang sewaktu dengannya mesti tau singkatan2 ni semua.

Tapi nak start study ni kadang2 masalah buat aku.Baca sikit dah ngantuk.Ni pun start ngantuk jugak ni...padahal baru pukul 8.30 mlm...dengan cuaca sejuk,ditambah badan yang tak berapa nak sihat ni,menjadikan bertambah2lah cepat nak tidur...huhu...

Tapi kalau perasan,sebulan pertama sampai kat sini,memang tak banyak boleh buat. Tambahan orang2 kat sini sibuk nak krismas,memang bulan pertama ni tak ada buat apa-apalah.cuma settlekan registration,pergi buat bank account,register kat medical practice,register untuk induction & register untuk english test.

Kiranya bulan Januari & Februari nanti, aku akan sibuk dengan induction. 3 induction kena attend. Induction untuk fakulti bulan Januari, 2 lagi induction bulan Februari. Pastu English test kena ambil bulan Januari ni...memang banyak kerja sikit...tapi nak buat macamana. Kalau tak pergi induction tu semua,tak boleh masuk lab.Tak boleh masuk lab maksudnya tak boleh buat experimen.Tak boleh buat experimen,macamana nak ada result.tak ada result macamana nak dapat PhD...hehe...

oklah,nak study...cari idea sikit apa yang patut...start doing literature review...ok..good luck ain! I can do it!
Cewah....

Wednesday, December 22, 2010

Rindu nya kat ibu!!!

Aku baru je skype dengan ibu...tapi taktau la ye,tetiba aku rasa nak nangis...
huhu...mesti orang kata aku gembeng...kui3...

Maybe sebab selalunya aku skype dekat 1 jam...tapi hari ni sekejap je,coz aku nak kena jumpa SV arini...
Lepas ni,bila aku sibuk,tak leh la aku nak skype dengan ibu pukul 12 tengahari macam selalu...hm...kena tunggu aku kat sini malam,kat Malaysia pagi-pagi buta la gamaknya...huhu...

takpela,tak dapat skype,telefon pun jadi la...

Tuesday, December 21, 2010

Leeds selepas hampir 3 minggu...

Nothing too much to update... I am not feeling well...seminggu sampai Leeds,demam pulak...adoi...
sedih...dah la jauh dari ibu...tapi dalam demam-demam tu boleh pulak jalan pergi Newcastle..hehe..bukan apa,melawat orang sakit...the next weekend nya (18/12/2010) pergi University of Sheffield,join talk RMK-10...ok la, jumpa ramai Malaysians kat sana...(kat Leeds tak abis jumpa,sibuk nak jumpa Malaysians kat tempat lain)...hehe...

semalam,pindah student hall...kira kolej la...alhamdulillah,dapat housemates yang ok...tgk toilet,bathroom,kitchen,semuanya bersih...mudah-mudahan terus-terusan begini la...

Esok (22/12/2010), meeting dengan Prof Roberts,my sv,setelah minggu lepas 2 kali aku postpone sbb demam punya pasal.Nasib baik dia memahami...dah biasa kot,setiap kali orang baru datang UK,mesti demam...nak2 datang time winter...

Hari-hari sejuk ok...malas nak keluar...tapi tak keluar,tak nampak dunia luar...oklah,nak taknak,esok kena keluar jugak,sebab kean jumpa SV dan nak pergi tengok office...

Oklah,esok kalau rajin update lagi...hihi...

5 December 2010

Dah dekat 3 minggu baru sibuk nak update...hehe...

5 Dec 2010...

Akhirnya tiba hari yang aku tunggu...untuk berlepas ke Leeds, United Kingdom...Betapa lama nya nak menunggu hari ini,dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang aku tempuhi sebelum tarikh ni tiba, Allah sahaja yang tahu macamana perit nya...


picture before pergi KLIA...thanx to my sis n my brother in-law for the cake...ingat kenapa la diorg keluar gi giant petang2,rupanya nak beli kek untuk aku..sangat terharu...hehe...

Alhamdulillah,sepanjang penerbangan ke Amsterdam & Leeds Bradford takde masalah...cuma flight delayed because of snow yg tebal...biasa la tu...

Yang penting,aku jumpa orang2 yang baik hati nak tolong aku semasa di airport memandangkan aku tak pernah naik flight pun before ni...thanx to them...

UCAPAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA:

  • To my ibu, thanx so much untuk everything yang ibu dah korban kan untuk angah.melayan kerenah anakmu yang cerewet ini.Nak itu,nak ini...thanx a lot...


  • To my sis n her husband,thanx tolong bawa ke sana sini naik kereta memandangkan angah tak pandai drive walaupun dah ada lesen...hehe...also the cake, and duit 100 pounds tu...thanx a lot...
  • To my auntie and uncle, Mak Non & Pak Nizam, thanx a lot sebab sanggup bawak angah ke sana ke mari nak gi buat visa,ambil visa,pergi UiTM,pergi Putrajaya melayan kerenah orang KPT,pergi bank sana sini nak buat TT and traveler's cheque yang last2 nya tak jadi buat pun...hehe...
  • To my younger brothers, hafiz n ariff, jadila anak yang baik,dengar cakap ibu, dont be naughty, belajar rajin2 sebab korang la harapan ibu.
  • Satu lagi untuk seseorang yang tak pernah aku lupakan,buat arwah ayahanda tercinta, I know, you will be the most happiest person if you are here with us. Walaupun ayah tak sempat tengok angah pergi UK,tapi angah tetap ingat dan pegang kata2 ayah yang mana ayah nak tengok seorang anak dia belajar kat oversea...Angah pengang kata2 ayah sampai bila2...Angah akan berusaha belajar betul2 di UK.
Terima kasih ya Allah...Engkau telah memakbulkan doa aku selama ini...

Tuesday, October 19, 2010

Cuti-Cuti Terengganu 2010 (Part 1)

Akhirnya!dapat juga aku pergi terengganu sekali lagi selepas setahun tak menjejakkan kaki di negeri tempat penyu bertelur tu...sangat rindu suasana di sana...berbalik pada cuti aku ni,kali ni yang best nya pergi dengan best friend aku...yana...thanx yana kerana menjadi pemandu yang berhemah...
Kitorang bertolak dari Shah Alam pada pukul 6.15 pagi...awal tak?hehe....memang best...pastu,breakfast kat tempat kesukaan kitorg,mcD...then,teruskan perjalanan sampai la kat kemaman,rumah yana, pada pukul 11.00.
Wah,dah tak sabar nak sampai Kerteh ni...sebab...nak makan NASI KUKUS KERTEH...memang best...sampai kerteh time orang solat Jumaat...apalagi,kitorang pun belasah luch kat situla...ni dia nasi kukus kerteh yang aku suka sangat tu...hehe...





Bila dah kenyang,kereta viva kesayangan yana pun menderu ke kompleks perindustrian petroleum Kerteh atau KIPC...dan singgah di Optimal sebab nak amik kunci dari kak Rozi...secretary EOG yang sangat baik...borak2 kejap,pastu sempatla lambai supervisor kesayangan aku dulu,Encik Yusnizam yang hensem tu atau nama gelaran dia kat ofis "Aboh@abah"...hehe...

pastu,balik,mandi,solat,gerak ke rumah operator department yana,Derivatives, rumah mela n leman...kat rumah mela makan mihun sup...kat rumah leman makan kuih raya...tapi yang best,siap dapat air oren & epal...best...haha...

Malam nya pulak,masa for GIRLS ONLY...hehe...kami keluar dinner dengan kak rozi,kaka syikin dan kak bi...kat residence resort...Kak bi belanja...thanx kak bi for the dinner...sedap makanan kat residence...kalau korang pegi terengganu,try la makan kat sana...tapi malam tu aku taktau nak makan ape...last2 aku makan nasi ayam je...=(




ok,untuk hari pertama sampai di sini sahaja ceritanya...sambung part 2 plak....hehe...

Tuesday, September 28, 2010

Doaku telah didengar olehNya...

Alhamdulillah...
Allah dah memakbulkan doaku yang satu ini...Akhirnya,penantian selama setahun berbaloi juga...
Ini semua berkat doa ibuku yang tak pernah jemu untuk mendoakan anaknya ini...Dan juga arwah ayah yang aku tau tak pernah lupa untuk mendoakan kejayaan anak2nya sepanjang hayatnya...Thank you very much to ibu dah arwah ayah...

Ketika aku tengah sedap2 tidur,dalam pukul 9.30 pagi (alamak,kantoi bangun lambat),ibu kejut.
"Angah,angah,ni ada surat dari UiTM.cuba lah baca."
Aku yang tengah mamai2 pun baca jela dalam keadaan mamai.Mula2 ingat surat nak beritahu permohonan dah bawa ke KPT.
Then,baca perenggan kedua, "Dengan sukacitanya dimaklumkan permohonan anda menukar mode program dari Split Program kepada FULL Program telah diterima."
Dengan tak basuh muka dan tak gosok gigi,aku terus call cik Noni.
Pastu terus email Prof Roberts mengkhabarkan berita gembira ini.Dan begitu cepat Prof Roberts reply email aku.Alhamdulillah...Rasanya insyaAllah dah tak ada masalah...tinggal tunggu offer letter dari sana,then buat visa,tempah tiket,settlekan apa2 yg tak  settle lagi dgn JPBSM...dan terus fly...

Thank you very much to my co-supervisor, Cik Nornizar binti Anuar kerana sentiasa memberi semangat kepada aku bila sampai satu tahap aku rasa berputus asa dan bila mana aku tau banyak mulut2 yang mungkin kata aku ni terlampau obsess menunggu sesuatu yang tak pasti,dia lah orang yang sentiasa meyakinkan aku.

Sekarang,aku percaya,sentiasa berfikiran positif itu penting tetapi pada masa yang sama,sediakan back up plan if one day apa yang dihajatkan tak tercapai.Dan jangan lupa untuk sentiasa meminta kepadaNya kerana segala yang berlaku adalah dengan izinNya.Alhamdulillah.

Tuesday, July 6, 2010

ko perli aku ke??

aku tak paham,kenapa tiba-tiba membangkitkan isu tu kat facebook?yela,kenapa tiba-tiba?kalau just saja-saja,no intention nak perli orang takpela...tapi takkan tak fikir ada orang yang akan terasa gila kot...lantak ko la labu...takpela...setiap manusia lain-lain...aku ada cita-cita aku ok...Hopefully niat ko bukanlah nak sindir aku...tapi kalau ko mmg nak sindir aku takpe...

Monday, June 21, 2010

OPTIMAL di hatiku...

Bukan UiTM di hatiku ea...OPTIMAL di hatiku...hehe...
Aku rindu sangat kat optimal...bila aku tension pasal study aku yang tak tau macam mana kesudahannya,dalam kepala aku ni mesti terfikir nak jadi engineer...pengalaman praktikal kat optimal dulu bagi impak yang besar dalam diri aku...bersemangat sangat nak jadi engineer...dapat pulak majoriti yang kerja melayu,campur dengan orang2 asing yang memang tak pandai cakap melayu...cabaran bagi aku sebab tak terror sangat nak speaking,tapi alhamdulillah,dapat improve communication skill aku...Bila browse website optimal,keluar pulak muka-muka orang yang aku kenal...aduh,lagi la rindu kat optimal...

Malam tadi aku telefon akak ofis EOG department.Kalau rindu optimal,ni la yang aku buat,telefon Kak Rozi.Tanya perkembangan orang2 Optimal...tak dapat cakap dengan semua,dengan seorang je pun jadi la...
Aku : Kak Rozi,saya rasa nak jadi engineer la...saya dah penat menunggu surat tawaran dari Leeds...
K.Rozi : Ha,jadi la engineer...apply OPTIMAL...
Aku : Ala,OPTIMAL ada position yang kosong ke?
K.Rozi : Tadi baru keluar iklan,Automation Engineer...

Dalam hati aku,wah,kesempatan ni...rasa nak apply...Masa praktikal dulu pun aku banyak belajar pasal benda ni...Kalau tak pun dulu En.Yusnizam nak letak aku bahagian ni,cuma mungkin dia tengok aku sungguh-sungguh nak belajar,dia pun tak jadi nak recommend kat bos...
Tapi bila fikir balik,kerja apa-apa pun sama je kan...ada cabaran nya tersendiri...Kena fikir betul-betul ni...Kalau nak kerja,terus kerja...kalau nak belajar,teruskan belajar...berfikir secara rasional ain,bukan ikut emosi...akan ku fikir kan...

Ini lah dia plant EOG yang aku rindu nak masuk,nak panjat column yang tinggi-tinggi...bahagia sungguh time praktikal...hehe...

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa buat allahyarham Hj.Yusop bin Hj.Suliman.
walaupun ayah takde,angah tetap nak ucapkan selamat hari bapa utk ayah.
angah rindu sgt kat ayah!Ayah pergi sekelip mata,tanpa meninggalkan sebarang pesan buat anakmu ini...
Hanya doa yg dpt angah beri untuk ayah sekarang.Semoga rohmu ditempatkan bersama-sama org yg beriman, ayah...Alfatihah...

Saturday, June 12, 2010

perlukah kecewa???

Hati...tabahlah...
jgn lah bersedih...jgnlah kecewa...
setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...
Allah Maha Adil...Allah Maha Berkuasa...

Ya Allah...aku memerlukan bantuanMu...
Bimbinglah hambaMu ini...Jauhkan aku dari segala kesedihan,kesakitan dan kekecewaan...

Tuesday, June 8, 2010

Sekadar mimpi@petunjuk???

10.00 pm : sambil ber sms dgn my bestie masa kat uitm : aku ckp camni kat member aku :" k la sab, aku nak tido dulu...nak mimpi bakal suami aku...haha..." dah abis sms,aku pun tido...

yg tak tahannye,masin jugak rupenye ckp aku ni...aku mimpi aku bertunang...tunang ke merisik ke,aku pun taktau...tapi...cincin nya,mcm org nikah tu...cantik...yg aku sgtlah terkejut sampai skrg,aku tunang dgn org yg sgt aku kenal...waaaa....tak percaya...lepas aku tgk je cincin tu,aku terus terbangun...ingat dah pagi...rupenye baru pukul 1.30 pg...mimpikah?atau pun petunjuk kah?Allah sahaja yg tahu...

Moral of the story : jgn lah kuat berangan...tidur basuh kaki,baca doa...kan dah mimpi yg bukan2...

Tuesday, June 1, 2010

Multi-tasks

Works need to be done :
  • experimental works (DSC,Elemental Analyser,XRD)
  • surface energy vs interfacial surface energy
  • Johnson-Kendall-Roberts Model for surface energy
  • research proposal for FRGS
  • study for my own research

Monday, May 31, 2010

Sunyi bila ayah tiada...

Sejak ayah tak ada,aku dpt rasa rumah tu suram je...ketawa ibu pun cuma nak tutup kesedihan dia...
Dulu,aku rajin stay up sampai 2-3 pagi...dgr ayah berdengkur,ayah batuk2...
Tapi sekarang semuanya dah lain...Dah senyap sunyi je rumah tu...Aku pun tido paling lewat pukul 12...dah takde nak main internet sampai 2-3 pagi...
Semuanya berubah...Aku mula kenal erti tanggugnjawab...tanggungjawab pada ibu dan adik2 aku...
Tabah lah hati...

not in mood to work..




Mmm...takde mood nak keje...jasad je ade kat lab,hati ni kat rumah...
Asyik ingat rumah je ni...nape ek?hati tak sedap...
Rindu kat ibu ke?Tapi baru je jumpe semalam...
Ya Allah...jgn la ade ape2 yg tak elok berlaku...
Serius,aku betul2 teringat rumah je ni...huhuhu...='(

Saturday, May 29, 2010

Apabila berjumpa geng2 lama...





Hari ini,sehari suntuk berjalan ke rumah kwn2....Pukul 9.30 pagi,gerak gi Kluang dengan yati. Harini another one of my best friends tunang lagi. Tahniah buat Khairunnisa binti Hamdan. Semoga pertunangan ini sampai ke jinjang pelamin...











Lepas tu,balik je dari Kluang,terus bergegas pergi rumah sahabat lama,nor azrita binti amin..dah selamat pun diijabkabulkan...sampai je diorang tgh sanding...yg best nye,jumpe kwn2 lama..my geng masa skolah rendah...hehe...Siapa lagi kalau bukan Adila aziz,fathiyah basri,ayu johar dan deqda...suka sgt...tapi tak best sbb gha tak dpt join...






Kesimpulan dari perjalanan aku hari ini,seronok sbb dpt jumpe best friends lama...(",)

Friday, May 21, 2010

Konvokesyen Engineering 21st May 2010


Baru balik dari DSB (Dewan Sri Budiman) UiTM Shah Alam...

Aduhai...demi menghargai kawan aku yang pernah dtg masa konvo aku,aku pun pegila jugak konvo dia walaupun terpaksa suka2 hati kluar ofis...


Terima kasih pada Amali,my ex-coursemate masa degree,nak jugak teman aku pegi konvo tu ea...Jasamu dikenang...hehe....


Tahniah buat Siti Hajar Salleh dan Mohd Fitri Othman...


3 tahun lagi aku pegi pulak konvo Ph.D ko ye fitri...time tu aku bagi bunga yg besar...hehe...


Hadiahkan Ph.D kepada ibu bapa

Adzrool Idzwan Ismail
Penerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Seni Lukis @ Seni Reka Fotografi UiTM
Istiadat Konvokesyen ke-72 UiTM
- KOSMO! Online -
aku tak kenal siapa mamat ni,apatah lagi nak minat dia...tapi tajuk berita tu menarik minat aku..
ye..dalam usia yg belum mencecah 30 tahun,beliau dah ada Ph.D...betapa bangga ibu bapa dia...
Semoga cerita dia ni menjadi inspirasi dlm hidup aku...
Tahniah kepada Dr. Adzrool Idzwan Ismail...(semoga dia dgr)...hehe...

Thursday, May 20, 2010

First Time...

~Assalamualaikum wrt...

Hihi...kelakarla plak aku tulis blog...
sebenarnya tgh kebosanan thp melampau duduk dlm ofis yg air-cond ntah -ve brape degree celcius ntah...sejuk gile nih...

bile dah bosan tu,aku pun baca la blog2 org,kwn2 aku,dan sapa2 ntah lagi yg aku tak knl...
Timbul la idea nak ada blog gak...yela,time2 bosan, boleh la nak merapu kat blog kite sendiri...betul tak?

sO...blog aku ni adelah tempat aku nak mengisi masa lapang aku yg takla lapang mana pun sbnrnye,merendahkan tahap keboringan,ketensionan dan ape2 jelah yek yg boleh aku buat...hehe...