While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Sunday, January 30, 2011

Al-baqarah [2:186]

Assalamualaikum...

Sedikit santapan rohani untuk hari ini.Dari Surah Al-baqarah,ayat 186 :


2:186

Sahih International:
And when My servants ask you, [O Muhammad], concerning Me - indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me [by obedience] and believe in Me that they may be [rightly] guided.


Malay:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.


Allah dah beritahu kat sini bahawa Dia sentiasa dekat dengan kita,cuma kita tak nampak je Tuhan kita.Dalam ayat ni juga Allah janji akan memakbulkan doa kita jika berdoa kepadaNya.Betapa Allah begitu sayang kepada hambaNya.Cuma kita yang kadang-kadang lupa.Bagaimana pula kita ingin menunjukkan rasa sayang kita kepada Allah yang Maha Esa?Sentiasalah kita mengerjakan Amar Maaruf dan Nahi Munkar.InsyaAllah,segala doa kita dimakbulkan Allah.Jadi,tiada istilah jemu untuk menghadapNya,dan sentiasalah berdoa kepadaNya kerana Dia sentiasa mendengar hambaNya dan suka untuk memakbulkan doa kita.

Wallahua'alam...

Kisah Natrah

Assalamualaikum...

Hari ini tergerak hati nak bercerita sedikit tentang kisah Natrah...
Secara jujurnya,sebelum ni memang tak berminat sangat nak ambil tahu apa terjadi disebalik kisah Natrah ni,cuma tau macam-macam tu je,sampai lah pagi tadi saya video call dengan ibu saya yang masa tu tengah menonton dokumentari tentang kisah hidup Natrah.Saya pun suruh ibu saya bercerita tentang Natrah.Ibu cerita dari A-Z.Lepas habis berbual dengan ibu,saya terus type kat yahoo!search tentang Natrah.Tak susah pun nak dapatkan cerita dia.Saya baca satu-satu kisah hidup dia,begitu juga yang ditulis oleh penulis Fatini Yaacob (www.natrahfatini.blogspot.com).

Baru saya tahu kisah sebenar kenapa berlakunya Rusuhan Natrah.
Betapa orang dahulu sanggup berjuang untuk mempertahankan seorang gadis berkulit putih yang dibesarkan dan dididik dengan cara Islam,ingin diKristiankan semula apabila bapa kandungnya menuntut hak penjagaan terhadap gadis tersebut.Bila baca kisah dia setelah kembali ke negara asal dia iaitu di Belanda dan dipaksa kembali ke agama asalnya iaitu Kristian,hidup nya begitu susah,seperti tiada hala tuju,kahwin,bercerai,kahwin dan bercerai semula.Sungguh kasihan.

Bila saya baca kisahnya,apa yang dapat saya ambil pengajaran adalah perjuangan orang Melayu atau lebih spesifiknya orang Islam untuk mempertahankan seorang gadis dari dimurtadkan oleh keluarganya.Keduanya,betapa tiada agama lain selain agama Islam yang dapat memberikan ketenangan dan kedamaian.Malah,agama Islam juga yang dapat memberi panduan hidup dan jalan yang sebenar kepada kita semua.Wallahua'lam.

Thursday, January 27, 2011

~Treatment~

Ini entry kedua untuk hari ini.Disebabkan hari ini balik dari universiti agak lewat,dekat pukul 6.30 sampai rumah,jadi taknak study malam ni.Boleh tak eh macam tu.Bolehla,untuk malam ni je.Kadang-kadang kena rehat juga.Belajar ni tak boleh paksa sangat,kalau paksa-paksa,tak masuk 1 hape pun tak guna juga kan.So,style aku belajar,macam tu la,tapi bila dah pulun,memang kena pulun habis.Jangan dikacau.Tapi selalunya fokus bertahan 2 jam je.Kalau lebih tu memang terror la si Siti Nurul'ain ni.

Nak cerita pasal treatment,pernah aku publish kat FB aku cakap nak buat treatment,pastu ada lah kawan aku ingat aku nak buat treatment resdunglah,mukalah,yang berkaitan dengan kesihatan ni la.Tapi treatment memanglah berkaitan dengan kesihatan.Treatment yang aku nak buat ni adalah treatment untuk menghilangkan atau mengurangkan stress.Hehe...

Aku rasa semua orang akan buat macam aku bila stress.Keluar berjalan-jalan,kan?Tengok dunia luar,menghirup udara segar,bolehlah melapangkan minda sikit.Macam tula yang aku buat.Aku jalan-jalan sambil mencuci mata di kedai-kedai,tak kisahlah kedai apa,asalkan kedai.Walaupun tak beli,tapi dapat tengok-tengok pun jadila.

Kalau kat Malaysia,time aku study dulu,bila aku rasa macam,"adoi,penat lah belajar je," or aku rasa macam stress je,aku akan ajak member aku pergi jalan-jalan kat Shah Alam tu.Tak jauh pun,setakat pergi makan ABC kat Seksyen 2,(ABC tu besttt sangat!!!) or pergi pasar malam kat Seksyen 7 (setiap hari Rabu),ataupun pergi PKNS dan kawasan-kawasan sekitar situ.(Makan KFC@McD@Pizza)...Makan tu memang wajiblah sebab kadang-kadang dah boring dengan makanan kat UiTM.(Masa duduk kolej memang tak pernah masak sebab memang tak boleh masak).Aku akan pergi dengan best friends aku,especially Nur Azliana Md Ilias dan Noor Sabrina Mutamim.Tapi kadang-kadang aku pergi dengan either one kalau yang sorang lagi tak dapat join.

Keluar dengan pakwe?Aku rasa kan,keluar dengan kawan lagi best dari kelar dengan pakwe.Keluar dengan pakwe macam control-control je kan,keluar dengan kawan boleh lepas segala-galanya.Aku rasa lelaki pun macam tu jugak.Dia orang lebih suka keluar dengan kawan-kawan lelaki diorang untuk hilangkan tension.So kaum wanita janganlah terlampau mengharap pakwe kamu boleh menghilangkan stress kamu.Makin tambah stress ada kot...Haha...

So,macam tu la treatment aku bila aku rasa takde mood ke,banyak sangat kerja ke...Seriously,kurang sikit masalah.Lagi-lagi bila keluar,pastu dapat shopping.Memang happy lah.Tapi kat sini kawan yang serasi tu belum jumpa lagi untuk buat aku rasa begitu happy.Bila macam ni kan,aku sangat teringat Nur Azliana Md Ilias sebab 2 bulan sebelum aku fly,time aku tengah jadi RA,dia sentiasa ada bila aku rasa susah.Aku call je ajak keluar,mesti dia datang walaupun di malam hari dengan Viva merah dia yang comel tu yang banyak berjasa pada aku especially time praktikal sebab bagi aku tumpang kereta dia.Yana,I miss U so much...Aku tau,dia pun rindu aku jugak...T_T

PhD - Self-satisfaction or Responsibility??

Hari ini terasa sangat letih,taktau kenapa,agaknya sebab hari ini tak pergi lunch,then duduk ofis buat kerja dari pagi sampai ke malam.(pukul 6 dah dikira malam ye).Tak ada mood langsung,nak bercakap dengan housemates pun malas.Sekejap je dah nak hari Jumaat balik...waaa!tak mo la.cepat sangat masa berlalu.Baca journal dan buku yang sv bagi tak habis lagi.

Hmm...Rasanya semua orang yang sambung master or PhD by research akan mengalami masalah macam aku tak ye?ke aku je yang rasa macam tu?So,bila fikirkan balik,PhD ni untuk kepuasan diri sahaja atau pun merupakan 1 tanggungjawab sebenarnya...

Soalan ini pernah diajukan kepada aku dan calon-calon PhD masa aku pergi Kursus Kaedah Penyelidikan untuk  calon-calon PhD UiTM.2,3,4 tahun yang lepas,yes,memang aku nak dapatkan PhD sebab aku nak capai tahap paling tinggi dalam pengajian aku.Kira untuk kepuasan diri aku lah,sebab dari aku kecik,aku teringin sangat nak ada title "Dr." Bunyi macam berangan kan?tapi itu sebenarnya impian yang perlu dikejar.

Tapi bila dah habis belajar,dah melalui pelbagai proses yang mencabar mental dan fizikal aku,aku sedar,PhD ni bukan lah hanya 1 kepuasan semata-mata.Tapi ianya lebih kepada tanggungjawab.Tanggungjawab kepada negara sendiri untuk mendidik anak bangsa.Yelah,kerajaan hantar jauh-jauh untuk menuntut ilmu,dah berjaya,kena la balik ke tanah air semula untuk berkhidmat untuk anak bangsa semula kan.Itu merupakan tanggungjawab yang besar.

Tapi sebelum tanggungjawab nak mendidik orang,tanggungjawab belajar ni pun sangatlah besar,tanggungjawab pada diri sendiri,dan juga tanggungjawab pada research kita.Nak tau apa tanggungjawab pada research kita?Kebiasaannya,supervisor akan berusaha sedaya upaya untuk dapatkan research grant untuk projek kita untuk kemudahan projek kita macam nak beli alat ke,nak travel pergi conference ke and etc.Kadang-kadang duit grant datang dari kerajaan,kadang-kadang dari industri-industri yang berkaitan,so bila dah dapat duit grant tu,pandai-pandailah kan.Sebab,kita bukan sahaja bawa nama kita,tapi nama universiti kita juga.Kalau yang research jointventure dengan international company,lagi la...bawa nama negara...Seperti lah aku sekarang ni...huhu...

Sebenarnya aku tengah rasa cuak+tak tenteram+tak tenang +++ macam-macam lagi pemikiran negatif yang aku fikir.Boleh ke aku teruskan belajar ni?Macammana kalau aku sangkut masa pre-viva nanti?Aku taknak balik dengan MPhil sahaja.Tapi kadang-kadang tu cuma hasutan syaitan yang nak menjatuhkan semangat diri kita untuk belajar,kan.Syaitan,mana suka kita buat benda-benda yang baik.Salah satu nya menuntut ilmu.

Lagi satu,jangan orang-orang di luar sana ingat dapat belajar sampai PhD ni terror sangat ye.Sebabnya,situasi ini berlaku pada aku.Bila orang tanya nak sambung belajar mana,aku jawab "InsyaAllah,UK."dan mereka akan membalas,"Wah,terrornya...mesti 1st class...mesti bi bagus ni dapat pergi oversea."aku tak paham kenapa ada sesetengah manusia nak statekan penyataan yang last tu...Untuk pengetahuan kalian,aku tak terror pun BI.Cakap pun tergagap je.Tapi dah duduk kat negara orang,kenalah bawa diri.Redah jelah walaupun BI berterabur.Orang kata "Practice Makes Perfect"..Dan disebabkan BI aku tak berapa bagus,aku kena attend kelas BI sebab markah english test aku last week tak lepas markah yang diorang nak...Haha...Sangatlah bangga...

Moral of the story dari entry aku ini,buat sesuatu biarlah dengan penuh rasa tanggungjawab dan janganlah korang anggap buat research or ambil PhD ni senang je.Besar tanggungjawabnya...

P/S:My status now is Provisional PhD, I am not confirmed PhD yet.After a year,I will have viva to evaluate myself whether I can proceed to PhD or not.So,all people out there,please pray for my success.I want to come back to Malaysia with my PhD,not only M.Phil.

Sunday, January 23, 2011

Untuk Lelaki daripada Wanita

Assalamualaikum...

Hari ini aku tergerak nak post pasal benda alah ni.Baca email lama-lama yang kawan-kawan forward,pastu terjumpa yang ini.Macam best je nak post kat sini...Hehe...

Untuk lelaki dari wanita... - lelaki wajib baca 



Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? 
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. 


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat.
 "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
 Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.


Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
 Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. 
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. 
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempela jari ilmu menjadi imam.
 Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. 
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. 
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.
 Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga.
Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. 
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapa kawan wanita yang lain. 

Betul juga.Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. 
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. 
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. 
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. 
Isu ini sepatutnya kitaberatkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. 
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. 
Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.

Tiada kaitan dengan sesiapa.Cuma saja-saja je nak post kat sini...Hehe...
Wallahua'lam.

Saturday, January 22, 2011

PTPTN ke PTPTIPU??

Kalau ada orang PTPTN terbaca,minta ampun...(tapi bukan ada orang baca blog aku pun kan)...haha...
PTPTIPU tu first time aku dengar masa aku baru masuk UiTM.Lecturer aku yang sebut.Tapi untuk bergurau-gurau.Bukan serius.Tergerak nak tulis sebab kalau isu PTPTN keluar je kat tv,mesti banyak orang merungut.Yela,banyak kot kena bayar balik.Aku taktau la berapa banyak,sebab aku tak ambil pinjaman.Bunga tinggilah eh?Tak puas hati je orang-orang yang pinjam kan.Nasib baik aku tak pinjam.Bukan nasib baik apa,aku ni jenis malas nak fikir.Orang suruh bayar,aku bayar je tanpa fikir.Terlebih ke aku bayar,terkurang ke.Mesti aku bayar je asalkan hutang aku habis?Susah gak orang cam aku ni.Aku penah pinjam untuk 1 semester,masa tu biasiswa JPA tak dapat lagi. Sepatutnya aku dapat RM1050,tapi aku taktau la kenapa duit yang masuk tinggal RM850 sedangkan yuran universiti,kolej semua aku dah bayar. Lepas dapat JPA,aku nak bayar pinjaman,aku kena bayar RM1050 jugak.Aku malas nak banyak soal,aku bayar jelah.(Tapi sampai hari ni masih terpikir mana hilang lagi RM200 tu eh?)haha...lantakla...Sebab tu ada hikmah aku tak ambil pinjaman kot.
Alhamdulillah,aku dapat biasiswa sampai sekarang.Bukan nak bangga,cuma cuba bayangkan kalau aku buat pinjaman masa degree dulu,lepas tu aku sambung blajar pulak kat UK ni.Zaman bila aku nak bayar balik pinjaman tu?Dahla tak kerja lagi.

Sebab itulah,apa-apa yang terjadi dalam hidup kita,baik atau buruk,kita berbalik pada Allah SWT.

Sesungguhnya Allah dah merancang yang terbaik untuk kita. 

Dialah Sebaik-baik perancang.

Semoga kemudahan yang Allah beri pada aku ini akan berpanjangan sehingga ke adik-adik aku,anak-anak cucu aku.Wallahua'lam.

Friday, January 21, 2011

Masak-masak

Alhamdulillah...Hari ini,aku dapat masak.Bukan sebab kerja dah siap,tak siap apa pun,tapi disebabkan tak sempat buat treatment kat city centre,aku buat treatment kat rumahla.Apakah treatment itu?Hehe...Memasak.
Sejak aku datang sini kan hobi aku memasak,tapi disebabkan kerja yang banyak,1 minggu ni memang aku tak masak.Hari ini sebab hari Jumaat,waktu untuk aku berehat sekejap,so aku pun decide la nak masak.Lepas tu terfikir pulak nak masakkan untuk housemate,so alang-alang aku masak,aku masak la untuk diorang sekali.Aku masak bihun sup je pun.Nasib baik jadi.Guna perencah ADABI,memang la jadi.Haha...Tapi aku tambah-tambah lah ikut resepi aku sendiri.

Ini adalah gambar hiasan.Aku punya lain sikit.Hehe...

Alhamdulillah,kawan-kawan serumah aku suka.Walaupun kami berlainan bangsa dan negara,diorang dapat terima makanan aku.Seronok je rasa dapat masak untuk orang.Mesti ibu aku bangga anak dia dah pandai masak.Pasni balik mesti aku kena masak kan,tapi aku nak masakan air tangan ibu aku.Macammana tu?Haha...Dah la,malas nak buat karangan panjang-panjang.Kalaulah buat literature review selaju aku taip sekarang ni,kan best...Hoho...ok2,sambung buat literature review.


Thursday, January 20, 2011

Mimpi balik Malaysia!

Waaa...malam semalam,aku mimpi balik Malaysia sebab ibu aku nak buat kenduri.Tapi aku balik untuk beberapa hari je...Macam sedih je kan mimpi ni.Balik jauh-jauh,tapi cuma untuk beberapa hari.Macam tak berbaloi je duit tambang.Nasib baik cuma mimpi.Rasanya disebabkan mimpi tu kot aku jadi sedih semacam je hari ini.Sampai sekarang pun aku masih terbayang-bayang lagi mimpi tu.

Lama lagi boleh balik Malaysia...T_T

Dah la,sedih-sedih buat apa...Kerja melambak tak siap lagi,jangan mengada-ngada nak sedih-sedih,'ain!Dush!


Wednesday, January 19, 2011

Banyaknya Kerja!

Second entry aku untuk hari ini.

Aku agak stress.Memanglah normal untuk seorang pelajar research membaca dan banyak kerja.
Tapi kali ini memang aku betul-betul banyak kerja.
Taktau mana satu nak baca dulu.
Baca yang ini,yang itu tak siap,baca yang itu,teringat yang ini.
Akhir sekali aku tak buat apa-apa.
Ya Allah,permudahkan kerja hambaMu ini ya Allah...

Persediaan Belajar di UK (Part II)

Mmm...tengah pening kepala.Baru habis meeting.Tak boleh nak study.So,nak berblog kejap.Nak sambung sikit tentry semalam. Semalam tu cerita procedure-procedure yang penting sangat. Yang part II ni tak penting sangat pun,tapi penting la juga.Hehe.

Aku nak cerita sikit apa preparation yang korang kena buat sebelum fly ni.Of course la kena bawa barang-barang keperluan kan.Pakaian,toiletries (bawa yang traveler's pack je) tapi kalau rasa ragu-ragu dengan barang kat luar negara nanti,beli la siap-siap kat Malaysia,makanan yang rasa-rasa susah nak dapat kat luar negara (takut korang mengidam nanti kan).Tapi boleh je suruh parent pos,cuma mahal la sikit.Yang paling penting,kelengkapan untuk solat.Yelah,dah nama pun pergi luar negara,tempat orang Islam nya golongan minoriti,benda ni sangat penting kan. Tapi bawa barang tu jangan sampai overload ye luggage tu. Jangan jadi cam aku,terlebih dekat 10kg ok.

Ni luggage aku yang overload tu ye...ibuku tersayang belikan.Sorry ibu,beg ni dah calarr-balar...sangat sedih...=(


So,kalau nak bawa baju harian ke,baju tidur ke,baju jalan-jalan ke,tak payah la bawa banyak-banyak.Confirm beli baru kan baju-baju tu semua?Jangan penuhkan beg dengan baju (walaupun aku penuhkan beg tu dengan baju jugak...huhu). Penuhkanlah dengan makanan. Hehe...Bukan apa,kat sini pun korang boleh beli baju-baju tu semua bila sampai.Shopping la sikit-sikit.

Kalau datang time bukan winter,ok la kan.tak perlu beli baju panas,jacket yang tebal-tebal tu.Mahal kemain!Kalau datang time winter macam aku ni,dah la winter paling teruk pernah berlaku kat UK diorang kata,terpaksala beli 1.Tu pun aku cari yang paling murahla.below RM500.Nak beli jacket yang banyak butang tu,mahal,kurang RM1 nak ke RM1K.Tak mau la minta kat ibu yang mahal-mahal.Dah beribu ringgit ibu aku habis untuk aku sorang nak gi UK ni. So,aku target beli yang murah dan cari yang lain kat sini sebab kat sini memang lagi murah lah kan.Bajuk wool,cardigan,jumper,beli la sehelai dua kat Malaysia sebab tu untuk kegunaan harian kan.Kasut boot pun tak payah beli dulu.Tapi kalau korang kaya bolehla beli.Aku memang tak mampu.

1 benda yang penting time winter,korang kena beli baju termal.Baju tu kaler hitam,1 suit.Perlu pakai tu sebab nak bagi haba pada badan.Lepas pakai baju termal,baru korang pakai baju lain macam baju wool tu ke,t-shirt ke,kemeja ke,jumper ke.kalau rasa masih tak tahan sejuk tu,pakai lah 3-4 lapis.Don't worry.Takkan ada sesiapa akan gelakkan korang sebab orang-orang sini tau korang baru datang dan tak dapat adapt lagi cuaca baru yang tak ada di Malaysia (Time tu baru rasa betapa bahagianya dapat cahaya matahari).

Ubat-ubatan jangan lupa.Panadol,ubat batuk,ubat selesema (pergi klinik minta ubat) strepsils ke,Vitamin C ke apa-apa jela jenis ubat. Sebab kalau kat sini korang demam ke,batuk ke,jumpa doktor,doktor takkan bagi antibiotik or apa-apa ubat.Doktor akan bagi nasihat suruh berehat kat rumah.Melainkan korang demam lebih 3 minggu,baru doktor bagi antibiotik.
Supplements yang aku bawa (Vit C ada lagi 2 botol,tapi aku taknak makan dah atas sebab-sebab yang munasabah)

Lipbalms and lotion.Perlulah dibawa sebab nanti kering.Pakai lotion tak boleh malas.Haruslah sentiasa pakai.Kalau rasa kering je pakai,sebab lam-lama nanti akan jadi gatal dan luka dan kulit pun rosak...huhu...

Lagi 1,my suggestion,kalau nak beli pakaian-pakaian panas ni,beli lah di Winter Time.Kat situ lagi banyak pilihan dan harganya lebih berpatutan kalau nak dibandingkan dengan Universal Travelers.(Menyesal beli jacket kat UT...) T_T Aku taktau la kat mana lagi ada Winter Time sebab aku tau kat Jusco Wangsa Maju je..(Orang kampung...biasalah)...

Mm,apa lagi ya.rasanya dah tak ada apa-kot...tu jelah.Aku dah tak larat je rasa ni.esok ada English Test.Adoi.boleh tak tukar kepada test Maths?confirm aku excellent...(yeke)...huhu...

Malas lah nak tulis panjang-panjang.Dah fikir nak balik bilik je ni.Bubye...

Tuesday, January 18, 2011

Persediaan belajar di UK (Research Student)

Hari ini,aku nak share sikit persediaan untuk sesiapa yang nak sambung belajar kat UK especially untuk yang minat nak buat research. Ni untuk UK ye,sebab aku belajar kat UK,negara lain aku taktau.
Sedikit maklumat untuk dikongsi :

(1) Research Proposal
     - Research proposal ni sebenarnya satu benda yang penting,sebab ianya sangat berguna untuk apply visa
       nanti.Tu nanti akan diceritakan kemudian.Biasanya kalau research student ni datangnya dari universiti-
       universiti atau pun kementerian-kementerian yang sememangnya ada penaja.
     - Masa nak dapatkan penaja ni mesti ada interview kan.Macam aku dulu,time interview tu kena tunjuk
       proposal,kononnya dah bersedia la nak buat research (padahal 1 apa pun taktau)

(2) IELTS/TOEFL
     - Ok,sebelum apply universiti,pastikan anda dah ambil english test ni.Either one.Kalau UK dan Australia
       guna IELTS.TOEFL untuk ke US.Cek kat web universiti,requirement untuk test ni.Selalunya 6 or
       6.5.Kalau sponsor by government, untuk IELTS perlukan band atleast 6.5/9.kalau tak lepas,tak dapat
       biasiswa ok.

(3) Online application
     - Kalau korang dah pilih universiti mana yang korang nak pergi,buka website universiti tu,dan isilah borang
       secara online. Tak susah pun nak apply,sama je macam kita isi borang UPU masa nak masuk universiti
       kat Malaysia dulu. Bezanya,dia akan minta proposal.Kat sini pun penting juga.Rasanya mana-mana
       universiti kat UK macam tu kat application nya.

4) Sponsorship
     - Semasa isi borang tu,kat situ akan ditanya kita ni sponsor oleh siapa.Maknanya kita betul-betul ada
       duitlah nak bayar tution fees kat universiti diorang ni.Kalau yang self-sponsor,kawan aku cakap dalam
       akaun kena ada GBP 5000.Bukan RM 5000 ye.

(5) Surat Tawaran dari Universiti
     Bila dah complete online application,universiti akan process application kita. Tak lama sangatlah.Dalam
     sebulan macam tu je dah dapat result.Selalunya universtit luar negara tak susah sangat kot nak dapat
     tempat.Meet diorang punya requirement,memang tak ada masalah.Cuma selalunya masalah di pihak kita
     bila tak ada yang nak taja.
     Dalam surat tawaran yang mana universiti akan pos/emel,akan diberi sekali research proposal kita yang
     kita bagi kat diaorang masa apply tu,dengan sign dari orang-orang penting dia orang lah.(Maksudnya
     diorang dah prove la).Kenapa dia bagi salinan research proposal tu ye?kan kita dah ada sendiri.Ni lah
     important nya.Aku dulu pun taktau kenapa.Ingatkan saja-saja je.Simpan 2 minggu,baca balik surat
     tawaran rupanya ada gunanya...huhu....

(6) Pasport 
     Time ni korang dah boleh buat pasport dah bila scholar,tempat kat universiti semua dah dapat.Untuk 5
     tahun RM300.

(6) ATAS Application
     -Ok,nama panjang ATAS adalah Academic Technology Approval Scheme. Sesiapa yang nak buat
       research kat UK memang kena apply ATAS sebab surat approval ATAS ni sangat penting untuk apply
       visa.Benda paling penting nak fly visa kan?Ok,kat surat tawaran ada kod-kod nya tersendiri.So,before
      apply,kena cek kod-kod tersebut kat website ATAS sama ada memerlukan ATAS ataupun tak. Time ni
      lah pentingnya research proposal tu. Korang kena copy paste exactly macam yang korang dapat dari
      universiti.Tak boleh tinggal 1 perkataan pun.Nak dapatkan surat apporove ni ambil masa jugak 3-4
      minggu.So,memang bersabar jelah tunggu sampai rasa frust pun ya juga.

(7)Visa
     Bila dah ada surat approve ATAS tu, boleh la apply untuk buat visa. Isi borang visa secara online,pastu
     print dan submit ke Visa Application Centre kat Jalan Ampang tak silapDi Bangunan Wisma MCA.level
    19 kalau tak silap.Isi borang visa pun kena hati-hati sebab kalau salah sikit je,application kita akan
    direject.So,memang masalah la nak kena apply lagi sekali. Masa pergi hantar borang tu nanti,jangan lupa
    bawa :
  • BORANG VISA
  • PASPORT
  • ATAS APPROVAL
  • IELTS RESULT
  • SURAT VISA DARI SPONSOR (mengatakan kita layak buat visa)
  • FINANCIAL AFFIDAVIT (mengatakan kita ditanggung sepenuhnya segala perbelanjaan,termasuk yuran)

Rasanya tu je kot...tapi dinasihatkan kepada sesiapa yang dapat sponsor KPT,surat visa dan financial affidavit  tu diberi dalam bentuk softcopy,electronic copy ke apa ntah bunyi nya.So,tak ada signature sesiapa kan.Dan kita hanya print.Jadi,pihak Visa centre tak terima yang itu,so kena minta pada pihak KPT awal-awal untuk dapatkan original copy yang ada signature orang-orang tertentu.

(8)Flight Ticket
     Last sekali,dah dapat visa,complete segala masalah...So,booking lah tiket kapal terbang...Dan anda akan
     fly seperti yang anda harapkan.

Dahla,penat la pulak.Nak sambung baca buku yang Prof roberts bagi pinjam.Sebenarnya teringat masa menunggu segala benda ni setel dulu.Rasa give up.Tapi alhamdulillah,aku sampai juga di sini.

Monday, January 17, 2011

3rd Meeting for this semester

Aku baru balik meeting dengan sv aku.Alhamdulillah,segalanya berjalan dengan lancar walaupun tak ada la banyak sangat yang aku tunjuk kat dia,atleast dia tau apa progress aku dan aku tau apa yang perlu aku buat untuk research aku. SV aku ni memang baik,betulla semua student yang kenal dia cakap sv aku ni baik.Yela,kita buat apa yang dia suruh,apa yang dia nak,mestilah tak kena marah kan.Macam-macam nota dia bagi kat aku suruh baca.Bila aku tanya benda yang aku tak paham,dia terangkan and then dia bangun pergi cari buku yang berkaitan.3-4 kali jugalah dia bangun duduk,bangun duduk.Rasa bersalah pun ada juga,tapi memang tugas dia juga kan nak tolong student dia.

Wife dia pun kerja dengan dia,namanya Ulrike.Baik sangat.Tadi masa aku tunggu sv aku,aku jumpa dia dulu sebab nak tanya husband dia mana.Then,dia tanya aku pasal office baru aku.Aku bagitahulah kat dia office tu tak ada siapa-siapa pun.Setiap kali aku datang nak tengok office,tak ada orang,agak bersepah,sejuk,dan suram. Dia nakkan bukti,dia ajak aku pergi office baru aku tu dan dia pun sependapat dengan aku.Dia bawa aku jumpa kerani yang uruskan pasal penempatan ofis dan dia bagitau juga kat husband dia@sv aku. Kami bertiga pergi ke office aku dan sv aku sependapat dengan aku. Dia akan cuba usahakan pindahkan aku ke ofis lain.Both of them.Baikkan suami isteri ni?Aku nak balik tadi bawa banyak buku,siap carikan aku plastic bag.Macam mak-mak dan bapak-bapak...memang pun...

Selain bagi aku nota-nota dan buku-buku untuk dibaca,sv aku pun bagi nasihat juga.Suruh aku rajin membaca,buat notes.Hilang semua rasa takut yang mula-mula aku rasa tadi.

So,kesimpulan dari apa yang aku dapat hari ini,SV aku n wife dia sangat baik. Pengajaran yang aku dapat dari meeting kali ini ialah jangan buat kerja last minute.Sentiasa membaca dan membaca.Ok....
Dah ngantuk sangat sebab semalam memang tak cukup tidur+tak boleh tidur.
Nak berehat dulu.
Wassalam.

Friday, January 14, 2011

Housemates yang baik hati

Hari ini nak cerita pasal housemates/flatmates aku.Aku tinggal kat student hall,Montague Burton namanya.Rumah ni macam rumah flat,bezanya rumah kitorang ni tak ada ruang tamu.Ada dapur dan toilet dan 5 buah bilik.Seorang untuk 1 bilik.Memang privacy la kan.Mula-mula masuk,aku takut juga kalau dapat housemates yang pengotor,makan makanan tak halal dan bukan Islam.Tapi selepas taaruf dengan dia orang,rupa-rupanya dia orang semuanya Islam.Alhamdulillah.

Yang best nya kawan-kawan aku ni,first,diorang cantik-cantik..hehe..Second,dia orang ni sangat menghormati kawan-kawan serumah dan sangat akrab.Masa mula-mula masuk,jealous juga tengok dia orang rapat je,tapi sekarang aku pun dah mula rapat dengan dia orang.Seronok kawan dengan dia orang ni.Dia orang memahami kawan-kawan serumah.Macam sekarang,aku tengah busy,tak sempat masak,dia orang ajak aku makan luar,kalau aku tak dapat ikut,dia orang tapaukan untuk aku.Bukan senang tau nak dapat housemates yang berlainan bangsa yang sangat baik,peramah macam dia orang ni.Memang aku takkan lupakan kawan-kawan aku ni lepas aku keluar dari rumah ni.Sedih pulak rasa bila ingat nak keluar bulan 6 ni.Dia orang pun akan habis bulan 9 ni.oh,sedihnya.Entah bila dapat jumpa kawan-kawan macam dia orang ni kan.

Ok,itu saja,nak sambung buat literature review.

Thursday, January 13, 2011

No update

Hari ini,tak ada apa-apa progression pun nak update.
Kunci belum dapat,katanya sehari dah boleh dapat,tapi tak ada lagi pun.
Susah la macam ni.Buat kerja kat cluster PC.
Tak ada privacy.

Next week hari Isnin pukul 4.00 petang ada meeting dengan sv.
Dia nak tau tentang PABA,synchrotron radiation,microtomography dan literature review.
Kena tunjuk peningkatan ni,tak banyak,sikit pun jadilah.
Mesti ada sesi soal jawab kan.
Berdebarlah pulak.
Mudah-mudahan aku dapat buat yang terbaik.
Amin.

Hari Rabu pulak ada Group Meeting,macam biasa dekat Room 2.02,pukul 2.00 petang.

Hari ni makan-makan dengan housemates aku.Perlu ke nak cerita?Perlu,sebab aku rasa bila keluar jalan-jalan,makan-makan dengan kawan-kawan,ketawa,dapat menghilangkan rasa penat dan mengurangkan stress bila dah otak dah penat nak berfikir.Keluar rasa angin malam best jugak.Lagi-lagi sekarang dah tak sesejuk macam sebulan yang lepas.

Oklah,nak sambung buat kerja.Sekejap lagi nak skype dengan ibu.
Sekian untuk hari ini.

Alamak,ada 1 benda tak settle lagi.Pasal analysing data,tak boleh buka link tu.ya,kena jumpa vasuki sekejap esok.

Tuesday, January 11, 2011

Welcome Induction

Hari ini aku menghadiri satu Induction iaitu Welcome Induction.Induction ni bertujuan nak bagi overview pasal universiti,library,dan training2 yang ditawarkan kepada student-student research degree.Menarik!aku suka!Presentation diorang semua straight to the point.Dari pukul 9.30 pagi - 2.15 petang,banyak input yang aku dapat.Tau lah macammana nak guna library,training-training yang ditawarkan oleh universiti,memang aku nak pergi.Semuanya sangat membantu.

Masa induction ni pun,aku jumpa ramai student-student luar.Dapatlah kawan-kawan baru.Seorang pelajar dari Sudan tegur aku,"are you from Malaysia?"Aku pun jawab,"Yes,I am.How do you know?"aku tanya dia balik.Soalan bonus.Mesti la agaknya dia ada kenal orang Malaysia kot kat sini.Apa daa aku ni.Lepas tu dia pun cakap,dia pernah datang Malaysia.Pujian standard diberi kepada Malaysia,dia cakap,"I like Malaysia,the places,the people,they are nice.Beautiful country."Taktau la betul ke tak,or jawapan standard pemanis mulut.hehe...tapi kalau betul pun alhamdulillah.Yela,mungkin dia orang suka sebab negara kita ni aman.Tak macam sesetengah negara Islam yang lain,dengan perangnya,kesempitan hidupnya.Aku bersyukur dilahirkan di Malaysia yang telah banyak membantu aku dalam pelajaran,hingga ke tahap ini.So,kalau ada orang memperlekeh-lekehkan government Malaysia ke,memang aku marah.cewah...hehe...

Aku pun ada jumpa seorang student dari Libya,Khalid namanya.Aku sangat terperanjat,tiba-tiba dia tanya aku,"are you from Malaysia?can you speak malay?"of course la aku pandai kan.Dia tanya aku Malaysia kat mana,dan kitorang pun borak-borak la sekejap,mendengar cerita pengalaman dia semasa belajar kat UKM dulu.Seronok jugak kawan dengan orang dari negara macam-macam.Atleast,aku dapatlah nak improve BI aku yang tak berapa bagus ni.Tapi,alhamdulillah,sepanjang aku kat sini,orang-orang disekeliling aku faham apa yang aku ingin sampaikan.

Oklah,dah penat.Nak masak,nak makan,nak study,nak skype dan akhir sekali nak tidur dan bangun dengan bersemangat untuk esok pagi.

Wassalam

Monday, January 10, 2011

Banyaknya buku!!!

Hari ini,first time aku menjejakkan kaki kat salah satu library,University of Leeds.Edward Boyle Library namanya. Ramai sangat student kat library tu.Aku rasa kalau kat UiTM tu,memang tak muat lah library UiTM nak menampung student-student tu.Library dia memang besar.Ada 6 tingkat.Tu baru 1 library.Tak masuk 3 library yang lain lagi.Time cari buku,excited sangat sebab semua buku yang aku nak ada.Sambil-sambil tu cari juga buku-buku yang lain.Memang best.Banyak lah rujukan.No wonder la student-student dari oversea ni pandai-pandai,memang buku rujukan melambak.Excited aku pergi library tu.Tapi sebab ramai sangat orang,aku jadi rimas.Aku bukan suka ramai sangat orang.Kalau dah ramai,walaupun kat library,tempat yang suruh senyap,ada lah jugak yang berbual-bual.Tapi okla,tak ada lah bising pun.Sempatlah pinjam 4 buah buku tadi.Nak pinjam lagi,tapi tak terlarat nak bawak.So,esok pinjam lagi lah.Oklah,cerita hari ni pasal library.Perlu berhenti setakat ni dulu.Banyak kerja lagi nak kena buat.

Saturday, January 8, 2011

Jalan-jalan cari makanan

Hari ini hari Sabtu.Aku berjaya tidur pukul 5 pagi semalam.Ingat nak tunggu sampai subuh,pukul 6.10 pagi macam tu,tapi aku kalah jugak.Nasib baik tak dapat menunaikan solat Subuh.Nasib baiklah time winter macam ni syuruk lambat sikit.Hehe.Lepas solat subuh,aku tidur balik.Tengah syok-syok tidur,tiba-tiba telefon berdering.Erra call ajak pergi kedai handset nak tukar akaun.Mula-mula macam malas,tapi dah lepas tu tak boleh tidur,baik aku pergi je kan.Mana lagi tempat pertemuan kami,kat Merrion Centre.Lepas tu,tempat yang dituju confirmlah Morrisons.Kat sini lah selalunya aku shopping makanan.Kalau malas,aku beli kat Marwa,dekat je dengan hall aku.Seperti yang dirancang,kami pun pergi kedai O2,kedai handphone tulah.Tapi malang sekali,aku lupa nombor akaun aku.Terpaksalah balik dengan wajah hampa.(taklah hampa sangat pun)...hehe...
Lepas tu,Erra ajak aku pergi China Town.Macam best dengar namanya tu kan.Kat UK pun ada bandar China.Rupanya,ia hanya sebuah kedai cina yang kat situ ada jual macam-macam keperluan dapur termasuklah barang-barang dari Malaysia.Wah,excited terlebih aku masuk kedai tu.Alhamdulillah,senanglah aku nak beli barang-barang dapur.Tak payah ibu susah-susah poskan.Seronok sangat sebab kat sini tak ada lah susah nak cari makanan halal.Sambil berjalan-jalan melalui deretan kedai-kedai tu,sempatlah aku jeling-jeling kedai-kedai baju yang ada kat situ.yes!dah tau tempat nak shopping.Hehe...setelah sebulan duduk sini,barulah nampak dunia Leeds.Aritu terperap je kat bilik,tak sihatlah katakan...
Dah tu,sementara tunggu Erra beli barang kawan dia,aku sempatlah melilau-lilau di kedai baju.dan akhirnya sempat aku sambar 2 helai baju.Memang murahlah compare beli kat Malaysia baju-baju untuk winter ni.Aku beli baju kain wool tu kat Malaysia RM 139.Aku beli kat sini 9pounds je which equal to RM45 lebih kurang.
Samalah dengan jacket.Semuanya tengah sale sekarang.Yelah,winter pun tak lama nak sampai ke penghujung.Sure lah diorang nak habiskan stock cepat-cepat.Seronok aku shopping.Hehe...
Oklah,setakat ni dulu untuk hari ini.Nak sambung study,nak solat,pastu study balik...
Tata,,,

~SYNCHROTRON RADIATION~

DIAMOND
UK's National Synchrotron Facility

Entry hari ini agak saintifik sikit...Saja nak letak tajuk camni sebab macam tengah teruja nak guna alat ni.Tapi,kalau tanya sekarang pasal benda alah ni,sorry,I have no idea.Masih sedang memahami apa itu SR.Yang aku tahu,ia ialah sejenis alat yang digunakan untuk tengok particle shape sehingga ke molecular level.Kalau dah nama pun radiation kan...

How SR is look like

Hari ini,aku meeting dengan SV aku lagi.Kiranya hari ini meeting untuk bulan Februari.Berbincang tentang research aku,dan kerja-kerja yang patut aku buat.Banyak juga.Takpe,aku akan cuba sebaik mungkin nak siapkan semuanya bulan ini.Aku taktau lah kenapa aku rasa macam excited,maybe sebab aku baru lagi.Hopefully,keterujaan aku ini akan berterusan sampai lah aku habis PhD nanti.Agak-agak dapat kekal tak ye?hehe...Amin...

So,kerja-kerja yang baru aku dapat dan perlu disiapkan:
(1) Minutes of Meeting (hantar hari 10/1/2011)
(2) Writing New Research Proposal (hopefully siap dalam masa 2 minggu)
(3) Writing Literature Review (yang ni actually continuous process,so,nak buat sikit-sikit)
(4) Preparation for Experimental Works - Crystallization & IGC,C-16 (kena jumpa k.Syarifah & David M)
(5) Analyzing data from Beamlines (kena contact IT dulu,minta account untuk FENG)
(6) Belajar UNIX Command (alamak,aku lemah benda-benda komputer ni)

Rasanya itu je kot...
Yang penting,fahamkan dulu apa itu Microtomography,SR,crystallization & polymorphisms of PABA...

Ok,thats all for today.
Kembali menelaah pelajaran. 

Wassalam


Thursday, January 6, 2011

Bankcards + Literature Review

Entry ni tak ada kaitan pun antara satu sama lain...hehe...
Hari ini,masa nak keluar hostel,cek postbox.Mak aih!banyak nya surat untuk aku...Sapa lah yang dah bagi surat tu ye...Sapa lah nak bagi aku surat,alamat aku pun kawan-kawan tak ada.Dah agak dah...surat yang aku tunggu-tunggu dari NatWest Bank...yeay!dah dapat bankcard...Bila sampai ofis,buka-buka,semuanya no.pin,activation code untuk online banking and of course la bank card...eh,tapi kenapa ada 2?tetiba berdebar...
Takpelah,jumpa Prof Robert dulu...

Pukul 12 tghari,aku pun jumpa Prof Robert. Ingatkan just nak minta signature untuk dapatkan kunci office...Rupanya ada lagi yang dia nak tambah untuk research aku.Tapi baguslah,dia nak tambah sebab yang before ni punya research macam sama dengan student dia yang lagi seorang...Jadinya,dari determination of surface energy,tambah lagi satu,determination of shape of particle...mak aih...powder yang halus tu pun nak kena  study shape nya...He said,"this area is very novel."Hm...macam menarik...Think positif lah kan...Itulah kalau orang yang pandai,semua benda nak kaji.Aku kagum dengan orang-orang macam ni.Mudah-mudahan aku dapat jadi macam orang-orang ni satu hari nanti.Semoga aku dapat manfaatkan 4 tahun aku kat sini sebaik-baiknya.Timba ilmu sebanyak mungkin.Taknak fikir "susah,susah,susah,"Kalau fikir macam tu je,memangla jadi susah...

Lepas jumpa Prof Robert,aku pergi bank NatWest.Rupa-rupanya,kad tu memangla dapat 2..1 untuk step account,1 lagi untuk first reserve or saving account.Adoi...tula,dapat surat taknak baca betul-betul.Kat kad tu pun dah tertulis.Apa daaa...Finally,aku dapat jugak bankcards.2 lagi ok...Seronok...Lepas ni boleh lah guna kad tu untuk shopping.Tak payah sibuk nak cucuk-cucuk kat ATM machine tu lagi.Just guna debit card je...Hehe...Yelah,jakun sikit...aku tak pernah guna.Kat sini baru nak guna.hehe...

Oklah,nak study...Esok kena jumpa Vasuki.Nak tanya pasal particle shape analysis...Vasuki ni buat Postdoctorate,student Prof Robert jugak.oklah,Sekian dahulu.Wassalam...

Wednesday, January 5, 2011

Nak pergi...tapi....

11 Januari 2011 ni,Dato' Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi datang UK untuk berjumpa pelajar-pelajar pascasiswazah tajaan KPT,kat Malaysian Hall,London.Ni lah peluang aku nak menjenguk Kota London...Tapi...11 Januari tu,aku ada Welcome Induction untuk School of Engineering...


EMPUTAN KE MAJLIS PERTEMUAN  YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN,
MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA DENGAN  PELAJAR-PELAJAR  PASCASISWAZAH*
 
Dengan hormat saya merujuk perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan, tuan/puan dijemput hadir ke Majlis Pertemuan YB. Dato’
Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dengan
Pelajar-Pelajar  Pascasiswazah tajaan KPT.
 
Butiran lanjut majlis pertemuan adalah seperti berikut:

            Tarikh                : 11 Januari 2011 (Selasa)*
           Masa                  : 11.30 pagi (ketibaan pelajar-pelajar Pascasiswazah)*
                                     : 12.00 tengahari (Ketibaan YB Menteri)
           Tempat               : Dewan Malaysia, London*
           Fokus Perbincangan : Isu-isu  penyelidikan dan pengajian di UK
           Pakaian              :   Kemas



Waaa...Sedihnya tak dapat pergi...T_T

Monday, January 3, 2011

New Hobby!



Sejak datang kat UK dan sejak duduk hostel ni,aku baru perasan,aku ada hobi baru.Hobi memasak.Hehe...

Setiap malam mesti fikir,nak masak apa ye esok.Yela,duduk sorang-sorang kat sini.Takkan nak makan biskut je kot..Aku perasan jugak,aku kuat makan.Aduih...parah gak camni...takpela,daripada aku tak makan,aku sakit,pengsan macam hari tu,baiklah aku makan,kan?



Ni dia salah satu masakan yang aku masak.First try...Cabonara pasta.Resipi dari Natasya Hafiz.My classmate masa kat Shah Alam.

Lain kali aku try benda lain pulak. (Tapi,apa-apa hal pun,nasi jugak yang best.) Memang lidah orang kampung.hehe.

First time Masuk Hospital!

Hari ini aku melalui satu pengalaman yang aku takkan lupakan sampai bila-bila...ceritanya begini...
Hari ini konon-kononnya aku nak jalan-jalan kat city centre.nak mengexplore la kononnya,sambil nak shopping.Yela,tak pernah shopping lagi kot kat sini...excited ni...macam biasa lah aku,kalau nak mengexplore suka jalan sorang-sorang.Tengah jalan dah nak sampai ke city centre ni,tiba-tiba badan aku gatal-gatal."Eh,lain macam je gatal nya ni,"kata aku dalam hati.Tapi nak sedapkan hati cuma fikir tak ada apa-apalah.Kejap lagi ok la.Sampai je kat city centre,dah jumpa macam-macam kedai,aku rasa sangat tak selesa.Aku pun duduk kat bus stop kat pedestrians walk.Bila aku duduk je,tiba-tiba paandangan aku kabur.Dalam hati berdoa,janganlah jadi apa-apa kat aku.Aku sorang-sorang ni.Aku call  budak-budak Malaysia yang ada kat Leeds,tapi semua masuk mailbox.Jadi,Sebelum aku pitam dan pengsan,aku grab tangan seorang perempuan kat bus stop tu,memang aku dah tak nampak muka dia sebab memang dah pitam time tu...ayat yang kelaur dari mulut aku "Help me,please."Lepas tu aku dah tak ingat apa-apa.Aku rasa macam aku mimpi,bila aku buka mata,aku dah terbaring kat lantai bus stop tu dan perempuan tu still ada dengan aku.Rupanya dia sangat cantik.Aku sempat cakap dengan,"I'm sorry."tapi orang UK ni memang sangat polite.Aku dengar dia cakap,"it's ok,darling."baiknya!Tapi aku tak sempat nak cakap terima kasih kat dia sebab lepas tu aku pengsan semula.Dia call ambulance.Aku taktau la berapa lama aku pengsan kat bus stop tu.

Bila ambulance datang,pasukan paramedic keluarkan wheel chair suruh aku naik,aku nampak wheel chair tu,tapi pastu aku pengsan balik.Aku taktau la macammana diorang angkat aku masuk van ambulance tu.Sedar-sedar aku dah terbaring kat katil.Pastu aku pengsan balik.Gitula sepanjang perjalanan nak ke hospital.Sedar,pengsan,sedar,pengsan.Aku sedar jugak aku sesak nafas.Biasala kalau sesak nafas,mesti macam kejang kot.Diorang cakap kat doktor aku kena epilepsy (sawan)...eee...sangat takut...jauhkanlah....



Sampai kat hospital (Leeds General Infirmary),masuk wad.Seorang nurse ambil detail aku.Tapi nak cerita nurse-nurse kat sini pun baik-baik,baik lelaki mahu pun perempuan.Aku buat conclusion orang UK ni memang baiklah sebenarnya dan sangat polite.Layanan memang superb.Ada seorang nurse lelaki ni,siap perkenalkan diri,nama dia Adam.Dia cucuk aku untuk masukkan air.aduh,sakit betul dia cucuk.tak pandai lagi kot.Bila doktor yang cucuk,tak sakit pun.Yang tak tahannya,doctor,pasukan paramedic dan nurse suspect aku pregnant!huh.aku cakap dengan diorang,aku tak kahwin lagi.Aku tak pernah buat apa-apa pun.ei,jauhkanlah.selisih.

So,macam biasalah,dah admitted,confirmla kena ambil darah dan air kencing.Aku rasa hari ini je,5 kali kot tangan aku ni kena cucuk.ei,taknak kena tahan lagi.Sakit...Masa nak bagi urine sample,ya Allah seksa betul. Nurse tu tak bagi aku pergi toilet.Dia takut aku pengsan lagi.Dia bagi wheel chair yang untuk buang air.Stress aku nak kencing kat situ.Memang aku tak boleh kencing.Last-last aku panggil nurse,aku cakap aku nak pergi toilet.Lagi senang untuk aku bagi sample.Ha,lupa,satu lagi,aku punya blood pressure rendah.Huhu...yela,aku perasan,aku makan tak menentu bila aku duduk sini.Timing aku semuanya dah lari.Kena setting balik timing.

Bila semuanya dah selesai,doktor pun datang dan beritahu resultnya.Ya,semestinyalah aku tak pregnant kan.Pandai-pandai je diorang ni.Muntah sikit,sakit perut sikit,pitam sikit,terus buat conclusion pregnant.Tapi kalau lelaki macammana pulak ek?hehe...Doktor cakap,urinary infection.Aku pernah kena macamni sebelum ni masa aku semester 4 kat UiTM,means 3 tahun lepas la.Lepas tu,aku pun dapat antibiotik,ubat tu namanya Trimethoprim.6 biji kena habiskan dalam masa 3 hari.

Jadi,pengajaran yang aku dapat dari pengalaman aku ni:
1.Kalau keluar,janganlah jalan seorang diri.Jadi macam tu kan dah susah.
2.Jangan lupa minta nombor phone housemates.Aku terlupa mintak nombor diorang haritu...huhu...
3.Makanlah daging,bayam,buah-buahan dan makanan-makanan yang berkhasiat,so that blood pressure takla rendah.Bila low blood pressure,tu yang rasa penat dan nak pitam je tu.
4.Kalau rasa badan tak sihat,jangan gatal-gatal nak keluar berjalan.Lagi-lagi seorang diri.Ni UK ain oi,bukan Malaysia.Tunggulah bila winter dah habis nanti.
5.Jangan suka sangat shopping sampai tak ambil berat pasal kesihatan.



Cukuplah 5.Sekian.Wassalam.