12 Mac 2010 (Jumaat)
Seperti hari-hari yang lain,sebagai seorang RA aku pergi office macam biasa,pukul 8.15 pagi,menaiki kereta cik Noni.Tapi hari ini,aku seronok sangat sebab aku akan pulang ke kampung,berjumpa dengan family aku setelah sebulan tak balik,sebab nak settle kan IELTS dulu masa tu. Semasa tengahhari,aku telefon ibu,beritahu bas yang aku akan naiki macam biasa,pukul 6.30 petang dari Shah Alam.Dan yang paling excitednya,gaji aku selama 2 bulan baru masuk.Masa tu dapat RM2000++ untuk 2 bulan gaji rasa macam dah banyak sangat.Aku sempat beritahu kat ibu aku,nak pergi bandar hari sabtu tu sebab nak beli kain baju raya at the same time aku nak belanja dan belikan something untuk semua ahli keluarga aku.First gaji kot.Happy sangat.Ibu pun suka lah kan...
Petang,habis je waktu kerja,aku terus cepat-cepat punch out kad,pergi bus stop Mawar (kat dalam UiTM) tunggu cab.Alhamdulillah,sampai ke bus stand sek 17 shah alam sebelum bas sampai.Seperti yang dijanjikan,bus sampai tepat pada masa dan aku pun terus naik bas,siap tidur-tidur lagi dalam bas kan...
Pukul 10 lebih,bas sampai kat tol air hitam.Tempat biasa aku turun.Selesai solat di surau,aku terus menuju ke kereta kakak aku.Bila masuk dalam,ibu pun tak ada.Masa tu terfikir juga,kenapa bukan ayah yang ambil aku.Kalau ayah tak ambil pun,selalunya ibu akan ikut.Aku agak kecewa sebab bukan ibu dan ayah yang ambil aku.Aku tanya kakak aku,"Along,ibu kenapa tak ikut?"
Along:"Ayah tak sihat."
Aku dalam hati:ibu tak cakap apa-apa pun siang tadi.Aku terus mendiamkan diri sebab dah letih sangat.
Sampai di rumah,(hampir 11 malam),aku beri salam dan terus masuk rumah cari ibu dan ayah.Semua tidur kat luar masa tu sebab ayah cakap dia panas.Ayah dah pun hampir tidur masa tu.Ibu pun sama.Seperti kebiasaan,aku salam dan cium ibu dan ayah.Aku tanya ayah,"ayah sakit macammana?" sebab aku risau penyakit lama dia datang lagi.Stroke yang menyebabkan dia tak boleh telan makanan selama 3 bulan.
Ayah jawab,"sebu..."pendek je...memang ayah jenis yang tak banyak cakap pun.Walau dengan ibu dan anak-anak.Siang tu,ibu pergi makan-makan kat luar dengan ayah,tapi ayah cuma makan roti bakar je,dia kata tak selera nak makan.
Lepas itu,ibu tunjuk sofa yang dah diganti sarungnya.Baru sampai siang tadi juga.Ayah senyum je sebab dia puas hati kot tengok kerja orang yang tukar sarung sofa tu kemas,sebab ayah pun pandai juga buat tu semua.
Ibu gelisah dan risau tengok ayah.Dalam keadaan tu,sebab aku excited sangat baru dapat gaji,aku pun cakap dengan ibu,"ibu,esok kita pergi bandar ye."
Tapi ibu cakap,"tengok dulu ayah macammana."
Oklah kalau macam tu.Kecewa jugak,tapi memanglah,kalau bukan ayah yang bawa kitorang,sapa lagi.
Lepas bual-bual sekejap dengan ayah dan ibu,aku pun masuk bilik,on laptop,online dan aku menyiapkan kerja-kerja RA yang masih belum selesai...
(Cerita bersambung di post yang seterusnya)
No comments:
Post a Comment