While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers
Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Kawan, Teman, Sahabat

Assalamualaikum...

Hati terasa sedih...Rasa nak nangis...Dah terfikir-fikir macammana sunyi nya rumah ini bila seorang lagi kawan akan pulang ke Malaysia setelah tamat Master beliau...Dah 2 hari dia takde pun dah rasa sunyi...Takde kawan yang nak dikacau...Dina stay kat hospital yang jauh dari rumah...Balik seminggu sekali je...Yang tinggal aku, azna dan k.noni...Putri akan balik ahad esok ni...Aduih...Dia salah seorang kawan yang aku rapat kat sini...Mungkin sebab kami sebaya, dan aku senang nak bercerita apa sahaja dengan dia...Putri, kita harap Putri dapatlah jadi lecturer kat UiTM Shah Alam...Senang nanti kita nak gathering, InsyaAllah...

Ini lah dia Putri...Comelkan...baik pun baik...Single lagi nih...kui3...ampun Putri...terpromote plaks...(Nasib baik Putri taktau blog den)

Hihi...

Sekian...

Wassalam

Friday, July 22, 2011

I am Gonna Miss U Dear

Assalamualaikum...

Hari ini agak takde mood nak buat kerja. Kalut semacam. Dalam kalut-kalut dok sibuk nak perhabis duit research, dapat pulak call dari kak noni sambil dia menangis. Menangis sebab seorang demi seorang balik Malaysia dengan membawa pulang segulung ijazah dan juga PhD. Dan aku pulak semakin hilang mood bila kak noni beritahu yang nak baliknya sahabat yang paling aku rapat kat sini. Ya Allah...Makcik ni suka buat kejutan lagi. Mungkin ini yang terbaik untuk dia, cuma terkejut bila dia nak balik sebegitu cepat. Baru beberapa hari lepas dia cakap nak balik dalam bulan Ogos. Ya Allah, tabahkan hatiku. Sungguh, aku sedih. Tapi Allah tahu yang terbaik untuk hambaNya. Perkenalan hampir 8 bulan yang lepas menjadikan kami rapat. Mungkin sebab perangai kami hampir sama. Nak semuanya nampak perfect. Tapi dia lagi baiklah dari aku.Hehe.I am gonna miss u dear, especially at Hud-hud. Masak, makan, tidur, study, everything we did together. I don't know what to say, seriously, speechless. Apa pun, tahniah kepada Dr. Rozaliyana Radzi kerana akhirnya berjaya menamatkan pengajian dalam MBBS. Semoga Allah permudahkan segalanya. Doakan kejayaan saya di sini please...*nangis*

Takmo tulis lagi. Nanti habis basah keyboard aku nih..huhu...

Monday, July 18, 2011

Childhood Friends

Assalamualaikum...

Last weekend, aku baru tukar background blog ni...Hehe...Aku ni cepat boring orangnya, bila sampai masa, aku akan ubah.Sama lah juga jadinya dengan bilik aku. Nasib baik je bilik ni agak susah untuk ubah susun aturnya memandangkan bilik baru aku ni agak bersegi-segi. So, terima jelah. 

Oh berbalik kepada blog aku ni, aku ada jugak letak gambar kawan-kawan aku. Kalau korang perasan, aku ada letak gambar kawan-kawan aku zaman aku kanak-kanak. Actually ada 2 orang lagi yang kira aku rapat, tapi diorang tak datang. Oh ye, gambar tu diambil masa gha tunang. Ok, mari aku kenalkan seorang demi seorang. Yang kiri sekali yang pakai tudung hijau tu namanya Fathiyah. Dia ni jiran aku jugak, rumah dia selang 2 rumah je dengan rumah aku. Dulu masa sekolah rendah, kami selalu makan satu pinggan. Alhamdulillah, dia dah berjaya menjadi seorang...mm...actually aku taktau position dia dalam EON Bank tapi dia kerja bahagian Human Resource. Apa eh? Something like that lah. Dia ni tak kawin lagi, tapi dah ada boyfriend. Serius aku tabik dengan dia sebab diorang couple hampir 5 atau 6 tahun kalau tak silap. Kagum jugaklah dengan bf dia sebab diorang ni masa belajar bercinta jarak jauh. 5-6 tahun tu belajar...Kagum-kagum...Aku?ex boypren aku tak tahan godaan bila bercinta jarak jauh...couple ngan minah Sabah, tapi lepas tu clash jugak. Padan muka ko...haha...jahatnya aku...astaghfirullah...abaikan2...Gurau je...Nasib baik dia tak baca blog aku...kui3...

Ok, sebelahnya pulak, Adila, ni baru je kawin bulan 6 haritu. Sedih jugak tak dapat datang walimah dia. Tapi nak buat macammana kan...takkan semata-mata kawan kawin aku nak balik Malaysia. Kalau ada yang sponsor takpe gak.Hihi.Dia pun dah berjaya menjadi seorang tutor atau lecturer (tak pasti) di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Baru je habis Master dan dengar-dengar nya nak sambung PhD jugak. Suka dengar kawan-kawan seusia aku nak sambung belajar. 

Yang sebelah aku tu, nama dia Azrita. Orang paling hebat Matematik dari zaman sekolah rendah sampai lah sekarang. Dah berjaya menjadi lecturer Matematik di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Dia ni memang hebat. Antara kami, dia lah yang dapat masuk MRSM. Then, dapat buat fast track degree in industrial mathematics. Habis degree pada usia 21 or 22, then sambung master pulak. Dapat scholar UNIMAP, tu yang tercampak sampai utara tu. Sabar na Ita...Aritu dia dah pregnant, rasanya dah delivered kot...Lupa nak tanya...

Ok, gambar yang bawah tu pulak, itulah najihah yang aku selalu sebut-sebut dalam entry-entry yang lepas. Nama glamour dia ghA. Kena eja macam tu tau.Hehe...Ingat lagi zaman sekolah menengah, dia mesti eja nama dia macam tu. Aku pun dah terikut-ikut. Dia pun dah kawin dah.Huhu...Terasa jugaklah bila dia kawin sebab bila orang dah kawin ni, masa diorang mestilah lebih kepada family. Lagi lah sekarang dia tengah pregnant. Bertambah lagi lah "anak2 angkat" aku...hehe...Dia pun dah berjaya bekerja di CIMB Group. Taktau jugak the exact position of her job. Sorry ghA. huhu.Aku memang failed pasal position-position kat office lagi-lagi kat bank. until now pun aku masih taktau makcik aku punya kerja kat CIMB tu walaupun dari CIMB tu namanya Bank Bumiputra, Bumiputra Commerce, then CIMB.Memang tak boleh kerja bank.

Aku pulak, masih single and available (perlu ke cakap?haha) dan masih belum bekerja lagi. Takpelah, rezeki korang bekerja, rezeki aku masih di bidang pelajaran lagi. Aku doakan korang semua bahagia dengan bakal husband dan husband masing-masing dan juga dapat anak-anak yang comel-comel. Korang pun doakan aku berjaya kat sini menghabiskan PhD aku dalam masa yang ditetapkan dan jangan lupa doakan aku ikut jejak langkah korang yang dah kawin...Hik3...(ketawa gatal...kakaka)

Sunday, July 3, 2011

moving out

Assalamualaikum...

Today is my last day at room G2.22, Montague Burton flats. I am moving to Kelso Garden where a lot of Malaysians students live there. I am so tired this weekend. I did pack all my stuff and I had bought a new luggage since the biggest one does not enough to put all my clothes inside. I will miss this room and of course this flat. It was not so bad as I think before. All my flatmates were very kind to me, even though we had some arguments at the early months I moved in. But then, we become close to each other. Parmida, Iranian girl, who is very friendly and she has a lot of friends. She like to mingle with people. Ally, from China, who likes to make something funny even though she did not mean it. Mona, the oldest among us, she is 26, from Iran, who is likes cooking and her cooking is marvelous! We did make doughnut together and she likes to bake cakes as well. For me, she is a beautiful lady, everything is perfect!The last one is Mariam. She comes from Dubai. She also pretty and cute with her big eyes, and I like to hear when she speaks. Her English is excellent!She helped me in correcting my grammar for my works. She likes my fried rice and asked me for the recipe.

Girls, I am gonna miss you thou' I know I am not a good friend to you. but for me, it had a great time while I was in this flat. Hope to see you again next time!

Tuesday, June 21, 2011

Saya Rindu Awak

Assalamualaikum...

Second entry untuk hari ini.Buat seseorang yang saya rindu.Lagi-lagi bila hati ini seperti sekarang ini.

Luahan hati saya ini untuk awak.

Awak,saya rindu awak.
Lama tak berbual dengan awak.
Lama tak bergosip sama-sama.
Saya nak meluahkan sesuatu tapi awak jauh.
Jauh sangat.Di benua yang lain.
Nak call feeling berjumpa tak sama dengan call.
SMS,YM apatah lagi.Langsung takde intonasi.
Awak jaga diri tau.
Walaupun awak dah berkahwin, tapi saya tetap setia dengan awak.
Saya tetap sayang awak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AWAK...















Puan Nur Najihah Md. Abas...Entry ini ditujukan untuk kamu tau...Aku Rindu Sayang Kamu OK!


Gha, aku penat dan dah letih.Nak nangis dengan rasa ni...=(

Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah...

Tuesday, March 1, 2011

SEBUAH PERTEMUAN BY UNIC

Assalamualaikum...

Saya nak dedicate lagu ini kepada seseorang.
Nama dia Rozaliyana Radzi.
Roza,saya tahu awak selalu follow blog saya kan?walaupun saya tak follow blog awak =p
Dengarlah eh.Hope awak suka
 (klik kat play lagu kat sebelah post ni)

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
 

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan


Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Lagu ni sesuai kan untuk seorang sahabat?banyak makna tersirat dalam lagu ni untuk saya.Terima kasih sebab sudi jadi sahabat saya dan banyak menolong saya.
Jazakallah...=)

Sunday, February 27, 2011

Besarnya ujianMu padanya...

Assalamualaikum...

Baru pulang dari daurah di Birmingham...Alhamdulillah,pengisian yang cukup menarik untuk hati yang sering leka dan lalai ini...InsyaAllah akan menjadikan aku lebih mendekatiMu ya Allah...
(Di samping itu,dapat juga ramai kenalan baru dari serata UK...alhamdulillah)

Tetapi hari ini juga aku mendengar berita dari salah seorang sahabat aku yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang hebat.Menangis aku mendengar ceritanya.

"Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,yang memakbulkan doa hamba-hambaNya,Engkau berilah kekuatan kepada sahabatku dan berikan yang terbaik untuk dirinya.Begitu banyak ujian yang telah Engkau berikan kepadanya ya Allah dan dia dapat menghadapinya dengan tenang,semoga Engkau memberikan kegembiraan yang berpanjangan kepadanya dunia dan akhirat.
Amin..."

Thursday, January 27, 2011

~Treatment~

Ini entry kedua untuk hari ini.Disebabkan hari ini balik dari universiti agak lewat,dekat pukul 6.30 sampai rumah,jadi taknak study malam ni.Boleh tak eh macam tu.Bolehla,untuk malam ni je.Kadang-kadang kena rehat juga.Belajar ni tak boleh paksa sangat,kalau paksa-paksa,tak masuk 1 hape pun tak guna juga kan.So,style aku belajar,macam tu la,tapi bila dah pulun,memang kena pulun habis.Jangan dikacau.Tapi selalunya fokus bertahan 2 jam je.Kalau lebih tu memang terror la si Siti Nurul'ain ni.

Nak cerita pasal treatment,pernah aku publish kat FB aku cakap nak buat treatment,pastu ada lah kawan aku ingat aku nak buat treatment resdunglah,mukalah,yang berkaitan dengan kesihatan ni la.Tapi treatment memanglah berkaitan dengan kesihatan.Treatment yang aku nak buat ni adalah treatment untuk menghilangkan atau mengurangkan stress.Hehe...

Aku rasa semua orang akan buat macam aku bila stress.Keluar berjalan-jalan,kan?Tengok dunia luar,menghirup udara segar,bolehlah melapangkan minda sikit.Macam tula yang aku buat.Aku jalan-jalan sambil mencuci mata di kedai-kedai,tak kisahlah kedai apa,asalkan kedai.Walaupun tak beli,tapi dapat tengok-tengok pun jadila.

Kalau kat Malaysia,time aku study dulu,bila aku rasa macam,"adoi,penat lah belajar je," or aku rasa macam stress je,aku akan ajak member aku pergi jalan-jalan kat Shah Alam tu.Tak jauh pun,setakat pergi makan ABC kat Seksyen 2,(ABC tu besttt sangat!!!) or pergi pasar malam kat Seksyen 7 (setiap hari Rabu),ataupun pergi PKNS dan kawasan-kawasan sekitar situ.(Makan KFC@McD@Pizza)...Makan tu memang wajiblah sebab kadang-kadang dah boring dengan makanan kat UiTM.(Masa duduk kolej memang tak pernah masak sebab memang tak boleh masak).Aku akan pergi dengan best friends aku,especially Nur Azliana Md Ilias dan Noor Sabrina Mutamim.Tapi kadang-kadang aku pergi dengan either one kalau yang sorang lagi tak dapat join.

Keluar dengan pakwe?Aku rasa kan,keluar dengan kawan lagi best dari kelar dengan pakwe.Keluar dengan pakwe macam control-control je kan,keluar dengan kawan boleh lepas segala-galanya.Aku rasa lelaki pun macam tu jugak.Dia orang lebih suka keluar dengan kawan-kawan lelaki diorang untuk hilangkan tension.So kaum wanita janganlah terlampau mengharap pakwe kamu boleh menghilangkan stress kamu.Makin tambah stress ada kot...Haha...

So,macam tu la treatment aku bila aku rasa takde mood ke,banyak sangat kerja ke...Seriously,kurang sikit masalah.Lagi-lagi bila keluar,pastu dapat shopping.Memang happy lah.Tapi kat sini kawan yang serasi tu belum jumpa lagi untuk buat aku rasa begitu happy.Bila macam ni kan,aku sangat teringat Nur Azliana Md Ilias sebab 2 bulan sebelum aku fly,time aku tengah jadi RA,dia sentiasa ada bila aku rasa susah.Aku call je ajak keluar,mesti dia datang walaupun di malam hari dengan Viva merah dia yang comel tu yang banyak berjasa pada aku especially time praktikal sebab bagi aku tumpang kereta dia.Yana,I miss U so much...Aku tau,dia pun rindu aku jugak...T_T

Friday, January 14, 2011

Housemates yang baik hati

Hari ini nak cerita pasal housemates/flatmates aku.Aku tinggal kat student hall,Montague Burton namanya.Rumah ni macam rumah flat,bezanya rumah kitorang ni tak ada ruang tamu.Ada dapur dan toilet dan 5 buah bilik.Seorang untuk 1 bilik.Memang privacy la kan.Mula-mula masuk,aku takut juga kalau dapat housemates yang pengotor,makan makanan tak halal dan bukan Islam.Tapi selepas taaruf dengan dia orang,rupa-rupanya dia orang semuanya Islam.Alhamdulillah.

Yang best nya kawan-kawan aku ni,first,diorang cantik-cantik..hehe..Second,dia orang ni sangat menghormati kawan-kawan serumah dan sangat akrab.Masa mula-mula masuk,jealous juga tengok dia orang rapat je,tapi sekarang aku pun dah mula rapat dengan dia orang.Seronok kawan dengan dia orang ni.Dia orang memahami kawan-kawan serumah.Macam sekarang,aku tengah busy,tak sempat masak,dia orang ajak aku makan luar,kalau aku tak dapat ikut,dia orang tapaukan untuk aku.Bukan senang tau nak dapat housemates yang berlainan bangsa yang sangat baik,peramah macam dia orang ni.Memang aku takkan lupakan kawan-kawan aku ni lepas aku keluar dari rumah ni.Sedih pulak rasa bila ingat nak keluar bulan 6 ni.Dia orang pun akan habis bulan 9 ni.oh,sedihnya.Entah bila dapat jumpa kawan-kawan macam dia orang ni kan.

Ok,itu saja,nak sambung buat literature review.

Sunday, December 26, 2010

Kecilnya dunia...Subhanallah...

Subhanallah...
Kecilnya dunia ini...dengan tak semena-mena,aku berjumpa ramai orang yang berkait-kait...
firstly,kakak angkat aku masa kat SMKAS,kak Nurul Azlin Tukiman, rupanya kawan kepada kawan yang aku baru kenal masa nak datang Leeds hari tu, Azni Aziz. Azni ni pulak kawan kepada kawan sekolah rendah aku, Nazmi Jawahir dan mak azni ni pulak rupanya kawan kepada makcik aku.

Secondly,again, I met Nur Shazlin Shamsudin in FB yesterday. Before this, we know each other through Friendster about 3 years ago. Itu pun aku kenal melalui seorang kawan aku. Tetiba this girl add aku kat FB. Mula-mula tak kenal siapa,tapi lepas tengok gambar,baru perasan, Lin. Rupanya dia pun belajar kat UK jugak...
Seronoknya aku rasa...kat malaysia tak pernah jumpa,mudah-mudahan di UK ni dapat jumpa dia, InsyaAllah...

Saturday, May 29, 2010

Apabila berjumpa geng2 lama...





Hari ini,sehari suntuk berjalan ke rumah kwn2....Pukul 9.30 pagi,gerak gi Kluang dengan yati. Harini another one of my best friends tunang lagi. Tahniah buat Khairunnisa binti Hamdan. Semoga pertunangan ini sampai ke jinjang pelamin...











Lepas tu,balik je dari Kluang,terus bergegas pergi rumah sahabat lama,nor azrita binti amin..dah selamat pun diijabkabulkan...sampai je diorang tgh sanding...yg best nye,jumpe kwn2 lama..my geng masa skolah rendah...hehe...Siapa lagi kalau bukan Adila aziz,fathiyah basri,ayu johar dan deqda...suka sgt...tapi tak best sbb gha tak dpt join...






Kesimpulan dari perjalanan aku hari ini,seronok sbb dpt jumpe best friends lama...(",)

Friday, May 21, 2010

Konvokesyen Engineering 21st May 2010


Baru balik dari DSB (Dewan Sri Budiman) UiTM Shah Alam...

Aduhai...demi menghargai kawan aku yang pernah dtg masa konvo aku,aku pun pegila jugak konvo dia walaupun terpaksa suka2 hati kluar ofis...


Terima kasih pada Amali,my ex-coursemate masa degree,nak jugak teman aku pegi konvo tu ea...Jasamu dikenang...hehe....


Tahniah buat Siti Hajar Salleh dan Mohd Fitri Othman...


3 tahun lagi aku pegi pulak konvo Ph.D ko ye fitri...time tu aku bagi bunga yg besar...hehe...