While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Thursday, May 26, 2011

Homesick mode kembali!!!

Assalamualaikum...

Again,saya homesick.Nak ibu.Nak kak long.Nak adik-adik.Dah lama tak membebel dekat along.dah lama tak cubit-cubit ariff.dah lama tak gaduh mulut dengan uda.Rindunya.Ayah?Lagi lah angah rindu.Ayah yang pendiam. Teringat ketawanya bila ibu kacau dia.Ibu,angah pergi klinik lagi harini.Kat sini kena pergi sorang-sorang.Kalau ibu ada kat sini mesti ibu teman angah walaupun ibu tak suka pergi klinik kan.Ayah,mesti ayah hantar angah pergi klinik kan walaupun tengah-tengah malam. Ingat lagi angah pengsan depan toilet dulu pukul 4 pagi. Ibu dan ayah bergegas bangun hnatar angah pergi klinik. Sejak tu angah fobia sangat dengan gatal-gatal ni.Kat sini pun kena lagi.Ingatkan pergi oversea dah tak kena dah penyakit ni.Rupanya lagi teruk.Kalau lah ibu tahu angah kena tahan kat klinik,mesti ibu risau sangat.Huhu.Takpelah,Allah nak beri rehat untuk hari ini. Semoga saya sentiasa sihat dan dijauhkan dari segala penyakit yang merbahaya. Semoga semua ahli keluarga saya dalam keadaan sihat sentiasa, dan semoga roh ayah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.Amin...

Monday, May 23, 2011

Sampel Almond siap!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selepas beberapa masalah dalaman yang aku hadapi siang tadi,(suka nak emo lebih,hehe),akhirnya masalah dapat diselesaikan dan 2 sampel almond dah siap run menggunakan Morphologi G3 dan boleh bagi result tu kepada tuan punya badan kat King's College London. Actually, that sampel tak menarik sangat nak diperhatikan bawah mikroskop sebab ianya opaque sampel.So, cuma boleh dapat particle shape nya sahaja dan shape nya pun takla sekata.Tapi atleast nampakla bentuknya macammana.Hopefully diorang puas hati. 

Nak Nangis...

Assalamualaikum...

Waaa...aku rasa nak nangis je.X boleh nak run experimen!Morphologi taktau la nape problem.Lepas budak group lain guna je mesti ada problem.Aku email tak reply2...Hein pergi jaga exam tak balik2 lagi nak minta tolong dia...Automate pulak tuan punya experimen tak datang2...Email tanya sampai bila nak guna pun tak reply jugak...Dave pulak takde 2 minggu ni...Huhu...Tetiba rasa nak nangis sendiri...Ya Allah tabahkan hatiku...Beri aku pertolongan-Mu...

Sunday, May 22, 2011

Susah sangat ke???

Assalamualaikum...

Petang ni aku agak "berangin" sedikit dengan kawan-kawan salah seorang housemates aku of cos dengan housemate aku tu sekali la. She made a barbeque this evening and invited all her friends. (of cos including non-muslims). Yang aku berangin nya, kawan-kawan dia tahu satu rumah kami ni semuanya Islam dan hanya makan daging yang halal which means daging yang disembelih oleh orang Islam.Korang tahu korang dijemput oleh orang Islam, so apa yang susah sangat beli daging halal. Dekat dengan Montague Burton ni ada kedai jual daging halal pun.Tak sampai 5 minit pun nak jalan. Apa yang susah sangat. Tak pasal-pasal salah seorang housemates aku terpaksa meluahkan semula apa yang tengah dia kunyah.Nasib baik dia baru sekali gigit dan belum telan lagipun,tapi aku tahu macam mana feeling dia. One of her friend cakap, " it is probably not pork."Kalau pork lagi la taktau apa gaya kawan aku tu.I was so pity of her. Housemate aku yang organise barbeque tu pun satu, tak bagitau yang daging halal yang dia bakar dah habis. Kau bagitau lepas kawan tu tanya daging tu halal ke tak. Kau duduk dengan kawan serumah kau tu selama 8 bulan, keluar makan sama-sama dengan dia, dan tahu dia memang cari kedai halal pun selama ni. Apakah???Nasib baik hati aku tadi tergerak untuk gerak ke tempat hidangan lambat-lambat. Terima kasih ya Allah kerana dah selamat kan aku dari termakan daging yang non-halal itu. 

p/s:semalam aku pergi shopping dengan 2 orang research group member aku.Diorang bawa aku pergi satu kedai makan namanya Tampopo. Semua makanan Asia termasuklah makanan Malaysia. Dan cuba teka aku dapat makan apa?


Rojak atau pecal kat restaurant ni diorang panggil Gado-gado. Tapi gado-gado nya takde pun.Heaven je rasa dapat makan kuah kacang ni. Baru je pagi tu tanya ibu macammana nak buat kuah pecal.Okla,not bad walaupun tak pedas.

Another one,cuba teka apa ni?


Satay...hehe...walaupun hanya 3 cucuk sahaja...Dan aku dah tak kisah harganya mahal ke tak,asalkan dapat makan.Ops...halal tau...hehe...

Ok,nak soalt maghrib...tata...

Saturday, May 21, 2011

Experimen oo Experimen

Assalamualaikum...

Yeay!Esok dah Sabtu!Sekejap je dah sabtu.Next week bermulalah kerja-kerja menghasilkan kristal.Urea jadikan kristal?macam pelik je bunyi nya kan...Hehe...Actually, ianya dalam bentuk particle halus dan powder. tapi korang pernah tahu tak sebenarnya setiap particle ni ada bentuk dia tersendiri. Apa yang kita nampak selalunya final product kan. Contohnya ubat dalam bentuk kapsul. Sebelum kapsul tu terbentuk, ubat tu dalam bentuk powder yang halus-halus. Then, barula dicompactkan dalam bentuk kapsul yang cantik tu. Aku pernah present tajuk research aku ni masa kelas English, tutor aku tu pelik sebab aku kaji particle utk pharmaceutical drugs. Dia tanya aku, bukan ke ubat tu dalam bentuk kapsul or liquid?then, aku pun terangkan lah sebenarnya macammana sebelum jadi kapsul tu. Sebelum aku belajar benda ni, aku pun taktau jugak. Then, process nak menghasilkan 1 jenis ubat tu pun masyaAllah, panjang rupanya perjalanannya. Lain kali lah aku cerita. Berbalik kepada bentuk particle tadi, rupanya bentuk particle ni cantik!Macam kristal yang jual kat kedai tu...sebab tula dipanggil kristal.Hehe...Subhanallah...Cantik-cantik ciptaan Allah yang kita tak terperasan pun cantiknya. Sebabnya kita tak dapat tengok dengan mata kasar. Sebab itulah kita disuruh menuntut ilmu sebab banyak lagi benda yang kita tak tahu. Selama 2 minggu ni, my colleague, Dave, takde. Selama aku run experimen, selalunya dia yang supervise kerja-kerja aku. Dia telah diamanahkan oleh sv aku untuk train aku guna alat-alat di lab. So, selama 2 minggu ni, aku run all the experiments alone without his supervision. Hopefully, everything gonna be fine. Aku cuma perlu menjadi orang yang lebih confident je.So, 3 eksperimen yang aku akan buat dalam masa 2 minggu aku target. (Dave balik je aku dah boleh tunjuk result kat dia) : (1) Crystallisation of Urea & Urea/biuret
              (2) Surface Energy Analysis menggunakan iGC
              (3) Particle Size & Shape Analysis menggunakan Morphologi G3

Morphologi ni pun buat aku bengang hari ini. Taktaulah kenapa setiap kali lepas budak research group lain guna, ada je problem. Apa ntah yang diorang ubah-ubah kitorang pun taktau. Dan membuatkan aku dah tak boleh nak run experimen aku tadi. Sabar jela.Mudah-mudahan next week dah boleh guna.

Tapi di kala aku sedih sebab tak dapat nak run eksperimen, dapat juga satu berita gembira. Aku dah pass english test. Alhamdulillah. In-sessional class tu membantu aku juga. Jawab soalan ikut apa yang dah diajar masa kat kelas. So, rasanya lnext semester dah boleh attend Academic Writing Class. Tak sabarnya rasa. 

Alhamdulillah, perlahan-lahan aku rasa aku dah mula dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang research student. Dari mula-mula aku yang sangat dependent kepada orang lain, aku dah belajar sedikit demi sedikit untuk bekerja secara bersendirian. Apa yang penting adalah keyakinan diri. Perlahan-lahan juga aku cuba untuk menjadi seorang yang yakin pada diri sendiri dan belajar untuk menjadi berani dalam membuat sesuatu keputusan. Amin...

Ok, aku nak start study...Dan esok pagi aku terpaksa pergi universiti sekejap sebab buku lab aku tertinggal kat dalam lab...

Oh lupe,aku perasan lately ni ramai orang google pasal "belajar di UK" dan mereka terjumpa aku punya blog. Dulu aku tak terfikir pun nak google untuk cari maklumat pasal belajar kat UK.Sape-sape yang baca blog ni, silalah tinggalkan komen especially kat entry persediaan belajar di UK. Kalau membantu alhamdulillah,kalau tak membantu, aku minta maaf. 

Wednesday, May 18, 2011

Sixth Month Progress Report

Assalamualaikum...

Minggu ini, sibuk lagi, tapi bagus juga sibuk-sibuk ni walaupun kadang-kadang aku buat tak tahu je rupanya banyak kerja yang aku kena buat. Semalam, meeting dengan sv aku. Macam biasalah,discuss pasal progress research, dan setiap kali meeting tu lah aku akan dibasuh oleh sv aku.Hehe..takdela kena basuh apa,tapi nasihat yang berguna yang aku rasa tak semua sv macam tu.Aku bersyukur sangat dapat sv yang baik yang suka bagi nasihat so that aku sedar dan lebih menghormati dan menghargai sv aku tu walaupun ada juga cerita tak sedap yang aku dengar pasal sv aku,tapi setelah mendapat nasihat dari seorang kakak,dia cakap,as long as sv kita baik dengan kita dan masih ambil berat pasal kita,tolong kita itu tak jadi masalah.Tak payah nak fikir benda-benda negatif ni.Betul juga,buat aku down dan pernah sampai satu masa,aku rasa malas nak buat research.Tapi alhmadulillah,aku boleh overcome semua masalah tu. Semalam je, dia bagi aku pinjam buku lagi.2 buku sekali tau.So,dah 4 buku dia ada dalam simpanan aku dan 1 audio book.

Hari ini,aku hantar progress report yang perlu dihantar ke UiTM dan KPT kat sv aku untuk dapatkan ulasan supervisor berkenaan study aku.Alhamdulillah, semua feedback dia baik.Aku tak harap pun markah macam tu dari sv aku sebab aku sedar diri aku, masih lemah, lagi-lagi bab communication.Yela,english aku pun tak bagus pun.Aku cakap dengan dia pun main sedap ayat aku je.Asalkan dia faham.Tapi alhmadulillah,dia cakap,dia takde masalah komunikasi dengan aku.Setiap markah dia bagi dia bagitahu aku.Ulasan yang dia buat pun dia baca kuat-kuat depan aku.Tersipu-sipu aku.Haha...Tapi aku tak lupa untuk ucapkan terima kasih lepas dia baca comment dia tu.Alhamdulillah,Good start actually.Mudah-mudahan selepas ini aku boleh dapat markah lebih tinggi lagi.

Ok,malam ni kena study.Esok kena buat demonstration Morphologi kat visitor dari mana entah.Adui la,sv aku percaya pulak kat aku untuk work on it independently.Kat orang luar lak tuh...Ya Allah,permudahkanlah tugas aku esok.Amin...

Let's start do some revision!

p/s:terima kasih kepada sponsor saya sebab dah masukkan duit...alhamdulillah...

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum...

Hari ini,16 Mei 2011 ialah Hari Guru Se-Malaysia.Selamat Hari Guru kepada semua cikgu aku yang aku sayangi.Pertama sekali, kepada cikgu seumur hidup aku,yang dah mengandungkan, melahirkan,membesarkan, menjaga, mendidik aku sehingga aku menjadi orang seperti sekarang, tentu sekali ibu tersayang+tercinta+terindu,Halimah binti Hashim. Seorang yang tegas, garang (tapi dah besar-besar ni dah takut dahla...haha) tapi sangat sporting. Terima kasih ibu sebab dah menjaga, mengajar dan mendidik angah dari dalam perut sampai la angah sampai kat bumi UK ni.Atas doa ibu dan arwah ayahla angah sampai ke tahap ini.(Doa ibu bapa,guru-guru adalah antara doa yang makbul tau, sebab tu kena menghormati guru-guru kita). Paling ingat bila belajar mengaji al-Quran.Kalau tak nangis memang tak sah!Memanglah ibu marahkan kalau baca al-Quran main-main, dah diajar setiap hari masih lambat pick up.Tapi alhamdulillah, disebabkan kena marah, kena rotan, kena cubit tu lah dapat menguasai bacaan al-Quran insyaAllah. Dan bila tak dapat no.1,kena marah.Paling tak boleh tahan kalau ingat balik.Tak dapat no.1 ok kena marah.Tapi semua tu menjadikan aku lebih bersemangat nak belajar. Tapi lama-kelamaan,aku dah tak kisah kena marah sebab tak dapat no.1 sebab bagi aku no.tu tak penting sangat pun. Juga kepada allahyarham ayah aku yang juga seorang guru.Yang memang tak pernah marah aku. Kalau marah pun, kitorang tak takut sangat sebab tahu ayah tak pandai marah anak-anak dia. Lepas dia marah, nanti kitorang ketawa2,lepas tu dia pun ikut ketawa sekali. Ayah memang cikgu yang paling baik hati. 

Kepada cikgu tadika aku, Cikgu Fatimah dan cikgu Saniah, taktaula mana cikgu Saniah sekarang. Tapi anak cikgu Fatimah kata, mak dia masih simpan hadiah hari guru yang aku bagi masa tadika dulu. Ada display kat rumah dia. Aku pun dah tak ingat hadiah apa. Terharu sangat. Terima kasih cikgu kerana melayan kerenah saya masa saya kecil dain pilih saya masuk pertandingan itu ini dan actually dari situ lah membantu aku jadi orang yang berani sedikit berada di khalayak ramai walaupun sebenarnya aku nervous sangat kalau disuruh masuk apa-apa pertandingan. 

Next, cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Pintas Puding. Sampai sekarang kami masih contact each other, walaupun hanya di FB. Tapi kalau raya, ada kesempatan aku pergi juga rumah diorang dengan geng2 lama aku. Alhamdulillah cikgu, hasil didikan cikgu zaman kami kecil2, kegarangan mereka lah yang menjadikan aku dan rakan-rakan manusia yang berjaya.

Kemudian, cikgu-cikgu SMKAS dan juga KMPP.(dah tak larat nak tulis dah sebenarnya...) Terima kasih atas jasa guru-guru semua. 

Dan yang terakhir sebelum nak solat subuh dan tidur, kepada para pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam. Jangan lupakan para pensyarah kerana pangkat mereka sebagai pensyarah. Mereka pun guru cuma gred diorang tinggi sikit je dari cikgu. Terima kasih semua atas dorongan dan semangat yang diberikan, aku berada di sini. Kalau tak ada semangat dari mereka, rasanya aku dah sambung master kat malaysia je sekarang ni. 

Semoga semua warga pendidik ini mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah kerana didikan mereka yang tak pernah mengenal erti jemu. Semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat dimanfaatkan oleh semua orang. Tahniah guru-guru ku kerana menjadi guru yang berdedikasi!(",) 

Wednesday, May 11, 2011

kenapa hari ini???

Assalamualaikum...

Rajin pulak mengupdate blog kan petang-petang macam ni...Hari ini aku pergi office macam biasa lah.datang awal jugak la.Pukul 9 lebih.sekarang tengah mendisiplinkan diri untuk datang awal ke office.Alhamdulillah,semakin biasa untuk datang awal.Hari ini hari paling banyak mereply email kot.Then,dapat 3 invitation untuk pergi conference.Should I go all 3?Dulu,aku selalu bertanya pada diri sendiri,kenapa sv aku takde ajak aku pergi conference pun.Nah,nak sangat,3 sekali dapat.Pergi conference memanglah bosan sebab dengar orang cakap je,tapi nak ilmu,kena lah merasa bosan tu sikit.I think I should go all 3.Penuh.June,July,September.August takde ke?haha...nak sangat ke ain....adui....
Actually the main thing nak tulis kat sini sebab aku nak meluahkan rasa terkejut bercampur cuak aku ni.Selalunya aku akan balik after 6 pm.Tapi hari ini aku rasa letih + pening + sakit kepala.(actually selalu je rasa pening bila dah petang-petang pukul 4-5 tu.tapi tahan je).Tapi hari ini aku decide nak balik awal.Hein,kawan vietnam aku dah menguap je dari pukul 1 tghari.Aku nak gelak tgk dia asyik menguap.Pastu aura mengantuk dia pun sampai kat aku.Aku tahu Hein selalu balik lambat,rajin budak ni.Stay sampai pukul 7 kadang-kadang,weekend pun dia datang office buat kerja,cuma sekarang je dia malas sikit.Dia lah yang cakap,bukan aku.Lately ni kitorang memang selalu balik sama-sama sejak aku pun dah pandai balik lambat.Hari ini aku cakap dengan Hein,"Hein,I want to go home now."Masa tu pukul 4.40 ptg.Tetiba Hein pun cakap nak balik sesama dengan aku.So,aku tunggulah dia dalam 10 minit dan kitorang pun keluar sama-sama.Kitorang lalu jalan belakang fakulti engineering.Tengah jalan kat atas divider sambil borak-borak dengan Hein,tetiba dari jauh aku nampak seorang lelaki berbadan besar,tinggi,pakai spec,rambut putih dan agak botak sedang berjalan arah bertentangan dengan kitorang.Aku cuit Hein,"Hein,is that Kevin?"Dalam hati aku dah berkata macam-macam dah.sure kena ni.Baru Hein perasan kat depan kitorang sv kitorang.Adui...Kalau dah buat salah,memang Allah nak tunjukkanlah kan.Nasib baik Hein pandai cover bila sv kitorang tanya kenapa balik awal,siap suruh kitorang balik office semula.Time aku balik awal lah terserempak dengan sv aku.Time aku balik lambat tak pernah pulak.Muka aku ni memang muka tak boleh buat salah.Kalau buat salah mesti kantoi...Ahaks..
Hmmm...macam-macamlah...agaknya sv aku macam tu la kot time buat PhD dia.Stay sampai malam kat office.Bila aku nak jadi macam dia ni...huhu...

Oklah,hati dah tenang sikit.Esok bersedialah kena sound ke,kena perli ke dengan sv ye time meeting 4 ptg esok...Hehe...Cuma mampu senyum dan buat muka comel jela esok...

(Pengajaran:ikut cakap sv tu penting.Lepas ni nak balik pukul 8 malam.Berusaha!)

Tuesday, May 10, 2011

Musim Peperiksaan

Assalamualaikum...


Ye,sekarang ni rasanya mana-mana universiti baik di Malaysia or di UK tengah periksa.Rasanya UiTM dah nak sampai penghujung exam.Di Leeds ni pulak,baru nak start exam.Beberapa orang kawan aku yang buat medic kat sini tengah berjuang untuk final semester diorang.Aku doakan mereka semua berjaya dengan cemerlang.Aku tahu macammana rasanya bila dah final semester,perasaan berdebar-debar,akan luluskah paper-paper terakhir ni?Bercampur pula perasaan gembira tak terkata sebab dah nak habis degree.Nak dapatkan segulung ijazah setelah bertahun-tahun berhempas pulas belajar.Semua perasaan tu bercampur menjadi satu.Budak-budak lain pun tengah berhempas pulas jugak study.Tak ketinggalan housemates aku yang akan ada exam next week.Ada pulak yang baru bermula dissertation mereka.Semua bertungkus lumus ingin menyiapkan tugasan mereka dalam waktu yang ditetapkan?Aku?walaupun aku tak ada exam,tetiba aku pun turut sama rasa cuak,berdebar-debar.Tetiba.Aku pun dapat tempiasnya sama.Tapi actually aku ada exam jugak.Exam English next week.Adui la hai...Boleh tak kalau tak amik?Aku tak kisah kalau disuruh amik exam yang berkaitan dengan engineering ke,maths ke,tapi tolong lah jangan English.Tapi bukanlah sebab exam ni yang buat aku berdebar,tapi sebab dah 5 bulan lebih aku kat sini,tapi aku masih belum dapat menguasai sepenuhnya apa yang aku study selama 5 bulan ni.Bila fikir-fikir balik,agak mustahillah nak menguasai semuanya dalam hanya 5 bulan.Tapi serius,progres research kurang memberangsangkan.Sv aku tanya,"Do you have any progress on data analysis?"Aku menjawab,"No,sir." Macammana ntah mulut ni boleh dengan selamba menjawab NO...Aduhhh...At least,bagilah ayat yang sedap sikit didengar.Nasib baik tak kena marah.Tapi kalau lepas ni jawab macam tu lagi,sure kena lepas ni.Memang kena berhati-hati selepas ini.
Oh ya Allah,bantulah aku untuk selesaikan masalah yang masih aku belum jumpa jalan penyelesaiannya.Memang paling lemah kalau bab software,bab komputer.Benda paling aku takut sekali bila belajar ok...So,kalau kawan-kawan aku sibuk mengupdate komputer dengan window vista,window 7 dan lepas ni taktau la window apa lagi,minta maaf,aku punya laptop ni window 7 pun sebab aku beli laptop baru.Kalau tak,memang aku guna window XP jela jawabnya.

Ok dah melalut lebih-lebih,aku nak siapkan kerja-kerja MPA yang masih tergendala.oh ye.Sekadar nak mengingatkan diri sendiri,progress report untuk dihantar ke KPT,UiTM dan Leeds Univ Postgraduate Office jangan lupa disiapkan.

Wassalam...

Sunday, May 8, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY!!!

Assalamualaikum...

HAPPY MOTHER'S DAY BUAT IBU TERCINTA, PN.HJH HALIMAH BT.HJ HASHIM.

Terima kasih atas pengorbanan ibu dalam melahirkan,membesarkan dan mendidik angah sampai angah berjaya hingga ke hari ini.Angah tahu angah tak mampu nak membalas jasa ibu yang tak ternilai harganya.Maafkan angah kerana tak dapat bersama-sama ibu di hari lahir dan hari ibu hari ini untuk sambut bersama-sama ibu.Semoga Allah sentiasa memberikan ibu kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya.Doakan kejayaan angah di sini ya ibu.Betapa rindunya angah pada ibu.Semoga kita dapat berjumpa raya tahun depan.T_T

(Asyik nangis je harini...taktau mana hilangnya kekuatan aku selama ini.Ya Allah, tabahkan hati hambaMu.Kuatkan hatiku ya Allah...)




mode:homesick  :'((

Saturday, May 7, 2011

Review Drama Hani TV3

Assalamualaikum...

Sekarang kat UK pukul 3.30 pagi.Tengah menunggu waktu subuh tak sampai setengah jam lagi.Bila musim sejuk dah berlalu,musim bunga dan kemudian musim panas akan tiba.Sekarang ni pun,siang dah semakin panjang.Masa sama je,24jam.Cuma bila waktu asyik berubah ni,menjadikan aku rasa masa macam pendek je...So,kena belajar adapt keadaan kat sini slowly.Kena pandai-pandai adjust waktu tidur.Bagus juga sebenarnya perubahan waktu ni,menjadikan kita lebih menghargai masa kot dan aku tengah belajar untuk menghargai masa walaupun 3 hari ini macam membuang masa menonton cerita Hani kat youtube...Huhu...

Takdela habiskan semua episod dalam sehari.Tengok slow-slow.Time dinner,tengok la 1 - 2 episod.Tapi malam ni aku habiskan semua episod sebab esok cuti.Ok,nak buat sedikit ulasan berkenaan drama ni.Bagi pendapat aku,drama ni best!Tak tahula sebab aku dah lama tak tengok drama melayu ke,ape ke,tapi aku suka cerita ni sebab :
(1)Sarat dengan pengajaran
(2)Kisah cinta ada tapi tak berat sangat pun.Suka cerita yang takdela beratkan pasal cintan cintun je
(3)Banyak tunjukkan nilai kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan.Macammana diorang support each other.Mak dia yg tabah.Abah dia tak boleh blah,asyik think negatif je...satu pengajaran yang tak boleh dicontohi.
(4)dalam cerita ni tunjukkan macammana seseorang yang ditimpa ujian yang besar dalam hidup dia,bangkit semula untuk menerima takdir yang telah Allah tetapkan untuk dia.Actually,kat UK ni aku ada jumpa seorang kakak PhD yang kaki kanannya telah dipotong kerana kanser tulang semasa usia beliau belasan tahun.Tapi sebab beliau seorang yang cekal dan tabah dan tak patah semangat untuk mengejar cita-cita beliau,beliau dapat melanjutkan pengajian sehingga PhD di UK.Somewhere di Scotland.Baru 1st year tak silap.She is  very nice.Aku memang kagumi dia la.Walaupun dia kurang upaya,tapi dia mampu belajar sampai peringkat tertinggi.So,jangan merendah-rendahkan orang kurang upaya.Mereka punya otak yang brilliant.Itulah kelebihan mereka.Allah itu Maha Adil.
(5)Pelakon-pelakonnya pakai tudung.Semoga Allah bukakan pintu hati para pelakonnya untuk memakai tudung terus selepas ini.
(6)Suka Rozita Che Wan jadi mak.Terserlah sifat keibuan dia.Agaknya kat luar pun dia memang macam tu kot.Sesuai anaknya si Fathia tu.Sama-sama cantik.

Daripada cerita tu,cuba kita kaitkan dengan kehidupan kita.Kita kadang-kadang ditimpa dengan pelbagai ujian dan dugaan even masalah kecil sekalipun.Kita sering mengeluh.Kadang-kadang merungut.Tapi cuba kita fikir baik-baik.mungkin segala masalah atau ujian itulah yang terbaik buat kita kerana Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik lagi.

Di subuh yang hening bening ni,marilah kita buat reflection untuk diri kita.


P/S:aku pernah ada seorang pakcik yang kena brain tumor,dia buta juga selepas operation.Dia dapat bertahan selama setahun or 2 tahun,tak pasti.tapi aku tak sempat jumpa dia.Dia meninggal tahun 1984.Ibu aku cakap dia seorang yang pandai,baik sangat dan taat pada atuk n nenek aku.Dia sempat ambil SPM tapi result dia tak bagus sebab time tu dia dah sakit.Lebih kurang sama macam cerita Hani ni.Ada hikmah Allah ambil nyawa dia di usia muda.Semoga rohnya di tempatkan bersama-sama orang beriman.

Tuesday, May 3, 2011

My 25th Birthday

Assalamualaikum...

Sikit-sikit nak mengupdate aktiviti bbrp hari kblkgn ini.29 April 2011,genap umur aku 25.Alhamdulillah,Allah masih beri peluang kepada aku untuk bernafas di muka bumi ini dan masih memberi aku kesempatan untuk memperbaiki diri aku ini dalam mencari redhaNya insyaAllah.

Ok,apa yang best nya tentang brithday aku tahun ni:

(1) Actually dah buat pre-celebration kat Luxembourg aritu.Makan2 bersama kak ita & her family sebabnya
     birthday kak ita haritu.So,celebrate la sama-sama.

(2) Celebrate di UK.Beza ke?Tak pun.saja je nak gembirakan hati.

(3) Sisters Undergrad kat sini buat surprise dengan buatkan aku moist choc kek yang sangat sedap a night
      before my birthday.really appreciate diorang punya effort yang nak buatkan kek untuk aku.jazakillah
      sisters.     



(4) Kenduri doa selamat di rumah kak ita.Makan lagi.Apa yang best?k.ita masak masak lemak cili api daging.
     Hari yang sama,my mum pun masak lemak cili api ayam kat Malaysia.Lebih kurangkan?so,masa makan
     membayangkan yang itu my mum yang buat T_T

(5) AGM + Annual Dinner LUMSOC.Makan lagi.time ni diorang bawakan kek lagi untuk aku.Maknanya
     aku dapat 2 kek birthday tahun ni.Hehe.Best ah.Dapat makan-makan special time birthday.Kalau dengan
     family,kitorang dinner kat luar.So,lebih kuranglah.Mereka pun family aku jugak kat sini.



(6) Esoknya,housemates belanja lunch.Dah lama sangat tak makan dan keluar berlima dengan diorang.
     Mona,Ally,Parmida dan Mariam, diorang memang best!


Mariam dari India tapi family dia dah duduk Dubai.Parmida dari Iran,12 Mei ni mak dia nak datang.Bestnya dia!T_T


Mona pun dari Iran jugak.Mak dia dah datang bulan 2 hari tu. Ally ni dari China.Anak tunggal.Patutlah manja bebeno...hehe...

(7) Jumaat ni post birthday celebration dengan research group.haha.takdela celebration pun,cuma potong kek
     dan makan kek je.So,total kek yang aku dapat adalah 3 biji ok.

(8) Ibu awal-awal lagi dah belikan hadiah birthday untuk aku.Apa dia?Sepasang baju kurung.Dah lama aim
      kain tu dari dulu lagi kat Rashveen Batu Pahat,tapi tak mampu nak beli.Tetiba ibu offer pulak untuk
      birthday.bagai orang mengantuk disorongkan bantalla jawabnya.haha.Terima kasih ibu.Hadiah ibu pun
      tunggulah ia tiba di rumah ok.

(9) Last sekali.birthday aku tahun ni sama tarikh dengan wedding Prince William & Princess Kate =)
     Siap cuti lagi kat sini tau nak sambut birthday aku.Eh silap,sebab wedding diorang lah.tapi orang yang lahir
    29 April kat UK pun tumpanglah sekaki bercuti.hehe.

Sekian,terima kasih...=)

Monday, May 2, 2011

Easter Holiday

Assalamualaikum...

Lamanya tak mengupdate blog.Lepas bercuti terus tak buka blog ni.Kalau kat Malaysia,cuti sekolah je mesti pergi KL.Pergi KL je,mesti cuti sekolah.Hehe...memang takde tempat lain,sebabnya aku cuma ada makcik yang duduk kat KL je...So,ni lah first time aku bercuti ke negara orang pulak.Alhamdulillah,dapat melihat kebesaran dan keindahan ciptaan Allah di negara lain.Ingatkan aku dah tak dapat join cuti-cuti ni disebabkan kena attend seminar,tapi alhamdulillah,sv aku bagi juga cuti.Yang paling tak aku sangka,aku boleh berani sesangat pergi train station pukul 2.30 pagi sebabnya nak kejar flight pukul 7.10 pagi kat Manchester.Nak pergi Manchester makan masa 1 jam stgh jugakla.So,train aku pukul 3.09 pagi,dan sampai kat Manchester airport pukul 5.30.Gitu gini,sampai departure cantik2 je.Then,aku terus naik flight pergi ke Amsterdam.Kat Amsterdam kawan-kawan postgrad aku,Putri dan K.Ita sefamily ambil aku dan bermula percutian aku di bumi Europe.Ada la sedikit gambar buat tatapan sesape yang melawat blog aku nih.


 Ni kat keukenhof garden.Subhanallah,sangat cantik bunga-bunga tulipnya


Tulip lagi.


Tulip merah


Gambar-gambar di atas adalah di Keukenhof Garden,Netherland

Lepas ke Netherland,kami ke Luxembourg.Sebuah negara kecil yang cantik scenery nya.

Sempat juga ke Mini Europe di Brussels,Belgium.Kalau sesiapa rasa tak sempat nak melancong seluruh europe,datanglah ke mini europe,rasa macam pergi kat semua tempat bersejarah di Europe.Hehe.Salah satunya Eiffel Tower la,apa lagi.Sempatlah aku bergambar bawah replika Eiffel tower ni.Tak dapat pergi Eiffel tower betul-betul,replika pun jadi la.
(Tapi tak silap aku,kat Tropical Village,Ayer Hitam,Batu Pahat,Johor,Malaysia pun ada replika Eiffel Tower ni.Apa lagi orang johor,gi la melawat Tropical Village...hehe..tu tempat permainan aku masa kecik-kecik.Arwah ayah suka bawa kami jalan-jalan situ.Sampai tak terkira banyaknya)

Masuklah juga Jerman sikit,kat Trier.Kat situ ada Porta Nigra & Hauptmarkt.(Nak tau lebih lanjut,silalah google.hehe)

Di hari terakhir percutian...Rupa-rupanya...


Dapat juga tengok Eiffel Tower yang sebenar...Time berdiri kat bawah Eiffel Tower tu sempatlah berangan nak bertemu cinta di bawah Eiffel Tower...Tapi kalau dah angan-angan,mana lah kesampaian...Haha...Entah pape...Kuat beno berangannya...

Di akhir percutian kami untuk pulang ke Bumi England semula,kami naik cruise di Calais untuk sampai ke Dover.Alhmadulillah,akhirnya selamat sampai di bumi England pada petang Jumaat,22 April 2011.


Sebelum masuk dalam kapal.Kami naik Calais 8.

ok...sangat ngantuk.nak solat isyak dan tidur.
(Sekarang subuh dah makin awal.pukul 4 pagi dah subuh)