Sedikit maklumat untuk dikongsi :
(1) Research Proposal
- Research proposal ni sebenarnya satu benda yang penting,sebab ianya sangat berguna untuk apply visa
nanti.Tu nanti akan diceritakan kemudian.Biasanya kalau research student ni datangnya dari universiti-
universiti atau pun kementerian-kementerian yang sememangnya ada penaja.
- Masa nak dapatkan penaja ni mesti ada interview kan.Macam aku dulu,time interview tu kena tunjuk
proposal,kononnya dah bersedia la nak buat research (padahal 1 apa pun taktau)
(2) IELTS/TOEFL
- Ok,sebelum apply universiti,pastikan anda dah ambil english test ni.Either one.Kalau UK dan Australia
guna IELTS.TOEFL untuk ke US.Cek kat web universiti,requirement untuk test ni.Selalunya 6 or
6.5.Kalau sponsor by government, untuk IELTS perlukan band atleast 6.5/9.kalau tak lepas,tak dapat
biasiswa ok.
(3) Online application
- Kalau korang dah pilih universiti mana yang korang nak pergi,buka website universiti tu,dan isilah borang
secara online. Tak susah pun nak apply,sama je macam kita isi borang UPU masa nak masuk universiti
kat Malaysia dulu. Bezanya,dia akan minta proposal.Kat sini pun penting juga.Rasanya mana-mana
universiti kat UK macam tu kat application nya.
4) Sponsorship
- Semasa isi borang tu,kat situ akan ditanya kita ni sponsor oleh siapa.Maknanya kita betul-betul ada
duitlah nak bayar tution fees kat universiti diorang ni.Kalau yang self-sponsor,kawan aku cakap dalam
akaun kena ada GBP 5000.Bukan RM 5000 ye.
(5) Surat Tawaran dari Universiti
Bila dah complete online application,universiti akan process application kita. Tak lama sangatlah.Dalam
sebulan macam tu je dah dapat result.Selalunya universtit luar negara tak susah sangat kot nak dapat
tempat.Meet diorang punya requirement,memang tak ada masalah.Cuma selalunya masalah di pihak kita
bila tak ada yang nak taja.
Dalam surat tawaran yang mana universiti akan pos/emel,akan diberi sekali research proposal kita yang
kita bagi kat diaorang masa apply tu,dengan sign dari orang-orang penting dia orang lah.(Maksudnya
diorang dah prove la).Kenapa dia bagi salinan research proposal tu ye?kan kita dah ada sendiri.Ni lah
important nya.Aku dulu pun taktau kenapa.Ingatkan saja-saja je.Simpan 2 minggu,baca balik surat
tawaran rupanya ada gunanya...huhu....
(6) Pasport
Time ni korang dah boleh buat pasport dah bila scholar,tempat kat universiti semua dah dapat.Untuk 5
tahun RM300.
(6) ATAS Application
-Ok,nama panjang ATAS adalah Academic Technology Approval Scheme. Sesiapa yang nak buat
research kat UK memang kena apply ATAS sebab surat approval ATAS ni sangat penting untuk apply
visa.Benda paling penting nak fly visa kan?Ok,kat surat tawaran ada kod-kod nya tersendiri.So,before
apply,kena cek kod-kod tersebut kat website ATAS sama ada memerlukan ATAS ataupun tak. Time ni
lah pentingnya research proposal tu. Korang kena copy paste exactly macam yang korang dapat dari
universiti.Tak boleh tinggal 1 perkataan pun.Nak dapatkan surat apporove ni ambil masa jugak 3-4
minggu.So,memang bersabar jelah tunggu sampai rasa frust pun ya juga.
(7)Visa
Bila dah ada surat approve ATAS tu, boleh la apply untuk buat visa. Isi borang visa secara online,pastu
print dan submit ke Visa Application Centre kat Jalan Ampang tak silapDi Bangunan Wisma MCA.level
19 kalau tak silap.Isi borang visa pun kena hati-hati sebab kalau salah sikit je,application kita akan
direject.So,memang masalah la nak kena apply lagi sekali. Masa pergi hantar borang tu nanti,jangan lupa
bawa :
- BORANG VISA
- PASPORT
- ATAS APPROVAL
- IELTS RESULT
- SURAT VISA DARI SPONSOR (mengatakan kita layak buat visa)
- FINANCIAL AFFIDAVIT (mengatakan kita ditanggung sepenuhnya segala perbelanjaan,termasuk yuran)
Rasanya tu je kot...tapi dinasihatkan kepada sesiapa yang dapat sponsor KPT,surat visa dan financial affidavit tu diberi dalam bentuk softcopy,electronic copy ke apa ntah bunyi nya.So,tak ada signature sesiapa kan.Dan kita hanya print.Jadi,pihak Visa centre tak terima yang itu,so kena minta pada pihak KPT awal-awal untuk dapatkan original copy yang ada signature orang-orang tertentu.
(8)Flight Ticket
Last sekali,dah dapat visa,complete segala masalah...So,booking lah tiket kapal terbang...Dan anda akan
fly seperti yang anda harapkan.
Dahla,penat la pulak.Nak sambung baca buku yang Prof roberts bagi pinjam.Sebenarnya teringat masa menunggu segala benda ni setel dulu.Rasa give up.Tapi alhamdulillah,aku sampai juga di sini.
wahhhhh~~ bestnya...btw, tahniah sis! ^__^
ReplyDeletethanx ...=)
ReplyDelete