While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Monday, September 26, 2011

Kenapa Saya Suka Rumah Saya?

Assalamualaikum...

Sebelum memulakan study, nak menconteng sikit kat dalam blog ni. Rasa nya tak pernah lagi aku ceritakan perihal rumah baru (xda la baru sangat) ada la dekat 3 bulan aku duduk rumah ni. Nama jalan rumah aku Kelso Gardens. Rumah teres 2 tingkat, tak la besar sangat, tapi mencukupilah untuk kami sebagai student. Kalau nak dikira-kira sewanya, kalau total semua 4 kepala rasa-rasanya kalau kat Malaysia dah boleh sewa banglo sebuah. Tapi memang much2 cheaper than sewa duduk hall. Rumah fully furnished, sofa, meja makan, dapur, microwave, fridge, vacuum pun disediakan. Bagi aku, berpatutan lah dengan harganya. Bilik pun seorang satu dengan 3 bilik besar dan 1 bilik kecil. Setiap bilik besar lengkap dengan katil double/queen, meja study, almari baju dan juga of course heater kat setiap ruang rumah. Tapi itu semua bukanlah sebab utama kenapa aku suka rumah aku ni. Ada sebab lain. Nak tau kenapa?Sebab yang paling aku suka sekali:

antara ahli rumah sentiasa mengajak untuk solat jemaah bersama. Perkara yang aku tak pernah buat selama aku duduk rumah sewa time degree dulu. Serius!Betapa lalainya aku....T_T

sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain dan kadang-kadang berdiskusi bila duduk bersama-sama. Sambil-sambil terselit tazkirah yang boleh menyedarkan kita. Betapa bersyukurnya dapat housemates yang begini. 

Lupa, housemates aku seorang PhD 3rd year, (kak noni). Dia amik electrical engineering. Research dia pasal tera hertz...bla bla bla...tak tau pun apa benda...nak tau cari sendiri...=p

2 orang medical students, 4th year (dina) dan 2nd year (azna) ...

Seorang lagi namanya Putri...dia dah nak balik dah 9 oct ni...T_T dia amik master in bioscience. Sedih...Seorang lagi pulang ke tanah air. Sure terasa bila dia takde sebab dia suka nyanyi2...bila dia nyanyi mesti aku kacau dia...

Jiran-jiran aku pun baik-baik...(adik-adik Malaysia juga)...Sayang sangat kat diorang.

Kat sini, aku dapat gelaran baru...Diorang panggil aku "Mak Tiri" haha....sebabnya suara aku bila bercakap nyaring, macam nak marah orang...kih3...tapi...sekarang diorang dah paham dah memang karakter aku macam ni...dah jadi bahan gelak pulak...hihi...

aku berharap biarlah semua ini berterusan sampai bila-bila...dan mudah-mudahan dapat membantu aku untuk memperbaiki diri aku sendiri, InsyaAllah...

Ok, dah pukul 10, mulakan study!

tata....

Assalamualaikum...

Wednesday, September 21, 2011

Recent Update

Assalamualaikum...

Tajuk entry sangatlah tak best. Cuma taktau harini tetiba terasa nak menulis kat sini. Alhamdulillah, harini hari yang agak menggembirakan. Taktau jugak kenapa, tapi mungkin sebab :

(1) aku datang awal, dan datang-datang je terus tunjuk muka kat sv minta signature. 3 minggu rasanya tak   jumpa dia. Mood dia pulak sangat baik harini. Pagi-pagi jumpa dia ayat first yang keluar dari mulut dia ialah "Good morning my wonderful lady." Haha...harini banyak kali dia panggil aku wonderful lady lah, fantastic lady lah...sv aku memang macam tu. Suka gurau-gurau. I just realised that I am lucky to get him as my supervisor. Not because ayat-ayat dia tadi ya.Banyak lagi benda walaupun dia seorang yang pushy dan perfectionist. but it is good for me actually. I don't want to have a bad thinking about my sv anymore.

(2) Aku dah betulkan Simon Voss Fob aku yang dah lama tak boleh access lab. So hari ni aku dah boleh guna fob aku sendiri untuk access lab.

(3) Awal-awal lagi ambil borang claim expenses for conference hari tu. Nak dapat duit punya pasal. Tapi yang tak bestnya ada jugak resit-resit aku hilang dan tak dapat la nak claim. Lagi-lagi resit taxi yang berharga GBP 13. huhu...rasa-rasanya tambah tolak resit yang hilang ada lah dekat GBP 40 aku rugi sebab resit nya dah hilang.So sad...T_T

(4) Kak Syarifah yang aku tumpang rumah dia masa aku mula - mula datang UK dulu datang sebab nak hantar thesis dia. So, geng-geng research kitorang ramai-ramai berkumpul in our office. Basically ofis yang aku duduk sekarang ni la. Seronok sangat sebab jarang-jarang dapat kumpul ramai-ramai dan berborak-borak. Tetiba tengah syok borak-borak, sv kitorang masuk (of cos the same sv kan) dan dia pun join la kejap kitorang. That's why I love my group research (lain kali cerita pasal diorang) 

(5) Run IGC and it runs well. Before this, asyik out of flame je...Nasib baik 2-3 kali berusaha the flame goes on. Alhamdulillah...

(6) dapat pergi gym harini...haha.... 

Ok, time to do my work now...nak sambung buat kerja...

tata...

Thursday, September 15, 2011

I am Happy for You, My Friends!

Assalamualaikum,

nak merepek di tengah-tengah hening pagi ni. Sekarang ni kan memang time umur-umur macam aku ni kahwin. Before this memang sangat ramai lah yang kahwin, kalau aku kat Malaysia pun mungkin je aku tak menang tangan nak memenuhi undangan mereka. Untuk akan datang ni pun ramai juga, tapi apakan daya, aku berada jauh di perantauan. Memang tak dapat nak memenuhi undangan mereka. Aku doakan mereka semua kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Bila dengar diorg kahwin, of cos lah aku turut tumpang gembira. Now, bila dah kahwin, mereka pun pergi ke stage seterusnya iaitu rezeki cahaya mata. Waaa!!!ramai kot yang Allah kurniakan rezeki kepada mereka. Alhamdulillah...Aku sangat gembira dengar berita mereka semua. Best friends aku, Nisa Hamdan baru je dapat baby girl, gha tak lama lagi lah tu, insyaAllah baby boy. Then, my childhood friend, Dila Aziz baru beberapa minggu pregnant. Kawan-kawan SMKAS ramai jelah dah ada baby macam Mai, Ummu, Pija, Fairuz Rosni yang baru jugak bersalin and Zahidah Zulkifli yang baru je pregnant. Excited dengar cerita diorg ni. Tapi pada masa yang sama, mula datang perasaan yang tak best...haha...Bila la turn aku kan...Hanya mampu berdoa...kawan-kawan doakan lah aku sekali ye semoga jodoh aku pun cepat sampai macam korang...Orang kata, kalau ramai yang doakan ni makbulkan...hehe....

Ok, sebelum merepek lebih jauh,baik aku undur diri untuk kali ini...

Friday, September 9, 2011

PSA Conference 2011 + Synchrotron User Meeting

Assalamualaikum...

Setelah penat beraya,minggu ni menghabiskan masa dengan long way journey.From Leeds to Edinburgh on 5th Sept,then from Edinburgh ke London on 6th Sept.I reached at rumah sisters London at 1 am.Boleh x redah cari rumah diorang pukul 12.30 tgh mlm.kalau my mum tahu,confirm nanges.Takut memang takut.tapi terpaksa beranikan diri.Alhamdulillah,Allah permudahkan perjalanan.Then,on 7th Sept,pagi2 dah kejar train untuk ke Diamond Light Source di Didcot.Fuhhh,selamat sampai Paddington Station on time.Print je train ticket,5 minit lps tu train sampai.Then,yesterday,8th Sept,again,main redah try n error call Malaysian Hall nak booking room for a night.Alhamdulillah,Allah permudahkan lagi perjalananku.Dapat book room di Malaysian Hall.After finished the user meeting,travelled back to paddington station and pergi Malaysian Hall.Today,I have to go to Malaysian Embassy untuk settle kan beberapa perkara.Then,esok I am joining Malaysian students program somewhere kat London ni juga.So malam ni stay kat Youth Hostel Accom (I am not sure where it is) but somewhere in London juga.Then,malam esoknya tidur di rumah sisters'london lagi and will go back to Leeds on Sunday,InsyaAllah.ya,minggu ni minggu travel.Semoga Allah permudahkan perjalananku yang seterusnya ini.Amin.

Wednesday, September 7, 2011

Raya 2011 di Perantauan

Assalamualaikum...

Sungguh sibuk sepanjang bulan puasa. Malas nak merapu dalam blog ni. Tapi kali ni kena merapu juga,nak cerita pasal segala benda yang berlaku akhir-akhir ni:

RAYA 1432H:

Ok,malas nak cerita banyak,segala kemeriahan hari raya di perantauan tergambar dalam gambar-gambar di bawah:

Solat hari raya di Leeds Grand Mosque

Community Malaysians Leeds...akak-akak memang best!

Sambutan hari raya MSCL 

Sate...ada lagi lontong dan kuih2 raya.tapi malas nak show off...haha...kalau nak gmbr mknn dan kuih raya yg kami buat,sila lihat di fb...

yang ni paling aku suka...photoshoot...kih3...

p/s: tahun ni baju raya aku 2 pasang. merah n cream-turqoise. actually yang cream - turqoise tu baju hadiah hari jadi yang dah lama aku nak dari dulu.akhirnya dapat...hihi...thank you so much ibu tempahkan baju-baju raya untuk angah.Ibu memang tak pernah failed kalau bab belikan kain baju ni...hihi...