Assalamualaikum...
Harini 11.11.11. Memang cantik ah nombor ni.Ni la date yang aku idam-idamkan nak untuk tarikh bersejarah aku, tapi apa kan daya, tak kesampaian.Haha...Merepeks...Ok, orang sibuk dengan tarikh yang cantik ni, tapi ada juga kawan - kawan di fb aku yang dah sedarkan aku bahawasanya tarikh ni takde apa yang special pun. Tapi yang satu ini sungguh special bagi aku. Cuba kita buka al-Quran, surah ke 11, ayat yang ke 11 atau ringkasnya 11:11:
"Kecuali orang - orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal - amal soleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar " [Surah Hud (11:11)]
Allahuakbar...Sungguhlah cantiknya ayat Allah yang kesebelas dalam surah kesebelas ini. Tiada yang lebih indah daripada ayat - ayat Allah...Bestkan?
Hari ni pun aku lalui macam biasa kat sini, cumanya aku ada meeting dengan sv aku harini. haaa...dan yang bestnya macam biasa kalau jumpa dia, dia tak lupa untuk beri kata - kata semangat untuk aku. Best3...Allah memang sangat best. Dia anugerahkan aku sv yang best. Selalu tanya aku ok ke tak dengan kerja - kerja aku. Alhamdulillah...Di kala aku rasa aku tak boleh buat, sv aku berikan kata - kata semangat. Setakat ni aku tak pernah kena marah dengan sv lagi. Aku harap sampai aku habis PhD nanti dia tetap berlembut dengan aku. Hihi...Amin...
Ok, masa untuk mengemas bilik yang sangatlah bersepah dengan buku - buku di sana sini. Budget rajin sangat study. tapi bersepah je lebih...huhu...
Ok, babai...
Friday, November 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment