Assalamualaikum...
Minggu ni dah sampai ke penghujungnya. Dah masuk hari sabtu pun. Cepatnya lah masa berlalu. Pejam celik,pejam celik, conference yang dianjurkan MPA akan berlangsung Isnin, 27 Jun 2011 hingga 28 Jun 2011. Tengah aku sibuk-sibuk untuk conference MPA, macam yang aku pernah cerita dalam entry lepas, aku kena buat poster untuk BACG Conference di London. Oh, sebelum tu, nak betulkan full name of the conference is British Association of Crystallographic Growth. Haaa...baru betul rasanya, yang haritu silap.Hee....
Ok, berbalik kepada kesibukan untuk MPA conference, siap dah beli tiket train pergi balik Manchester, dan dah book travel lodge pun untuk 2 malam, tiba-tiba hari ini aku run ekesperimen dan dijangka habis eksperimen tu tengahhari hari Isnin. Ceritanya bermula apabila aku nak belajar guna satu instrument ni. Namanya Dynamic Vapour Sorption or DVS untuk measure water/vapor sorption dalam sesuatu jisim dan lebih spesifik powder or particles lah sebab sample pan dia sangat kecil dan hanya sesuai untuk timbangan maximum 150mg. Dalam erti kata lain sebenarnya nak measure mass change dalam sesuatu jisim tu. Ok, 150mg tu termasuk sekali bila sampel tu dah absorp water/vapor.Lain kali lah aku cerita pasal alat ni. Aku tahu alat ni perlu set different relative humidity (RH) dalam bm nya adalah kelembapan relatif persekitaran. Tapi aku taktaulah pulak setiap kenaikan 10% RH tu ambil masa yang lama. Oh, begitu jakun nya aku. So, macam biasa, kawan sePhD aku kat sini yang tak jemu-jemu memberi tunjuk ajar kat aku, Dave Merrifield suruh aku run the experiment for the whole weekend until monday. Takkan aku nak cakap dengan dia aku tak datang ofis kan sebab aku memang nakkan result tu urgently. So, aku pun mengambil keputusan untuk balik sekejap tengahhari hari Isnin, selepas siap kerja-kerja pendaftaran di Manchester. Nasib baik aku beli open return ticket. So, boleh naik train bila-bila masa yang aku suka. Tapi terpaksalah beli satu lagi tiket untuk balik semula ke Manchester Isnin petang. Tak apalah berkorban sikit. Aku taknak membazir 2 hari tanpa buat apa-apa experiment. Baru sekarang aku rasa sungguh berharganya masa. Rasa nak buat semua experiment dalam satu masa. Seriously, sekarang baru aku terasa enjoy duduk dalam lab. Rupanya taklah teruk sangat buat research walaupun bila tak dapat result yang kita nak, sampel tak menjadi, buat aku rasa, STRESS!!!Rasa membuang masa.Tapi itulah realiti research.
Bila aku rasa give up sampel aku tak menjadi, aku fikir, macammana orang yang discover drug yang kita dapat dari klinik or farmasi tu begitu sabar menjalankan research mereka untuk dapatkan satu jenis ubat. Cuba korang bayangkan 1 jenis ubat mengambil masa hampir 15 tahun untuk research sahaja sebelum ianya dikomersialkan. Patutlah bila satu penyakit muncul, susah nak dapatkan ubat or vaksin untuk itu. Rupanya perlukan 15 tahun untuk buat penyelidikan.
So, kawan-kawan aku yang baca blog aku ni, tolong lah doakan eksperimen aku selepas ini menjadi dan aku dapat present poster aku dengan baik. Sangatlah takut....
P/s: kristal urea aku tak cantik. Patah-patah. tak dapat pun single kristal.Huhu...
No comments:
Post a Comment