Assalamualaikum wrt...
fuh fuh fuh...eeiii kalau blog ni cam buku mesti dah berhabuk dan koyak kena gigit tikus kut...
long time didn't update my blog. Oh sebelum tu, selamat datang tahun 2013. Oh nooo! On 1st January 2013, saya masuk tahun ketiga Ph.D saya. MasyaAllah, how time flies. Well, in last few months, many thing happened in my life. I never know what Allah has planned for me but keep praying insyaAllah it is the best for me!
Few updates about my study, InsyaAllah I am on track but kadang2 lil bit slow. Alhamdulillah, saya ada 2 supervisors yang sangat concern pasal study saya. When they felt like I had problems with my research, they asked and tried to help, give motivation, and never leave me alone. Cuma kekadang saya lah yang masalah. Malas tu yang masalah. kih3... (saya bukan contoh yang baik untuk orang2 Ph.D ok).
Ok, now I moved to new office, on second floor, same office with my co-sv and next to my sv's office. (horrable tak)...kih3...so, bila2 je dia boleh tersembul kat depan pintu and said, 'Ain, we need to meet. Ain, can you help me on this. Ain, could you please help this new student bla bla bla...' hahaha...
I am in the office at the moment. Fokus dah hilang, si fatimah penglipur lara saya writing kat rumah, co-sv saya pulak balik rumah sebab anak dia demam. ha, big boss saya pun tak datang lagi...lagi la kan...hehehe...
(Jangan tiru cara ini yer) :p
Actually, lots of story to tell but I can't share everythig. takpelah, simpan dalam hati walaupun rasa nak meletop jer dalam hati ni...hahaha...
Ok, len kali saya update lagi kalau rajin...hehe...
Wassalam
Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts
Friday, February 8, 2013
Friday, November 11, 2011
11.11.11
Assalamualaikum...
Harini 11.11.11. Memang cantik ah nombor ni.Ni la date yang aku idam-idamkan nak untuk tarikh bersejarah aku, tapi apa kan daya, tak kesampaian.Haha...Merepeks...Ok, orang sibuk dengan tarikh yang cantik ni, tapi ada juga kawan - kawan di fb aku yang dah sedarkan aku bahawasanya tarikh ni takde apa yang special pun. Tapi yang satu ini sungguh special bagi aku. Cuba kita buka al-Quran, surah ke 11, ayat yang ke 11 atau ringkasnya 11:11:
"Kecuali orang - orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal - amal soleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar " [Surah Hud (11:11)]
Allahuakbar...Sungguhlah cantiknya ayat Allah yang kesebelas dalam surah kesebelas ini. Tiada yang lebih indah daripada ayat - ayat Allah...Bestkan?
Hari ni pun aku lalui macam biasa kat sini, cumanya aku ada meeting dengan sv aku harini. haaa...dan yang bestnya macam biasa kalau jumpa dia, dia tak lupa untuk beri kata - kata semangat untuk aku. Best3...Allah memang sangat best. Dia anugerahkan aku sv yang best. Selalu tanya aku ok ke tak dengan kerja - kerja aku. Alhamdulillah...Di kala aku rasa aku tak boleh buat, sv aku berikan kata - kata semangat. Setakat ni aku tak pernah kena marah dengan sv lagi. Aku harap sampai aku habis PhD nanti dia tetap berlembut dengan aku. Hihi...Amin...
Ok, masa untuk mengemas bilik yang sangatlah bersepah dengan buku - buku di sana sini. Budget rajin sangat study. tapi bersepah je lebih...huhu...
Ok, babai...
Harini 11.11.11. Memang cantik ah nombor ni.Ni la date yang aku idam-idamkan nak untuk tarikh bersejarah aku, tapi apa kan daya, tak kesampaian.Haha...Merepeks...Ok, orang sibuk dengan tarikh yang cantik ni, tapi ada juga kawan - kawan di fb aku yang dah sedarkan aku bahawasanya tarikh ni takde apa yang special pun. Tapi yang satu ini sungguh special bagi aku. Cuba kita buka al-Quran, surah ke 11, ayat yang ke 11 atau ringkasnya 11:11:
"Kecuali orang - orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal - amal soleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar " [Surah Hud (11:11)]
Allahuakbar...Sungguhlah cantiknya ayat Allah yang kesebelas dalam surah kesebelas ini. Tiada yang lebih indah daripada ayat - ayat Allah...Bestkan?
Hari ni pun aku lalui macam biasa kat sini, cumanya aku ada meeting dengan sv aku harini. haaa...dan yang bestnya macam biasa kalau jumpa dia, dia tak lupa untuk beri kata - kata semangat untuk aku. Best3...Allah memang sangat best. Dia anugerahkan aku sv yang best. Selalu tanya aku ok ke tak dengan kerja - kerja aku. Alhamdulillah...Di kala aku rasa aku tak boleh buat, sv aku berikan kata - kata semangat. Setakat ni aku tak pernah kena marah dengan sv lagi. Aku harap sampai aku habis PhD nanti dia tetap berlembut dengan aku. Hihi...Amin...
Ok, masa untuk mengemas bilik yang sangatlah bersepah dengan buku - buku di sana sini. Budget rajin sangat study. tapi bersepah je lebih...huhu...
Ok, babai...
Labels:
Ain's life,
sharing,
study
Sunday, October 30, 2011
3rd times at DLS
Assalamualaikum...
Ok, sekarang kat UK pukul 4.23 pagi. Disebabkan aku tidur lepas buka tadi, (disebabkan kekenyangan makan masak lemak cili api nenas ikan masin) something like that la bunyi nya, so sekarang aku takleh tido...Serius, before ni aku sangat tak suka masak lemak ikan masin dengan nenas tu, tapi kakak rumah aku ni masak memang superb!sedap!hehe...Aku bukan nak cerita pasal apa yang aku makan buka tadi,just nak update pasal kerja-kerja aku kat DLS.
First, kali ni aku bekerja dengan 3 orang mamat omputih dan seorang mamat perancis. 3 orang mamat omputih ni nama dia Gwyndaf, Danny, dan Robin. yang France ni pulak nama dia Pierre. Selama 5 hari aku kat sana, takdela banyak benda aku buat, pergi beamline, buat eksperimen, balik guest house, makan, tidur. tu jela aku buat.
The Ridgeway Guest House tu dah 3 kali aku duduk situ, memang aku tak pernah regret. Aku suka sangat duduk situ. Kalau boleh duduk situ sebulan pun aku sanggup. Haha... Sebenarnya sama je macam duduk hotel, tapi sebab aku sorang-sorang, so privacy la. tapi the problem is kat situ coverage memang la sangat low. stress gila aku duduk situ. nak bergayut pun kena duduk statik takleh gerak mana-mana...hua3...
Breakfast tiap-tiap pagi aku makan cereal, oren juice, baked bean n telur goreng. nak makan yang lain-lain tak halal, itu jela yang aku boleh makan. terpaksa makan banyak sikit sebab nak "bekerja." Lunch n dinner pulak makan apa-apa lah yang suitable for vegetarian. Mula-mula tu aku makan nasi dengan kentang rebus dan sayur-sayur rebus. tapi aku rasa kentang rebus tu mcm heavy sangat untuk aku sampai aku rasa kenyang sangat sampaikan ngantuk dan senak perut, so esok-esoknya aku decide takmo amik kentang rebus lagi dengan nasi. haha...tamak sangat padan muka aku.
Staff 4 orang tu pulak, diorang not bad. Aku rasa diorang ingat aku sangat muda la, so diorang layan aku macam student sangat lah...tapi best gak. Lagi2 sv aku (Gwyndaf), baik sangat la bagi aku walaupun ada gak aku dengar dari mulut orang dia tak helpful sangat. Yang paling aku terharu, masa aku nak balik malam lepasa habis bekerja, dia tanya aku "do you find the room to pray?Are you comfortable with it?"disebabkan aku terkejut dia tanya, aku terkedu dan terus jawab, "Yes, I find the room for praying." sedangkan aku solat kat bawah tangga je kot. Alhamdulillah, aku dapat sv yang faham tanggungjawab aku sebagai seorang Islam. Dia cakap nak try dapatkan aku bilik untuk solat dengan lebih selesa. Lepas tu siap pesan kat aku dia willing nak cek report aku berkenaan dengan eksperimen aku tu...Waaa...aku rasa nak menangis masa tu.
Danny & Robin, staff bawah sv aku. Danny cute, tapi tak byk cakap dan jarang senyum. tapi bila dia senyum dengan gelak, waaa...cair aku beb...kui3...dia banyak tolong aku buat analisis. suka gelakkan aku bila aku tak dapat jawab soalan dia... takpela, aku terima je sekarang...memang tak pandai pun...huhu...
Robin plak sibuk ke sana ke mari, so aku tak kenal dia sangat. aku lebih banyak dengan Danny.
Pierre, staff baru kat beamline tu. sangat helpful. masa Danny kerja separuh hari dan tak dapat tolong aku buat analisis, dia la yang teman aku dan tolong aku buat analysis. yang paling terharu, sebijik2 dia terangkan kat aku pasal linux command, dari awal hingga akhir. Lepas tu nak guna software tu siap terangkan aku macam2 theory... memang baik sangat. Terima kasih ya Allah jumpa kan aku dengan orang-orang yang suka untuk membantu aku...
Aku pun dah dapat staff badge, which is lepas ni aku takyah register lagi bila aku datang sana. boleh terus lari masuk beamline..hihi..cuma perlu pergi Radiation training dulu.
Aku akan pergi DLS lagi bulan 12 ni. Actually, eksperimen yang aku nak buat tu tak dapat aku buat sebab beam tak stabil lagi. huhu...Hopefully bulan 12 nanti aku boleh dapatkan result.
Oh ada satu lagi. kat DLS ni pun bagi aku satu kenangan yang paling takleh lupa. OK, kat room 118, Ridgeway Guest House, DLS pukul 12.45 tgh mlm...haha...suspen...LOL
Ok, nak sambung buat kerja...tangan aku dah semakin sejuk nih...perlukan hand warmer right now!
Tata!
Labels:
Ain's life,
study
Saturday, October 15, 2011
Sheffield & Didcot again!
Assalamualaikum...
Ye...harini dah hari sabtu...esok dah ahad...lusa dah isnin...then selasa, rabu, khamis, dan jumaat aku ditugaskan untuk ke sheffield. Macam biasa, supervisor aku "menjemput" aku menghadiri meeting di University of Sheffield. Mula-mula hati macam berat jugak nak pergi coz on the next day aku kena travel lagi ke didcot. Huhu...(kali ni rasa berdebar-debar nak gi didcot sebab segala eksperimen untuk main research aku akan bermula officially next week) Please sesiapa yang baca entry aku ni doakan aku ye. Aku ingat hari jumaat tu aku nak prepare apa-apa yang patutlah. takdela aku sampai sana nanti aku zero. Tapi fikir-fikir balik benda-benda tu semua boleh dibuat sebelum tu lagi kan. So, last wednesday, masa sv aku bagi talk (setiap kali monthly meeting kitorang punya group memang ada presentation) so akan ada rotation la. On that day, sv aku yang present. Masa dalam talk tu aku asyik fikir, nak cakap nak pergi or taknak pergi. Tapi actually apa-apa meeting yang dia suruh aku pergi mestilah benda yang penting untuk aku. So, apa lah salahnya pergi lagi kan. Kata nak mencari ilmu...Bukan senang nak jumpa expertise dalam bidang research kita ni. Time meeting dan conference jela nak jumpa diorang pun. So, end of the talk, aku jumpa dia dan bila dia tanya aku boleh tak pergi, aku pun decide untuk bagi jawapan, "Yes, I can go." owh lupa. Meeting tu berkaitan dengan surface chemistry yang memang lah relate dengan research aku. So, jumaat ni, aku akan bawa poster yang aku pernah present last july kat BACG conference. Hopefully aku dapatlah input-input dan komen-komen yang berguna. Aku sangat perlukan komen-komen yang membina dari mereka untuk penambahbaikan. Amin...
Untuk mengelakkan aku terlupa, nak kena tulis apa conference/meeting yang aku dah pernah attend :
April : Visit to DLS for introduction to Synchrotron Radiation technique
July : BACG Conference @ University College London (Poster Presentation)
July : SMS Open Day @ SMS Co.UK.Ltd, Appelton, London (as a client)
September : Particle System Analysis (PSA Conference) @ Edinburgh (Oral Presentation)
September : Synchrotron User Meeting @ DLS, Didcot, Oxfordshire (as a synchrotron user)
October : Surface Meeting @ University of Sheffield (Poster Presentation) (21/10/2011)
October : Visit to DLS for instrument's commission (22.- 25/10/2011)
Oh lupa...after balik dari sheffield, aku akan straight away have a dinner with my bestfriend, Hein, (she is vietnamese) to celebrate her birthday...Birthday dia 22/10 sbnrnya. tapi sebab aku takde kat leeds, so we decide to have a dinner a day before her birthday. Sorry hein, because of me u can't make it on ur birthday. Tapi sangat terharu sebab dia berusaha nak ajak aku join juga celebrate birthday dia dengan neepa dan miriam. Hihi...so sweet. (esok nak pergi town cari hadiah untuk dia...taktau nak belikan apa...)
Ok, I have to stop here. till my fingers meet the keyboard again...haha...
Ya Allah, sentiasalah permudahkan pengajianku...amin ya rabb...
Wassalam
Labels:
Ain's life,
study
Friday, July 15, 2011
BACG Conference, Open Day and Next Conference
Assalamualaikum...
I was so tired when I came back from London.Only tonight I have some times to update my blog. The last day of the conference and the SMS open day were really great! lots of knowledge that I gained from both. The open day especially really helps me to run my experiments later on. I thought the open day is a formal meeting which the company will open a booth or give some talks on how to handle their products etc. But then the meeting was very informal. The staff entertained me nicely. Thumbs up for the SMS staff! One thing that I noticed in the company is all the staff there are Dr.!I am impressed with them!Don't be surprised if you come to UK and you'll find that the person who in-charge the instruments in the lab also PhD holder. So, PhD is nothing actually. Don't too impressed to people who are doing PhD at their early age. That is what British people do. Hmmm...(actually, I am stressed when people keep asking me how old I am because I look very young to do PhD)...
Then, on Thursday, I got emails from my supervisor that asked me to attend another conference in Edinburgh, Scotland and the meeting at Diamond Light Source as well. The conference just a day before the meeting at Diamond. Owh...I can imagine how tired I would be that time.Travel from Leeds to the North of UK, then I have to travel to the South for the next day early in the morning of course. If these are the best for me, I hope Allah will make it ease for me.
OK, I want to pray and continue my reading and writing. Oh, actually why I keep writing in English because I am writing my report. So, to maintain the writing mood, everything should be written in English...I know my English is still "so-so"...but practice makes perfect, right?
Labels:
Ain's life,
study
Wednesday, July 6, 2011
BACG Conference
Assalamualaikum...
Di kala sibuk-sibuk untuk siapkan poster, sempat lagi aku nak menconteng-conteng kat sini. Alhmadulillah, poster hampir siap. Tadi jumpa sv, ada lah beberapa perkara perlu diperbaiki. Jadi, tak dapatlah aku nak print hari ni. Memang risau sangat tadi takut takde kedai yang boleh buat dalam masa sehari. Alhamdulillah, dalam kekalutan aku nak menyiapkan poster ni, aku dapat juga cari kedai printing yang boleh buat dalam masa sehari. Jadi, esok aku akan hantar dan tak sabar nak tengok hasil poster pertama aku. Walaupun aku rasa banyak je kekurangannya, tapi aku excited jugak nak tengok hasil kerja aku.
Tau tak kenapa aku nak cerita pasal conference ni?sebab aku sangat bersyukur dapat sv yang sangat proaktif, suruh aku buat itu, buat ini walaupun kadang-kadang aku pening kepala jugak nak buat semuanya. Tapi aku rasa niat sv aku tu baik. Walaupun semua orang cakap sv aku ni cerewet, tapi as long as kita buat je kerja kita pada track yang betul, insyaAllah semuanya jadi. Dan bagi aku yang paling penting hormat dia as our sv, sebab bagi aku dia adalah cikgu aku. So, cikgu kenalah hormatkan, sebab segala keberkatan ilmu kita datang dari dia walaupun dia bukanlah Islam.
Ada kakak-kakak cakap, aku beruntung first year dah diajak pergi conference. Yeke?aku pun taktau orang lain macammana. Alhamdulillah, dapat gain experience, dan kebetulan sehari selepas conference aku dapat pergi Surface Measurement System Ltd Open Day. Waaa!!!excited sangat!!!
p/s:actually aku tak book tiket untuk balik Leeds lagi after pergi open day tu, dan tak book hotel untuk malam selepas conference...Adoiii...
Labels:
Ain's life,
study
Tuesday, July 5, 2011
7th Month!!!
Assalamualaikum...
Alamak!bila buka blog ni, tengok daisy path tu baru aku sedar dah genap 7 bulan aku kat sini.Ada lagi 2 bulan untuk aku siapkan transfer report. Oh, sangatlah takut!Dupdapdupdap,ok! Tapi alhamdulillah, aku dah mula faham apa yang aku tengah buat sekarang ni, cuma perlu tambah kerajinan dan perlu tolak keterlampauan waktu tidur. Kalau tak, nanti jadi -study. Alhamdulillah juga, aku ada seorang kawan PhD yang sangat baik hati. Selalu je aku sebut nama dia ni, Dave. Sekarang ni, dia tak selalu ada kat school. Kalau 5 hari tu, cuma 2 atau 3 hari je dia datang. Tapi, yang bestnya, walaupun dia tak datang school, hari-hari dia email aku tanya macammana progress eksperimen aku, ok ke tak, sample jadi ke tak, result ok ke tak, gas-gas cylinder masih ada isi ke tak, kalau dah nak habis, jangan lupa order yang baru. Mungkin sebab kitorang the main purpose of our research pasal surface chemistry and particle analysis, jadi kami perlu saling bekerjasama. Alhmadulillah, aku syukur sangat-sangat. Atleast, bila sv aku takde kat ofis, aku ada orang untuk jadi sumber rujukan bila aku dilanda masalah. Ok, aku nak sambung study. Esok macam-macamana pun aku kena submit poster aku untuk printing.
Weh, serius aku kena struggle, dah takde istilah main-main dah. Orang-orang kat FKK UiTM dok memerhatikan aku dari jauh. Dari lecturer sampai ke management staff pun tanya pasal aku kat sini. Tulah, dah pernah jadi budak bermasalah dulu asyik turun naik shah alam, habis semua orang tau...Sabar jelah...
Labels:
Ain's life,
study
Saturday, June 25, 2011
Busy Memanjang...
Assalamualaikum...
Minggu ni dah sampai ke penghujungnya. Dah masuk hari sabtu pun. Cepatnya lah masa berlalu. Pejam celik,pejam celik, conference yang dianjurkan MPA akan berlangsung Isnin, 27 Jun 2011 hingga 28 Jun 2011. Tengah aku sibuk-sibuk untuk conference MPA, macam yang aku pernah cerita dalam entry lepas, aku kena buat poster untuk BACG Conference di London. Oh, sebelum tu, nak betulkan full name of the conference is British Association of Crystallographic Growth. Haaa...baru betul rasanya, yang haritu silap.Hee....
Ok, berbalik kepada kesibukan untuk MPA conference, siap dah beli tiket train pergi balik Manchester, dan dah book travel lodge pun untuk 2 malam, tiba-tiba hari ini aku run ekesperimen dan dijangka habis eksperimen tu tengahhari hari Isnin. Ceritanya bermula apabila aku nak belajar guna satu instrument ni. Namanya Dynamic Vapour Sorption or DVS untuk measure water/vapor sorption dalam sesuatu jisim dan lebih spesifik powder or particles lah sebab sample pan dia sangat kecil dan hanya sesuai untuk timbangan maximum 150mg. Dalam erti kata lain sebenarnya nak measure mass change dalam sesuatu jisim tu. Ok, 150mg tu termasuk sekali bila sampel tu dah absorp water/vapor.Lain kali lah aku cerita pasal alat ni. Aku tahu alat ni perlu set different relative humidity (RH) dalam bm nya adalah kelembapan relatif persekitaran. Tapi aku taktaulah pulak setiap kenaikan 10% RH tu ambil masa yang lama. Oh, begitu jakun nya aku. So, macam biasa, kawan sePhD aku kat sini yang tak jemu-jemu memberi tunjuk ajar kat aku, Dave Merrifield suruh aku run the experiment for the whole weekend until monday. Takkan aku nak cakap dengan dia aku tak datang ofis kan sebab aku memang nakkan result tu urgently. So, aku pun mengambil keputusan untuk balik sekejap tengahhari hari Isnin, selepas siap kerja-kerja pendaftaran di Manchester. Nasib baik aku beli open return ticket. So, boleh naik train bila-bila masa yang aku suka. Tapi terpaksalah beli satu lagi tiket untuk balik semula ke Manchester Isnin petang. Tak apalah berkorban sikit. Aku taknak membazir 2 hari tanpa buat apa-apa experiment. Baru sekarang aku rasa sungguh berharganya masa. Rasa nak buat semua experiment dalam satu masa. Seriously, sekarang baru aku terasa enjoy duduk dalam lab. Rupanya taklah teruk sangat buat research walaupun bila tak dapat result yang kita nak, sampel tak menjadi, buat aku rasa, STRESS!!!Rasa membuang masa.Tapi itulah realiti research.
Bila aku rasa give up sampel aku tak menjadi, aku fikir, macammana orang yang discover drug yang kita dapat dari klinik or farmasi tu begitu sabar menjalankan research mereka untuk dapatkan satu jenis ubat. Cuba korang bayangkan 1 jenis ubat mengambil masa hampir 15 tahun untuk research sahaja sebelum ianya dikomersialkan. Patutlah bila satu penyakit muncul, susah nak dapatkan ubat or vaksin untuk itu. Rupanya perlukan 15 tahun untuk buat penyelidikan.
So, kawan-kawan aku yang baca blog aku ni, tolong lah doakan eksperimen aku selepas ini menjadi dan aku dapat present poster aku dengan baik. Sangatlah takut....
P/s: kristal urea aku tak cantik. Patah-patah. tak dapat pun single kristal.Huhu...
Labels:
Ain's life,
study
Wednesday, June 15, 2011
Excited nak Jumpa Mereka!
Assalamualaikum,
Tak sampai sebulan aku akan pergi ke University College of London untuk BACG Conference. First time nak attend conference buat aku sangat takut sebab kat sana nanti semua expert dari crystallographic group akan hadir. Dalam takut-takut, aku excited sebab dapat jumpa authors yang publish paper/journal yang selalu aku baca tu.(sekarang dah tak selalu.sedih.sob3)Lebih kurang macam nak jumpa artis la ni.haha.Bezanya diorang ni glamour dalam bidang research,dalam penulisan jurnal,artis pulak glamour dalam tv.Hehe. Before aku datang UK, aku ada baca beberapa journal yang ditulis oleh salah seorang research fellow kat school aku sekarang ni. Bila aku dengar nama dia masa mula-mula dulu, aku terfikir macam pernah dengar nama dia, then bila aku buka balik journal-journal tu, ye, dia lah yang tulis journal tu. Rasa kelakar pun ada juga, sebab selama ni baca journal tanpa tahu siapakah gerangan orang yang menulisnya. Tapi, bila sampai sini, aku mungkin berpeluang berjumpa authors yang glamour dalam bidang aku ni. Nak dapatkan ilmu dari mereka sebanyak mungkin, supaya kita orang Islam tak ketinggalan lagi.;)
p/s:sampel urea crystal dah jadi...alhamdulillah...doakanlah aku dapat result yg baik untuk segala analisis...amin...
Labels:
Ain's life,
study
Monday, June 13, 2011
1st step in my research
Assalamualaikum...
Dah 2.30pagi,tapi xboleh tidur lagi.si,membuang masa la sekejap untuk menulis di sini.Last friday,aku submit abstract untuk British Association Crystallographic Group (BACG) conferemce.Actually,dah lambat juga hantar.over the deadline.Tapi sejak terlibat dengan MPA punya conference ni,banyak juga la yang aku tau pasal conference,bermula dari zero,dan kalau nak bagi markah 1-10,mungkin aku baru kat no 4 tahap pemahaman aku pasal conference.terukkan?huhu.Tapi,atleast ada lah input output yang aku dapat.ok,berbalik kepada abstract aku,aku hantar jela walaupun dah lambat.Alhamdulillah,diorang accept abstract aku.Walaupun cuma poster presentation,tapi aku rasa ini adalah permulaan yang baik untuk aku.Mula-mula poster,then dah pandai sikit,oral pula dan aku berdoa sepanjang aky buat PhD ni,aku dapat publish sebanyak mungkin paper walaupun aku tahu agak susah.Tapi perlu mencuba,kalau x,kita x kan tahu kan?Bila abstract dah diterima,aku jadi makin semangat nak buat kerja2 aku,siapkan segala experimen dan memahami field research aku.Aku sentiasa berdoa Allah permudahkan segala kerja aku selepas ini walaupun 2 minggu yang lepas banyak masalah yang melanda.
Lately ni pun aku agak meninggalkam kerja2 MPA sebab terlampau risau pasal experimen yang x menjadi.Semoga Allah mengampunkan aku kerana tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.
Ok,mahu tidur sudah...wassalam
Dah 2.30pagi,tapi xboleh tidur lagi.si,membuang masa la sekejap untuk menulis di sini.Last friday,aku submit abstract untuk British Association Crystallographic Group (BACG) conferemce.Actually,dah lambat juga hantar.over the deadline.Tapi sejak terlibat dengan MPA punya conference ni,banyak juga la yang aku tau pasal conference,bermula dari zero,dan kalau nak bagi markah 1-10,mungkin aku baru kat no 4 tahap pemahaman aku pasal conference.terukkan?huhu.Tapi,atleast ada lah input output yang aku dapat.ok,berbalik kepada abstract aku,aku hantar jela walaupun dah lambat.Alhamdulillah,diorang accept abstract aku.Walaupun cuma poster presentation,tapi aku rasa ini adalah permulaan yang baik untuk aku.Mula-mula poster,then dah pandai sikit,oral pula dan aku berdoa sepanjang aky buat PhD ni,aku dapat publish sebanyak mungkin paper walaupun aku tahu agak susah.Tapi perlu mencuba,kalau x,kita x kan tahu kan?Bila abstract dah diterima,aku jadi makin semangat nak buat kerja2 aku,siapkan segala experimen dan memahami field research aku.Aku sentiasa berdoa Allah permudahkan segala kerja aku selepas ini walaupun 2 minggu yang lepas banyak masalah yang melanda.
Lately ni pun aku agak meninggalkam kerja2 MPA sebab terlampau risau pasal experimen yang x menjadi.Semoga Allah mengampunkan aku kerana tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.
Ok,mahu tidur sudah...wassalam
Labels:
Ain's life,
study
Monday, May 23, 2011
Sampel Almond siap!
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, selepas beberapa masalah dalaman yang aku hadapi siang tadi,(suka nak emo lebih,hehe),akhirnya masalah dapat diselesaikan dan 2 sampel almond dah siap run menggunakan Morphologi G3 dan boleh bagi result tu kepada tuan punya badan kat King's College London. Actually, that sampel tak menarik sangat nak diperhatikan bawah mikroskop sebab ianya opaque sampel.So, cuma boleh dapat particle shape nya sahaja dan shape nya pun takla sekata.Tapi atleast nampakla bentuknya macammana.Hopefully diorang puas hati.
Labels:
Ain's life,
study
Nak Nangis...
Assalamualaikum...
Waaa...aku rasa nak nangis je.X boleh nak run experimen!Morphologi taktau la nape problem.Lepas budak group lain guna je mesti ada problem.Aku email tak reply2...Hein pergi jaga exam tak balik2 lagi nak minta tolong dia...Automate pulak tuan punya experimen tak datang2...Email tanya sampai bila nak guna pun tak reply jugak...Dave pulak takde 2 minggu ni...Huhu...Tetiba rasa nak nangis sendiri...Ya Allah tabahkan hatiku...Beri aku pertolongan-Mu...
Labels:
Ain's life,
study
Saturday, May 21, 2011
Experimen oo Experimen
Assalamualaikum...
Yeay!Esok dah Sabtu!Sekejap je dah sabtu.Next week bermulalah kerja-kerja menghasilkan kristal.Urea jadikan kristal?macam pelik je bunyi nya kan...Hehe...Actually, ianya dalam bentuk particle halus dan powder. tapi korang pernah tahu tak sebenarnya setiap particle ni ada bentuk dia tersendiri. Apa yang kita nampak selalunya final product kan. Contohnya ubat dalam bentuk kapsul. Sebelum kapsul tu terbentuk, ubat tu dalam bentuk powder yang halus-halus. Then, barula dicompactkan dalam bentuk kapsul yang cantik tu. Aku pernah present tajuk research aku ni masa kelas English, tutor aku tu pelik sebab aku kaji particle utk pharmaceutical drugs. Dia tanya aku, bukan ke ubat tu dalam bentuk kapsul or liquid?then, aku pun terangkan lah sebenarnya macammana sebelum jadi kapsul tu. Sebelum aku belajar benda ni, aku pun taktau jugak. Then, process nak menghasilkan 1 jenis ubat tu pun masyaAllah, panjang rupanya perjalanannya. Lain kali lah aku cerita. Berbalik kepada bentuk particle tadi, rupanya bentuk particle ni cantik!Macam kristal yang jual kat kedai tu...sebab tula dipanggil kristal.Hehe...Subhanallah...Cantik-cantik ciptaan Allah yang kita tak terperasan pun cantiknya. Sebabnya kita tak dapat tengok dengan mata kasar. Sebab itulah kita disuruh menuntut ilmu sebab banyak lagi benda yang kita tak tahu. Selama 2 minggu ni, my colleague, Dave, takde. Selama aku run experimen, selalunya dia yang supervise kerja-kerja aku. Dia telah diamanahkan oleh sv aku untuk train aku guna alat-alat di lab. So, selama 2 minggu ni, aku run all the experiments alone without his supervision. Hopefully, everything gonna be fine. Aku cuma perlu menjadi orang yang lebih confident je.So, 3 eksperimen yang aku akan buat dalam masa 2 minggu aku target. (Dave balik je aku dah boleh tunjuk result kat dia) : (1) Crystallisation of Urea & Urea/biuret
(2) Surface Energy Analysis menggunakan iGC
(3) Particle Size & Shape Analysis menggunakan Morphologi G3
Morphologi ni pun buat aku bengang hari ini. Taktaulah kenapa setiap kali lepas budak research group lain guna, ada je problem. Apa ntah yang diorang ubah-ubah kitorang pun taktau. Dan membuatkan aku dah tak boleh nak run experimen aku tadi. Sabar jela.Mudah-mudahan next week dah boleh guna.
Tapi di kala aku sedih sebab tak dapat nak run eksperimen, dapat juga satu berita gembira. Aku dah pass english test. Alhamdulillah. In-sessional class tu membantu aku juga. Jawab soalan ikut apa yang dah diajar masa kat kelas. So, rasanya lnext semester dah boleh attend Academic Writing Class. Tak sabarnya rasa.
Alhamdulillah, perlahan-lahan aku rasa aku dah mula dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang research student. Dari mula-mula aku yang sangat dependent kepada orang lain, aku dah belajar sedikit demi sedikit untuk bekerja secara bersendirian. Apa yang penting adalah keyakinan diri. Perlahan-lahan juga aku cuba untuk menjadi seorang yang yakin pada diri sendiri dan belajar untuk menjadi berani dalam membuat sesuatu keputusan. Amin...
Ok, aku nak start study...Dan esok pagi aku terpaksa pergi universiti sekejap sebab buku lab aku tertinggal kat dalam lab...
Oh lupe,aku perasan lately ni ramai orang google pasal "belajar di UK" dan mereka terjumpa aku punya blog. Dulu aku tak terfikir pun nak google untuk cari maklumat pasal belajar kat UK.Sape-sape yang baca blog ni, silalah tinggalkan komen especially kat entry persediaan belajar di UK. Kalau membantu alhamdulillah,kalau tak membantu, aku minta maaf.
Labels:
Ain's life,
sharing,
study
Wednesday, May 18, 2011
Sixth Month Progress Report
Assalamualaikum...
Minggu ini, sibuk lagi, tapi bagus juga sibuk-sibuk ni walaupun kadang-kadang aku buat tak tahu je rupanya banyak kerja yang aku kena buat. Semalam, meeting dengan sv aku. Macam biasalah,discuss pasal progress research, dan setiap kali meeting tu lah aku akan dibasuh oleh sv aku.Hehe..takdela kena basuh apa,tapi nasihat yang berguna yang aku rasa tak semua sv macam tu.Aku bersyukur sangat dapat sv yang baik yang suka bagi nasihat so that aku sedar dan lebih menghormati dan menghargai sv aku tu walaupun ada juga cerita tak sedap yang aku dengar pasal sv aku,tapi setelah mendapat nasihat dari seorang kakak,dia cakap,as long as sv kita baik dengan kita dan masih ambil berat pasal kita,tolong kita itu tak jadi masalah.Tak payah nak fikir benda-benda negatif ni.Betul juga,buat aku down dan pernah sampai satu masa,aku rasa malas nak buat research.Tapi alhmadulillah,aku boleh overcome semua masalah tu. Semalam je, dia bagi aku pinjam buku lagi.2 buku sekali tau.So,dah 4 buku dia ada dalam simpanan aku dan 1 audio book.
Hari ini,aku hantar progress report yang perlu dihantar ke UiTM dan KPT kat sv aku untuk dapatkan ulasan supervisor berkenaan study aku.Alhamdulillah, semua feedback dia baik.Aku tak harap pun markah macam tu dari sv aku sebab aku sedar diri aku, masih lemah, lagi-lagi bab communication.Yela,english aku pun tak bagus pun.Aku cakap dengan dia pun main sedap ayat aku je.Asalkan dia faham.Tapi alhmadulillah,dia cakap,dia takde masalah komunikasi dengan aku.Setiap markah dia bagi dia bagitahu aku.Ulasan yang dia buat pun dia baca kuat-kuat depan aku.Tersipu-sipu aku.Haha...Tapi aku tak lupa untuk ucapkan terima kasih lepas dia baca comment dia tu.Alhamdulillah,Good start actually.Mudah-mudahan selepas ini aku boleh dapat markah lebih tinggi lagi.
Hari ini,aku hantar progress report yang perlu dihantar ke UiTM dan KPT kat sv aku untuk dapatkan ulasan supervisor berkenaan study aku.Alhamdulillah, semua feedback dia baik.Aku tak harap pun markah macam tu dari sv aku sebab aku sedar diri aku, masih lemah, lagi-lagi bab communication.Yela,english aku pun tak bagus pun.Aku cakap dengan dia pun main sedap ayat aku je.Asalkan dia faham.Tapi alhmadulillah,dia cakap,dia takde masalah komunikasi dengan aku.Setiap markah dia bagi dia bagitahu aku.Ulasan yang dia buat pun dia baca kuat-kuat depan aku.Tersipu-sipu aku.Haha...Tapi aku tak lupa untuk ucapkan terima kasih lepas dia baca comment dia tu.Alhamdulillah,Good start actually.Mudah-mudahan selepas ini aku boleh dapat markah lebih tinggi lagi.
Ok,malam ni kena study.Esok kena buat demonstration Morphologi kat visitor dari mana entah.Adui la,sv aku percaya pulak kat aku untuk work on it independently.Kat orang luar lak tuh...Ya Allah,permudahkanlah tugas aku esok.Amin...
Let's start do some revision!
Let's start do some revision!
p/s:terima kasih kepada sponsor saya sebab dah masukkan duit...alhamdulillah...
Labels:
Ain's life,
study
Wednesday, May 11, 2011
kenapa hari ini???
Assalamualaikum...
Rajin pulak mengupdate blog kan petang-petang macam ni...Hari ini aku pergi office macam biasa lah.datang awal jugak la.Pukul 9 lebih.sekarang tengah mendisiplinkan diri untuk datang awal ke office.Alhamdulillah,semakin biasa untuk datang awal.Hari ini hari paling banyak mereply email kot.Then,dapat 3 invitation untuk pergi conference.Should I go all 3?Dulu,aku selalu bertanya pada diri sendiri,kenapa sv aku takde ajak aku pergi conference pun.Nah,nak sangat,3 sekali dapat.Pergi conference memanglah bosan sebab dengar orang cakap je,tapi nak ilmu,kena lah merasa bosan tu sikit.I think I should go all 3.Penuh.June,July,September.August takde ke?haha...nak sangat ke ain....adui....
Actually the main thing nak tulis kat sini sebab aku nak meluahkan rasa terkejut bercampur cuak aku ni.Selalunya aku akan balik after 6 pm.Tapi hari ini aku rasa letih + pening + sakit kepala.(actually selalu je rasa pening bila dah petang-petang pukul 4-5 tu.tapi tahan je).Tapi hari ini aku decide nak balik awal.Hein,kawan vietnam aku dah menguap je dari pukul 1 tghari.Aku nak gelak tgk dia asyik menguap.Pastu aura mengantuk dia pun sampai kat aku.Aku tahu Hein selalu balik lambat,rajin budak ni.Stay sampai pukul 7 kadang-kadang,weekend pun dia datang office buat kerja,cuma sekarang je dia malas sikit.Dia lah yang cakap,bukan aku.Lately ni kitorang memang selalu balik sama-sama sejak aku pun dah pandai balik lambat.Hari ini aku cakap dengan Hein,"Hein,I want to go home now."Masa tu pukul 4.40 ptg.Tetiba Hein pun cakap nak balik sesama dengan aku.So,aku tunggulah dia dalam 10 minit dan kitorang pun keluar sama-sama.Kitorang lalu jalan belakang fakulti engineering.Tengah jalan kat atas divider sambil borak-borak dengan Hein,tetiba dari jauh aku nampak seorang lelaki berbadan besar,tinggi,pakai spec,rambut putih dan agak botak sedang berjalan arah bertentangan dengan kitorang.Aku cuit Hein,"Hein,is that Kevin?"Dalam hati aku dah berkata macam-macam dah.sure kena ni.Baru Hein perasan kat depan kitorang sv kitorang.Adui...Kalau dah buat salah,memang Allah nak tunjukkanlah kan.Nasib baik Hein pandai cover bila sv kitorang tanya kenapa balik awal,siap suruh kitorang balik office semula.Time aku balik awal lah terserempak dengan sv aku.Time aku balik lambat tak pernah pulak.Muka aku ni memang muka tak boleh buat salah.Kalau buat salah mesti kantoi...Ahaks..
Hmmm...macam-macamlah...agaknya sv aku macam tu la kot time buat PhD dia.Stay sampai malam kat office.Bila aku nak jadi macam dia ni...huhu...
Oklah,hati dah tenang sikit.Esok bersedialah kena sound ke,kena perli ke dengan sv ye time meeting 4 ptg esok...Hehe...Cuma mampu senyum dan buat muka comel jela esok...
(Pengajaran:ikut cakap sv tu penting.Lepas ni nak balik pukul 8 malam.Berusaha!)
Labels:
Ain's life,
study
Tuesday, May 10, 2011
Musim Peperiksaan
Assalamualaikum...
Ye,sekarang ni rasanya mana-mana universiti baik di Malaysia or di UK tengah periksa.Rasanya UiTM dah nak sampai penghujung exam.Di Leeds ni pulak,baru nak start exam.Beberapa orang kawan aku yang buat medic kat sini tengah berjuang untuk final semester diorang.Aku doakan mereka semua berjaya dengan cemerlang.Aku tahu macammana rasanya bila dah final semester,perasaan berdebar-debar,akan luluskah paper-paper terakhir ni?Bercampur pula perasaan gembira tak terkata sebab dah nak habis degree.Nak dapatkan segulung ijazah setelah bertahun-tahun berhempas pulas belajar.Semua perasaan tu bercampur menjadi satu.Budak-budak lain pun tengah berhempas pulas jugak study.Tak ketinggalan housemates aku yang akan ada exam next week.Ada pulak yang baru bermula dissertation mereka.Semua bertungkus lumus ingin menyiapkan tugasan mereka dalam waktu yang ditetapkan?Aku?walaupun aku tak ada exam,tetiba aku pun turut sama rasa cuak,berdebar-debar.Tetiba.Aku pun dapat tempiasnya sama.Tapi actually aku ada exam jugak.Exam English next week.Adui la hai...Boleh tak kalau tak amik?Aku tak kisah kalau disuruh amik exam yang berkaitan dengan engineering ke,maths ke,tapi tolong lah jangan English.Tapi bukanlah sebab exam ni yang buat aku berdebar,tapi sebab dah 5 bulan lebih aku kat sini,tapi aku masih belum dapat menguasai sepenuhnya apa yang aku study selama 5 bulan ni.Bila fikir-fikir balik,agak mustahillah nak menguasai semuanya dalam hanya 5 bulan.Tapi serius,progres research kurang memberangsangkan.Sv aku tanya,"Do you have any progress on data analysis?"Aku menjawab,"No,sir." Macammana ntah mulut ni boleh dengan selamba menjawab NO...Aduhhh...At least,bagilah ayat yang sedap sikit didengar.Nasib baik tak kena marah.Tapi kalau lepas ni jawab macam tu lagi,sure kena lepas ni.Memang kena berhati-hati selepas ini.
Oh ya Allah,bantulah aku untuk selesaikan masalah yang masih aku belum jumpa jalan penyelesaiannya.Memang paling lemah kalau bab software,bab komputer.Benda paling aku takut sekali bila belajar ok...So,kalau kawan-kawan aku sibuk mengupdate komputer dengan window vista,window 7 dan lepas ni taktau la window apa lagi,minta maaf,aku punya laptop ni window 7 pun sebab aku beli laptop baru.Kalau tak,memang aku guna window XP jela jawabnya.
Ok dah melalut lebih-lebih,aku nak siapkan kerja-kerja MPA yang masih tergendala.oh ye.Sekadar nak mengingatkan diri sendiri,progress report untuk dihantar ke KPT,UiTM dan Leeds Univ Postgraduate Office jangan lupa disiapkan.
Wassalam...
Labels:
Ain's life,
study
Tuesday, April 5, 2011
5/4/2011
Assalamualaikum...
5/4/54
Cantik tak nombor ni?cantikkan.Actually,tarikh ni tarikh lahir arwah ayah.Hayatnya cuma 55 tahun 11 bulan 6 hari.Alfatihah untuk arwah ayah.takkan lupa untuk sedekahkan yassin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk arwah.Alhamdulillah,hari ini rasa seronok buat kerja.Mungkin Allah memberi masa yang sibuk untuk aku hari ini supaya aku tak terasa sedih sangat kot dengan tarikh hari ini.Hari ini rasa menggunakan masa 8 jam di office dengan sebaik mungkin.Masuk lab,analyse data,training instrument,prepare sample,update kerja-kerja MPA dan sedikit preparation untuk pergi esok.Berdebar-debar nya nak pergi esok.Sebab tak pernah travel sorang-sorang kat tempat orang.Takpe,Allah kan sentiasa ada bersama kan?Mudah-mudahan urusan untuk esok dipermudahkan dari Leeds sampailah ke Diamond Light Source.Kemudian,dipermudahkan untuk belajar analisis data.Kena fahamkan,kalau tak sia-sia 106.90 pounds tu tau...Lagipun,confirm sv akan minta result.
Takde benda penting sangat pun nak update.Just nak meluahkan rasa berdebar ni je...hehe...
Oklah,nak bersiap-siap dan berkemas-kemas untuk perjalanan esok.
Wassalam
Labels:
Ain's life,
study
Friday, April 1, 2011
Minggu Experimen
Assalamualaikum...
Dari minggu ke minggu semakin sibuk.Taktau lah apa yang sibuk sangat.Rasa banyak je kerja,tapi macam takde apa-apa pun yang siap.This week my sv pergi US.Baru balik semalam,dan hari ini lah baru dapat jumpa dia.Baru dapat berbincang tentang visit ke Diamond Light Source minggu depan.Clash pula dengan course yang nak attend hari Rabu minggu depan.Terpaksa cancel course tu dan cari waktu lain nak attend.
Minggu ni banyak buat lab works.Tapi guna sample orang lain.Sangat sedih.T_T
Tapi seronok belajar dengan Pakcik Dave.Dia sangatlah baik dan suka ajar semua benda yang aku tak tahu dan tak reti guna.Kenapa aku panggil dia pakcik?Sebab dia dah tua pun...Tapi semangat dia nak sambung PhD tu,memang aku salute la.Tapi depan dia takla aku panggil pakcik.Bukan faham pun kalau panggil dia pakcik kan. Yang seronoknya lagi,hari ini dia cakap dengan aku,
" Ain, I won't be here at the beginning of next week.So,could you please run the IGC by yourself?"
Masa dia tanya aku tu,aku tgh mencari urea sample kat dalam cupboard.Aku rasa kalau aku nampak muka aku sendiri masa tu,mesti bercahaya dan bersinar-sinar (sebab excited teramat sangat dapat run instrument tu sorang2).Takdelah,gurau je.Tapi memang excited la sebabnya before ni kalau nak start-up,run the experiment and shut down the instrument,Dave mesti supervise kerja aku.Kiranya kali ni dia dah percaya kat aku la untuk buat semuanya sendiri.Alhamdulillah.Syukur sangat.So minggu depan minggu experimen untuk aku.
4 & 5 April 2011 : Run Urea samples using iGC
6 & 7 April 2011 : Training Data Analysis for Beamline I24 X-Ray Microdiffraction at Diamond Light
Source,Didcot,Oxfordshire
9 April 2011 : Again,going to DLS for training beamline I03 X-Ray Microtomography
First time nak travel jauh-jauh seorang diri ni...Mudah-mudahan Allah permudahkan kerja-kerja aku minggu depan.Amin.
Alhamdulillah,baru lepas dinner,terubat juga nak makan sambal tumis udang.Yummy2...sedap...
Ok,sekejap lagi,housemates aku minta ajar buat doughnut.Malam2?Takpelah,nanti lapar lak malam2...Kesian pulak diorang.Ajar jelah.
Dari minggu ke minggu semakin sibuk.Taktau lah apa yang sibuk sangat.Rasa banyak je kerja,tapi macam takde apa-apa pun yang siap.This week my sv pergi US.Baru balik semalam,dan hari ini lah baru dapat jumpa dia.Baru dapat berbincang tentang visit ke Diamond Light Source minggu depan.Clash pula dengan course yang nak attend hari Rabu minggu depan.Terpaksa cancel course tu dan cari waktu lain nak attend.
Minggu ni banyak buat lab works.Tapi guna sample orang lain.Sangat sedih.T_T
Tapi seronok belajar dengan Pakcik Dave.Dia sangatlah baik dan suka ajar semua benda yang aku tak tahu dan tak reti guna.Kenapa aku panggil dia pakcik?Sebab dia dah tua pun...Tapi semangat dia nak sambung PhD tu,memang aku salute la.Tapi depan dia takla aku panggil pakcik.Bukan faham pun kalau panggil dia pakcik kan. Yang seronoknya lagi,hari ini dia cakap dengan aku,
" Ain, I won't be here at the beginning of next week.So,could you please run the IGC by yourself?"
Masa dia tanya aku tu,aku tgh mencari urea sample kat dalam cupboard.Aku rasa kalau aku nampak muka aku sendiri masa tu,mesti bercahaya dan bersinar-sinar (sebab excited teramat sangat dapat run instrument tu sorang2).Takdelah,gurau je.Tapi memang excited la sebabnya before ni kalau nak start-up,run the experiment and shut down the instrument,Dave mesti supervise kerja aku.Kiranya kali ni dia dah percaya kat aku la untuk buat semuanya sendiri.Alhamdulillah.Syukur sangat.So minggu depan minggu experimen untuk aku.
4 & 5 April 2011 : Run Urea samples using iGC
6 & 7 April 2011 : Training Data Analysis for Beamline I24 X-Ray Microdiffraction at Diamond Light
Source,Didcot,Oxfordshire
9 April 2011 : Again,going to DLS for training beamline I03 X-Ray Microtomography
First time nak travel jauh-jauh seorang diri ni...Mudah-mudahan Allah permudahkan kerja-kerja aku minggu depan.Amin.
Alhamdulillah,baru lepas dinner,terubat juga nak makan sambal tumis udang.Yummy2...sedap...
Ok,sekejap lagi,housemates aku minta ajar buat doughnut.Malam2?Takpelah,nanti lapar lak malam2...Kesian pulak diorang.Ajar jelah.
Labels:
Ain's life,
study
Wednesday, March 23, 2011
Banyak nak update
Assalamualaikum...
Rasanya seminggu lebih kot tak update blog.Semakin hari semakin sibuk,banyak lagi benda lain yang lebih penting perlu diupdate,jadi blog terpaksa dipinggirkan buat sementara waktu...
Dengan meeting dengan orang dari Diamond Light Source lah...Yang mula-mula tu rasa takut sangat...tapi bila dah jumpa orangnya,muda lagi...So,ok lah...takdelah takut sangat nak berbual dengan dia...(tambah-tambah handsome)...hak3...
Last weekend pula pergi Manchester bagi menghadiri Seminar Sistem-Sistem Islam.Pengisiannya memberi pendedahan tentang segala sistem meliputi sistem ekonomi,sosial,dan politik yang semuanya berlandaskan syariat Islam.Bila mendengar seminar seperti ini,betapa rindunya untuk berada dalam suasana kehidupan Islam yang sebenar.Tanpa perlu ada perebutan kuasa,sedangkan yang berebut tu pun sesama Islam juga. Kalau kita semua memahami Islam dengan sebenar-benarnya,mesti takkan berlaku asabiyah antara umat Islam sendiri kan.
Ok,habis cerita minggu lepas.Tak larat nak tulis panjang-panjang.
Minggu ni pula pindah office...Rasanya better than office lama yang ramai orang tu kot...
Apa lagi ye...Ha,spring weather dah bermula...Best tau tengok bunga yang cantik2...colourful...and so beautiful...Subhanallah...(gambar takde lagi,nanti lah...not in mood utk ambil gambar)
Ok,rasanya tu je kot.Jumaat ni ada test.Saja je nak amik test.Biasalah,bila markah tak dikira,excited nak amik test.cuba test tu dikira untuk markah performance,confirm taknak amik test kan...Siap offer nak amik exam,tapi tak boleh pulak...padan muka den...hehe...
(Bilakah saya dapat pergi Old Trafford)...
Rasanya seminggu lebih kot tak update blog.Semakin hari semakin sibuk,banyak lagi benda lain yang lebih penting perlu diupdate,jadi blog terpaksa dipinggirkan buat sementara waktu...
Dengan meeting dengan orang dari Diamond Light Source lah...Yang mula-mula tu rasa takut sangat...tapi bila dah jumpa orangnya,muda lagi...So,ok lah...takdelah takut sangat nak berbual dengan dia...(tambah-tambah handsome)...hak3...
Last weekend pula pergi Manchester bagi menghadiri Seminar Sistem-Sistem Islam.Pengisiannya memberi pendedahan tentang segala sistem meliputi sistem ekonomi,sosial,dan politik yang semuanya berlandaskan syariat Islam.Bila mendengar seminar seperti ini,betapa rindunya untuk berada dalam suasana kehidupan Islam yang sebenar.Tanpa perlu ada perebutan kuasa,sedangkan yang berebut tu pun sesama Islam juga. Kalau kita semua memahami Islam dengan sebenar-benarnya,mesti takkan berlaku asabiyah antara umat Islam sendiri kan.
Ok,habis cerita minggu lepas.Tak larat nak tulis panjang-panjang.
Minggu ni pula pindah office...Rasanya better than office lama yang ramai orang tu kot...
Apa lagi ye...Ha,spring weather dah bermula...Best tau tengok bunga yang cantik2...colourful...and so beautiful...Subhanallah...(gambar takde lagi,nanti lah...not in mood utk ambil gambar)
Ok,rasanya tu je kot.Jumaat ni ada test.Saja je nak amik test.Biasalah,bila markah tak dikira,excited nak amik test.cuba test tu dikira untuk markah performance,confirm taknak amik test kan...Siap offer nak amik exam,tapi tak boleh pulak...padan muka den...hehe...
(Bilakah saya dapat pergi Old Trafford)...
Labels:
Ain's life,
study
Friday, March 11, 2011
Jumaat yang menyenangkan
Assalamualaikum...
Yeay!dah hari jumaat!(walaupun macam tak best je masa berlalu begitu pantas...huhu)Tapi hari ini alhamdulillah,segala kerja berjalan macam biasa.Hari Jumaat jelah boleh rilek-rilek sikit pagi-pagi,sebab takhari jumaat je takde kelas.Datang-datang ofis je,fire alarm bunyi pulak dah...terpaksalah berkumpul kat padang yang ada kubur tu.Tapi dalam 15 minit jelah.Lab mana ntah equipment buat masalah.
Hari ni,ada farewell lunch untuk kat Sharifah.Makan kat favesham.Yang tak bestnya,tu bukan lah kedai makanan halal.Jadinya,aku dengan kak Sharifah,mengambil jalan selamat,makan salad je.Kitorang punya lah gelak sebab tak pasal-pasal kitorang jadi fully vegetarian hari ini.Bayangkan makan sayur kubis dengan black olives dan cheese sahaja.Nak bagi rasa sikit,kitorang tambah le sos dan mayonis.kelakar je.Dah la mangkuk dia besar.Semua orang gelakkan kitorang.
Hari ini pun aku ada meeting dengan supervisor aku.Mula-mula macam scary la juga,takut dia tanya pasal talk semalam.Datang-datang,tengok atas meja ada draft nak buat paper,tetiba ada nama aku terselit kat authors tu.Patutlah sv aku suruh buat experimen pasal urea,rupanya pakcik dave nak buat analisis pasal urea tu.Hm...takpelah,aku cuma think positif je sekarang ni,benda ni penting untuk aku bila aku nak run sistem aku nanti.Atleast,aku dah ada idea macammana nak guna segala instrument yang ada.Interesting.Tambahan pulak,sistem aku pun belum finalise lagi nak guna apa.Oklah kan,dari duduk kat ofis membaca je,boring juga.Kalau urea jadi sistem aku pun ok jugak.Harap-haraplah.Takdela kena ulang banyak benda.Best,best...
Lagi satu,sv aku dah bagi permission kat aku untuk pindah ke ofis k.sharifah bila dia balik Malaysia nanti.Tak sempat aku nak minta permission,dia dah cakap awal-awal kat aku suruh pindah ofis tu.Ofis tu memang best,cuma ada 5 orang je kat situ.Privacy sikit lah...Kawan aku si Wei Li sangatlah jeles dengan aku.Dia cakap sv kitorang pilih kasih.Haha...Kesian Wei Li...Takpe2, i will always visit u even I move to another office okeh...
Next week aku ada presentation untuk kelas BI.Adui,first time nak present depan orang yang bukan melayu yang memang faham English je.Takut2...
Okeh,itu sahaja untuk malam ini.Sekian....
Labels:
Ain's life,
study
Subscribe to:
Posts (Atom)