While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Tuesday, November 29, 2011

Congrats to Mummy ghA!!!

Assalamualaikum...

Malam semalam aku tidur awal horror. Disebabkan kekenyangan makan kue teow kungfu buatan my housemate kecik kesayangan, azna... Perghhh... memang best die masak... Kalau kat kedai rasanya harganya RM 6.00 ke atas sebab banyak horror!!! Lepas makan, melayan skype kejap sampai tertido... Bangun - bangun macam biasa, benda pertama yang akan dilakukan adalah cek phone. Satu kewajipan kot... bukan pe, nak tengok jam pukul berapa, pastu terperasan ada message from ghA. Bila buka, terus mata aku segar sebab ghA dah delivered baby Muhammad N pada 29/11/11. Aku tengok message tu dihantar pukul 6.39 pagi waktu Malaysia. Alhamdulillah... Belum berkesempatan untuk bertanya khabar sahabatku yang sorang ini. Aku excited plak. Tak sabar nak tengok baby tu. InsyaAllah hajat aku nak tengok anak - anak kawan - kawan aku akan kesampaian this coming December, InsyaAllah...Nak amik berkat sikit dari diorang. Biar cepat - cepat sikit jodoh aku sampai...Hak3...

Oklah, tu Mummy ghA. InsyaAllah kita jumpa ye this december. can't wait to see u and pegang Muhammad N. Apelah N tu agaknya yer...hihi...

Oklah...adiosss...

Sunday, November 27, 2011

Genap setahun di UK

Assalamualaikum

Salam tahun baru 1433H. Sungguh cepat masa berlalu. Rupa - rupanya genap setahun aku kat sini (semalam) kalau ikut kalendar hijrah. Alhamdulillah, walaupun ada beberapa perkara yang buat aku 'stress', tapi aku harap semuanya akan dapat diselesaikan dengan kadar segera. Allah Maha Penyayang, bila Dia bagi aku rehat, Dia bagi aku rehat yang secukupnya. Sekarang ni, memang Dia bagi aku masa untuk stress cukup - cukup. Sebab apa?Haaa...sebab tak sampai sebulan lagi Dia nak bagi aku rehat selama 2 minggu. Aku dah nampak dah. So, aku taknak stress - stress. Hihi...

Masa di awal tahun dulu, aku ada buat azam, dan aku tak tahu lah sama ada azam tu dah tercapai ke belum. Mungkin je dah dapat, tapi untuk menuju ke stage yang seterusnya mungkin masih samar sebabnya... itu azam untuk 2012 pulak...Haha...Merepek sudah...Tapi memang aku ada niat tu pun. Tapi mungkin juga disebabkan aku stress sekarang ni, semua benda aku rasa serba tak kena. Silap aku mungkin ambil tindakan terlampau drastik, terlalu cepat lembut hati untuk memberi ruang hati ini dibuka kepada sesiapa yang ingin mencuba nasib. 

Tapi aku harap apa - apa pun terjadi selepas ini, aku lebih kuat untuk hadapinya. Kadang - kadang aku berlagak je la cakap aku dah biasa dan well prepared if anything happen. Ego punya pasal lah tu! Tapi bila dah down, nangis tu mesti punya lah! Actually, aku tak rasa pun aku akan kuat lepas ni if anything happen, dan aku rasa ini kali terakhir aku memberi ruang kepada hati ini untuk dibuka. Kalau kali ini tak menjadi, OK, aku redha. Sebab hakikatnya aku memang tak kuat pun. Semakin lama aku dapat rasa hati aku ni cepat terasa. Kesian hati aku nih...Asyik bersedih je...Ok2, I promise, after this kalau orang sakitkan hati lagi, taknak bagi dah hati ni kat sesape?OK hati?takmo sedih2...hihi...Chill!!!

Haha...merepek bukan - bukan...dah lari tajuk ni...eh, tak jugak. Ni azam tahun baru nih kan...kui3...
Oh, dah happy balik sebab kerja - kerja yang diberi oleh persatuan dapat pun disiapkan dan dah hantar pun. Ok, now time to study...Hihi...Ops, before that, nak solat dulu. Baca al-Quran, nak sedekahkan kat arwah ayah. Oh, sungguh...aku rindu pada arwah ayah. Balik Malaysia nanti nak pergi melawat kubur ayah. 

Tak sabar nak balik Malaysia!!!Hoyeah!!!

Wednesday, November 23, 2011

Mencari Mood

Assalamualaikum...

Harini aku nak merepek lagi setelah terasa sangat down siang tadi. Rasa taknak jumpa orang je dalam waktu terdekat ni. Disebabkan terasa down semacam je, aku ambil keputusan ikut kawan aku pergi gym. Nak tenangkan perasaan. Tapi di pagi - pagi hari aku yang down tu, di penghujungnya muncul sinar yang menerangi kegelapan pagi tu. Tetiba bahasa aku berbunga - bunga. Alhamdulillah, aku berjaya install software yang menggunakan Linux Operating System dengan jayanya. Before this seriously aku memang tak paham ah ape benda command - command ni semua. Tapi lama - lama guna seronok pulak. Aku tercabar lagi bila disuruh install software sendiri menggunakan Linux command. Bila dah boleh install, tak keluar pulak program tu. Bila dah keluar program tu, tak boleh open file plak. Macam - macam. Tapi semua masalah tu senang je pun sebenarnya, kenapa faham. The second thing, berkenaan dengan 3 lagi software yang aku perlukan untuk diffraction analisis. Pukul 4 tadi, aku dapat balasan email dari orang kat Molecular Biology School yang guna software yang sama dengan aku. Dua hari aku tunggu baru dia reply. Then, tadi dia offer kat aku untuk guna computer kat school dia. Alhamdulillah...Memang janji Allah itu BENAR. Setiap kesusahan pasti ada kemudahannya. Mungkin selama ini aku kurang usaha dan bersungguh - sungguh. Allah cuma nak kita berusaha je, baru berusaha sikit Dia dah bagi kemudahan, apatah lagi kalau berusaha banyak, kan?
Dalam al-Quran pun ada sebut, "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya." Subhanallah...Allahuakbar...Rasa nak sujud syukur je tadi bila tersedar betapa Allah itu Maha Penyayang pada hambaNya yang serba kekurangan ini. Terima kasih ya Allah.

So balik dari gym tadi aku balik rumah dinner dan berbual - bual kejap dengan adik rumah kesayangan. Kesian dia. Kakak - kakak semua busy. Hari ni baru ada masa nak berbual dengan dia. Then, aku mengemas bilik, pasang balik meja yang aku dah bukak supaya aku tak tidur dengan buku lagi. Huhu...

   Inilah rupa bilik aku selepas kemas.hehehe...

Lepas ni aku nak bersujud menghadap Ilahi, menadah tangan memohon ampun, berterima kasih atas kemudahan yang diberikan dan meminta segala hajat ditunaikan. Okeh, sebelum keluar ayat ntah pape, aku nak stop. Bubye....

Tuesday, November 22, 2011

Memahami al-Quran

Assalamualaikum...

Dulu aku takla pentingkan sangat baca terjemahan ayat al-Quran. Tapi, banyak benda yang membuatkan aku rasa sudah sampai masanya aku cuba fahamkan apa yang terkandung dalam al-Quran sebenarnya. Yela, khatam dah berpuluh, mungkin hampir ratus kali dari first time aku khatam darjah 3 or 4. Tapi tak pernah cuba nak fahamkan apa isi al-Quran itu sendiri. Sekarang, aku cuba untuk membaca maksudnya sekali. Tambahan, al-Quran terjemahan sekarang ni pun lebih mudah untuk difahami maksudnya dan ada yang kecil, senang nak bawa ke mana-mana kan. Aku sangat kagum dengan student-student kat sini, especially adik-adik kesayangan aku ni la, gi mana-mana dalam beg mesti ada al-Quran. Walaupun dalam iphone ni boleh je install iQuran, tapi pegang al-Quran juga yang best. Aku sayang sangat al-Quran aku yang comel ni. InsyaAllah, aku akan berusaha untuk menggunakannya di mana sahaja aku berada. Kat iphone pun aku download gak iQuran. In case, kalau aku terlupa nak bawa Quran comel kesayangan aku ni, especially bila travel jauh, duduk dalam train, dari taktau nak buat apa, it is good to recite the Quran, or hadith kan.

Oh, nak share sikit 2 ayat yang aku baca antara beberapa ayat. As a tazkirah, ingat mengingati, walaupun takde kot orang nak baca blog aku ni. Cuma Najihah Abas jelah...hihi...

albaqarah [2:152-153] :
" Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang - orang yang sabar."

Ok, nak sambung buat kerja. Rabu pagi meting dengan sv. hantar report....*sigh*

Semoga Allah membantuku. Janji Allah itu benar. (refer balik maksud ayat di atas...hihi)

Wassalam...

Sunday, November 20, 2011

A Month to Go!

Assalamualaikum...

*wink2*

Tajuk entry macam tak boleh blah
Kalau orang yang tak paham mesti ingat ada pape
Lagi-lagi bila post kat fb
Hihi
Sangat tak sabar 
Menunggu 20122011
Segala tindak tanduk kita Allah yang kawal
Hanya mengharap yang terbaik dari Allah
Allah ada perancangan yang terbaik 
Sebab itu hati ini telah digerakkan
Untuk melakukannya 
Dengan NEKAD
Keputusan dibuat
Jari-jemari dengan pantas menaip di papan kekunci laptop
MengKLIK apa yang sepatutnya
Dan akhirnya....
GBP642.90 telah selamat masuk dalam akaun Qatar Airways
Ya!Malaysia, tunggu kepulanganku!
Serius,aku tak sabar nak balik Malaysia!
dah tak kuasa nak buat ayat skema bermadah-madah bagai...
Haha!
Aku yakin Allah ada perancangan yang terbaik untukku sehingga Dia menjadikan aku begitu nekad untuk membuat keputusan di akhir-akhir ini.

Terima kasih ya Allah!Semoga aku menjadi semakin bersemangat dan rajin...
Ya 'ain.Sila siapkan report sebelum pulang ke Malaysia untuk 2 minggu nanti...
Jom jadi rajin dan bersemangat!
Tata!!!



Tuesday, November 15, 2011

Plan yang tak diduga

Assalamualaikum...

Hari ini aku rasa aku telah membuat satu plan yang aku sendiri tak duga. Malam semalam aku bagitau kawan aku yang aku rasa nak sangat balik Malaysia. So, aku pun search la semua airlines yang boleh bagi fare yang murah. Tapi malangnya aku tak jumpa. Takpelah, mungkin tak ada rezeki. Aku berkata dalam hati. 

Then pagi tadi, sampai je office, aku fikir lagi. Why not aku balik je this coming christmas sebabnya semua orang kat universiti cuti dan tak ada sesiapa pun. Dan sebab aku yakin my viva transfer will be after in January, so it is better for me to go home first, meet my mother, get her bless first kan. So, pagi tadi aku try la search kat Qatar airlines dan aku jumpa low price fare!Return ticket about GBP642.90 including tax. Aku tanya kawan aku yang pernah study sini dulu dan dia kata berbaloi kalau aku balik untuk 2 minggu dengan harga tiket macam ni. Even takla murah sangat, tapi murahla. Ye...aku sangat happy dan sangat bersemangat nak siapkan report aku. 

Semoga Allah permudahkan kerja - kerja aku ini. Amin... 

Sunday, November 13, 2011

17:23-24 & 31:14

Assalamualaikum...

Hari ini buat pertama kali sepanjang duduk Leeds, aku join Majlis Ilmu Wanita. Lebih kurang kelas agama atau lebih dekat lagi usrah la. Kelas ni memang khas untuk wanita, perempuan, girls, ladies, women. Okeh, tajuk harini sangatlah best. Kelas ni dibuat di rumah keluarga Malaysian yang dah lama menetap kat Leeds ni, Ustaz Daud dan Kak @ Makcik Midah. Aku pun dah confused nak panggil makcik or kakak.Huhu. Ustaz Daud lah yang bagi pengisian. 

Berbalik kepada pengisian dalam majlis ini, tajuk minngu ini sangat best. "Silaturrahim"
Mula-mula aku ingat silaturrahim dengan kawan-kawan, jiran tetangga atau pun saudara-mara tau. Rupanya, yang lebih dekat lagi dengan kita, iaitu ibu bapa.

Di sini aku ingin share sikit apa yang aku dapat daripada pengisian Ustaz :

Sillaturrahim --> daripada perkataan "Sillah" dan "rahim".

Sillah bermaksud ikatan yang tidak terputus manakala rahim bermaksud daripada rahim. Maksudnya di sini ialah sesuatu ikatan itu bermula daripada rahim ibu kita lagi ataupun dalam erti kata lain sesuatu ikatan itu bermula daripada ibu dan bapa kita. 

Kemudian, mari kita kaitkan dengan 2 ayat dari surah al-Isra' ayat ke 23 dan 24 (17:23-24) yang bermaksud : 
" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia."

Dalam ayat ke-23 surah al-Isra' di atas, Allah telah memerintahkan kepada kita agar menyembah Allah sahaja, bukan yang lain. (tidak menyekutukan Allah) dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Atau kalau kita pecahkan ayat ini menjadi 2 ayat, 

"Allah telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia."
"Allah telah memerintahkan agar kamu hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa."

Di sini bermaksud, berbuat baik kepada ibu bapa juga adalah suatu perintah yang kita wajib laksanakan. Perasan tak, perintah Allah untuk kita menghormati/berbuat baik kepada ibu bapa datang selepas perintah menyembah Allah? Subhanallah, betapa mulianya kedua ibu bapa kita di sisi Allah. Kalau kita sembah selain Allah itu berdosa besar, jadi kalau kita tak menghormati/berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita, maknanya dosa besar juga kan?Astaghfirullah...

Seterusnya, "Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu" --> kenapa Allah berfirman salah seorang di antara keduanya dahulu baru kedua-duanya?sebabnya kalau kita lihat, jarang kedua-dua orang tua kita kekal hingga ke usia lanjut, normally salah seorang sahaja, (contohnya macam parent aku, ayah dah pun pergi dahulu) tapi takpe, aku dah redha ayah pergi. dan baru Allah sebut atau kedua-duanya. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui kan. MasyaAllah...Dan kenapa Allah spesifikkan lagi "sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu?" sebab bila ibu bapa kita berusia lanjut, memang perangai mereka kadang-kadang seperti kanak-kanak, perlukan perhatian dan belaian dari seorang anak. Macam masa kita kecik-kecik dulu. Jadi, memang sangatlah perlukan kesabarankan. Samalah macam ibu bapa kita sabar melayan kerenah kita masa kecik. Agak-agak kita sesabar ibu bapa kita tak eh nak bela mereka macam mereka bela kita masa kecik?T_T

Allah perintahkan lagi:
"Janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia."
Hmm...Kalau sebut ah pun dah berdosa, apa lagi membentak/marah-marah/tinggi suara. Ah di sini sama lah juga dengan perkataan seperti "alaaa","eish", dan perkataan-perkataan yang kasar yang lain. Dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang mulia/baik atau lebih mudah nak faham ayat-ayat yang menyejukkan telinga mereka, yang menenangkan mereka. Dan di sini pun kata penguat seperti yang kat atas tadi. Means no option ok...

Untuk penjelasan ayat ke-24 surah al-Isra':
" Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah,"Wahai Tuhanku!Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku masih kecil "


Daripada ayat di atas, perkataan ketiga-keenam, bermaksud kepak (untuk menaungi/melindungi) dengan sebenar-benarnya daripada kasih sayang. Ok, first, nak terangkan maksud kepak. Pernah tak nampak ibu ayam yang ada berbelas ekor anak ayam yang baru menetas tu?Kalau perasan, macammana dia jaga anak dia?Dia akan lindungi anak-anak dia bawah kepak dia. Jadi, kat sini, macam tulah jugalah maksudnya kita jaga ibu bapa kita sungguh-sungguh di sisi kita dengan sebenar-benar kasih sayang. Dan seterusnya mendoakan kedua ibu bapa kita (ampunkan dosa mereka, dirahmati) seperti mana mereka telah memelihara kita sejak kita dilahrikan lagi.

Kemudian, Allah kuatkan lagi berkenaan berbuat baik kepada ibu bapa dalam ayat ke-14, surah Luqman yang bermaksud :

"Dan kami wasiatkan kepada manusia kedua orang tuanya, ibunya yang telah mengandungkannya dengan kesusahan demi kesusahan dan menceraikan susu dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."

"Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu." Allah berwasiat (yang mana kalau wasiat dalam realiti hidup kita, orang yang tak laksanakan wasiat orang yang nak mati tu tak baik atau berdosa kan) samalah maksudnya kat sini. Kemudian Allah menekankan lagi dengan dan selepas bersyukur kepada Allah, maka perlu bersyukur kepada kedua orang tua kita.

So, kesimpulan dari ayat - ayat di atas berkenaan silaturrahim, betapa pentingnya hubungan kita dengan kedua ibu bapa kita kerana ikatan itu bermula dari mereka. Jika hubungan kita dengan kedua ibu bapa kita sendiri kita tak jaga, apatah lagi hubungan kita dengan orang-orang lain disekeliling kita dan masyarakat di luar sana. Dan apa-apa jua, hakikatnya segala-galanya bermula dengan hubungan kita dengan Allah SWT.

Allahuakbar. Sungguh indah ayat-ayat Allah dan ayat-ayat Allah itu sesungguhnya benar. 

Semoga apa yang ditulis ini dapat memberi sedikit ilmu kepada sesiapa yang membaca blog ini. Maaf, aku tak pandai nak menulis menggunakan ayat-ayat sastera. Segala isi-isi penting aku dapat dari majlis ilmu tadi.

Aku bukan orang yang selayaknya untuk menyampaikan ilmu sebegini. Tapi teringin nak kongsi apa yang aku dapat. Semoga sama-sama kita muhasabah diri kita.

"Jangan memandang siapa yang menyampaikan sesuatu ilmu itu, tetapi pandanglah apa yang disampaikannya."

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." (Imam Hasan Basri)

p/s : lepas baca ni, jom call or jumpa parents kita. Tanya khabar mereka. (terasa nak call ibu sekarang juga, tapi masih terlalu pagi walaupun tahu je ibu dah bangun before subuh lagi) Jap lagi angah call ibu ye! Sungguh rindu nak peluk dan cium ibu. Hanya doa yang dapat angah kirimkan semoga ibu sentiasa sihat dan panjang umur. I know you never forget to pray for me everyday every second. Luv u ibu!



Friday, November 11, 2011

11.11.11

Assalamualaikum...

Harini 11.11.11. Memang cantik ah nombor ni.Ni la date yang aku idam-idamkan nak untuk tarikh bersejarah aku, tapi apa kan daya, tak kesampaian.Haha...Merepeks...Ok, orang sibuk dengan tarikh yang cantik ni, tapi ada juga kawan - kawan di fb aku yang dah sedarkan aku bahawasanya tarikh ni takde apa yang special pun. Tapi yang satu ini sungguh special bagi aku. Cuba kita buka al-Quran, surah ke 11, ayat yang ke 11 atau ringkasnya 11:11:

"Kecuali orang - orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal - amal soleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar " [Surah Hud (11:11)]

Allahuakbar...Sungguhlah cantiknya ayat Allah yang kesebelas dalam surah kesebelas ini. Tiada yang lebih indah daripada ayat - ayat Allah...Bestkan?

Hari ni pun aku lalui macam biasa kat sini, cumanya aku ada meeting dengan sv aku harini. haaa...dan yang bestnya macam biasa kalau jumpa dia, dia tak lupa untuk beri kata - kata semangat untuk aku. Best3...Allah memang sangat best. Dia anugerahkan aku sv yang best. Selalu tanya aku ok ke tak dengan kerja - kerja aku. Alhamdulillah...Di kala aku rasa aku tak boleh buat, sv aku berikan kata - kata semangat. Setakat ni aku tak pernah kena marah dengan sv lagi. Aku harap sampai aku habis PhD nanti dia tetap berlembut dengan aku. Hihi...Amin...

Ok, masa untuk mengemas bilik yang sangatlah bersepah dengan buku - buku di sana sini. Budget rajin sangat study. tapi bersepah je lebih...huhu...

Ok, babai...