Assalamualaikum
Salam tahun baru 1433H. Sungguh cepat masa berlalu. Rupa - rupanya genap setahun aku kat sini (semalam) kalau ikut kalendar hijrah. Alhamdulillah, walaupun ada beberapa perkara yang buat aku 'stress', tapi aku harap semuanya akan dapat diselesaikan dengan kadar segera. Allah Maha Penyayang, bila Dia bagi aku rehat, Dia bagi aku rehat yang secukupnya. Sekarang ni, memang Dia bagi aku masa untuk stress cukup - cukup. Sebab apa?Haaa...sebab tak sampai sebulan lagi Dia nak bagi aku rehat selama 2 minggu. Aku dah nampak dah. So, aku taknak stress - stress. Hihi...
Masa di awal tahun dulu, aku ada buat azam, dan aku tak tahu lah sama ada azam tu dah tercapai ke belum. Mungkin je dah dapat, tapi untuk menuju ke stage yang seterusnya mungkin masih samar sebabnya... itu azam untuk 2012 pulak...Haha...Merepek sudah...Tapi memang aku ada niat tu pun. Tapi mungkin juga disebabkan aku stress sekarang ni, semua benda aku rasa serba tak kena. Silap aku mungkin ambil tindakan terlampau drastik, terlalu cepat lembut hati untuk memberi ruang hati ini dibuka kepada sesiapa yang ingin mencuba nasib.
Tapi aku harap apa - apa pun terjadi selepas ini, aku lebih kuat untuk hadapinya. Kadang - kadang aku berlagak je la cakap aku dah biasa dan well prepared if anything happen. Ego punya pasal lah tu! Tapi bila dah down, nangis tu mesti punya lah! Actually, aku tak rasa pun aku akan kuat lepas ni if anything happen, dan aku rasa ini kali terakhir aku memberi ruang kepada hati ini untuk dibuka. Kalau kali ini tak menjadi, OK, aku redha. Sebab hakikatnya aku memang tak kuat pun. Semakin lama aku dapat rasa hati aku ni cepat terasa. Kesian hati aku nih...Asyik bersedih je...Ok2, I promise, after this kalau orang sakitkan hati lagi, taknak bagi dah hati ni kat sesape?OK hati?takmo sedih2...hihi...Chill!!!
Haha...merepek bukan - bukan...dah lari tajuk ni...eh, tak jugak. Ni azam tahun baru nih kan...kui3...
Oh, dah happy balik sebab kerja - kerja yang diberi oleh persatuan dapat pun disiapkan dan dah hantar pun. Ok, now time to study...Hihi...Ops, before that, nak solat dulu. Baca al-Quran, nak sedekahkan kat arwah ayah. Oh, sungguh...aku rindu pada arwah ayah. Balik Malaysia nanti nak pergi melawat kubur ayah.
Tak sabar nak balik Malaysia!!!Hoyeah!!!
No comments:
Post a Comment