While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Thursday, March 24, 2011

Aku Masih Dara

Assalamualaikum...

Ye,hari ini rajin nak mengupdate blog.Kalau update literature review ok gak kan.Ni update blog.Ntah pape.Tapi just nak cerita kat sini berkenaan tajuk entri di atas.

Tadi masa nak dinner,aku search cerita kat youtube.(Makan depan laptop).Memang rutin masa makanlah nak ambil masa tengok-tengok cerita kejap.tapi selalunya tak kejap pun.Bila cerita tu best,terus habiskan.Sudahnya,malam hanya tengok cerita.Buruk perangai.Astaghfirullah...Ok,berbalik kepada topik,aku tadi main search je kat youtube,just nak tau drama-drama terbaru kat malaysia.Mula-mula cari cerita slot akasia tv3,tapi sebab takde pun episod2 yang berturutan,aku pun klik kat satu cerita ni."Aku Masih Dara" tajuknya.Aku tengok kat list episod dia berturutan (means dapat tengok dari satu episod ke satu episod). Pelakonnya Raja Farah,Yana,Diana Amir dan juga...Ashraf Muslim!!!Hehe...my favourite actor tau.Dalam cerita ni dia jadi lelaki yang baik,ala-ala ustaz yang dapat mengubah hidup seorang gadis yang sangatlah sosial akhirnya mendapat hidayah Allah dan berubah menjadi seorang muslimah sejati.Alahai...kalaulah dapat husband macam watak Ashraf Muslim dalam cerita ni,alangkah bahagianya hidup...Dah la baik,handsome lak tuh...(amin)...haha...Drama ni buat aku meleleh air mata...Hehe...Aku taktaulah kenapa aku sekarang ni sensitif sangat.

Tapi kalau kita tengok sebenarnya drama-drama melayu sekarang ni sebenarnya based on realiti kehidupan masyarakat kita sekarang kan.Banyak sebenarnya pengajaran dari drama ni.Tapi yang tak bestnya dalam cerita ni diorang punya pakaian over sangat.Lakonan Diana Amir dengan Farid Kamil pun macam over sangat.Taknak cerita panjang-panjang,kalau rasa nak tau ceritanya,carilah kat youtube.Hehe...

Ok, dah mula mengantuk.Nak tidur dan bangun awal esok...

(Rasanya cerita Aku Masih Dara ni filem kot...tak sure lah)

Wednesday, March 23, 2011

Banyak nak update

Assalamualaikum...

Rasanya seminggu lebih kot tak update blog.Semakin hari semakin sibuk,banyak lagi benda lain yang lebih penting perlu diupdate,jadi blog terpaksa dipinggirkan buat sementara waktu...

Dengan meeting dengan orang dari Diamond Light Source lah...Yang mula-mula tu rasa takut sangat...tapi bila dah jumpa orangnya,muda lagi...So,ok lah...takdelah takut sangat nak berbual dengan dia...(tambah-tambah handsome)...hak3...

Last weekend pula pergi Manchester bagi menghadiri Seminar Sistem-Sistem Islam.Pengisiannya memberi pendedahan tentang segala sistem meliputi sistem ekonomi,sosial,dan politik yang semuanya berlandaskan syariat Islam.Bila mendengar seminar seperti ini,betapa rindunya untuk berada dalam suasana kehidupan Islam yang sebenar.Tanpa perlu ada perebutan kuasa,sedangkan yang berebut tu pun sesama Islam juga. Kalau kita semua memahami Islam dengan sebenar-benarnya,mesti takkan berlaku asabiyah antara umat Islam sendiri kan.

Ok,habis cerita minggu lepas.Tak larat nak tulis panjang-panjang.

Minggu ni pula pindah office...Rasanya better than office lama yang ramai orang tu kot...

Apa lagi ye...Ha,spring weather dah bermula...Best tau tengok bunga yang cantik2...colourful...and so beautiful...Subhanallah...(gambar takde lagi,nanti lah...not in mood utk ambil gambar)

Ok,rasanya tu je kot.Jumaat ni ada test.Saja je nak amik test.Biasalah,bila markah tak dikira,excited nak amik test.cuba test tu dikira untuk markah performance,confirm taknak amik test kan...Siap offer nak amik exam,tapi tak boleh pulak...padan muka den...hehe...

(Bilakah saya dapat pergi Old Trafford)...

Sunday, March 13, 2011

13/03/2010

Hampir pukul 1 pagi : Ibu masuk bilik beritahu mereka semua nak tidur kat bilik.Ibu pesan suruh tengok-tengokkan ayah.Baiklah...

Pukul 3 pagi : Aku dah tak larat nak berjaga.Aku pergi toilet.Aku asyik dengar ayah batuk-batuk.Aku jenguk ayah kat bilik,ayah nak muntah ke?sebabnya masa mula-mula dia kena stroke dulu,tengah-tengah malam dia batuk,pastu macam nak muntah.Sebab tu aku tanya.Dia cakap tak.Tapi aku perasan,ayah gelisah,pusing kanan tak betul,pusing kiri tak betul.

Lupa nak mention,masa aku salam dengan ayah,after that dia baring,dan aku nak perut dia kembung dan bulat sangat.Aku cuma cakap dalam hati,kenapa perut ayah kembung sangat.Mungkin sebab sebu,angin kan...Aku diam jelah...tapi masih berfikir-fikir.

Pukul 6.30 pagi : Aku solat subuh.Lepas solat subuh,aku sambung tidur balik sebab ngantuk sangat.

Pukul 8.30 pagi : Ibu kejutkan aku."Angah,ibu nak bawa ayah pergi klinik.Adik-adik semua kat rumah."
Aku jawab,"ok,ibu.Ayah macammana?Ok tak?" Ibu cakap tak ada apa-apa.cuma dia masih sebu...

Pukul 9.00 pagi : Dapat mesej dari along ;"angah,ajak adik-adik baca yasin.Ayah muntah banyak sangat tadi dan tak sedarkan diri."
Hati aku dah tak sedap.Aku panggil adik-adik aku,ambil wudhu' dan kami sama-sama baca yasin.Sebelum baca yasin,aku sempat call along,suara dia dah lain.aku makin tak sedap hati.

Habis baca yasin,aku telefon ibu,tanya keadaan ayah.Ibu cakap ayah dah masuk wad kecemasan.tapi belum ada apa-apa respon.5 minit lepas tu,aku telefon lagi.ibu cakap belum ada respon.Ibu pesan kat aku,kemas-kemas rumah.Aku tanya,"kenapa?"Ibu:"takde apa-apa,takut nanti ada orang nak melawat ayah."

Aku pun sapu rumah dan kemas-kemas macam biasa.

Pukul 9.25 pagi : abang ipar aku telefon.Suara dia lain."Angah,sabar ye."
                          aku :"Kenapa?Ayah kenapa?"
                          abang ipar aku cakap,"Ayah dah tak ada."
Rasa macam mimpi...adik-adik aku yang ada kat sebelah aku beritahu.Dua-dua menangis.Siapa sangka.Dalam sekelip mata dia pergi buat selama-lamanya.Abang ipar aku pesan suruh sediakan semua dokumen kesihatan ayah sebab nak buat report kematian.Nanti family dia datang ambil.
Aku cari dokumen tu nak tak nak je sebab aku tak percaya.Aku telefon abang ipar aku lagi sekali dan tanya."Betul ke ayah dah tak ada?" "Betul angah..."kata abang ipar aku...

Aku tak boleh nangis time tu...sebab aku ada adik-adik aku...aku taknak diorang nampak aku nangis.Tapi masa tu aku taktau nak mengadu dengan siapa.Aku telefon lecturer aku,cik Noni dan ceritakan semuanya.Aku telefon kawan rapat aku,Nisa dan Farah.Nama itu je yang aku terfikir masa tu.

Pukul 1.30 ptg : jenazah tiba.Time tu rumah memang dah penuh.Aku dah la tak reti nak melayan orang.Aku cuma duduk kat tepi dinding dan baca yasin.Lantak la orang-orang nak cerita apa.Aku dah tak kisah.Bila jenazah sampai,aku duduk dekat jenazah dan baca kan yasin untuk nya.

Alhamdulillah,segala urusan sangat lancar.Begitu cepat urusannya.Semua orang terkejut bila ayah pergi sebab semalam diorang masih nampak ayah drive kereta pergi hantar ibu sekolah dan jumpa di masjid.

Memang rasa sangat kehilangan.Walaupun ayah seorang yang pendiam dan tak banyak cakap,aku terasa sangat dia tak ada.Rumah sunyi.Sejak hari tu,aku asyik tidur dengan ibu je.Sebab rumah aku sangat sunyi bila malam.Aku dah tak berani stay up malam-malam.Bukan takut apa,sebabnya kalau aku tidur lewat,ayah mesti ada dekat depan tv,sama-sama tengok tv dengan aku.Kalau tak pun,dia tidur kat situ,aku tengok tv sambil online.Sebab itu abang ipar aku duduk dengan ibu sekarang,untuk jaga keselamatan rumah.

Dah setahun rupanya berlalu...Tapi rasanya macam baru semalam semuanya terjadi.Beberapa hari lepas aku mimpi dia.Ya Allah...betapa rindunya aku pada dia.Hanya doa yang dapat aku kirimkan untuknya.Semoga dia ditempatkan bersama-sama orang yang soleh...Amin...

Saturday, March 12, 2011

12/03/2010

Assalamualaikum...

12 Mac 2010 (Jumaat)
Seperti hari-hari yang lain,sebagai seorang RA aku pergi office macam biasa,pukul 8.15 pagi,menaiki kereta cik Noni.Tapi hari ini,aku seronok sangat sebab aku akan pulang ke kampung,berjumpa dengan family aku setelah sebulan tak balik,sebab nak settle kan IELTS dulu masa tu. Semasa tengahhari,aku telefon ibu,beritahu bas yang aku akan naiki macam biasa,pukul 6.30 petang dari Shah Alam.Dan yang paling excitednya,gaji aku selama 2 bulan baru masuk.Masa tu dapat RM2000++ untuk 2 bulan gaji rasa macam dah banyak sangat.Aku sempat beritahu kat ibu aku,nak pergi bandar hari sabtu tu sebab nak beli kain baju raya at the same time aku nak belanja dan belikan something untuk semua ahli keluarga aku.First gaji kot.Happy sangat.Ibu pun suka lah kan...

Petang,habis je waktu kerja,aku terus cepat-cepat punch out kad,pergi bus stop Mawar (kat dalam UiTM) tunggu cab.Alhamdulillah,sampai ke bus stand sek 17 shah alam sebelum bas sampai.Seperti yang dijanjikan,bus sampai tepat pada masa dan aku pun terus naik bas,siap tidur-tidur lagi dalam bas kan...

Pukul 10 lebih,bas sampai kat tol air hitam.Tempat biasa aku turun.Selesai solat di surau,aku terus menuju ke kereta kakak aku.Bila masuk dalam,ibu pun tak ada.Masa tu terfikir juga,kenapa bukan ayah yang ambil aku.Kalau ayah tak ambil pun,selalunya ibu akan ikut.Aku agak kecewa sebab bukan ibu dan ayah yang ambil aku.Aku tanya kakak aku,"Along,ibu kenapa tak ikut?"
Along:"Ayah tak sihat."
Aku dalam hati:ibu tak cakap apa-apa pun siang tadi.Aku terus mendiamkan diri sebab dah letih sangat.

Sampai di rumah,(hampir 11 malam),aku beri salam dan terus masuk rumah cari ibu dan ayah.Semua tidur kat luar masa tu sebab ayah cakap dia panas.Ayah dah pun hampir tidur masa tu.Ibu pun sama.Seperti kebiasaan,aku salam dan cium ibu dan ayah.Aku tanya ayah,"ayah sakit macammana?" sebab aku risau penyakit lama dia datang lagi.Stroke yang menyebabkan dia tak boleh telan makanan selama 3 bulan.
Ayah jawab,"sebu..."pendek je...memang ayah jenis yang tak banyak cakap pun.Walau dengan ibu dan anak-anak.Siang tu,ibu pergi makan-makan kat luar dengan ayah,tapi ayah cuma makan roti bakar je,dia kata tak selera nak makan.
Lepas itu,ibu tunjuk sofa yang dah diganti sarungnya.Baru sampai siang tadi juga.Ayah senyum je sebab dia puas hati kot tengok kerja orang yang tukar sarung sofa tu kemas,sebab ayah pun pandai juga buat tu semua.

Ibu gelisah dan risau tengok ayah.Dalam keadaan tu,sebab aku excited sangat baru dapat gaji,aku pun cakap dengan ibu,"ibu,esok kita pergi bandar ye."
Tapi ibu cakap,"tengok dulu ayah macammana."
Oklah kalau macam tu.Kecewa jugak,tapi memanglah,kalau bukan ayah yang bawa kitorang,sapa lagi.
Lepas bual-bual sekejap dengan ayah dan ibu,aku pun masuk bilik,on laptop,online dan aku menyiapkan kerja-kerja RA yang masih belum selesai...

(Cerita bersambung di post yang seterusnya) 

She will leave us soon

Assalamualaikum...

Baru balik dari rumah kak sharifah.Bila masuk rumah dia dan tengok dah kosong,aku jadi sedih pulak.Tiba-tiba hati rasa sayu je.Aku pernah menumpang rumah dia hampir 2 minggu.Walaupun cuma jumpa sekejap,untuk 3 bulan lebih,tapi dia lah yang banyak tolong aku masa mula-mula aku sampai sini.Tak sempat nak menuntut ilmu dengan dia sebab dia pun sibuk dengan writing.Lepas seorang,seorang balik Malaysia.Takpelah akak,saya doakan akak berjaya dan dapat segulung PhD.InsyaAllah...T_T

(I will miss Damia,her little kid...lupa,dia balik Malaysia pukul 6 pagi,hari Khamis.Tak dapat nak say good bye kat dia before dia pergi)

Doughnut edisi ain...

Assalamualaikum...

Tajuk entri macam la masak apa je kan...Donut je pun...tapi sebab first time aku buat,without supervision from anyone dan menjadi,nak juga buat kecoh kat sini...Hasilnya,menjadi jugaklah...Ini dia hasil air tangan aku...


Ibu gelakkan sebab donut ni besar-besar.Tapi lembut...sedap...(haha....puji diri sendiri kan...) Makan satu je dah kenyang...actually,aku nak bawa gi rumah k.sharifah.Hari ini angkat barang-barang rumah dia.

Okeh,next projek aku,nak buat cheese cake yang tak terbuat-buat lagi...Aku nak lawan ibu,sapa lagi pandai buat kuih...Dia punya skill sure dah kurang sebab dah lama tak buat kan...So,boleh la aku pulak jual kek macam dia buat dulu...hehe...

Friday, March 11, 2011

Jumaat yang menyenangkan

Assalamualaikum...

Yeay!dah hari jumaat!(walaupun macam tak best je masa berlalu begitu pantas...huhu)Tapi hari ini alhamdulillah,segala kerja berjalan macam biasa.Hari Jumaat jelah boleh rilek-rilek sikit pagi-pagi,sebab takhari jumaat je takde kelas.Datang-datang ofis je,fire alarm bunyi pulak dah...terpaksalah berkumpul kat padang yang ada kubur tu.Tapi dalam 15 minit jelah.Lab mana ntah equipment buat masalah.

Hari ni,ada farewell lunch untuk kat Sharifah.Makan kat favesham.Yang tak bestnya,tu bukan lah kedai makanan halal.Jadinya,aku dengan kak Sharifah,mengambil jalan selamat,makan salad je.Kitorang punya lah gelak sebab tak pasal-pasal kitorang jadi fully vegetarian hari ini.Bayangkan makan sayur kubis dengan black olives dan cheese sahaja.Nak bagi rasa sikit,kitorang tambah le sos dan mayonis.kelakar je.Dah la mangkuk dia besar.Semua orang gelakkan kitorang.

Hari ini pun aku ada meeting dengan supervisor aku.Mula-mula macam scary la juga,takut dia tanya pasal talk semalam.Datang-datang,tengok atas meja ada draft nak buat paper,tetiba ada nama aku terselit kat authors tu.Patutlah sv aku suruh buat experimen pasal urea,rupanya pakcik dave nak buat analisis pasal urea tu.Hm...takpelah,aku cuma think positif je sekarang ni,benda ni penting untuk aku bila aku nak run sistem aku nanti.Atleast,aku dah ada idea macammana nak guna segala instrument yang ada.Interesting.Tambahan pulak,sistem aku pun belum finalise lagi nak guna apa.Oklah kan,dari duduk kat ofis membaca je,boring juga.Kalau urea jadi sistem aku pun ok jugak.Harap-haraplah.Takdela kena ulang banyak benda.Best,best...

Lagi satu,sv aku dah bagi permission kat aku untuk pindah ke ofis k.sharifah bila dia balik Malaysia nanti.Tak sempat aku nak minta permission,dia dah cakap awal-awal kat aku suruh pindah ofis tu.Ofis tu memang best,cuma ada 5 orang je kat situ.Privacy sikit lah...Kawan aku si Wei Li sangatlah jeles dengan aku.Dia cakap sv kitorang pilih kasih.Haha...Kesian Wei Li...Takpe2, i will always visit u even I move to another office okeh...

Next week aku ada presentation untuk kelas BI.Adui,first time nak present depan orang yang bukan melayu yang memang faham English je.Takut2...

Okeh,itu sahaja untuk malam ini.Sekian....

Thursday, March 10, 2011

Stress!Stress!

Assalamualaikum...

Hari ini,aku mulakan hari aku dengan baik sekali...Aku pergi kelas,aku masuk ofis,aku masuk lab...dan rajin sangatlah masuk lab hari ni...Dari pagi hingga ke petang.Macam-macam pakcik Dave ajar aku,dari start-up and shut down procedure,macammana nak prepare sample,nak create method dan analyse data.Tapi dalam keseronokan aku belajar menggunakan iGC,aku 'termissed' satu talk yang berkaitan dengan research aku dan talk tu sangat penting untuk aku!Sangat sedih...Tapi bukan salah aku sebab aku memang tak dapat apa-apa invitation dan kawan aku cakap,email invitation pun dihantar setengah jam sebelum talk bermula which is at 2.34pm.Talk start pukul 3pm.Aku pulak masuk lab pukul 1 sampai pukul 4pm.Sedih memang sedih.tapi bukan aku sengaja kan?Macammana la nak jawab kat sv aku esok time meeting ni...So scary ok...

Okeh,itu pasal research aku...lagi 1 yang buat aku gembira,tugas aku untuk promosi MPA conference kat Manchester bulan 7 ni baru selesai...Dah siap hantar email hebahan untuk peringkat pertama.Alhamdulillah.

Lepas aku siap forward email hebahan kepada semua ahli MPA,untuk meringankan kepala otak sebelum prepare untuk meeting esok,aku tengok cerita Matilda...Cerita pasal budak yang pandai dan ada kuasa...Best jugak,dah lama sangat tak tengok movie...ok lah kan sekali sekala nak hilangkan tekanan...

Lupa,bila aku buat experimen tu kan,memang mengajar aku erti kesabaran la sebab kelecehan untuk menimbang dan memasukkan powder yang halus-halus tu ke dalam packed column untuk iGC tu...kalau dengar packed column,bunyi macam besar je kan...Ianya bukanlah sebesar distillation column yang korang jumpa kat industri,column tu hanyalah 4mm inner diameter...Memang sabarlah...Sebab nak buat tu semua sehingga 3 tahun akan datang.Mudah-mudahan aku menjadi orang yang sabar.Gambar takdelah nak tunjuk column tu...nantilah,ada masa aku amik gambar column tu...

Okey,nak sambung tengok cite matilda...best pulak dah lama tak tengok tv...haha...

Belajar oversea?

Assalamualaikum...

Semalam,bila aku tengah berehat-rehat sekejap,aku buka blog aku,pastu cek la sape yang menjengah blog aku ni,bila aku klik kat google,keluar link bawah ni.Kalau sesiapa yang baca blog aku ni,boleh la nak klik link kat bawah ni.Pastu bagi pendapat korang.Aku ada pendapat aku sendiri,tapi aku tak tulis la pendapat aku kat sini.aku tulis dalam hati aku je...haha...takpela,yang penting Allah tahu tujuan kita,kenapa kita menuntut ilmu kan...Mudah-mudahan segala apa yang kita buat menjadi satu ibadah.

http://www.bincang.net/forum/showthread.php?86149-Kenapa-ramai-graduan-Universiti-di-Malaysia-takut-sambung-belajar-di-Oversea-apa-kata-survey

Okeh,nak bersiap pergi kelas dan ofis!Hari ni masuk lab belajar buat experimen guna iGC dengan pakcik Dave.Next week nak buat experimen sendiri guna urea crystals.

Wednesday, March 9, 2011

I need U

Assalamualaikum...

Saya perlukan kamu sekarang ini wahai ibu...T_T
Kadang-kadang tak semua perkara kita boleh luahkan kepada kawan kita.Dengan mak kita juga kita nak luahkan.Kalau boleh nak share semua problem kita dengan dia,nak lepaskan semuanya...
Tapi bila situasi yang jauh macam ni,kadang-kadang susah nak luahkan semuanya walaupun skype menjadi perantaranya.
Sebabnya,kita taknak dia susah hati memikirkan kita kat sini yang susah hati.
Bila kita tak dapat nak luahkan segalanya dan kita sembunyikan segala masalah kita,buat macam tak ada apa-apa,inilah jadinya...
Menangis...T_T

(Boleh tak nak suruh ibu duduk UK tahun depan.suruh adik-adik masuk asrama.selfishnya kakak sorang ni)

Monday, March 7, 2011

3 bulan 1 hari

Assalamualaikum...

Diam tak diam,dah 3 bulan 1 hari aku di bumi Leeds ni...waaa...cepatnya masa berlalu...cepatnya bulan februari meninggalkan kita...cepatnya dah nak umur aku 25 tahun...oh tidak!!!
hua3...merepek ntah pape...setiap hari isnin,aku mesti rasa malas...nape ek?sebab kat minda kita dah set,hari isnin adalah "Lazy Monday"...huhu...Hari pun ada malas kan...sebenarnya hari tu sama je...tak ada beza pun,cuma diri kita sendiri ni yang pandai-pandai set kat minda,hari isnin adalah lazy monday.Bila dah set macam tu,memang la malas jadinya.
Aku tengah berfikir-fikir jalan terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang berlegar-legar di kotak fikiran aku nih.Kan lately ni aku asyik think negatif je,kalau asyik think negatif je,jalan penyelesaiannya adalah pulang ke bumi Malaysia.Yeke???eiii,salah2...aku taknak.aku taknak bayar duit berjuta-juta,pastu balik takde keje.yang ada cuma segulung ijazah yang tak seberapa tu.
Jalan penyelesaiannya,sentiasa ingatkan diri yang aku boleh lakukan.Fikir semula betapa susahnya perjalanan nak sampai sini.Dengan macam-macam dugaan.Dan yang paling penting,Allah sentiasa ada bersama kita untuk sentiasa memberi pertolongan kepada kita.Aku kena sentiasa mengingatkan diri supaya tak lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah.Manusia ni kan pelupa.Jadi,kenalah sentiasa mengingatkan diri kita.Itu sebabnya kita perlukan orang-orang yang baik di sekeliling kita supaya dapat mengingatkan kita kepada kebaikan.Aku telah dipilih oleh Allah untuk menuntut ilmu di sini.Jadi,gunakanlah peluang yang ada ini sebaik-baiknya.Ingat Ain,ini adalah tanggungjawab dan amanah.Jadi,kena laksanakannnya.Waaa...takutnya...
Semoga Allah memberi petunjuk kepada aku...amin...

Saturday, March 5, 2011

Bila bersedih hati...

Assalamualaikum...
Beberapa hari ini, aku rasa macam sedih je.kenapa ek?sebab aku fikir pasal study aku.(tanya sendiri,jawab sendiri)...Kadang-kadang aku fikir mampu ke aku nak teruskan ni...Hari Rabu lepas,aku rasa sedikit down,biasalah,bila dapat task dari sv,pastu kena correction itu ini,jadi gabra seketika.Pastu rasa macam,eiii,teruknya aku ni,Buat benda sikit pun ada je banyak correction.Pastu macam-macamlah fikir pasal nanti buat thesis macammana apa semuanya.Masa tu,on the spot je rasa nak balik Malaysia.Nak jumpa ibu,nak jumpa adik-adik dan kakak,makcik pakcik,atuk nenek,kawan-kawan,orang kampung,dan segalanya.Pastu nak tidur kat bilik aku puas-puas tanpa ada gangguan.(Jet lag la konon)...haha...Macam nekad je nak balik,nak beli tiket flight.Nak-nak bila aku tahu student postgrad ada cuti sebulan dalam setahun.Aku takut jugak,kang tetiba aku book tiket,balik Malaysia ni sebab masa aku kat Shah Alam dulu,kalau aku rasa nak balik hujung minggu,2-3 hari before balik baru aku beli tiket.Tak pun,sehari sebelum.Kang tetiba aku buat camtu kat sini,jadi cite apa pulak kan.Aku ni kadang-kadang kalau dah nekad,buat sesuka hati tanpa berfikir dengan akal yang waras.Ikut hati je...Ingat UK-Malaysia macam Shah Alam-Johor ke...Tak boleh tak boleh,aku tak boleh balik.Aku kena bertahan sampai bulan 7 tahun depan.Eish,baru permulaan dah rasa down.Mana boleh macam ni.Ok2,think positif...(Selalu nasihat orang suruh think positif,tapi diri sendiri tak praktikkan...apa daaa)
Adui,membebel sorang-sorang kat sini...ni la tempat luahan perasaan aku dikala aku sorang-sorang duk kat hall ni...nak cerita kat orang,tak semua orang faham sebab korang tak macam aku...huhu...
okeh,nak mengemasa meja study yang bertimbun dengan kertas2.Berserabut macam kepala otak aku yang berserabut taktau nak start yang mana dulu.
Ya Allah,berilah aku kekuatan ya Allah!

(Kepada adik-adik yang ada kat Leeds yang nak baca blog akak,sorry lah,tak tergerak lagi nak bagi kamu semua baca,malu nanti kalau jumpa korang...nanti akak dah takde tempat nak meluahkan isi hati...hehe)

Thursday, March 3, 2011

Safety First

Assalamualaikum...

Hari ini aku attend CIEH Safety Certification Course.Mestilah course pasal safety kan.Apalagi...Kat sini,dia orang sangat mementingkan safety.Apa-apa yang kita nak buat pun,safety first.Bila masuk monthly meeting, first agenda,mesti pasal safety especially dalam laboratory. Bila masuk course tadi siang,aku terus teringat Optimal,tempat aku praktikal dulu. Diorang punya policy pun pasal safety juga.Mana-mana safety pun sama lah kan.Sama macam aku belajar subjek Safety & Loss Prevention masa kat UiTM dulu.Seronok juga bila dapat revise balik apa yang kita dah belajar dulu.Nak mengharapkan aku buka balik buku safety kaler kuning tu,entah bila.Bila jadi lecturer,kena ngajar safety,agaknya time tu la baru buka balik.Tapi sedang aku khusyuk tengok slideshow sambil menguap2 sikit,tiba-tiba kat screen ada pulak gambar orang tengah bawa forklift nak angkat barang ke tempat yang tinggi sedikit sambil ada seorang pekerja berdiri di sebelah barang yang sedang diangkat oleh forklift tu.Punya lah tak mementingkan safety kan.Yang menarik perhatian aku ni sebabnya pekerja-pekerja kat gambar tu,pakai baju kaler biru (orang kerja kilang tu la) dan rendah dan berambut hitam.Aku tengak 4-5 kali.dalam hati aku (eh,macam orang Malaysia).Tiba-tiba kebetulan sebelah aku seorang dari Indonesia cakap kat aku,"I believe they are Malaysians."Hoho...Malu jugaklah bila gambar orang Malaysia yang diorang guna sebab tak mementingkan safety kan dalam kerja mereka...Huhu...
Penting kot kan safety tu dalam kehidupan seharian kita.Even nak makan pun,safety first jugak.Contohnya sebelum makan baca bismillah,takdelah dapat makanan terus makan dengan lahapnya,pastu makan dengan beradab la kan,jangan gelojoh...bukan apa,takut tercekik.Hehe...Macam tu ler...

Tuesday, March 1, 2011

SEBUAH PERTEMUAN BY UNIC

Assalamualaikum...

Saya nak dedicate lagu ini kepada seseorang.
Nama dia Rozaliyana Radzi.
Roza,saya tahu awak selalu follow blog saya kan?walaupun saya tak follow blog awak =p
Dengarlah eh.Hope awak suka
 (klik kat play lagu kat sebelah post ni)

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
 

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan


Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Lagu ni sesuai kan untuk seorang sahabat?banyak makna tersirat dalam lagu ni untuk saya.Terima kasih sebab sudi jadi sahabat saya dan banyak menolong saya.
Jazakallah...=)

sepatutnya aku gembira,bukan sedih...

Assalamualaikum...

Hari ini aku balik dari ofis hampir pukul 7 malam.Paling lambat dalam sejarah aku rasa.Nak tau kenapa aku balik lambat?Aku tercongok depan bilik sv aku stgh jam dari pukul 5.40 sampai 6.15 petang sebab dia tengah conference call dengan siapa entah,aku pun taktau.Bila dia keluar,dia cakap dia tak dapat jumpa aku hari ini sebab ada urusan lain.Urusan apa tu,aku tak pasti.Tapi silap aku jugak,aku mengaku sebab tak buat appointment.Selalunya after 5 dia free,tapi rupanya,oh tidak!Mula-mula aku rasa agak stress jugaklah,macam nak nangis pun ada,sebab tunggu lama.Tapi bila fikir-fikir ballik dia lagi lama kot tunggu kerja aku yang tak siap-siap ni.Padan muka aku.Setiap perbuatan jahat kita akan dibalas dengan kejahatan jugak...Boleh pakai ke ayat tu untuk kes aku ni?Haha...bukanlah jahat,tapi tak elok la kan buat orang tertunggu-tunggu.Pengajaran...
Tapi masa aku jalan balik ke hall,aku fikir balik,kenapa aku nak sedih,sebab dari siang tadi aku doa,mudah-mudahan sv aku tak jadi jumpa aku hari ini sebab correction yang aku buat tu tak bagus sangat.Aku perlukan masa lagi.Jadi,agaknya Allah dah makbulkan doa aku lah kot.Allah lengahkan masa antara aku dan sv aku untuk berjumpa supaya aku dapat buat correction dengan lebih sempurna.
Now,aku think positif.So,dah tak ada sedih-sedih dah.Mungkin benda ni lah yang terbaik untuk aku hari ini.Agaknya kalau aku jumpa hari ini,kena buat lagi correction kan?Suka lah fkir positif macam ni...Bestnya kalau setiap saat kita ingat pada Allah.Mesti hati sentiasa tenangkan...

(Rindu nak pergi daurah lagi...)