While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Tuesday, June 21, 2011

Jangan Terlampau

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, siang tadi aku dapat melalui hari aku dengan agak berjaya. Sebabnya aku pergi ofis sebelum pukul 9 pagi dan aku jadi orang pertama sampai. Yes!Tahniah diucapkan untuk diri sendiri. Perlukan reward?belum mencapai sasaran. So, tak boleh lagi. Hari ini semangat pergi awal sebab aku ada meeting dengan sv aku pukul 1. Taktaulah cuma aku je ke yang rasa macam ini atau kebanyakan student rasa benda yang sama. Setiap kali nak meeting, aku mesti rasa berdebar-debar. Always thing the worst thing would be happen. Fikir kena hentam dengan sv lah, kena marah dengan sv lah, memang semuanya negatif. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. Dan the best part ialah bila dia bagi aku nasihat. Mungkin sebab aku first year lagi, taknak aku terlampau stress mungkin. Jadinya, meeting hari ini not bad pun. Aku je suka fikir ntah apa-apa. Samalah jugak kalau stress, suka nak over stress. Lepas tu, tetiba nangis sendiri. Homesick lah, apalah. Adui...Setakat eksperimen tak menjadi, perkara biasa pun sebenarnya. Tak faham apa yang kita buat, normal kot. Nama pun research, benda yang baru nak discover, memanglah tak faham. Kalau orang dah discover benda tu, buat apa nak buat research pasal benda tu lagi. Ye tak? Lagi satu, perkara yang macam merepek jugaklah. Stress tengok kawan-kawan kawin, pastu sibuk nak kawin jugak. Aku rasa bukan aku je, ramai lagi orang kat luar sana tu mengalami perasaan macam aku ni. Haha. Tapi aku stress kejap jela.Haha.Geli betul. Apalah nak stress sangat nya, nasihat untuk diri sendiri dan sesiapa yang baca tulisan aku ni, UNTUK SEGALA PERKARA, sentiasalah ingat bahawa Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita. Dia melambatkan sesuatu kerana dia tahu bila masanya kita betul-betulkan perlukannya. Dia beri kita kesulitan sekarang sebab Dia nak beri kita kemudahan selepas ini. Hikmah Allah itu sentiasa ada dalam setiap perkara. Cuma samada kita sedar atau tidak je.Marilah bermuhasabah. Jangan menjadi orang yang "terlampau" dalam segala perkara. Allah sukakan kesederhanaan. Walaupun sederhana tetapi biarlah istiqamah.(",)

Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment