While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Tuesday, November 29, 2011

Congrats to Mummy ghA!!!

Assalamualaikum...

Malam semalam aku tidur awal horror. Disebabkan kekenyangan makan kue teow kungfu buatan my housemate kecik kesayangan, azna... Perghhh... memang best die masak... Kalau kat kedai rasanya harganya RM 6.00 ke atas sebab banyak horror!!! Lepas makan, melayan skype kejap sampai tertido... Bangun - bangun macam biasa, benda pertama yang akan dilakukan adalah cek phone. Satu kewajipan kot... bukan pe, nak tengok jam pukul berapa, pastu terperasan ada message from ghA. Bila buka, terus mata aku segar sebab ghA dah delivered baby Muhammad N pada 29/11/11. Aku tengok message tu dihantar pukul 6.39 pagi waktu Malaysia. Alhamdulillah... Belum berkesempatan untuk bertanya khabar sahabatku yang sorang ini. Aku excited plak. Tak sabar nak tengok baby tu. InsyaAllah hajat aku nak tengok anak - anak kawan - kawan aku akan kesampaian this coming December, InsyaAllah...Nak amik berkat sikit dari diorang. Biar cepat - cepat sikit jodoh aku sampai...Hak3...

Oklah, tu Mummy ghA. InsyaAllah kita jumpa ye this december. can't wait to see u and pegang Muhammad N. Apelah N tu agaknya yer...hihi...

Oklah...adiosss...

Sunday, November 27, 2011

Genap setahun di UK

Assalamualaikum

Salam tahun baru 1433H. Sungguh cepat masa berlalu. Rupa - rupanya genap setahun aku kat sini (semalam) kalau ikut kalendar hijrah. Alhamdulillah, walaupun ada beberapa perkara yang buat aku 'stress', tapi aku harap semuanya akan dapat diselesaikan dengan kadar segera. Allah Maha Penyayang, bila Dia bagi aku rehat, Dia bagi aku rehat yang secukupnya. Sekarang ni, memang Dia bagi aku masa untuk stress cukup - cukup. Sebab apa?Haaa...sebab tak sampai sebulan lagi Dia nak bagi aku rehat selama 2 minggu. Aku dah nampak dah. So, aku taknak stress - stress. Hihi...

Masa di awal tahun dulu, aku ada buat azam, dan aku tak tahu lah sama ada azam tu dah tercapai ke belum. Mungkin je dah dapat, tapi untuk menuju ke stage yang seterusnya mungkin masih samar sebabnya... itu azam untuk 2012 pulak...Haha...Merepek sudah...Tapi memang aku ada niat tu pun. Tapi mungkin juga disebabkan aku stress sekarang ni, semua benda aku rasa serba tak kena. Silap aku mungkin ambil tindakan terlampau drastik, terlalu cepat lembut hati untuk memberi ruang hati ini dibuka kepada sesiapa yang ingin mencuba nasib. 

Tapi aku harap apa - apa pun terjadi selepas ini, aku lebih kuat untuk hadapinya. Kadang - kadang aku berlagak je la cakap aku dah biasa dan well prepared if anything happen. Ego punya pasal lah tu! Tapi bila dah down, nangis tu mesti punya lah! Actually, aku tak rasa pun aku akan kuat lepas ni if anything happen, dan aku rasa ini kali terakhir aku memberi ruang kepada hati ini untuk dibuka. Kalau kali ini tak menjadi, OK, aku redha. Sebab hakikatnya aku memang tak kuat pun. Semakin lama aku dapat rasa hati aku ni cepat terasa. Kesian hati aku nih...Asyik bersedih je...Ok2, I promise, after this kalau orang sakitkan hati lagi, taknak bagi dah hati ni kat sesape?OK hati?takmo sedih2...hihi...Chill!!!

Haha...merepek bukan - bukan...dah lari tajuk ni...eh, tak jugak. Ni azam tahun baru nih kan...kui3...
Oh, dah happy balik sebab kerja - kerja yang diberi oleh persatuan dapat pun disiapkan dan dah hantar pun. Ok, now time to study...Hihi...Ops, before that, nak solat dulu. Baca al-Quran, nak sedekahkan kat arwah ayah. Oh, sungguh...aku rindu pada arwah ayah. Balik Malaysia nanti nak pergi melawat kubur ayah. 

Tak sabar nak balik Malaysia!!!Hoyeah!!!

Wednesday, November 23, 2011

Mencari Mood

Assalamualaikum...

Harini aku nak merepek lagi setelah terasa sangat down siang tadi. Rasa taknak jumpa orang je dalam waktu terdekat ni. Disebabkan terasa down semacam je, aku ambil keputusan ikut kawan aku pergi gym. Nak tenangkan perasaan. Tapi di pagi - pagi hari aku yang down tu, di penghujungnya muncul sinar yang menerangi kegelapan pagi tu. Tetiba bahasa aku berbunga - bunga. Alhamdulillah, aku berjaya install software yang menggunakan Linux Operating System dengan jayanya. Before this seriously aku memang tak paham ah ape benda command - command ni semua. Tapi lama - lama guna seronok pulak. Aku tercabar lagi bila disuruh install software sendiri menggunakan Linux command. Bila dah boleh install, tak keluar pulak program tu. Bila dah keluar program tu, tak boleh open file plak. Macam - macam. Tapi semua masalah tu senang je pun sebenarnya, kenapa faham. The second thing, berkenaan dengan 3 lagi software yang aku perlukan untuk diffraction analisis. Pukul 4 tadi, aku dapat balasan email dari orang kat Molecular Biology School yang guna software yang sama dengan aku. Dua hari aku tunggu baru dia reply. Then, tadi dia offer kat aku untuk guna computer kat school dia. Alhamdulillah...Memang janji Allah itu BENAR. Setiap kesusahan pasti ada kemudahannya. Mungkin selama ini aku kurang usaha dan bersungguh - sungguh. Allah cuma nak kita berusaha je, baru berusaha sikit Dia dah bagi kemudahan, apatah lagi kalau berusaha banyak, kan?
Dalam al-Quran pun ada sebut, "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya." Subhanallah...Allahuakbar...Rasa nak sujud syukur je tadi bila tersedar betapa Allah itu Maha Penyayang pada hambaNya yang serba kekurangan ini. Terima kasih ya Allah.

So balik dari gym tadi aku balik rumah dinner dan berbual - bual kejap dengan adik rumah kesayangan. Kesian dia. Kakak - kakak semua busy. Hari ni baru ada masa nak berbual dengan dia. Then, aku mengemas bilik, pasang balik meja yang aku dah bukak supaya aku tak tidur dengan buku lagi. Huhu...

   Inilah rupa bilik aku selepas kemas.hehehe...

Lepas ni aku nak bersujud menghadap Ilahi, menadah tangan memohon ampun, berterima kasih atas kemudahan yang diberikan dan meminta segala hajat ditunaikan. Okeh, sebelum keluar ayat ntah pape, aku nak stop. Bubye....

Tuesday, November 22, 2011

Memahami al-Quran

Assalamualaikum...

Dulu aku takla pentingkan sangat baca terjemahan ayat al-Quran. Tapi, banyak benda yang membuatkan aku rasa sudah sampai masanya aku cuba fahamkan apa yang terkandung dalam al-Quran sebenarnya. Yela, khatam dah berpuluh, mungkin hampir ratus kali dari first time aku khatam darjah 3 or 4. Tapi tak pernah cuba nak fahamkan apa isi al-Quran itu sendiri. Sekarang, aku cuba untuk membaca maksudnya sekali. Tambahan, al-Quran terjemahan sekarang ni pun lebih mudah untuk difahami maksudnya dan ada yang kecil, senang nak bawa ke mana-mana kan. Aku sangat kagum dengan student-student kat sini, especially adik-adik kesayangan aku ni la, gi mana-mana dalam beg mesti ada al-Quran. Walaupun dalam iphone ni boleh je install iQuran, tapi pegang al-Quran juga yang best. Aku sayang sangat al-Quran aku yang comel ni. InsyaAllah, aku akan berusaha untuk menggunakannya di mana sahaja aku berada. Kat iphone pun aku download gak iQuran. In case, kalau aku terlupa nak bawa Quran comel kesayangan aku ni, especially bila travel jauh, duduk dalam train, dari taktau nak buat apa, it is good to recite the Quran, or hadith kan.

Oh, nak share sikit 2 ayat yang aku baca antara beberapa ayat. As a tazkirah, ingat mengingati, walaupun takde kot orang nak baca blog aku ni. Cuma Najihah Abas jelah...hihi...

albaqarah [2:152-153] :
" Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang - orang yang sabar."

Ok, nak sambung buat kerja. Rabu pagi meting dengan sv. hantar report....*sigh*

Semoga Allah membantuku. Janji Allah itu benar. (refer balik maksud ayat di atas...hihi)

Wassalam...

Sunday, November 20, 2011

A Month to Go!

Assalamualaikum...

*wink2*

Tajuk entry macam tak boleh blah
Kalau orang yang tak paham mesti ingat ada pape
Lagi-lagi bila post kat fb
Hihi
Sangat tak sabar 
Menunggu 20122011
Segala tindak tanduk kita Allah yang kawal
Hanya mengharap yang terbaik dari Allah
Allah ada perancangan yang terbaik 
Sebab itu hati ini telah digerakkan
Untuk melakukannya 
Dengan NEKAD
Keputusan dibuat
Jari-jemari dengan pantas menaip di papan kekunci laptop
MengKLIK apa yang sepatutnya
Dan akhirnya....
GBP642.90 telah selamat masuk dalam akaun Qatar Airways
Ya!Malaysia, tunggu kepulanganku!
Serius,aku tak sabar nak balik Malaysia!
dah tak kuasa nak buat ayat skema bermadah-madah bagai...
Haha!
Aku yakin Allah ada perancangan yang terbaik untukku sehingga Dia menjadikan aku begitu nekad untuk membuat keputusan di akhir-akhir ini.

Terima kasih ya Allah!Semoga aku menjadi semakin bersemangat dan rajin...
Ya 'ain.Sila siapkan report sebelum pulang ke Malaysia untuk 2 minggu nanti...
Jom jadi rajin dan bersemangat!
Tata!!!



Tuesday, November 15, 2011

Plan yang tak diduga

Assalamualaikum...

Hari ini aku rasa aku telah membuat satu plan yang aku sendiri tak duga. Malam semalam aku bagitau kawan aku yang aku rasa nak sangat balik Malaysia. So, aku pun search la semua airlines yang boleh bagi fare yang murah. Tapi malangnya aku tak jumpa. Takpelah, mungkin tak ada rezeki. Aku berkata dalam hati. 

Then pagi tadi, sampai je office, aku fikir lagi. Why not aku balik je this coming christmas sebabnya semua orang kat universiti cuti dan tak ada sesiapa pun. Dan sebab aku yakin my viva transfer will be after in January, so it is better for me to go home first, meet my mother, get her bless first kan. So, pagi tadi aku try la search kat Qatar airlines dan aku jumpa low price fare!Return ticket about GBP642.90 including tax. Aku tanya kawan aku yang pernah study sini dulu dan dia kata berbaloi kalau aku balik untuk 2 minggu dengan harga tiket macam ni. Even takla murah sangat, tapi murahla. Ye...aku sangat happy dan sangat bersemangat nak siapkan report aku. 

Semoga Allah permudahkan kerja - kerja aku ini. Amin... 

Sunday, November 13, 2011

17:23-24 & 31:14

Assalamualaikum...

Hari ini buat pertama kali sepanjang duduk Leeds, aku join Majlis Ilmu Wanita. Lebih kurang kelas agama atau lebih dekat lagi usrah la. Kelas ni memang khas untuk wanita, perempuan, girls, ladies, women. Okeh, tajuk harini sangatlah best. Kelas ni dibuat di rumah keluarga Malaysian yang dah lama menetap kat Leeds ni, Ustaz Daud dan Kak @ Makcik Midah. Aku pun dah confused nak panggil makcik or kakak.Huhu. Ustaz Daud lah yang bagi pengisian. 

Berbalik kepada pengisian dalam majlis ini, tajuk minngu ini sangat best. "Silaturrahim"
Mula-mula aku ingat silaturrahim dengan kawan-kawan, jiran tetangga atau pun saudara-mara tau. Rupanya, yang lebih dekat lagi dengan kita, iaitu ibu bapa.

Di sini aku ingin share sikit apa yang aku dapat daripada pengisian Ustaz :

Sillaturrahim --> daripada perkataan "Sillah" dan "rahim".

Sillah bermaksud ikatan yang tidak terputus manakala rahim bermaksud daripada rahim. Maksudnya di sini ialah sesuatu ikatan itu bermula daripada rahim ibu kita lagi ataupun dalam erti kata lain sesuatu ikatan itu bermula daripada ibu dan bapa kita. 

Kemudian, mari kita kaitkan dengan 2 ayat dari surah al-Isra' ayat ke 23 dan 24 (17:23-24) yang bermaksud : 
" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia."

Dalam ayat ke-23 surah al-Isra' di atas, Allah telah memerintahkan kepada kita agar menyembah Allah sahaja, bukan yang lain. (tidak menyekutukan Allah) dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Atau kalau kita pecahkan ayat ini menjadi 2 ayat, 

"Allah telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia."
"Allah telah memerintahkan agar kamu hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa."

Di sini bermaksud, berbuat baik kepada ibu bapa juga adalah suatu perintah yang kita wajib laksanakan. Perasan tak, perintah Allah untuk kita menghormati/berbuat baik kepada ibu bapa datang selepas perintah menyembah Allah? Subhanallah, betapa mulianya kedua ibu bapa kita di sisi Allah. Kalau kita sembah selain Allah itu berdosa besar, jadi kalau kita tak menghormati/berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita, maknanya dosa besar juga kan?Astaghfirullah...

Seterusnya, "Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu" --> kenapa Allah berfirman salah seorang di antara keduanya dahulu baru kedua-duanya?sebabnya kalau kita lihat, jarang kedua-dua orang tua kita kekal hingga ke usia lanjut, normally salah seorang sahaja, (contohnya macam parent aku, ayah dah pun pergi dahulu) tapi takpe, aku dah redha ayah pergi. dan baru Allah sebut atau kedua-duanya. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui kan. MasyaAllah...Dan kenapa Allah spesifikkan lagi "sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu?" sebab bila ibu bapa kita berusia lanjut, memang perangai mereka kadang-kadang seperti kanak-kanak, perlukan perhatian dan belaian dari seorang anak. Macam masa kita kecik-kecik dulu. Jadi, memang sangatlah perlukan kesabarankan. Samalah macam ibu bapa kita sabar melayan kerenah kita masa kecik. Agak-agak kita sesabar ibu bapa kita tak eh nak bela mereka macam mereka bela kita masa kecik?T_T

Allah perintahkan lagi:
"Janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia."
Hmm...Kalau sebut ah pun dah berdosa, apa lagi membentak/marah-marah/tinggi suara. Ah di sini sama lah juga dengan perkataan seperti "alaaa","eish", dan perkataan-perkataan yang kasar yang lain. Dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang mulia/baik atau lebih mudah nak faham ayat-ayat yang menyejukkan telinga mereka, yang menenangkan mereka. Dan di sini pun kata penguat seperti yang kat atas tadi. Means no option ok...

Untuk penjelasan ayat ke-24 surah al-Isra':
" Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah,"Wahai Tuhanku!Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku masih kecil "


Daripada ayat di atas, perkataan ketiga-keenam, bermaksud kepak (untuk menaungi/melindungi) dengan sebenar-benarnya daripada kasih sayang. Ok, first, nak terangkan maksud kepak. Pernah tak nampak ibu ayam yang ada berbelas ekor anak ayam yang baru menetas tu?Kalau perasan, macammana dia jaga anak dia?Dia akan lindungi anak-anak dia bawah kepak dia. Jadi, kat sini, macam tulah jugalah maksudnya kita jaga ibu bapa kita sungguh-sungguh di sisi kita dengan sebenar-benar kasih sayang. Dan seterusnya mendoakan kedua ibu bapa kita (ampunkan dosa mereka, dirahmati) seperti mana mereka telah memelihara kita sejak kita dilahrikan lagi.

Kemudian, Allah kuatkan lagi berkenaan berbuat baik kepada ibu bapa dalam ayat ke-14, surah Luqman yang bermaksud :

"Dan kami wasiatkan kepada manusia kedua orang tuanya, ibunya yang telah mengandungkannya dengan kesusahan demi kesusahan dan menceraikan susu dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."

"Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu." Allah berwasiat (yang mana kalau wasiat dalam realiti hidup kita, orang yang tak laksanakan wasiat orang yang nak mati tu tak baik atau berdosa kan) samalah maksudnya kat sini. Kemudian Allah menekankan lagi dengan dan selepas bersyukur kepada Allah, maka perlu bersyukur kepada kedua orang tua kita.

So, kesimpulan dari ayat - ayat di atas berkenaan silaturrahim, betapa pentingnya hubungan kita dengan kedua ibu bapa kita kerana ikatan itu bermula dari mereka. Jika hubungan kita dengan kedua ibu bapa kita sendiri kita tak jaga, apatah lagi hubungan kita dengan orang-orang lain disekeliling kita dan masyarakat di luar sana. Dan apa-apa jua, hakikatnya segala-galanya bermula dengan hubungan kita dengan Allah SWT.

Allahuakbar. Sungguh indah ayat-ayat Allah dan ayat-ayat Allah itu sesungguhnya benar. 

Semoga apa yang ditulis ini dapat memberi sedikit ilmu kepada sesiapa yang membaca blog ini. Maaf, aku tak pandai nak menulis menggunakan ayat-ayat sastera. Segala isi-isi penting aku dapat dari majlis ilmu tadi.

Aku bukan orang yang selayaknya untuk menyampaikan ilmu sebegini. Tapi teringin nak kongsi apa yang aku dapat. Semoga sama-sama kita muhasabah diri kita.

"Jangan memandang siapa yang menyampaikan sesuatu ilmu itu, tetapi pandanglah apa yang disampaikannya."

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." (Imam Hasan Basri)

p/s : lepas baca ni, jom call or jumpa parents kita. Tanya khabar mereka. (terasa nak call ibu sekarang juga, tapi masih terlalu pagi walaupun tahu je ibu dah bangun before subuh lagi) Jap lagi angah call ibu ye! Sungguh rindu nak peluk dan cium ibu. Hanya doa yang dapat angah kirimkan semoga ibu sentiasa sihat dan panjang umur. I know you never forget to pray for me everyday every second. Luv u ibu!



Friday, November 11, 2011

11.11.11

Assalamualaikum...

Harini 11.11.11. Memang cantik ah nombor ni.Ni la date yang aku idam-idamkan nak untuk tarikh bersejarah aku, tapi apa kan daya, tak kesampaian.Haha...Merepeks...Ok, orang sibuk dengan tarikh yang cantik ni, tapi ada juga kawan - kawan di fb aku yang dah sedarkan aku bahawasanya tarikh ni takde apa yang special pun. Tapi yang satu ini sungguh special bagi aku. Cuba kita buka al-Quran, surah ke 11, ayat yang ke 11 atau ringkasnya 11:11:

"Kecuali orang - orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal - amal soleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar " [Surah Hud (11:11)]

Allahuakbar...Sungguhlah cantiknya ayat Allah yang kesebelas dalam surah kesebelas ini. Tiada yang lebih indah daripada ayat - ayat Allah...Bestkan?

Hari ni pun aku lalui macam biasa kat sini, cumanya aku ada meeting dengan sv aku harini. haaa...dan yang bestnya macam biasa kalau jumpa dia, dia tak lupa untuk beri kata - kata semangat untuk aku. Best3...Allah memang sangat best. Dia anugerahkan aku sv yang best. Selalu tanya aku ok ke tak dengan kerja - kerja aku. Alhamdulillah...Di kala aku rasa aku tak boleh buat, sv aku berikan kata - kata semangat. Setakat ni aku tak pernah kena marah dengan sv lagi. Aku harap sampai aku habis PhD nanti dia tetap berlembut dengan aku. Hihi...Amin...

Ok, masa untuk mengemas bilik yang sangatlah bersepah dengan buku - buku di sana sini. Budget rajin sangat study. tapi bersepah je lebih...huhu...

Ok, babai...

Sunday, October 30, 2011

3rd times at DLS

Assalamualaikum...

Ok, sekarang kat UK pukul 4.23 pagi. Disebabkan aku tidur lepas buka tadi, (disebabkan kekenyangan makan masak lemak cili api nenas ikan masin) something like that la bunyi nya, so sekarang aku takleh tido...Serius, before ni aku sangat tak suka masak lemak ikan masin dengan nenas tu, tapi kakak rumah aku ni masak memang superb!sedap!hehe...Aku bukan nak cerita pasal apa yang aku makan buka tadi,just nak update pasal kerja-kerja aku kat DLS.

First, kali ni aku bekerja dengan 3 orang mamat omputih dan seorang mamat perancis. 3 orang mamat omputih ni nama dia Gwyndaf, Danny, dan Robin. yang France ni pulak nama dia Pierre. Selama 5 hari aku kat sana, takdela banyak benda aku buat, pergi beamline, buat eksperimen, balik guest house, makan, tidur. tu jela aku buat.

The Ridgeway Guest House tu dah 3 kali aku duduk situ, memang aku tak pernah regret. Aku suka sangat duduk situ. Kalau boleh duduk situ sebulan pun aku sanggup. Haha... Sebenarnya sama je macam duduk hotel, tapi sebab aku sorang-sorang, so privacy la. tapi the problem is kat situ coverage memang la sangat low. stress gila aku duduk situ. nak bergayut pun kena duduk statik takleh gerak mana-mana...hua3...

Breakfast tiap-tiap pagi aku makan cereal, oren juice, baked bean n telur goreng. nak makan yang lain-lain tak halal, itu jela yang aku boleh makan. terpaksa makan banyak sikit sebab nak "bekerja." Lunch n dinner pulak makan apa-apa lah yang suitable for vegetarian. Mula-mula tu aku makan nasi dengan kentang rebus dan sayur-sayur rebus. tapi aku rasa kentang rebus tu mcm heavy sangat untuk aku sampai aku rasa kenyang sangat sampaikan ngantuk dan senak perut, so esok-esoknya aku decide takmo amik kentang rebus lagi dengan nasi. haha...tamak sangat padan muka aku. 

Staff 4 orang tu pulak, diorang not bad. Aku rasa diorang ingat aku sangat muda la, so diorang layan aku macam student sangat lah...tapi best gak. Lagi2 sv aku (Gwyndaf), baik sangat la bagi aku walaupun ada gak aku dengar dari mulut orang dia tak helpful sangat. Yang paling aku terharu, masa aku nak balik malam lepasa habis bekerja, dia tanya aku "do you find the room to pray?Are you comfortable with it?"disebabkan aku terkejut dia tanya, aku terkedu dan terus jawab, "Yes, I find the room for praying." sedangkan aku solat kat bawah tangga je kot. Alhamdulillah, aku dapat sv yang faham tanggungjawab aku sebagai seorang Islam. Dia cakap nak try dapatkan aku bilik untuk solat dengan lebih selesa. Lepas tu siap pesan kat aku dia willing nak cek report aku berkenaan dengan eksperimen aku tu...Waaa...aku rasa nak menangis masa tu. 

Danny & Robin, staff bawah sv aku. Danny cute, tapi tak byk cakap dan jarang senyum. tapi bila dia senyum dengan gelak, waaa...cair aku beb...kui3...dia banyak tolong aku buat analisis. suka gelakkan aku bila aku tak dapat jawab soalan dia... takpela, aku terima je sekarang...memang tak pandai pun...huhu...
Robin plak sibuk ke sana ke mari, so aku tak kenal dia sangat. aku lebih banyak dengan Danny.

Pierre, staff baru kat beamline tu. sangat helpful. masa Danny kerja separuh hari dan tak dapat tolong aku buat analisis, dia la yang teman aku dan tolong aku buat analysis. yang paling terharu, sebijik2 dia terangkan kat aku pasal linux command, dari awal hingga akhir. Lepas tu nak guna software tu siap terangkan aku macam2 theory... memang baik sangat. Terima kasih ya Allah jumpa kan aku dengan orang-orang yang suka untuk membantu aku...

Aku pun dah dapat staff badge, which is lepas ni aku takyah register lagi bila aku datang sana. boleh terus lari masuk beamline..hihi..cuma perlu pergi Radiation training dulu.

Aku akan pergi DLS lagi bulan 12 ni. Actually, eksperimen yang aku nak buat tu tak dapat aku buat sebab beam tak stabil lagi. huhu...Hopefully bulan 12 nanti aku boleh dapatkan result. 

Oh ada satu lagi. kat DLS ni pun bagi aku satu kenangan yang paling takleh lupa. OK, kat room 118, Ridgeway Guest House, DLS pukul 12.45 tgh mlm...haha...suspen...LOL

Ok, nak sambung buat kerja...tangan aku dah semakin sejuk nih...perlukan hand warmer right now!

Tata!


Thursday, October 20, 2011

Dalam Sujud Cintaku

Assalamualaikum...

Jom dengar lagu ni...simple tapi good for reflection juga...

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=XR2Ho_OYqfs

Saturday, October 15, 2011

Sheffield & Didcot again!

Assalamualaikum...

Ye...harini dah hari sabtu...esok dah ahad...lusa dah isnin...then selasa, rabu, khamis, dan jumaat aku ditugaskan untuk ke sheffield. Macam biasa, supervisor aku "menjemput" aku menghadiri meeting di University of Sheffield. Mula-mula hati macam berat jugak nak pergi coz on the next day aku kena travel lagi ke didcot. Huhu...(kali ni rasa berdebar-debar nak gi didcot sebab segala eksperimen untuk main research aku akan bermula officially next week) Please sesiapa yang baca entry aku ni doakan aku ye. Aku ingat hari jumaat tu aku nak prepare apa-apa yang patutlah. takdela aku sampai sana nanti aku zero. Tapi fikir-fikir balik benda-benda tu semua boleh dibuat sebelum tu lagi kan. So, last wednesday, masa sv aku bagi talk (setiap kali monthly meeting kitorang punya group memang ada presentation) so akan ada rotation la. On that day, sv aku yang present. Masa dalam talk tu aku asyik fikir, nak cakap nak pergi or taknak pergi. Tapi actually apa-apa meeting yang dia suruh aku pergi mestilah benda yang penting untuk aku. So, apa lah salahnya pergi lagi kan. Kata nak mencari ilmu...Bukan senang nak jumpa expertise dalam bidang research kita ni. Time meeting dan conference jela nak jumpa diorang pun. So, end of the talk, aku jumpa dia dan bila dia tanya aku boleh tak pergi, aku pun decide untuk bagi jawapan, "Yes, I can go." owh lupa. Meeting tu berkaitan dengan surface chemistry yang memang lah relate dengan research aku. So, jumaat ni, aku akan bawa poster yang aku pernah present last july kat BACG conference. Hopefully aku dapatlah input-input dan komen-komen yang berguna. Aku sangat perlukan komen-komen yang membina dari mereka untuk penambahbaikan. Amin...

Untuk mengelakkan aku terlupa, nak kena tulis apa conference/meeting yang aku dah pernah attend :

April : Visit to DLS for introduction to Synchrotron Radiation technique
July : BACG Conference @ University College London (Poster Presentation)
July : SMS Open Day @ SMS Co.UK.Ltd, Appelton, London (as a client)
September : Particle System Analysis (PSA Conference) @ Edinburgh (Oral Presentation)
September : Synchrotron User Meeting @ DLS, Didcot, Oxfordshire (as a synchrotron user)
October : Surface Meeting @ University of Sheffield (Poster Presentation) (21/10/2011)
October : Visit to DLS for instrument's commission (22.- 25/10/2011)

Oh lupa...after balik dari sheffield, aku akan straight away have a dinner with my bestfriend, Hein, (she is vietnamese) to celebrate her birthday...Birthday dia 22/10 sbnrnya. tapi sebab aku takde kat leeds, so we decide to have a dinner a day before her birthday. Sorry hein, because of me u can't make it on ur birthday. Tapi sangat terharu sebab dia berusaha nak ajak aku join juga celebrate birthday dia dengan neepa dan miriam. Hihi...so sweet. (esok nak pergi town cari hadiah untuk dia...taktau nak belikan apa...)

Ok, I have to stop here. till my fingers meet the keyboard again...haha...

Ya Allah, sentiasalah permudahkan pengajianku...amin ya rabb...

Wassalam

Thursday, October 13, 2011

Tolong Ingatkan Saya

Assalamualaikum...

Hmm...hari-hari banyak kerja...Semakin hari kerja semakin menimbun...I try to finish all them but so difficult...Ya Allah, betapa sibuknya dengan kerja-kerja dunia...walaupun menuntut ilmu ini juga suatu ibadah, tetapi kalau hubungan dengan Allah tak jaga, macammana Allah nak menjaga segala urusan kita? Let's I give the simplest example. Solat. Kita solat 5 waktu, tapi sempurnakah solat kita? Khusyukkah, di awal waktu kah? Astaghfirullah, betapa aku sering mengambil mudah semua ini. Jika kita melambat-lambatkan urusan kita dengan Allah, dan sambil lewa mengerjakannya, Allah juga akan melambatkan apa yang kita inginkan. Allahuakbar...

Aku seorang manusia biasa, Al-insan yang bermaksud yang lupa...ya, aku sering lupa. Jadi, aku perlukan orang-orang yang dapat mengingatkan aku setiap kali aku lupa. Jiwa aku perlu diisi...Kadang-kadang, bila terlampau sibuk di universiti, balik lambat, terlampau penat, sehingga lupa untuk mengisi jiwa yang semakin kosong ingin dengan alunan bacaan al-quran yang sememangnya dapat menenangkan jiwa. Bukan lupa, tetapi menangguhkannya sehingga akhirnya lupa...huhu...

Aku rindu untuk pergi usrah lagi...aku rindu untuk mendengar tazkirah dari sahabatku, roza yang suka untuk bercerita sebelum kami tidur...tapi takpe, aku masih ada sahabat-sahabat lain untuk mengingatkan aku di sini. kepada kawan-kawan di luar sana, aku sangat berbesar hati kalau anda semua dapat mengingatkan aku juga. Sama-sama kita muhasabah diri kita, semoga menjadi hamba Allah yang cemerlang dunia akhirat InsyaAllah...

p/s : usrah akan bermula next week insyaAllah dengan sahabat-sahabat kesayangan. Rindu untuk duduk-duduk bersama membasahkan hati...tak sabarnya...

Saturday, October 8, 2011

Terima Kasih Ya Allah

Assalamualaikum...

After almost 7 or 8 months I was waiting for the agreement to be signed, finally, yesterday, my supervisor emailed me to sign the forms. Alhamdulillah, Allah always makes my life easy, even I know there are other problems that I still face on, but I know He has his own plan for me. Now, I am officially doing my work at Diamond Light Source. The grant will cover all the expenses including travels, accommodation, meals, everything!So, people there, you have no doubt to help me. Thank you Allah for answering my du'a...Allah...Allah...Allah....No doubt to pray hard to Him...He always with us....very close...Please make my life always easy, ya Allah...

Friday, October 7, 2011

Come on!Move On!

Assalamualaikum...

Huh...I don't know how to say...So hard...If you could hear my heart, then only you may know how I feel...Sometimes it is good to move forward and just forget the past...But at the same time, it is so difficult to move on because of the past...The past makes me hurts...BUT...I am afraid if I try hard to grab the future, it may hurt me again...However, I don't want to look back again...Please ya Allah, guides me and gives me strength. You know the best for me...I don't know what will happen in the future, but the only thing that I can do is praying hard for the best.

Thank you Allah for this feeling...

Tuesday, October 4, 2011

Kawan, Teman, Sahabat

Assalamualaikum...

Hati terasa sedih...Rasa nak nangis...Dah terfikir-fikir macammana sunyi nya rumah ini bila seorang lagi kawan akan pulang ke Malaysia setelah tamat Master beliau...Dah 2 hari dia takde pun dah rasa sunyi...Takde kawan yang nak dikacau...Dina stay kat hospital yang jauh dari rumah...Balik seminggu sekali je...Yang tinggal aku, azna dan k.noni...Putri akan balik ahad esok ni...Aduih...Dia salah seorang kawan yang aku rapat kat sini...Mungkin sebab kami sebaya, dan aku senang nak bercerita apa sahaja dengan dia...Putri, kita harap Putri dapatlah jadi lecturer kat UiTM Shah Alam...Senang nanti kita nak gathering, InsyaAllah...

Ini lah dia Putri...Comelkan...baik pun baik...Single lagi nih...kui3...ampun Putri...terpromote plaks...(Nasib baik Putri taktau blog den)

Hihi...

Sekian...

Wassalam

Monday, September 26, 2011

Kenapa Saya Suka Rumah Saya?

Assalamualaikum...

Sebelum memulakan study, nak menconteng sikit kat dalam blog ni. Rasa nya tak pernah lagi aku ceritakan perihal rumah baru (xda la baru sangat) ada la dekat 3 bulan aku duduk rumah ni. Nama jalan rumah aku Kelso Gardens. Rumah teres 2 tingkat, tak la besar sangat, tapi mencukupilah untuk kami sebagai student. Kalau nak dikira-kira sewanya, kalau total semua 4 kepala rasa-rasanya kalau kat Malaysia dah boleh sewa banglo sebuah. Tapi memang much2 cheaper than sewa duduk hall. Rumah fully furnished, sofa, meja makan, dapur, microwave, fridge, vacuum pun disediakan. Bagi aku, berpatutan lah dengan harganya. Bilik pun seorang satu dengan 3 bilik besar dan 1 bilik kecil. Setiap bilik besar lengkap dengan katil double/queen, meja study, almari baju dan juga of course heater kat setiap ruang rumah. Tapi itu semua bukanlah sebab utama kenapa aku suka rumah aku ni. Ada sebab lain. Nak tau kenapa?Sebab yang paling aku suka sekali:

antara ahli rumah sentiasa mengajak untuk solat jemaah bersama. Perkara yang aku tak pernah buat selama aku duduk rumah sewa time degree dulu. Serius!Betapa lalainya aku....T_T

sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain dan kadang-kadang berdiskusi bila duduk bersama-sama. Sambil-sambil terselit tazkirah yang boleh menyedarkan kita. Betapa bersyukurnya dapat housemates yang begini. 

Lupa, housemates aku seorang PhD 3rd year, (kak noni). Dia amik electrical engineering. Research dia pasal tera hertz...bla bla bla...tak tau pun apa benda...nak tau cari sendiri...=p

2 orang medical students, 4th year (dina) dan 2nd year (azna) ...

Seorang lagi namanya Putri...dia dah nak balik dah 9 oct ni...T_T dia amik master in bioscience. Sedih...Seorang lagi pulang ke tanah air. Sure terasa bila dia takde sebab dia suka nyanyi2...bila dia nyanyi mesti aku kacau dia...

Jiran-jiran aku pun baik-baik...(adik-adik Malaysia juga)...Sayang sangat kat diorang.

Kat sini, aku dapat gelaran baru...Diorang panggil aku "Mak Tiri" haha....sebabnya suara aku bila bercakap nyaring, macam nak marah orang...kih3...tapi...sekarang diorang dah paham dah memang karakter aku macam ni...dah jadi bahan gelak pulak...hihi...

aku berharap biarlah semua ini berterusan sampai bila-bila...dan mudah-mudahan dapat membantu aku untuk memperbaiki diri aku sendiri, InsyaAllah...

Ok, dah pukul 10, mulakan study!

tata....

Assalamualaikum...

Wednesday, September 21, 2011

Recent Update

Assalamualaikum...

Tajuk entry sangatlah tak best. Cuma taktau harini tetiba terasa nak menulis kat sini. Alhamdulillah, harini hari yang agak menggembirakan. Taktau jugak kenapa, tapi mungkin sebab :

(1) aku datang awal, dan datang-datang je terus tunjuk muka kat sv minta signature. 3 minggu rasanya tak   jumpa dia. Mood dia pulak sangat baik harini. Pagi-pagi jumpa dia ayat first yang keluar dari mulut dia ialah "Good morning my wonderful lady." Haha...harini banyak kali dia panggil aku wonderful lady lah, fantastic lady lah...sv aku memang macam tu. Suka gurau-gurau. I just realised that I am lucky to get him as my supervisor. Not because ayat-ayat dia tadi ya.Banyak lagi benda walaupun dia seorang yang pushy dan perfectionist. but it is good for me actually. I don't want to have a bad thinking about my sv anymore.

(2) Aku dah betulkan Simon Voss Fob aku yang dah lama tak boleh access lab. So hari ni aku dah boleh guna fob aku sendiri untuk access lab.

(3) Awal-awal lagi ambil borang claim expenses for conference hari tu. Nak dapat duit punya pasal. Tapi yang tak bestnya ada jugak resit-resit aku hilang dan tak dapat la nak claim. Lagi-lagi resit taxi yang berharga GBP 13. huhu...rasa-rasanya tambah tolak resit yang hilang ada lah dekat GBP 40 aku rugi sebab resit nya dah hilang.So sad...T_T

(4) Kak Syarifah yang aku tumpang rumah dia masa aku mula - mula datang UK dulu datang sebab nak hantar thesis dia. So, geng-geng research kitorang ramai-ramai berkumpul in our office. Basically ofis yang aku duduk sekarang ni la. Seronok sangat sebab jarang-jarang dapat kumpul ramai-ramai dan berborak-borak. Tetiba tengah syok borak-borak, sv kitorang masuk (of cos the same sv kan) dan dia pun join la kejap kitorang. That's why I love my group research (lain kali cerita pasal diorang) 

(5) Run IGC and it runs well. Before this, asyik out of flame je...Nasib baik 2-3 kali berusaha the flame goes on. Alhamdulillah...

(6) dapat pergi gym harini...haha.... 

Ok, time to do my work now...nak sambung buat kerja...

tata...

Thursday, September 15, 2011

I am Happy for You, My Friends!

Assalamualaikum,

nak merepek di tengah-tengah hening pagi ni. Sekarang ni kan memang time umur-umur macam aku ni kahwin. Before this memang sangat ramai lah yang kahwin, kalau aku kat Malaysia pun mungkin je aku tak menang tangan nak memenuhi undangan mereka. Untuk akan datang ni pun ramai juga, tapi apakan daya, aku berada jauh di perantauan. Memang tak dapat nak memenuhi undangan mereka. Aku doakan mereka semua kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Bila dengar diorg kahwin, of cos lah aku turut tumpang gembira. Now, bila dah kahwin, mereka pun pergi ke stage seterusnya iaitu rezeki cahaya mata. Waaa!!!ramai kot yang Allah kurniakan rezeki kepada mereka. Alhamdulillah...Aku sangat gembira dengar berita mereka semua. Best friends aku, Nisa Hamdan baru je dapat baby girl, gha tak lama lagi lah tu, insyaAllah baby boy. Then, my childhood friend, Dila Aziz baru beberapa minggu pregnant. Kawan-kawan SMKAS ramai jelah dah ada baby macam Mai, Ummu, Pija, Fairuz Rosni yang baru jugak bersalin and Zahidah Zulkifli yang baru je pregnant. Excited dengar cerita diorg ni. Tapi pada masa yang sama, mula datang perasaan yang tak best...haha...Bila la turn aku kan...Hanya mampu berdoa...kawan-kawan doakan lah aku sekali ye semoga jodoh aku pun cepat sampai macam korang...Orang kata, kalau ramai yang doakan ni makbulkan...hehe....

Ok, sebelum merepek lebih jauh,baik aku undur diri untuk kali ini...

Friday, September 9, 2011

PSA Conference 2011 + Synchrotron User Meeting

Assalamualaikum...

Setelah penat beraya,minggu ni menghabiskan masa dengan long way journey.From Leeds to Edinburgh on 5th Sept,then from Edinburgh ke London on 6th Sept.I reached at rumah sisters London at 1 am.Boleh x redah cari rumah diorang pukul 12.30 tgh mlm.kalau my mum tahu,confirm nanges.Takut memang takut.tapi terpaksa beranikan diri.Alhamdulillah,Allah permudahkan perjalanan.Then,on 7th Sept,pagi2 dah kejar train untuk ke Diamond Light Source di Didcot.Fuhhh,selamat sampai Paddington Station on time.Print je train ticket,5 minit lps tu train sampai.Then,yesterday,8th Sept,again,main redah try n error call Malaysian Hall nak booking room for a night.Alhamdulillah,Allah permudahkan lagi perjalananku.Dapat book room di Malaysian Hall.After finished the user meeting,travelled back to paddington station and pergi Malaysian Hall.Today,I have to go to Malaysian Embassy untuk settle kan beberapa perkara.Then,esok I am joining Malaysian students program somewhere kat London ni juga.So malam ni stay kat Youth Hostel Accom (I am not sure where it is) but somewhere in London juga.Then,malam esoknya tidur di rumah sisters'london lagi and will go back to Leeds on Sunday,InsyaAllah.ya,minggu ni minggu travel.Semoga Allah permudahkan perjalananku yang seterusnya ini.Amin.

Wednesday, September 7, 2011

Raya 2011 di Perantauan

Assalamualaikum...

Sungguh sibuk sepanjang bulan puasa. Malas nak merapu dalam blog ni. Tapi kali ni kena merapu juga,nak cerita pasal segala benda yang berlaku akhir-akhir ni:

RAYA 1432H:

Ok,malas nak cerita banyak,segala kemeriahan hari raya di perantauan tergambar dalam gambar-gambar di bawah:

Solat hari raya di Leeds Grand Mosque

Community Malaysians Leeds...akak-akak memang best!

Sambutan hari raya MSCL 

Sate...ada lagi lontong dan kuih2 raya.tapi malas nak show off...haha...kalau nak gmbr mknn dan kuih raya yg kami buat,sila lihat di fb...

yang ni paling aku suka...photoshoot...kih3...

p/s: tahun ni baju raya aku 2 pasang. merah n cream-turqoise. actually yang cream - turqoise tu baju hadiah hari jadi yang dah lama aku nak dari dulu.akhirnya dapat...hihi...thank you so much ibu tempahkan baju-baju raya untuk angah.Ibu memang tak pernah failed kalau bab belikan kain baju ni...hihi...

Monday, August 22, 2011

10 malam terakhir Ramadhan 1432H

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak singgah di blog aku ni. Pejam celik,pejam celik,dah nak masuk malam 23 Ramadhan malam ni. Pantas sungguh masa berlalu. Di 10 malam terakhir Ramadhan, marilah sama-sama kita mencari malam lailatulqadar. Kat Leeds ni pulak, untuk 10 malam terakhir ni, Leeds Grand Mosque dibuka untuk sesiapa yang ingin beriktikaf di masjid. Kagum dengan orang-orang kat sini. Tapi memang orang arab ni bulan Ramadhan ni lah mereka banyakkan ibadah. lagi-lagi 10 malam terakhir. Kalau kita kat Malaysia, 10 malam terakhir, masjid semakin lengang. Takpelah. Harap-harap kita semua dapat berusaha dan berubah kepada yang lebih baik InsyaAllah. Di kala orang kat Malaysia tengah sibuk nak buat persiapan raya, start cuti semua, aku pun tetiba terasa bahangnya kat sini. Semalam, aku sanggup pergi town semata-mata nak beli bahan-bahan buat kuih raya. Memang semangat habis!Kebetulan pula, sv aku pergi bercuti selama 2 minggu start hari esok. Tetiba aku rasa aku pun macam bercuti untuk raya. Haha..over!Tapi boleh la curi masa nak buat kuih raya.=p hehe...ok lah.nak solat zuhur dan study. dah duduk rumah kena study. takleh bersenang lenang.

Tata

Sunday, August 14, 2011

Hidayah Allah

Assalamualaikum...

Tengah dok sibuk study, tetiba tergerak nak cari fb Irma Hasmie sebab nak cari kepastian. Betullah!dia dah pakai tudung!Cantik!Suka tengok. Tergerak nak cari kepastian sebab tengok video yang ceritakan kisah penghijrahan dia tu. Dah duduk kat luar, apa-apa cerita kat Malaysia pun dah taktau. Huhu...Alhamdulillah, semoga ramai lagi artis kita yang terbuka hati untuk memakai tudung. Semua orang boleh berubah, dan mudah-mudahan kita semua pun dapat berubah menjadi insan yang lebih baik dan bertambah iman dan takwa kepada Allah dari sehari ke sehari. Amin...

Ok,sambung buat kerja...;p

Friday, August 12, 2011

Lagi-lagi Riots UK

Assalamualaikum...

Lagi berita mengenai riots di UK dan berita Mohd Ashraf Haziq, salah seorang mangsa serangan rioters. I am proud to be a Muslim and Malaysian. Everything happens for a reason. Semoga apa yang berlaku ada hikmahnya untuk Islam.

Source : CatholicHerald.co.uk: The Malaysian riots’ victim is a brilliant ambassador for his country and his faith. But where were the Catholics in all this?
http://www.catholicherald.co.uk/commentandblogs/2011/08/12/the-malaysian-riots-victim-is-a-brilliant-ambassador-for-his-country-and-his-faith/

Yang aku baca, banyak volunteers dari UK yang berkempen buat donation untuk Asyraf. sebagai cara untuk menunjukkan diorang pun tak setuju dengan apa yang berlaku. Kita doakan semoga Asyraf terus sihat dan semoga segala-galanya kembali aman.


Wednesday, August 10, 2011

UK Riots 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah masuk 10 Ramadhan, bermakna kita dah puasa 10 hari kan. Sekejap je 10 hari berlalu. dan dalam umat Islam sibuk mengerjakan ibadah puasa, orang-orang kat UK ni pun sibuk jugak.Sibuk dengan riots sana sini. Serious, rasa tak amannya hidup. Bila jadi macam ni, rasa rindu sangat kat Malaysia. Apa yang aku tahu, main factor yang buat diorang merusuh adalah sebab polis tembak mati salah seorang ahli group gangster, dan yang berlaku di Tottenham sebab diorang tak puas hati taraf hidup diorang masih rendah such as kemiskinan and pengangguran yang tinggi. Rioters ni pun most of them are teenagers. Kalau perasan, diorang attack shopping complex, mobile shop, dan butik-butik yang terkenal. Macam tak ada sebab yang kukuh diorang ni merusuh. Bila merusuh, bakar kedai, dapatlah curi segala macam harta benda kat situ kan. Sana sini kita dengar orang merusuh, demonstrasi. Macam ni lah jadi nya bila orang tak puas hati dengan kerajaan yang memerintah. Dan mungkin those rioters tu pun diupah. Orang muda kan dan bukan orang yang berpendidikan tinggi mungkin. In Leeds, semalam kawan-kawan aku cakap memang ramai polis kat city centre. Semua tengah berjaga-jaga je. Malam tadi balik dari terawih pun nampak beberapa kereta polis buat rondaan. Macam-macam perasaan ada. Time kitorang on the way ke masjid, kitorang pakai telekung,(budget kat malaysia lah kan) then a family yang tinggal kat area tu was shouting at us, "what are you doing with your pyjamas!!!?" ada ke diorang cakap telekung tu pyjamas. dan then dengar lah diorang menjerit-jerit saja nak takut-takutkan kitorang. Macam tu lah kehidupan di negara orang bukan Islam ni. Ramai je yang racist, cuma diorang tak tunjuk. Terjumpa group yang racist, memang kena bersiap sedia lah. Cuma apa aku harap, Allah beri perlindungan kepada kami semua di Leeds khususnya dan di UK am nya agar terselamat dari segala kecaman dan gangguan orang-orang yang tak mahu memahami Islam ni.Amin...

P/S: oh ye, kalau korang ada tengok video kat utube pasal seorang student malaysia yang cedera tu, latest update, budak tu dah selamat sekarang dan tengah menjalani rawatan di salah satu hospital di London. He is a first year student and just come to london last month.

Sunday, August 7, 2011

Seminggu Ramadhan di Leeds

Assalamualaikum...

Dah seminggu Ramadhan baru sempat nak post entry pasal Ramadhan kat sini. First time berpuasa di negara orang, jauh dari keluarga, sanak saudara, sahabat handai di Malaysia. Tapi not bad puasa kat sini coz cuaca tak begitu panas, mungkin autumn dah nak bermula. Matahari keluar pun sekejap-sekejap. Kalau orang tanya buka apa, tak ada beza sangat pun apa yang aku makan untuk berbuka dengan di Malaysia. Bezanya takdelah bazaar Ramadhan dan juadah-juadah mewah macam kat Malaysia. Kalau buka, satu meja penuh, kadang-kadang terpaksa hold dulu lain-lain juadah sebab dah banyak sangat kan. Aku pulak, lebih prefer buat dessert. First day puasa dah craving cream cheese. So, buatlah cream cheese cadbury cookies. Hehe...Alhamdulillah, kami satu rumah takdelah masak mewah-mewah sangat. Almaklumlah, orang bujang. Cewah. Tapi cukup untuk mengenyangkan perut. Lagipun, kakak-kakak postgrad yang lain kat sini pun baik-baik. Selalu je diorang hantar makanan kat kami adik-adik yang single-mingle ni. Diorang pun tahu perasaan jauh dari keluarga. Lagilah macam kami yang memang hanya ada kawan-kawan je kat sini. Lepas berbuka, solat Maghrib berjemaah bersama-sama housmates dan kemudian bergerak ke Leeds Grand Mosque untuk solat Isyak dan terawih berjemaah. Subhanallah...Sungguh seronok rasanya berterawih di sini. Berjumpa umat Islam dari pelbagai negara. Memang pengalaman baru dan takkan dilupakan. Walaupun terawih agak lambat sebab isyak masuk pukul 10 lebih, tapi alhamdulillah, mata masih boleh bertahan untuk melakukan ibadah. Habis terawih dalam pukul 12, balik rumah dan terus tidur sebab nak bangun sahur pukul 3 lebih. Sebabnya imsak habis dalam pukul 4. Agak mencabar sebab tidur hanya 2 jam lebiih, dan kalau nasib tak baik, akan terlepas sahur seperti aku dan budak-budak rumah aku harini...Kui3...First time tak sahur. Nasib baik cuaca sejuk je...Oklah, nak study. Hmm...Autumn dah nak bermula. Mesti cuaca akan sejuk + dull je nanti...seperti harini...Mata pun asyik nak mengantuk je...huhu...

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan 1432H

Assalamualaikum...

Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam seluruh dunia!...
Semoga di bulan yang mulia ini kita dapat menambahkan amal ibadah kita dan meningkatkan tahap keimanan kepada Allah SWT...=)

First time berpuasa di perantauan, tanpa ibu, along, adik-adik, atuk, nenek, pakcik dan semua yang aku sayang

Semoga aku tabah berada di sini...

Saturday, July 30, 2011

Semoga Kita Jumpa Lagi, Roza!

Assalamualaikum...

Nak tulis ucapan untuk sahabat saya...Roza.
Roza, First of all, I am so sorry coz malam tadi tak datang tolong packing your stuff. I said I wanted to come around 6.30pm but then, I came back home quite late. Then, balik rumah letih sangat, lepas dinner terus tidur.(jangan tiru tau!) You whatsapp me around 2.56 am if  I am not mistaken but I was sleeping at that time. When I woke up, I tried called u but u didn't answer. Surely u were so tired. Sorry dear,tak dapat temankan on your last day at Leeds. Tetiba pagi ni roza bagitau tak sempat nak jumpa. Sungguh!Sedih teramat. Lagi sekali sorry Roza.  I can't be there when you need a friend to help u. Jazakillahukhairan katheera kerana jadi sahaabt saya. But I did not regret coz saya dapat temankan awak masa awak nak balik Malaysia after exam haritu. Mungkin sebab tu Allah gerakkan hati saya untuk temankan awak sepanjang malam tu dan esok paginya keluar dengan awak sampailah awak nak jumpa Khadijah. Rupanya sebab kali ni saya tak dapat teman awak. Tak boleh tulis banyak-banyak nanti banjir pulak bilik ni. Jumpa di Malaysia, InsyaAllah...Rumah dekatkan...hihi...Sayang fillah, Roza!You'll be missed dan awak sentiasa ada dalam doa saya. Doakan saya berjaya kat sini tau!Love you!

Wednesday, July 27, 2011

Demotivated

Assalamualaikum...

Sebenarnya minggu ni aku rasa demotivated sangat. Banyak benda yang membuatkan aku rasa sedih. First, of course sebab instruments problem. Di kala aku perlu untuk dapatkan result, time tu ia nak buat problem. The previous conference pun macam tu juga. Berminggu-minggu aku tak boleh buat experiment. This week, time tuan punya instrument tak ada, time tu lah problem nya. Lepas tu, terpaksa pula berebut nak guna alat dengan budak master. Rasa nak menangis pun ada. Semua orang dah pesan kat aku, priority adalah pada aku sebab alat tu untuk main research aku. Tapi tak pasal-pasal aku kena ikut time budak master tu pulak. Dia punya supervisor asyik cakap dia dah lambat nak hantar paper untuk publishing. Ingat awak sorang je ke kena hantar paper, saya pun kena hantar paper juga tau. Aku malas je nak bertekak, sebab aku lama lagi kat sini, insyaAllah. Apa-apa hal akan jumpa dia juga nanti. Nasib baik ko deal dengan orang Melayu macam aku yang baik hati, kalau dengan orang lain taktaula macammana.

Second, ramai yang dah balik Malaysia for good. Semakin hari semakin berkurang Malaysians kat Leeds ni. Lately, selalu dengar berita menggembirakan bagi kakak/abang PhD kat sini yang dah berjaya dalam viva mereka. Ya, itu satu suntikan semangat, tapi kadang-kadang mesti terfikir, boleh ke aku nak pergi sejauh itu. Bila kita rasa diri kita lemah, syaitan mula berbisik ke telinga kita untuk membuatkan kita sentiasa resah, ragu-ragu dan tidak yakin kepada diri kita sendiri.

Third, kadang-kadang bila dah terlampau sibuk, aku rasa aku semakin jauh dengan-Nya. Bila balik lambat, dah letih. Solat hanya yang wajib dibuat, yang sunat...ikut keadaan. Macam tu juga dengan membaca al-Quran. Kalau awal-awal dulu setiap lepas solat maghrib atau isyak aku baca yasin dan al-Quran, tapi bila dah penat, salah satu yang aku pilih, dan selalunya aku pilih untuk baca 1 muka surat dari al-Quran. Ya Allah, terasa jauhnya dari-Mu.

Forth, aku rindu ibu aku sangat-sangat. Aku selalu mengira hari untuk pulang ke Malaysia. Sekarang baru bulan 7, aku perlu melalui lagi 12 bulan untuk pulang ke Malaysia. Mungkin korang akan fikir aku manja sangat. Tapi kalau difikir-fikir, dari umur aku 13 tahun aku dah duduk jauh dari family aku. Semakin umur meningkat, semakin nak dekat dengan family. yelah, mak kita semakin hari semakin meningkat juga usianya. Aku sentiasa berdoa Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik untuk ibu aku dan panjangkan umurnya supaya aku dapat menjaga dia. 

Ya, banyaknya ujian yang Allah beri kepada aku ini adalah supaya aku mengingatiNya semula. Supaya aku dekat kepadaNya lagi. Supaya aku meminta pertolongan kepadaNya untuk dipermudahkan segala urusan. Terima kasih Ya Allah atas dugaan yang Engkau berikan kepadaku ini. Aku memohon dengan ujian ini, bertambah keimananku kepadaMu. Bantu hambaMu ini Ya Allah. Permudahkan segala urusanku, Amin ya Rabbalalamin...

Tuesday, July 26, 2011

~TODAY MY LIFE BEGINS~

Assalamualaikum...

Just want to share this lyric. I love this song. Why?because the lyric is so meaningful.

by Bruno Mars

I've been working hard so long
seems like pay has been my only friend
my fragile heart's been done so wrong
I wondered if I'd ever heal again
 just like all the seasons never stay the sameall around me i can feel a change

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the takin
i know i can make it, today my life begins

yesterday has come and gone
and i've learnt how to leave it where it is
and i see that i was wrong
for ever doubting i could win
life's too short to have regrets
so i'm learning now to leave it in the past and try to forget
only have one life to live
so you better make the best of it

Monday, July 25, 2011

Nak Pakai Ni...

Assalamualaikum...

Last week and last 2 weeks, aku pergi tengok kawan dan adik-adik kat Leeds ni grad@konvo lah kalau kat Malaysia. Sebab ada family yang tak datang sini, jadi aku pun wakil family dioranglah aka kakak angkat gitulah. Bila tengok orang konvo, sure lah hati kita pun berkata-kata:bila aku dapat konvo lagi?


bila nampak orang pakai jubah hijau macam kat atas ni lagi lah...dah mula dah berangannya... Yang penting topi cendawan tu...Hmm...lamanya nak tunggu habis belajar yer...Mudah-mudahan segalanya Allah permudahkan untuk aku mencapai impian aku nih...Bukan sekadar angan-angan, tetapi sebagai satu impian dan matlamat!

(Aku memang kuat berangan. Pagi tadi baru je berangan ngan kawan aku,sabrina. Tapi berangan yang merepek2...)haha...

Sunday, July 24, 2011

IBU OH IBU

Assalamualaikum...


I am really missed my ibu
Almost a month her computer at home got a problem.
She can see me but she can't hear my voice
Nobody wants to fix it
If I am there, I will fix it, ibu

Sometimes when I called her
She complained that she tired to do all works at home 
If I am there...I will help you, ibu

Currently, our home is under renovation
She has to tidy up and clean up the house
But she tired to do those works alone
If I am there...we will do the works together, ibu

She has so many "baju kurung" in her wardrobes
I like to tidy up her "baju kurung"
but now she has to do it by herself
She always said to me
"Kalau angah ada, angah mesti tolong ibu kemas kan"
Then my eyes filled with tears T_T

Normally, after "kenduri"
I was the person would put back the dishes in the cupboards
(even sometimes I kept mumbling because only me had to do that job)
but then, now, she has to do it by her own
and she keep told me
"Ibu penat, angah tak ada, tak ada orang nak masukkan pinggan dalam almari"
Oh, ibu. If I am there...I will do it ibu even I might keep membebel coz everybody so lazy to do that thing
(but yang kuat membebel ni lah yang ibu ingat ye...hehe)
coz if not me "membebel" they wouldn't do any jobs at home, so sometimes I had to "membebel"

Whenever I called her, she always asked me
"Macamana study angah?banyak kerja?"
and I always said "macam tu lah...sentiasa banyak...tak pernah habis..." and started to "membebel" again
And she never forget to tell me that she always remembers me in her du'a
Never forget to keep praying for me
I know I am here because of ibu and arwah ayah's du'a
Thanks both of you.
I never forget to pray for you 

When we grown up, success in our careers, and we have our own family,
sometimes we do not notice that we ignore our dad and mum,
We are too busy with our own jobs, with our own family,
Keep talking about our own career, our handsome/beautiful spouse rather than our lovely parents

I don't know how my life is 5 years afterwards. I really hope that I can take care of ibu like how she was taking care of me since before I was born until now
My mother and my late father had made too many sacrifices to fulfill their children's needs

Thank you ibu and arwah ayah.
Both of you are always in my du'a

Raya 2009 : last raya with ayah :'( 

Ibu for her good health & long life and arwah ayah for his happiness in the next world

I love you both!!!  

My tears start to roll down...arghhh... I hate this feeling!







Friday, July 22, 2011

I am Gonna Miss U Dear

Assalamualaikum...

Hari ini agak takde mood nak buat kerja. Kalut semacam. Dalam kalut-kalut dok sibuk nak perhabis duit research, dapat pulak call dari kak noni sambil dia menangis. Menangis sebab seorang demi seorang balik Malaysia dengan membawa pulang segulung ijazah dan juga PhD. Dan aku pulak semakin hilang mood bila kak noni beritahu yang nak baliknya sahabat yang paling aku rapat kat sini. Ya Allah...Makcik ni suka buat kejutan lagi. Mungkin ini yang terbaik untuk dia, cuma terkejut bila dia nak balik sebegitu cepat. Baru beberapa hari lepas dia cakap nak balik dalam bulan Ogos. Ya Allah, tabahkan hatiku. Sungguh, aku sedih. Tapi Allah tahu yang terbaik untuk hambaNya. Perkenalan hampir 8 bulan yang lepas menjadikan kami rapat. Mungkin sebab perangai kami hampir sama. Nak semuanya nampak perfect. Tapi dia lagi baiklah dari aku.Hehe.I am gonna miss u dear, especially at Hud-hud. Masak, makan, tidur, study, everything we did together. I don't know what to say, seriously, speechless. Apa pun, tahniah kepada Dr. Rozaliyana Radzi kerana akhirnya berjaya menamatkan pengajian dalam MBBS. Semoga Allah permudahkan segalanya. Doakan kejayaan saya di sini please...*nangis*

Takmo tulis lagi. Nanti habis basah keyboard aku nih..huhu...

Thursday, July 21, 2011

I am craving this!

Assalamualaikum...

Kalau craving pisang goreng, boleh la jugak beli pisang kat sini then goreng. Tapi kalau craving benda ni nak cari kat mana???


Before tengahhari (petang waktu malaysia) I called ibu. Then, she said she was frying "cempedak goreng." And I heard her voice start to cry. As a mummy, of course she knows this is my favourite. Adoiii...ni yang tetiba rasa nak balik nih...Strawberry, cherry pun tak boleh kalahkan buah cempedak ni tau...

Tetiba terngiang-ngiang lagu Sudirman. "balik kampung!Oooo Balik kampung!Oooo Balik kampung!Hati Girang..."bla bla bla...Sudah lah...jangan nak berangan nak balik sekarang. Mission is not complete yet. Rilex beb...Chill!

Monday, July 18, 2011

Childhood Friends

Assalamualaikum...

Last weekend, aku baru tukar background blog ni...Hehe...Aku ni cepat boring orangnya, bila sampai masa, aku akan ubah.Sama lah juga jadinya dengan bilik aku. Nasib baik je bilik ni agak susah untuk ubah susun aturnya memandangkan bilik baru aku ni agak bersegi-segi. So, terima jelah. 

Oh berbalik kepada blog aku ni, aku ada jugak letak gambar kawan-kawan aku. Kalau korang perasan, aku ada letak gambar kawan-kawan aku zaman aku kanak-kanak. Actually ada 2 orang lagi yang kira aku rapat, tapi diorang tak datang. Oh ye, gambar tu diambil masa gha tunang. Ok, mari aku kenalkan seorang demi seorang. Yang kiri sekali yang pakai tudung hijau tu namanya Fathiyah. Dia ni jiran aku jugak, rumah dia selang 2 rumah je dengan rumah aku. Dulu masa sekolah rendah, kami selalu makan satu pinggan. Alhamdulillah, dia dah berjaya menjadi seorang...mm...actually aku taktau position dia dalam EON Bank tapi dia kerja bahagian Human Resource. Apa eh? Something like that lah. Dia ni tak kawin lagi, tapi dah ada boyfriend. Serius aku tabik dengan dia sebab diorang couple hampir 5 atau 6 tahun kalau tak silap. Kagum jugaklah dengan bf dia sebab diorang ni masa belajar bercinta jarak jauh. 5-6 tahun tu belajar...Kagum-kagum...Aku?ex boypren aku tak tahan godaan bila bercinta jarak jauh...couple ngan minah Sabah, tapi lepas tu clash jugak. Padan muka ko...haha...jahatnya aku...astaghfirullah...abaikan2...Gurau je...Nasib baik dia tak baca blog aku...kui3...

Ok, sebelahnya pulak, Adila, ni baru je kawin bulan 6 haritu. Sedih jugak tak dapat datang walimah dia. Tapi nak buat macammana kan...takkan semata-mata kawan kawin aku nak balik Malaysia. Kalau ada yang sponsor takpe gak.Hihi.Dia pun dah berjaya menjadi seorang tutor atau lecturer (tak pasti) di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Baru je habis Master dan dengar-dengar nya nak sambung PhD jugak. Suka dengar kawan-kawan seusia aku nak sambung belajar. 

Yang sebelah aku tu, nama dia Azrita. Orang paling hebat Matematik dari zaman sekolah rendah sampai lah sekarang. Dah berjaya menjadi lecturer Matematik di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Dia ni memang hebat. Antara kami, dia lah yang dapat masuk MRSM. Then, dapat buat fast track degree in industrial mathematics. Habis degree pada usia 21 or 22, then sambung master pulak. Dapat scholar UNIMAP, tu yang tercampak sampai utara tu. Sabar na Ita...Aritu dia dah pregnant, rasanya dah delivered kot...Lupa nak tanya...

Ok, gambar yang bawah tu pulak, itulah najihah yang aku selalu sebut-sebut dalam entry-entry yang lepas. Nama glamour dia ghA. Kena eja macam tu tau.Hehe...Ingat lagi zaman sekolah menengah, dia mesti eja nama dia macam tu. Aku pun dah terikut-ikut. Dia pun dah kawin dah.Huhu...Terasa jugaklah bila dia kawin sebab bila orang dah kawin ni, masa diorang mestilah lebih kepada family. Lagi lah sekarang dia tengah pregnant. Bertambah lagi lah "anak2 angkat" aku...hehe...Dia pun dah berjaya bekerja di CIMB Group. Taktau jugak the exact position of her job. Sorry ghA. huhu.Aku memang failed pasal position-position kat office lagi-lagi kat bank. until now pun aku masih taktau makcik aku punya kerja kat CIMB tu walaupun dari CIMB tu namanya Bank Bumiputra, Bumiputra Commerce, then CIMB.Memang tak boleh kerja bank.

Aku pulak, masih single and available (perlu ke cakap?haha) dan masih belum bekerja lagi. Takpelah, rezeki korang bekerja, rezeki aku masih di bidang pelajaran lagi. Aku doakan korang semua bahagia dengan bakal husband dan husband masing-masing dan juga dapat anak-anak yang comel-comel. Korang pun doakan aku berjaya kat sini menghabiskan PhD aku dalam masa yang ditetapkan dan jangan lupa doakan aku ikut jejak langkah korang yang dah kawin...Hik3...(ketawa gatal...kakaka)

Sunday, July 17, 2011

Soalan-Soalan Spot

Assalamualaikum...

Okay, masih dalam mood untuk berblog. Saja-saja nak share sikit apa yang relate dengan PhD walaupun taklah penting pun sebenarnya. Kepada sesiapa yang nak buat PhD diusia muda macam saya (takdela muda sangat pun cuma sebab appearance aku nampak macam budak-budak lagi kot...hehe), sila prepare jawapan-jawapan untuk soalan ini :

First soalan yang orang akan tanya bila first time jumpa kat universiti :
Of course lah tanya nama : "nama sape?"

Second question :
"Ambil course apa kat sini?"(time ni tak cakap lagi ambil PhD)

Third question :
"Dah year berapa kat sini?" (pasti akan jawab first year)
Then orang yang tanya tu mesti akan cakap, oh, baru lagi.

Fourth question (mula soalan-soalan mencabar) :
Bila orang yang tanya tu macam tak puas hati, dia akan tanya pulak:
"Buat master eh?" (sebab nak kata degree first year macam tak layak sangat sebab takdela muka macam budak lepas SPM)
Then,lepas tu kita pun akan jawab, "PhD, InsyaAllah"

Fifth question (masih tak berpuas hati sebab macam muda pulak nak amik PhD)
"Eh, umur berapa?nampak muda sangat je nak amik PhD."
(masa ni nak jawab hati mesti berbunga-bunga sebab perasan muda...haha...)

Sixth question :
"Lepas degree terus sambung master ke?"
(Kalau orang yang lompat macam aku, mestilah jawab "saya tak buat master," macam nak jawab dengan taknak je rasa)

Seventh question :
"Dah kahwin?"

Eighth question (kepada yang belum berkahwin :
"Kenapa tak kahwin dulu baru sambung PhD? mesti rasa sunyi kan" (mungkin soalan ni lebih kepada orang yang buat PhD kat oversea kot dan penyoal selalunya budak-budak...orang-orang yg dah senior takkan tanya macam ni)

Ninth question :
"Bila nak kahwin?/tak rasa nak kahwin ke?"
Kadang-kadang aku rasa macam nak ***** je orang yang bertanya...Soalan takde insurans tau...

Tenth question :
"Dah ada calon belum?:

Haaa...lebih kurang itulah soalan-soalannya.Then,bila buat PhD diusia muda with lack of experience ni banyaklah tanggapan buruk orang. Nanti jadi lecturer itulah,inilah. Lagi satu, berkenaan soalan 8 dan 9 tu, kadang-kadang tak patut jugalah diorang tanya macam tu. Sebab semua tu kan ketentuan Allah. Adalah sebab kenapa seseorang itu dihantar sambung belajar diusia muda dan tak kahwin lagi...Bila orang tanya aku macam tu, aku cuma senyum...Biarlah orang nak bagi hujah itu ini, aku akan terus berdiam diri. Daripada bercakap itu ini menyebabkan orang sakit hati dan dapat dosa, lebih baik kita diam kan? (",)

Saturday, July 16, 2011

Albaqarah [2:216]

Assalamualaikum

Satu jam lagi masuk waktu Maghrib dan tiba lah 15 Syaaban yang ditunggu-tunggu. Begitu cepat masa berlalu, Rejab telah meninggalkan kita, Syaaban sedang mengajak kita untuk terus melakukan amal soleh, dan Ramadhan akan kunjung tiba 2 minggu lagi...Cuma sedikit santapan rohani untuk kita sama-sama sentiasa berfikir demi kebaikan hidup kita dunia dan akhirat.


2:216


“Boleh jadi, kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)


"Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."


Kadangkala kita mengeluh kerana memikirkan nasib kita. Tetapi pernah kita terfikir bahawa segala yang telah Allah tetapkan adalah yang terbaik untuk kita walaupun kadangkala perit untuk kita menerimanya. Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya.

Friday, July 15, 2011

BACG Conference, Open Day and Next Conference

Assalamualaikum...

I was so tired when I came back from London.Only tonight I have some times to update my blog. The last day of the conference and the SMS open day were really great! lots of knowledge that I gained from both. The open day especially really helps me to run my experiments later on. I thought the open day is a formal meeting which the company will open a booth or give some talks on how to handle their products etc. But then the meeting was very informal. The staff entertained me nicely. Thumbs up for the SMS staff! One thing that I noticed in the company is all the staff there are Dr.!I am impressed with them!Don't be surprised if you come to UK and you'll find that the person who in-charge the instruments in the lab also PhD holder. So, PhD is nothing actually. Don't too impressed to people who are doing PhD at their early age. That is what British people do. Hmmm...(actually, I am stressed when people keep asking me how old I am because I look very young to do PhD)...

Then, on Thursday, I got emails from my supervisor that asked me to attend another conference in Edinburgh, Scotland and the meeting at Diamond Light Source as well. The conference just a day before the meeting at Diamond. Owh...I can imagine how tired I would be that time.Travel from Leeds to the North of UK, then I have to travel to the South for the next day early in the morning of course. If these are the best for me, I hope Allah will make it ease for me.

OK, I want to pray and continue my reading and writing. Oh, actually why I keep writing in English because I am writing my report. So, to maintain the writing mood, everything should be written in English...I know my English is still "so-so"...but practice makes perfect, right?

Monday, July 11, 2011

Luahan Rasa

Assalamualaikum...

Pagi-pagi dah nak merapu kat sini. Bukanlah nak merapu, cuma nak meluahkan apa yang aku rasa berlenaan apa yang berlaku kat Malaysia baru-baru ni. Letih tengok orang dok post itu post ini kat fb. Nak tgk fb pun jadi malas. Bagus jugak actually, xdala aku nak ngadap fb 24/7. Aku xnak menyokong siapa-siapa sebab aku pun taktau mana betul mana salah.Orang yang menyokong yang satu ni of course kata dia betul,orang yang menyokong pihak lagi satu of course kata dia betul jugak.hmm.. Aku malu kalau orang tanya aku apa yang berlaku kat Malaysia sebenarnya sedangkan expectation orang luar pada Malaysia ialah sebuah negara Islam yang aman,tak macam sesetengah negara Islam yang lain. Cubalah orang Melayu atau lebih spesifik orang Islam bersatu. Orang-orang bukan Islam tu dok gelakkan orang melayu ni sebab diorang nak tengok orang melayu ni berpecah belah. Fikirlah sikit, of course diorang ada agenda diorang sendiri dengan menjadikan election issue sebagai main point. Come on Malays, sedangkan bangsa-bangsa lain bersatu hati untuk menjatuhkan bangsa kita,jangan sampai one day kita jadi perempat di tanah air kita sendiri disebabkan tindakan kita.

Tapi bagi aku, both kena bertindak secara professional. Ni semua dah jadi macam perangai budak-budak dah aku tengok. Jadi orang terpelajar, jadi berfikirlah seperti cara orang terpelajar. Kita ada hak bersuara. So both yang ingin bersuara dan yang mendengar suara itu duduklah berbincang secara aman.

Sunday, July 10, 2011

BACG Conference -day 1-

Assalamualaikum...

Ok,this is my 2nd entry for today.I just come back from the barbeque at conference venue. I met a lots of people who is in the same field with me. So, during the poster session, there was a guy came to my poster and asked my a lots of question!Alamak! Fortunately, his interest is on the part that I know well. So, alhamdulillah, I can answer his questions on that part though there was a question that I couldn't answer. But I think his questions were a good start for me so that I can prepare more for the next 2 days session. I also met an Egypt lady, who is doing PhD as well. She is a muslim of course. The question that I like the most is, "are u doing PhD as well, coz u look very young." Today 2 people said like that. One was my research group member who thought that I am only 22, and the other one was that lady. Yes! I am still look younger than my age!haha...I don't have to worry about my age then. It just a number. It does not matter how old are you as long as you know how to maintain like a young lady even you are already 30!

Haha...okay, I am tired. I want to pray and go to  and wake up early to study little bit. Wait for the next entry about my day during this conference.

P/s: I have no time to find the platform 9 3/4 coz the station was so crowded. 

Off to London

Assalamualaikum...

I am on my to London by train from Leeds station to London Kings Cross.Tengah boring + Pening naik train. Tau tak 1 thing yang aku nak cari bila sampai Kings Cross Station apa dia? Aku nak cari Platform 9 3/4 macam dalam cerita Harry Potter.hahaha...

Ok,nak sambung baca journal...(bosan)

Friday, July 8, 2011

Lagi-lagi tudung

Assalamualaikum...

Memang tak dinafikan, aku memang suka shopping. Boleh dikatakan every weekend aku pergi bandar. Balik mesti bawa something walaupun hanya lah seplastik makanan yang dibeli dari morrison!Makanan pun boleh, yang penting duit keluar...Hua3.buruk perangai kan.Suka membazir.Membazir amalan syaitan.Dah tau lama dah, tapi masih buat jugak. Ok, bukan setakat nak shopping kat UK je, di alam maya pun boleh! Lately ni aku suka nak beli scarf, senang cerita shawl la. Rupanya shawl yang orang-orang dok jual kat Malaysia tu, kat sini pun melambak cuma diorang tak pakai as a hijab, pakai lilit kat leher as an accessory. Serius aku taktau before ni cuma lepas aku usha-usha kat bahagian scarf, baru aku perasan. So lepas ni takyah la aku sibuk nak bawa tudung dari malaysia or suruh ibu pos. Tapi kat sini takdela pulak tudung yang macam ariani tu, or inner yang colourful tu. So, aku suka lah jalan-jalan kat satu blog ni :


Akak ni jual tudung jenama Pearl Haya. Waaa...aku memang rambang mata tengok tudung tu. Aku pernah beli satu dulu, sebab nak try lah, sedap ke tak sebab harganya boleh tahanlah. So, bila aku beli dan dah pakai, memang aku puas hati lah dan berbaloi dengan harganya. Material memang soft dan sejuk bila dipakai. Agak-agak kalau korang yang baca blog ni teringin nak beli,boleh la beli,belikanlah untuk aku sekali ye..Haha...Aku nak beli, tapi bila fikir-fikir, macam membazir je...Tudung tu je mahal satu, ibu aku nak pos kan lagi, dah guna duit lagi. Takpelah, tudung-tudung ariani yang ada pun dah tak terpakai. tudung bawal jugak yang aku pakai. Nanti aku beli scarf kat sini jelah. Agak-agak korang, kalau aku nak jual shawl dari sini ke orang-orang kat Malaysia ada orang nak beli tak eh?(Business minded tetiba)...keh3...

Ok, aku nak berehat. Esok nak keluar gi town...Opsss...Ahad ni nak pergi London for BACG Conference...Hope I can do well during the conference day...Please pray for me, my friends!

Thursday, July 7, 2011

Tolonglah Pergi!!!

Kenapa perasaan ni datang balik???
Tolonglah pergi jauh-jauh wahai perasaan
Masih belum cukupkah 4 tahun untuk hilangkan segala perasaan itu
Silap aku kah?
Penat dengan mainan perasaan ini
Semua ini hanya bisikan syaitan untuk membuatkan aku lalai
Ya Allah, minta buang segala perasaan ini jauh dari dalam hatiku
Jangan Engkau bolak balikkan hati ku ini
Biarlah ia pergi selama-lamanya

P/S:Hanya luahan perasaan yang entah apa-apa

Sekian.


Wednesday, July 6, 2011

BACG Conference

Assalamualaikum...


Di kala sibuk-sibuk untuk siapkan poster, sempat lagi aku nak menconteng-conteng kat sini. Alhmadulillah, poster hampir siap. Tadi jumpa sv, ada lah beberapa perkara perlu diperbaiki. Jadi, tak dapatlah aku nak print hari ni. Memang risau sangat tadi takut takde kedai yang boleh buat dalam masa sehari. Alhamdulillah, dalam kekalutan aku nak menyiapkan poster ni, aku dapat juga cari kedai printing yang boleh buat dalam masa sehari. Jadi, esok aku akan hantar dan tak sabar nak tengok hasil poster pertama aku. Walaupun aku rasa banyak je kekurangannya, tapi aku excited jugak nak tengok hasil kerja aku. 


Tau tak kenapa aku nak cerita pasal conference ni?sebab aku sangat bersyukur dapat sv yang sangat proaktif, suruh aku buat itu, buat ini walaupun kadang-kadang aku pening kepala jugak nak buat semuanya. Tapi aku rasa niat sv aku tu baik. Walaupun semua orang cakap sv aku ni cerewet, tapi as long as kita buat je kerja kita pada track yang betul, insyaAllah semuanya jadi. Dan bagi aku yang paling penting hormat dia as our sv, sebab bagi aku dia adalah cikgu aku. So, cikgu kenalah hormatkan, sebab segala keberkatan ilmu kita datang dari dia walaupun dia bukanlah Islam.

Ada kakak-kakak cakap, aku beruntung first year dah diajak pergi conference. Yeke?aku pun taktau orang lain macammana. Alhamdulillah, dapat gain experience, dan kebetulan sehari selepas conference aku dapat pergi Surface Measurement System Ltd Open Day. Waaa!!!excited sangat!!!

p/s:actually aku tak book tiket untuk balik Leeds lagi after pergi open day tu, dan tak book hotel untuk malam selepas conference...Adoiii...