While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Sunday, March 4, 2012

New Update Since Last Post

Assalamualaikum...

Woohoo...lama horror tak menghupdate blog saya yang dah berhabuk...Lots2 of stories to keep in my blog since lately saya ni cepatlah lupa, so perlulah merepek dalam blog ni. Saya belum terfikir nak share my blog kepada orang lain sebab saya tak reti nak menulis dengan baik. Tulis apa yang terfikir dalam otak,itulah yang keluar kat sini. Actually, terfikir nak share dengan kawan-kawan di fb coz nak share sedikit ilmu yang tak seberapa dalam blog saya ni.

Sekarang, saya dah hampir masuk second year (hampir sebab saya tak viva untuk transfer lagi.so tak confirm lagi...oh saya nervous) :( Bila dah masuk 2012, saya jadi sangat takut, risau sebab dah masuk second year dah pun, tapi fundamental saya untuk research area saya ni masih belum kuat lagi. Is it normal?or memang saya yang lembap sangat?So, saya perlukan penghijrahan untuk belajar dengan lebih efficient dan determined, lebih fokus, make a good plan for my study. Selalu je plan, tapi selalu overdue je plan tu.huk3...

Alhamdulillah, saya pun dah hantar transfer report dan menunggu tarikh untuk viva transfer. Saya cuma tawakkal je sekarang. Cuak, nervous, semua perasaan ada. Dan saya juga tengah plan untuk hantar abstract untuk pergi conference. *stress* (saya berangan nak produce paper and publish) wuuu...ni bukan angan-angan,tapi impian saya. Saya dah pun apply untuk 2 summer school di DLS, tempat saya selalu buat experiment tu,tapi kena tunggu result sama ada dapat atau tak.(hopefully dapatlah) dan tengah nak siapkan abstract untuk apply sponsorship nak pergi crystallisation school di Spain. (mudah-mudahan ada result yang best).

Selain pasal belajar, untuk tahun 2012 ni juga alhamdulillah, setakat ni, usrah yang saya join berjalan secara konsisten. every friday, 7.30 malam. Bila saya sebut usrah, bunyi macam serius je kan. Ok, saya tukar, kitorang panggil bulatan gembira. Kenapa bulatan gembira?sebab perjumpaan inilah yang menguatkan ukhuwah antara hati-hati kami. sharing ideas of lots of topics, bukan sahaja topik usrah itu sendiri, tapi tentang kehidupan harian dan me"link"kan apa jua topik dalam usrah itu sendiri dalam kehidupan sehari-hari. Bukankah Islam itu agama yang syumul?-jika saya ada kesempatan lagi,saya akan cerita tentang topik ini.
Kami semua sibuk dengan study, tapi perkumpulan sekali setiap minggu dapat lah berhubungan dan bertanya khabar, kalau tak,aduila,susah betul nak jumpa even rumah sekangkang kera je.

Usrah bukan suatu gerakan yang ekstrem, ianya sunnah. Rasulullah sendiri apply usrah untuk berdakwah. untuk perkenalkan Islam dan memberi pemahaman akidah kepada umatnya. Cuma zaman Rasulullah tak panggil lah usrah. Saya join usrah sebab saya rasa ilmu akidah saya masih tipis. Memang benar saya solat 5 waktu sehari semalam, puasa ramadhan, dan semua yang wajib insyaAllah saya buat. Tapi itu semua belum cukup selagi akidah kita belum kuat. akidah itulah yang menjaga iman kita. Kalau akidah kita kuat, mesti kita akan apply Islam itu dalam kehidupan kita sehari-hari 24/7 kan?Barulah kita faham Islam itu syumul.

Last weekend (25 & 26 feb 2012), saya berjaya join daurah setelah setahun saya tak join. Alhamdulillah. Good start, I think? Coz daurah tu perkenalkan saya kepada syumulnya Islam, sejarah usrah, definition of tarbiyyah and thummuhat (obsession).

I will share the topics in daurah later. Saya nak buat kerja.

p/s:Saya pun nak tukarlah dari guna word "aku" dalam blog ni kepada "saya". Hijrah juga, kan?;)

Wassalam...

No comments:

Post a Comment