Assalamualaikum...
Petang tadi aku pergi town sebab nak pergi pos progress report kat post office. Before pergi post office, aku singgah kat poundland, kedai semua barang nya 1 pound. Lepas dah jumpa barang yang hendak dibeli, aku terus la queue kat kaunter. Sampai je kat kaunter nak bayar, cashier tanya aku,"are you 21?" aku ingat aku salah dengar, aku tanya dia semula,"pardon?" dan dia pun tanya aku "how old are you?" aku jawab lah "25."dan cashier tu pun mengangguk-angguk. Aku jadi confuse kat situ. Adakah super glue yang aku beli tak boleh dibeli oleh budak bawah 21 tahun sebab mungkin kat sini kes orang hidu gam??atau gula-gula yang aku beli tak sesuai untuk orang lepasan 21 tahun??menjadi tanda tanya disitu. Tapi main point nya adalah orang kat sini ingat aku masih 21 tahun!yeay!walaupun cuma beza 4 tahun, tapi itu satu penghargaan juga buat aku. Terima kasih pakcik cashier kerana menyangka saya berumur 21 tahun.Hehehe.perasan tak pasal2.
ingat ko tak sedar ngah perasan depan cashier tu. ngahahaha
ReplyDeletefareed:aku sentiasa sedar diri lah.haha...
ReplyDelete