While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Sunday, August 7, 2011

Seminggu Ramadhan di Leeds

Assalamualaikum...

Dah seminggu Ramadhan baru sempat nak post entry pasal Ramadhan kat sini. First time berpuasa di negara orang, jauh dari keluarga, sanak saudara, sahabat handai di Malaysia. Tapi not bad puasa kat sini coz cuaca tak begitu panas, mungkin autumn dah nak bermula. Matahari keluar pun sekejap-sekejap. Kalau orang tanya buka apa, tak ada beza sangat pun apa yang aku makan untuk berbuka dengan di Malaysia. Bezanya takdelah bazaar Ramadhan dan juadah-juadah mewah macam kat Malaysia. Kalau buka, satu meja penuh, kadang-kadang terpaksa hold dulu lain-lain juadah sebab dah banyak sangat kan. Aku pulak, lebih prefer buat dessert. First day puasa dah craving cream cheese. So, buatlah cream cheese cadbury cookies. Hehe...Alhamdulillah, kami satu rumah takdelah masak mewah-mewah sangat. Almaklumlah, orang bujang. Cewah. Tapi cukup untuk mengenyangkan perut. Lagipun, kakak-kakak postgrad yang lain kat sini pun baik-baik. Selalu je diorang hantar makanan kat kami adik-adik yang single-mingle ni. Diorang pun tahu perasaan jauh dari keluarga. Lagilah macam kami yang memang hanya ada kawan-kawan je kat sini. Lepas berbuka, solat Maghrib berjemaah bersama-sama housmates dan kemudian bergerak ke Leeds Grand Mosque untuk solat Isyak dan terawih berjemaah. Subhanallah...Sungguh seronok rasanya berterawih di sini. Berjumpa umat Islam dari pelbagai negara. Memang pengalaman baru dan takkan dilupakan. Walaupun terawih agak lambat sebab isyak masuk pukul 10 lebih, tapi alhamdulillah, mata masih boleh bertahan untuk melakukan ibadah. Habis terawih dalam pukul 12, balik rumah dan terus tidur sebab nak bangun sahur pukul 3 lebih. Sebabnya imsak habis dalam pukul 4. Agak mencabar sebab tidur hanya 2 jam lebiih, dan kalau nasib tak baik, akan terlepas sahur seperti aku dan budak-budak rumah aku harini...Kui3...First time tak sahur. Nasib baik cuaca sejuk je...Oklah, nak study. Hmm...Autumn dah nak bermula. Mesti cuaca akan sejuk + dull je nanti...seperti harini...Mata pun asyik nak mengantuk je...huhu...

3 comments:

  1. teringin aku nak berpuasa n beraya di perantauan :) Selamat berpuasa ain!
    Ko hantar la gambar Salam Perantau kat Surat Khabar tu.hehe

    ReplyDelete
  2. Ko teringin sangat Gha?ajak la cik abang. tpjgn menyesal. Aku terasa sedih tol takda bazar ramadhan cam kat malaysia, kalo ada pun, haga mencekik2,tapi yg paling syahdu tak dapat denga azan dr masjid masa buka n subuh...sedih woo.masih nak gak ke? Ko habis bile ain?

    ReplyDelete
  3. gha:mmg nak hntr,tapi tak berkesempatan lagi..
    fareed:betul2.rindu kan nak dgr azan.dgr azan kat internet jela.huhu.habis bila?doakan lah aku akan berada kat sini utk 2-3 thn lagi.=)
    eh,thn dpn balik raya jom...hehe...

    ReplyDelete