While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Sunday, February 6, 2011

Sedih vs Gembira

Assalamualaikum...
Minggu ni tak sempat nak mengupdate blog ni sebab terlalu sibuk dengan tugasan-tugasan yang diberikan oleh supervisor.Minggu ni juga rasanya banyak perkara sedih dan menggembirakan berlaku dalam diri saya.Betul lah orang cakap,jangan selalu suka sangat,sebab nanti akan jadi sedih sangat.Apabila kite diberi ujian dan kesusahan dari Allah,janganlah kita mengeluh kerana ujian Allah itu menandakan yang Allah itu sayang pada kita dan Allah masih ingat pada kita.Disebalik dugaan,kesedihan yang Dia beri kepada kita,pasti ada kemanisan disebalik dugaan itu.Jadi,janganlah kita berasa takut apabila berhadapan dengan sesuatu masalah,ujian ataupun dugaan.


Contoh yang paling simple : Semalam pagi saya mengalami sedikit masalah yang menyebabkan saya rasa sedikit down,tapi selepas itu saya rasa happy sangat sebab saya dapat main ice skating!!!hilang segala masalah yang melanda.so happy.Terima kasih kepada kawan-kawan yang berada di Kelso Garden sebab menggembirakan saya walaupun diorang semua taktau yang saya dilanda masalah...hehe...
Daripada cerita saya ini,yang dapat saya simpulkan,Allah beri saya dugaan yang kecil kepada saya,tetapi dalam pada yang sama,Allah selitkan juga kesenangan kepada saya dengan mendatangkan kawan-kawan yang baik kepada saya yang dapat mengubati kesedihan saya itu.Benda yang simple kan?Sebenarnya semua ini berlaku dalam kehidupan seharian kita,cuma kadang-kadang kita tak sedar sebab kita kurang menghayati.=)


Tapi sama ada perkara sedih atau gembira,kedua-keduanya datang dari Allah.Apabila kita berasa sedih,mengadulah kepada Allah dan apabila kita diberi nikmat untuk merasai kegembiraan,bersyukurlah kepada Allah.Pendek kata,dalam apa jua situasi,sentiasalah kita ingat kepada Allah kerana Allah itu sangat dekat dengan kita.


No comments:

Post a Comment