While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Monday, August 22, 2011

10 malam terakhir Ramadhan 1432H

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak singgah di blog aku ni. Pejam celik,pejam celik,dah nak masuk malam 23 Ramadhan malam ni. Pantas sungguh masa berlalu. Di 10 malam terakhir Ramadhan, marilah sama-sama kita mencari malam lailatulqadar. Kat Leeds ni pulak, untuk 10 malam terakhir ni, Leeds Grand Mosque dibuka untuk sesiapa yang ingin beriktikaf di masjid. Kagum dengan orang-orang kat sini. Tapi memang orang arab ni bulan Ramadhan ni lah mereka banyakkan ibadah. lagi-lagi 10 malam terakhir. Kalau kita kat Malaysia, 10 malam terakhir, masjid semakin lengang. Takpelah. Harap-harap kita semua dapat berusaha dan berubah kepada yang lebih baik InsyaAllah. Di kala orang kat Malaysia tengah sibuk nak buat persiapan raya, start cuti semua, aku pun tetiba terasa bahangnya kat sini. Semalam, aku sanggup pergi town semata-mata nak beli bahan-bahan buat kuih raya. Memang semangat habis!Kebetulan pula, sv aku pergi bercuti selama 2 minggu start hari esok. Tetiba aku rasa aku pun macam bercuti untuk raya. Haha..over!Tapi boleh la curi masa nak buat kuih raya.=p hehe...ok lah.nak solat zuhur dan study. dah duduk rumah kena study. takleh bersenang lenang.

Tata

Sunday, August 14, 2011

Hidayah Allah

Assalamualaikum...

Tengah dok sibuk study, tetiba tergerak nak cari fb Irma Hasmie sebab nak cari kepastian. Betullah!dia dah pakai tudung!Cantik!Suka tengok. Tergerak nak cari kepastian sebab tengok video yang ceritakan kisah penghijrahan dia tu. Dah duduk kat luar, apa-apa cerita kat Malaysia pun dah taktau. Huhu...Alhamdulillah, semoga ramai lagi artis kita yang terbuka hati untuk memakai tudung. Semua orang boleh berubah, dan mudah-mudahan kita semua pun dapat berubah menjadi insan yang lebih baik dan bertambah iman dan takwa kepada Allah dari sehari ke sehari. Amin...

Ok,sambung buat kerja...;p

Friday, August 12, 2011

Lagi-lagi Riots UK

Assalamualaikum...

Lagi berita mengenai riots di UK dan berita Mohd Ashraf Haziq, salah seorang mangsa serangan rioters. I am proud to be a Muslim and Malaysian. Everything happens for a reason. Semoga apa yang berlaku ada hikmahnya untuk Islam.

Source : CatholicHerald.co.uk: The Malaysian riots’ victim is a brilliant ambassador for his country and his faith. But where were the Catholics in all this?
http://www.catholicherald.co.uk/commentandblogs/2011/08/12/the-malaysian-riots-victim-is-a-brilliant-ambassador-for-his-country-and-his-faith/

Yang aku baca, banyak volunteers dari UK yang berkempen buat donation untuk Asyraf. sebagai cara untuk menunjukkan diorang pun tak setuju dengan apa yang berlaku. Kita doakan semoga Asyraf terus sihat dan semoga segala-galanya kembali aman.


Wednesday, August 10, 2011

UK Riots 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah masuk 10 Ramadhan, bermakna kita dah puasa 10 hari kan. Sekejap je 10 hari berlalu. dan dalam umat Islam sibuk mengerjakan ibadah puasa, orang-orang kat UK ni pun sibuk jugak.Sibuk dengan riots sana sini. Serious, rasa tak amannya hidup. Bila jadi macam ni, rasa rindu sangat kat Malaysia. Apa yang aku tahu, main factor yang buat diorang merusuh adalah sebab polis tembak mati salah seorang ahli group gangster, dan yang berlaku di Tottenham sebab diorang tak puas hati taraf hidup diorang masih rendah such as kemiskinan and pengangguran yang tinggi. Rioters ni pun most of them are teenagers. Kalau perasan, diorang attack shopping complex, mobile shop, dan butik-butik yang terkenal. Macam tak ada sebab yang kukuh diorang ni merusuh. Bila merusuh, bakar kedai, dapatlah curi segala macam harta benda kat situ kan. Sana sini kita dengar orang merusuh, demonstrasi. Macam ni lah jadi nya bila orang tak puas hati dengan kerajaan yang memerintah. Dan mungkin those rioters tu pun diupah. Orang muda kan dan bukan orang yang berpendidikan tinggi mungkin. In Leeds, semalam kawan-kawan aku cakap memang ramai polis kat city centre. Semua tengah berjaga-jaga je. Malam tadi balik dari terawih pun nampak beberapa kereta polis buat rondaan. Macam-macam perasaan ada. Time kitorang on the way ke masjid, kitorang pakai telekung,(budget kat malaysia lah kan) then a family yang tinggal kat area tu was shouting at us, "what are you doing with your pyjamas!!!?" ada ke diorang cakap telekung tu pyjamas. dan then dengar lah diorang menjerit-jerit saja nak takut-takutkan kitorang. Macam tu lah kehidupan di negara orang bukan Islam ni. Ramai je yang racist, cuma diorang tak tunjuk. Terjumpa group yang racist, memang kena bersiap sedia lah. Cuma apa aku harap, Allah beri perlindungan kepada kami semua di Leeds khususnya dan di UK am nya agar terselamat dari segala kecaman dan gangguan orang-orang yang tak mahu memahami Islam ni.Amin...

P/S: oh ye, kalau korang ada tengok video kat utube pasal seorang student malaysia yang cedera tu, latest update, budak tu dah selamat sekarang dan tengah menjalani rawatan di salah satu hospital di London. He is a first year student and just come to london last month.

Sunday, August 7, 2011

Seminggu Ramadhan di Leeds

Assalamualaikum...

Dah seminggu Ramadhan baru sempat nak post entry pasal Ramadhan kat sini. First time berpuasa di negara orang, jauh dari keluarga, sanak saudara, sahabat handai di Malaysia. Tapi not bad puasa kat sini coz cuaca tak begitu panas, mungkin autumn dah nak bermula. Matahari keluar pun sekejap-sekejap. Kalau orang tanya buka apa, tak ada beza sangat pun apa yang aku makan untuk berbuka dengan di Malaysia. Bezanya takdelah bazaar Ramadhan dan juadah-juadah mewah macam kat Malaysia. Kalau buka, satu meja penuh, kadang-kadang terpaksa hold dulu lain-lain juadah sebab dah banyak sangat kan. Aku pulak, lebih prefer buat dessert. First day puasa dah craving cream cheese. So, buatlah cream cheese cadbury cookies. Hehe...Alhamdulillah, kami satu rumah takdelah masak mewah-mewah sangat. Almaklumlah, orang bujang. Cewah. Tapi cukup untuk mengenyangkan perut. Lagipun, kakak-kakak postgrad yang lain kat sini pun baik-baik. Selalu je diorang hantar makanan kat kami adik-adik yang single-mingle ni. Diorang pun tahu perasaan jauh dari keluarga. Lagilah macam kami yang memang hanya ada kawan-kawan je kat sini. Lepas berbuka, solat Maghrib berjemaah bersama-sama housmates dan kemudian bergerak ke Leeds Grand Mosque untuk solat Isyak dan terawih berjemaah. Subhanallah...Sungguh seronok rasanya berterawih di sini. Berjumpa umat Islam dari pelbagai negara. Memang pengalaman baru dan takkan dilupakan. Walaupun terawih agak lambat sebab isyak masuk pukul 10 lebih, tapi alhamdulillah, mata masih boleh bertahan untuk melakukan ibadah. Habis terawih dalam pukul 12, balik rumah dan terus tidur sebab nak bangun sahur pukul 3 lebih. Sebabnya imsak habis dalam pukul 4. Agak mencabar sebab tidur hanya 2 jam lebiih, dan kalau nasib tak baik, akan terlepas sahur seperti aku dan budak-budak rumah aku harini...Kui3...First time tak sahur. Nasib baik cuaca sejuk je...Oklah, nak study. Hmm...Autumn dah nak bermula. Mesti cuaca akan sejuk + dull je nanti...seperti harini...Mata pun asyik nak mengantuk je...huhu...