While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Sunday, June 19, 2011

No make-up anymore!

Assalamualaikum...

Hari ni, aku nak keluar dinner.dinner dengan housemates je pun.Pukul 8.30 nanti,tapi aku dah siap awal sebab aku tak suka tergesa-gesa.Masa aku bersiap-siap nak pakai tudung tadi, aku terfikir, dulu masa kat malaysia, aku nak pergi mana-mana, shopping, dinner, jalan-jalan (kecuali makan-makan kat shah alam), even pergi kerja kat UiTM, aku mesti pakai proper.Takdela stylish pun,tapi memang gaya nak keluar berjalan la.dan yang paling penting adalah make-up.Make-up, bukan make-up 2 inci ok. Just look natural. So, aku mesti pakai :
(1) Moisturizer
(2) Powder foundation
(3) Blusher
(4) Eyeliner
(5) Lipstick or lipgloss

Oh lupa satu lagi, contact lens wajib ada.

Tapi sejak aku kat sini, semua tu dah tak ada.Aku dah tak reti nak make-up, bukan sekadar make-up, pakai bedak pun aku tidak.haha...setakat moisturizer je sebab kulit aku selalu kering dan lipbalm. Lipbalm pun yang clear tau. mmg bersih la dari sebarang chemical muka aku ni.Cuma kena wap-wap chemical kat lab je sekarang.hehe. Dan sekarang aku lebih selesa pakai spec dari pakai contact lens. Pegi universiti, aku pakai la proper sikit dan yang penting kemas. Tapi kalau datang malas aku, memang aku pakai longsleeve, sweater dan jeans lusuh aku.Memang macam selebet kan?Peduli la.asalkan aku selesa dan yang penting masih menutup aurat. 

Oh ye, esok aku ada meeting dengan sv aku. So, perlulah pakai kemas-kemas supaya hati dia lembut sikit tengok student dia kemas.Haha.(Masalahnya dia kesah ke?Dia kesahkan data aku daripada aku punya attire kot)...

Oklah, dah nak keluar dinner, no make-up just pakai lipgloss.hihi...

Tata...

No comments:

Post a Comment