While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Wednesday, August 10, 2011

UK Riots 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah masuk 10 Ramadhan, bermakna kita dah puasa 10 hari kan. Sekejap je 10 hari berlalu. dan dalam umat Islam sibuk mengerjakan ibadah puasa, orang-orang kat UK ni pun sibuk jugak.Sibuk dengan riots sana sini. Serious, rasa tak amannya hidup. Bila jadi macam ni, rasa rindu sangat kat Malaysia. Apa yang aku tahu, main factor yang buat diorang merusuh adalah sebab polis tembak mati salah seorang ahli group gangster, dan yang berlaku di Tottenham sebab diorang tak puas hati taraf hidup diorang masih rendah such as kemiskinan and pengangguran yang tinggi. Rioters ni pun most of them are teenagers. Kalau perasan, diorang attack shopping complex, mobile shop, dan butik-butik yang terkenal. Macam tak ada sebab yang kukuh diorang ni merusuh. Bila merusuh, bakar kedai, dapatlah curi segala macam harta benda kat situ kan. Sana sini kita dengar orang merusuh, demonstrasi. Macam ni lah jadi nya bila orang tak puas hati dengan kerajaan yang memerintah. Dan mungkin those rioters tu pun diupah. Orang muda kan dan bukan orang yang berpendidikan tinggi mungkin. In Leeds, semalam kawan-kawan aku cakap memang ramai polis kat city centre. Semua tengah berjaga-jaga je. Malam tadi balik dari terawih pun nampak beberapa kereta polis buat rondaan. Macam-macam perasaan ada. Time kitorang on the way ke masjid, kitorang pakai telekung,(budget kat malaysia lah kan) then a family yang tinggal kat area tu was shouting at us, "what are you doing with your pyjamas!!!?" ada ke diorang cakap telekung tu pyjamas. dan then dengar lah diorang menjerit-jerit saja nak takut-takutkan kitorang. Macam tu lah kehidupan di negara orang bukan Islam ni. Ramai je yang racist, cuma diorang tak tunjuk. Terjumpa group yang racist, memang kena bersiap sedia lah. Cuma apa aku harap, Allah beri perlindungan kepada kami semua di Leeds khususnya dan di UK am nya agar terselamat dari segala kecaman dan gangguan orang-orang yang tak mahu memahami Islam ni.Amin...

P/S: oh ye, kalau korang ada tengok video kat utube pasal seorang student malaysia yang cedera tu, latest update, budak tu dah selamat sekarang dan tengah menjalani rawatan di salah satu hospital di London. He is a first year student and just come to london last month.

No comments:

Post a Comment