While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Tuesday, April 5, 2011

5/4/2011

Assalamualaikum...
5/4/54
Cantik tak nombor ni?cantikkan.Actually,tarikh ni tarikh lahir arwah ayah.Hayatnya cuma 55 tahun 11 bulan 6 hari.Alfatihah untuk arwah ayah.takkan lupa untuk sedekahkan yassin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk arwah.Alhamdulillah,hari ini rasa seronok buat kerja.Mungkin Allah memberi masa yang sibuk untuk aku hari ini supaya aku tak terasa sedih sangat kot dengan tarikh hari ini.Hari ini rasa menggunakan masa 8 jam di office dengan sebaik mungkin.Masuk lab,analyse data,training instrument,prepare sample,update kerja-kerja MPA dan sedikit preparation untuk pergi esok.Berdebar-debar nya nak pergi esok.Sebab tak pernah travel sorang-sorang kat tempat orang.Takpe,Allah kan sentiasa ada bersama kan?Mudah-mudahan urusan untuk esok dipermudahkan dari Leeds sampailah ke Diamond Light Source.Kemudian,dipermudahkan untuk belajar analisis data.Kena fahamkan,kalau tak sia-sia 106.90 pounds tu tau...Lagipun,confirm sv akan minta result. 

Takde benda penting sangat pun nak update.Just nak meluahkan rasa berdebar ni je...hehe...
Oklah,nak bersiap-siap dan berkemas-kemas untuk perjalanan esok.

Wassalam

Sunday, April 3, 2011

1st weekend in April

Assalamualaikum...

Akhirnya,hari ini aku berjaya buat cheese cake!Alhamdulillah,jadi juga..Yummy yummy =)


Bila terasa rindu sangat dengan family kat Malaysia,tengok gambar diorang...Gambar raya tahun lepas...=(


Gambar ni dah kurang seorang (arwah ayah),tahun ni gambar raya kurang seorang lagi sebab aku tak ada...

Bila rasa susah nak study,tengok gambar konvo,nak dapatkan inspirasi...sebab nak konvo lagi 3 tahun lagi insyaAllah.Nak pakai topi cendawan pulak.hihi...



Petang tadi juga kak rozi telefon.Tak sangka dari perkenalan semasa praktikal boleh menjadikan kami sangat rapat. Miss both of u sangat-sangat.


Sekian,terima kasih.

(Hanya tinggal 26 hari lagi untuk masuk ke alam 25 tahun...25 tahun dah?Tapi rasa macam masih 20 tahun...hihi)

Friday, April 1, 2011

Minggu Experimen

Assalamualaikum...

Dari minggu ke minggu semakin sibuk.Taktau lah apa yang sibuk sangat.Rasa banyak je kerja,tapi macam takde apa-apa pun yang siap.This week my sv pergi US.Baru balik semalam,dan hari ini lah baru dapat jumpa dia.Baru dapat berbincang tentang visit ke Diamond Light Source minggu depan.Clash pula dengan course yang nak attend hari Rabu minggu depan.Terpaksa cancel course tu dan cari waktu lain nak attend.

Minggu ni banyak buat lab works.Tapi guna sample orang lain.Sangat sedih.T_T
Tapi seronok belajar dengan Pakcik Dave.Dia sangatlah baik dan suka ajar semua benda yang aku tak tahu dan tak reti guna.Kenapa aku panggil dia pakcik?Sebab dia dah tua pun...Tapi semangat dia nak sambung PhD tu,memang aku salute la.Tapi depan dia takla aku panggil pakcik.Bukan faham pun kalau panggil dia pakcik kan. Yang seronoknya lagi,hari ini dia cakap dengan aku,
" Ain, I won't be here at the beginning of next week.So,could you please run the IGC by yourself?"
Masa dia tanya aku tu,aku tgh mencari urea sample kat dalam cupboard.Aku rasa kalau aku nampak muka aku sendiri masa tu,mesti bercahaya dan bersinar-sinar (sebab excited teramat sangat dapat run instrument tu sorang2).Takdelah,gurau je.Tapi memang excited la sebabnya before ni kalau nak start-up,run the experiment and shut down the instrument,Dave mesti supervise kerja aku.Kiranya kali ni dia dah percaya kat aku la untuk buat semuanya sendiri.Alhamdulillah.Syukur sangat.So minggu depan minggu experimen untuk aku.

4 & 5 April 2011 : Run Urea samples using iGC
6 & 7 April 2011 : Training Data Analysis for Beamline I24 X-Ray Microdiffraction at Diamond Light
                             Source,Didcot,Oxfordshire
9 April 2011        : Again,going to DLS for training beamline I03 X-Ray Microtomography

First time nak travel jauh-jauh seorang diri ni...Mudah-mudahan Allah permudahkan kerja-kerja aku minggu depan.Amin.

Alhamdulillah,baru lepas dinner,terubat juga nak makan sambal tumis udang.Yummy2...sedap...

Ok,sekejap lagi,housemates aku minta ajar buat doughnut.Malam2?Takpelah,nanti lapar lak malam2...Kesian pulak diorang.Ajar jelah.