While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010,Selamat Datang 2011

2010 hampir melabuhkan tirai...2010...ya,tahun yang banyak meninggalkan kenangan buat aku dan keluarga...Tahun yang banyak memberikan cabaran dalam hidup aku...Tahun yang banyak memberikan kesan dan perubahan yang besar dalam hidup aku dan keluarga...

Kehilangan ayahanda tercinta dalam sekelip mata yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila...13/03/2010 bersamaan 27 Rabiulawal 1431 Hijrah.Semoga roh ayah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman....

Cabaran dan ujian yang perlu aku tempuhi untuk melanjutkan pengajian ke United Kingdom. Begitu banyak ujian yang Allah berikan kepada aku. Ya,ujian Allah adalah untuk menguji tahap keimanan hambaNya,supaya hambaNya tidak mudah lalai dan sentiasa mengingatiNya. Alhamdulillah,segala cabaran itu dapat aku tempuhi walaupun setahun perlu aku tunggu,akhirnya 5/12/2010 bersamaan 29 Zulhijjah 1431,aku berangkat juga ke UK. Dan aku juga menyambut Tahun Baru Hijrah di UK,sesampainya aku di sana pada 6 Disember 2010. Semoga dengan ketibaan aku di UK pada Tahun Baru Hijrah itu dapat memberi pelbagai kebaikan untuk aku pada tahun ini.

Pada 31/12/2010 ini juga,pelbagai perkara menarik berlaku.Allah dengar doa aku,supaya hubungan aku dan housemates aku bertambah rapat. Dan pada malam ini, untuk kesekian kalinya aku keluar jalan-jalan dengan mereka.Betapa gembiranya aku.Pada waktu ini jugalah aku berkenalan lebih rapat dengan mereka,terutama sekali Mona,yang pada mulanya aku takut nak tegur dia. Setelah lama berbual,aku bertanya,adakah mereka muslim,dan perkara yang paling melegakan hati aku bila mereka kata semua orang dalam rumah kami Muslim.Thank you Allah...Kerana Engkau sentiasa melindungi aku...

Alhamdulillah,azam tahun 2010 dah terlaksana,iaitu nak pergi UK...akhirnya tercapai impian aku...hehe...

Aku berharap,dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah dan Tahun Baru Masihi ini akan memberikan pelbagai pengalaman menarik,indah dan gembira untuk aku dan keluarga aku. Dan juga memberi 1000 makna untuk kita semua. Azam tahun baru aku ape ye?Takpelah,biar aku simpan dalam hati dan kotak fikiran aku,tak perlu dicanang-canang. Semoga azam kali ini juga dapat dicapai.Amin ya Rabbalalamin...

Sunday, December 26, 2010

Kecilnya dunia...Subhanallah...

Subhanallah...
Kecilnya dunia ini...dengan tak semena-mena,aku berjumpa ramai orang yang berkait-kait...
firstly,kakak angkat aku masa kat SMKAS,kak Nurul Azlin Tukiman, rupanya kawan kepada kawan yang aku baru kenal masa nak datang Leeds hari tu, Azni Aziz. Azni ni pulak kawan kepada kawan sekolah rendah aku, Nazmi Jawahir dan mak azni ni pulak rupanya kawan kepada makcik aku.

Secondly,again, I met Nur Shazlin Shamsudin in FB yesterday. Before this, we know each other through Friendster about 3 years ago. Itu pun aku kenal melalui seorang kawan aku. Tetiba this girl add aku kat FB. Mula-mula tak kenal siapa,tapi lepas tengok gambar,baru perasan, Lin. Rupanya dia pun belajar kat UK jugak...
Seronoknya aku rasa...kat malaysia tak pernah jumpa,mudah-mudahan di UK ni dapat jumpa dia, InsyaAllah...

almost fainted!

uhh...malam semalam memang rasa tak sihat sangat...nak makan pun tak lalu...
mungkin sebab batuk...goreng nasi pun tak ada selera nak makan...tapi malam semalam gagahkan jugak pergi dapur panaskan nasi tu balik...maklumlah kat sini sejuk-sejuk,semuanya yang panas cepat sejuk...
siap je panaskan nasi,tetiba kepala rasa pening2,melayang2...ya Allah,bertahan...cepat2 aku matikan gas apa semua,aku masuk bilik sambil terhuyung hayang dan terus baring atas katil...masa tu cuma terfikir,macamana kalau aku pengsan dan tak sedar-sedar...aku tak ada sesiapa kat sini...housemates pun baru je kenal...nasib baik aku masih sedar.Bila dah ok sikit,cepat-cepat masak air, dan makan nasi...makan lah jugak walaupun tak lalu...

mungkin sebab aku tak makan nasi dari pagi...cuma 2 keping biskut je...huhu...pengajaran,lepas ni aku akan makan jugak walaupun tak ada selera...kalau aku sakit siapa yang susah,aku jugak...tak ada sesiapa nak jaga...huhu...

Friday, December 24, 2010

Bermulanya pengajian di University of Leeds

Setelah hampir 3 minggu sampai di Leeds, 22/12/2010 aku meeting dengan SV. Berbincang pasal projek yang akan aku buat untuk PhD aku. No more armorphous carbamazepine,but still about surface chemistry.

SV aku siap bagi all the proposals, notes, yang berkaitan dengan crystallization. dan dapat macam2 task,biasalah,kalau namanya buat research,kalau tak ada literature study memang la tak sah kan...

First thing yang kena buat,study proposal, study pasal PABA, material yang aku akan kaji. tentang crystallographic dan morphology of PABA. oh lupa, PABA ialah Para-amino benzoic acid. Kalau orang chemistry dan yang sewaktu dengannya mesti tau singkatan2 ni semua.

Tapi nak start study ni kadang2 masalah buat aku.Baca sikit dah ngantuk.Ni pun start ngantuk jugak ni...padahal baru pukul 8.30 mlm...dengan cuaca sejuk,ditambah badan yang tak berapa nak sihat ni,menjadikan bertambah2lah cepat nak tidur...huhu...

Tapi kalau perasan,sebulan pertama sampai kat sini,memang tak banyak boleh buat. Tambahan orang2 kat sini sibuk nak krismas,memang bulan pertama ni tak ada buat apa-apalah.cuma settlekan registration,pergi buat bank account,register kat medical practice,register untuk induction & register untuk english test.

Kiranya bulan Januari & Februari nanti, aku akan sibuk dengan induction. 3 induction kena attend. Induction untuk fakulti bulan Januari, 2 lagi induction bulan Februari. Pastu English test kena ambil bulan Januari ni...memang banyak kerja sikit...tapi nak buat macamana. Kalau tak pergi induction tu semua,tak boleh masuk lab.Tak boleh masuk lab maksudnya tak boleh buat experimen.Tak boleh buat experimen,macamana nak ada result.tak ada result macamana nak dapat PhD...hehe...

oklah,nak study...cari idea sikit apa yang patut...start doing literature review...ok..good luck ain! I can do it!
Cewah....

Wednesday, December 22, 2010

Rindu nya kat ibu!!!

Aku baru je skype dengan ibu...tapi taktau la ye,tetiba aku rasa nak nangis...
huhu...mesti orang kata aku gembeng...kui3...

Maybe sebab selalunya aku skype dekat 1 jam...tapi hari ni sekejap je,coz aku nak kena jumpa SV arini...
Lepas ni,bila aku sibuk,tak leh la aku nak skype dengan ibu pukul 12 tengahari macam selalu...hm...kena tunggu aku kat sini malam,kat Malaysia pagi-pagi buta la gamaknya...huhu...

takpela,tak dapat skype,telefon pun jadi la...

Tuesday, December 21, 2010

Leeds selepas hampir 3 minggu...

Nothing too much to update... I am not feeling well...seminggu sampai Leeds,demam pulak...adoi...
sedih...dah la jauh dari ibu...tapi dalam demam-demam tu boleh pulak jalan pergi Newcastle..hehe..bukan apa,melawat orang sakit...the next weekend nya (18/12/2010) pergi University of Sheffield,join talk RMK-10...ok la, jumpa ramai Malaysians kat sana...(kat Leeds tak abis jumpa,sibuk nak jumpa Malaysians kat tempat lain)...hehe...

semalam,pindah student hall...kira kolej la...alhamdulillah,dapat housemates yang ok...tgk toilet,bathroom,kitchen,semuanya bersih...mudah-mudahan terus-terusan begini la...

Esok (22/12/2010), meeting dengan Prof Roberts,my sv,setelah minggu lepas 2 kali aku postpone sbb demam punya pasal.Nasib baik dia memahami...dah biasa kot,setiap kali orang baru datang UK,mesti demam...nak2 datang time winter...

Hari-hari sejuk ok...malas nak keluar...tapi tak keluar,tak nampak dunia luar...oklah,nak taknak,esok kena keluar jugak,sebab kean jumpa SV dan nak pergi tengok office...

Oklah,esok kalau rajin update lagi...hihi...

5 December 2010

Dah dekat 3 minggu baru sibuk nak update...hehe...

5 Dec 2010...

Akhirnya tiba hari yang aku tunggu...untuk berlepas ke Leeds, United Kingdom...Betapa lama nya nak menunggu hari ini,dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang aku tempuhi sebelum tarikh ni tiba, Allah sahaja yang tahu macamana perit nya...


picture before pergi KLIA...thanx to my sis n my brother in-law for the cake...ingat kenapa la diorg keluar gi giant petang2,rupanya nak beli kek untuk aku..sangat terharu...hehe...

Alhamdulillah,sepanjang penerbangan ke Amsterdam & Leeds Bradford takde masalah...cuma flight delayed because of snow yg tebal...biasa la tu...

Yang penting,aku jumpa orang2 yang baik hati nak tolong aku semasa di airport memandangkan aku tak pernah naik flight pun before ni...thanx to them...

UCAPAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA:

  • To my ibu, thanx so much untuk everything yang ibu dah korban kan untuk angah.melayan kerenah anakmu yang cerewet ini.Nak itu,nak ini...thanx a lot...


  • To my sis n her husband,thanx tolong bawa ke sana sini naik kereta memandangkan angah tak pandai drive walaupun dah ada lesen...hehe...also the cake, and duit 100 pounds tu...thanx a lot...
  • To my auntie and uncle, Mak Non & Pak Nizam, thanx a lot sebab sanggup bawak angah ke sana ke mari nak gi buat visa,ambil visa,pergi UiTM,pergi Putrajaya melayan kerenah orang KPT,pergi bank sana sini nak buat TT and traveler's cheque yang last2 nya tak jadi buat pun...hehe...
  • To my younger brothers, hafiz n ariff, jadila anak yang baik,dengar cakap ibu, dont be naughty, belajar rajin2 sebab korang la harapan ibu.
  • Satu lagi untuk seseorang yang tak pernah aku lupakan,buat arwah ayahanda tercinta, I know, you will be the most happiest person if you are here with us. Walaupun ayah tak sempat tengok angah pergi UK,tapi angah tetap ingat dan pegang kata2 ayah yang mana ayah nak tengok seorang anak dia belajar kat oversea...Angah pengang kata2 ayah sampai bila2...Angah akan berusaha belajar betul2 di UK.
Terima kasih ya Allah...Engkau telah memakbulkan doa aku selama ini...