While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers
Showing posts with label mom...i love u. Show all posts
Showing posts with label mom...i love u. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

17:23-24 & 31:14

Assalamualaikum...

Hari ini buat pertama kali sepanjang duduk Leeds, aku join Majlis Ilmu Wanita. Lebih kurang kelas agama atau lebih dekat lagi usrah la. Kelas ni memang khas untuk wanita, perempuan, girls, ladies, women. Okeh, tajuk harini sangatlah best. Kelas ni dibuat di rumah keluarga Malaysian yang dah lama menetap kat Leeds ni, Ustaz Daud dan Kak @ Makcik Midah. Aku pun dah confused nak panggil makcik or kakak.Huhu. Ustaz Daud lah yang bagi pengisian. 

Berbalik kepada pengisian dalam majlis ini, tajuk minngu ini sangat best. "Silaturrahim"
Mula-mula aku ingat silaturrahim dengan kawan-kawan, jiran tetangga atau pun saudara-mara tau. Rupanya, yang lebih dekat lagi dengan kita, iaitu ibu bapa.

Di sini aku ingin share sikit apa yang aku dapat daripada pengisian Ustaz :

Sillaturrahim --> daripada perkataan "Sillah" dan "rahim".

Sillah bermaksud ikatan yang tidak terputus manakala rahim bermaksud daripada rahim. Maksudnya di sini ialah sesuatu ikatan itu bermula daripada rahim ibu kita lagi ataupun dalam erti kata lain sesuatu ikatan itu bermula daripada ibu dan bapa kita. 

Kemudian, mari kita kaitkan dengan 2 ayat dari surah al-Isra' ayat ke 23 dan 24 (17:23-24) yang bermaksud : 
" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia."

Dalam ayat ke-23 surah al-Isra' di atas, Allah telah memerintahkan kepada kita agar menyembah Allah sahaja, bukan yang lain. (tidak menyekutukan Allah) dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Atau kalau kita pecahkan ayat ini menjadi 2 ayat, 

"Allah telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia."
"Allah telah memerintahkan agar kamu hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa."

Di sini bermaksud, berbuat baik kepada ibu bapa juga adalah suatu perintah yang kita wajib laksanakan. Perasan tak, perintah Allah untuk kita menghormati/berbuat baik kepada ibu bapa datang selepas perintah menyembah Allah? Subhanallah, betapa mulianya kedua ibu bapa kita di sisi Allah. Kalau kita sembah selain Allah itu berdosa besar, jadi kalau kita tak menghormati/berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita, maknanya dosa besar juga kan?Astaghfirullah...

Seterusnya, "Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu" --> kenapa Allah berfirman salah seorang di antara keduanya dahulu baru kedua-duanya?sebabnya kalau kita lihat, jarang kedua-dua orang tua kita kekal hingga ke usia lanjut, normally salah seorang sahaja, (contohnya macam parent aku, ayah dah pun pergi dahulu) tapi takpe, aku dah redha ayah pergi. dan baru Allah sebut atau kedua-duanya. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui kan. MasyaAllah...Dan kenapa Allah spesifikkan lagi "sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu?" sebab bila ibu bapa kita berusia lanjut, memang perangai mereka kadang-kadang seperti kanak-kanak, perlukan perhatian dan belaian dari seorang anak. Macam masa kita kecik-kecik dulu. Jadi, memang sangatlah perlukan kesabarankan. Samalah macam ibu bapa kita sabar melayan kerenah kita masa kecik. Agak-agak kita sesabar ibu bapa kita tak eh nak bela mereka macam mereka bela kita masa kecik?T_T

Allah perintahkan lagi:
"Janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia."
Hmm...Kalau sebut ah pun dah berdosa, apa lagi membentak/marah-marah/tinggi suara. Ah di sini sama lah juga dengan perkataan seperti "alaaa","eish", dan perkataan-perkataan yang kasar yang lain. Dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang mulia/baik atau lebih mudah nak faham ayat-ayat yang menyejukkan telinga mereka, yang menenangkan mereka. Dan di sini pun kata penguat seperti yang kat atas tadi. Means no option ok...

Untuk penjelasan ayat ke-24 surah al-Isra':
" Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah,"Wahai Tuhanku!Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku masih kecil "


Daripada ayat di atas, perkataan ketiga-keenam, bermaksud kepak (untuk menaungi/melindungi) dengan sebenar-benarnya daripada kasih sayang. Ok, first, nak terangkan maksud kepak. Pernah tak nampak ibu ayam yang ada berbelas ekor anak ayam yang baru menetas tu?Kalau perasan, macammana dia jaga anak dia?Dia akan lindungi anak-anak dia bawah kepak dia. Jadi, kat sini, macam tulah jugalah maksudnya kita jaga ibu bapa kita sungguh-sungguh di sisi kita dengan sebenar-benar kasih sayang. Dan seterusnya mendoakan kedua ibu bapa kita (ampunkan dosa mereka, dirahmati) seperti mana mereka telah memelihara kita sejak kita dilahrikan lagi.

Kemudian, Allah kuatkan lagi berkenaan berbuat baik kepada ibu bapa dalam ayat ke-14, surah Luqman yang bermaksud :

"Dan kami wasiatkan kepada manusia kedua orang tuanya, ibunya yang telah mengandungkannya dengan kesusahan demi kesusahan dan menceraikan susu dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."

"Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu." Allah berwasiat (yang mana kalau wasiat dalam realiti hidup kita, orang yang tak laksanakan wasiat orang yang nak mati tu tak baik atau berdosa kan) samalah maksudnya kat sini. Kemudian Allah menekankan lagi dengan dan selepas bersyukur kepada Allah, maka perlu bersyukur kepada kedua orang tua kita.

So, kesimpulan dari ayat - ayat di atas berkenaan silaturrahim, betapa pentingnya hubungan kita dengan kedua ibu bapa kita kerana ikatan itu bermula dari mereka. Jika hubungan kita dengan kedua ibu bapa kita sendiri kita tak jaga, apatah lagi hubungan kita dengan orang-orang lain disekeliling kita dan masyarakat di luar sana. Dan apa-apa jua, hakikatnya segala-galanya bermula dengan hubungan kita dengan Allah SWT.

Allahuakbar. Sungguh indah ayat-ayat Allah dan ayat-ayat Allah itu sesungguhnya benar. 

Semoga apa yang ditulis ini dapat memberi sedikit ilmu kepada sesiapa yang membaca blog ini. Maaf, aku tak pandai nak menulis menggunakan ayat-ayat sastera. Segala isi-isi penting aku dapat dari majlis ilmu tadi.

Aku bukan orang yang selayaknya untuk menyampaikan ilmu sebegini. Tapi teringin nak kongsi apa yang aku dapat. Semoga sama-sama kita muhasabah diri kita.

"Jangan memandang siapa yang menyampaikan sesuatu ilmu itu, tetapi pandanglah apa yang disampaikannya."

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." (Imam Hasan Basri)

p/s : lepas baca ni, jom call or jumpa parents kita. Tanya khabar mereka. (terasa nak call ibu sekarang juga, tapi masih terlalu pagi walaupun tahu je ibu dah bangun before subuh lagi) Jap lagi angah call ibu ye! Sungguh rindu nak peluk dan cium ibu. Hanya doa yang dapat angah kirimkan semoga ibu sentiasa sihat dan panjang umur. I know you never forget to pray for me everyday every second. Luv u ibu!



Sunday, July 24, 2011

IBU OH IBU

Assalamualaikum...


I am really missed my ibu
Almost a month her computer at home got a problem.
She can see me but she can't hear my voice
Nobody wants to fix it
If I am there, I will fix it, ibu

Sometimes when I called her
She complained that she tired to do all works at home 
If I am there...I will help you, ibu

Currently, our home is under renovation
She has to tidy up and clean up the house
But she tired to do those works alone
If I am there...we will do the works together, ibu

She has so many "baju kurung" in her wardrobes
I like to tidy up her "baju kurung"
but now she has to do it by herself
She always said to me
"Kalau angah ada, angah mesti tolong ibu kemas kan"
Then my eyes filled with tears T_T

Normally, after "kenduri"
I was the person would put back the dishes in the cupboards
(even sometimes I kept mumbling because only me had to do that job)
but then, now, she has to do it by her own
and she keep told me
"Ibu penat, angah tak ada, tak ada orang nak masukkan pinggan dalam almari"
Oh, ibu. If I am there...I will do it ibu even I might keep membebel coz everybody so lazy to do that thing
(but yang kuat membebel ni lah yang ibu ingat ye...hehe)
coz if not me "membebel" they wouldn't do any jobs at home, so sometimes I had to "membebel"

Whenever I called her, she always asked me
"Macamana study angah?banyak kerja?"
and I always said "macam tu lah...sentiasa banyak...tak pernah habis..." and started to "membebel" again
And she never forget to tell me that she always remembers me in her du'a
Never forget to keep praying for me
I know I am here because of ibu and arwah ayah's du'a
Thanks both of you.
I never forget to pray for you 

When we grown up, success in our careers, and we have our own family,
sometimes we do not notice that we ignore our dad and mum,
We are too busy with our own jobs, with our own family,
Keep talking about our own career, our handsome/beautiful spouse rather than our lovely parents

I don't know how my life is 5 years afterwards. I really hope that I can take care of ibu like how she was taking care of me since before I was born until now
My mother and my late father had made too many sacrifices to fulfill their children's needs

Thank you ibu and arwah ayah.
Both of you are always in my du'a

Raya 2009 : last raya with ayah :'( 

Ibu for her good health & long life and arwah ayah for his happiness in the next world

I love you both!!!  

My tears start to roll down...arghhh... I hate this feeling!







Thursday, May 26, 2011

Homesick mode kembali!!!

Assalamualaikum...

Again,saya homesick.Nak ibu.Nak kak long.Nak adik-adik.Dah lama tak membebel dekat along.dah lama tak cubit-cubit ariff.dah lama tak gaduh mulut dengan uda.Rindunya.Ayah?Lagi lah angah rindu.Ayah yang pendiam. Teringat ketawanya bila ibu kacau dia.Ibu,angah pergi klinik lagi harini.Kat sini kena pergi sorang-sorang.Kalau ibu ada kat sini mesti ibu teman angah walaupun ibu tak suka pergi klinik kan.Ayah,mesti ayah hantar angah pergi klinik kan walaupun tengah-tengah malam. Ingat lagi angah pengsan depan toilet dulu pukul 4 pagi. Ibu dan ayah bergegas bangun hnatar angah pergi klinik. Sejak tu angah fobia sangat dengan gatal-gatal ni.Kat sini pun kena lagi.Ingatkan pergi oversea dah tak kena dah penyakit ni.Rupanya lagi teruk.Kalau lah ibu tahu angah kena tahan kat klinik,mesti ibu risau sangat.Huhu.Takpelah,Allah nak beri rehat untuk hari ini. Semoga saya sentiasa sihat dan dijauhkan dari segala penyakit yang merbahaya. Semoga semua ahli keluarga saya dalam keadaan sihat sentiasa, dan semoga roh ayah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.Amin...

Sunday, May 8, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY!!!

Assalamualaikum...

HAPPY MOTHER'S DAY BUAT IBU TERCINTA, PN.HJH HALIMAH BT.HJ HASHIM.

Terima kasih atas pengorbanan ibu dalam melahirkan,membesarkan dan mendidik angah sampai angah berjaya hingga ke hari ini.Angah tahu angah tak mampu nak membalas jasa ibu yang tak ternilai harganya.Maafkan angah kerana tak dapat bersama-sama ibu di hari lahir dan hari ibu hari ini untuk sambut bersama-sama ibu.Semoga Allah sentiasa memberikan ibu kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya.Doakan kejayaan angah di sini ya ibu.Betapa rindunya angah pada ibu.Semoga kita dapat berjumpa raya tahun depan.T_T

(Asyik nangis je harini...taktau mana hilangnya kekuatan aku selama ini.Ya Allah, tabahkan hati hambaMu.Kuatkan hatiku ya Allah...)




mode:homesick  :'((

Wednesday, March 9, 2011

I need U

Assalamualaikum...

Saya perlukan kamu sekarang ini wahai ibu...T_T
Kadang-kadang tak semua perkara kita boleh luahkan kepada kawan kita.Dengan mak kita juga kita nak luahkan.Kalau boleh nak share semua problem kita dengan dia,nak lepaskan semuanya...
Tapi bila situasi yang jauh macam ni,kadang-kadang susah nak luahkan semuanya walaupun skype menjadi perantaranya.
Sebabnya,kita taknak dia susah hati memikirkan kita kat sini yang susah hati.
Bila kita tak dapat nak luahkan segalanya dan kita sembunyikan segala masalah kita,buat macam tak ada apa-apa,inilah jadinya...
Menangis...T_T

(Boleh tak nak suruh ibu duduk UK tahun depan.suruh adik-adik masuk asrama.selfishnya kakak sorang ni)

Saturday, March 5, 2011

Bila bersedih hati...

Assalamualaikum...
Beberapa hari ini, aku rasa macam sedih je.kenapa ek?sebab aku fikir pasal study aku.(tanya sendiri,jawab sendiri)...Kadang-kadang aku fikir mampu ke aku nak teruskan ni...Hari Rabu lepas,aku rasa sedikit down,biasalah,bila dapat task dari sv,pastu kena correction itu ini,jadi gabra seketika.Pastu rasa macam,eiii,teruknya aku ni,Buat benda sikit pun ada je banyak correction.Pastu macam-macamlah fikir pasal nanti buat thesis macammana apa semuanya.Masa tu,on the spot je rasa nak balik Malaysia.Nak jumpa ibu,nak jumpa adik-adik dan kakak,makcik pakcik,atuk nenek,kawan-kawan,orang kampung,dan segalanya.Pastu nak tidur kat bilik aku puas-puas tanpa ada gangguan.(Jet lag la konon)...haha...Macam nekad je nak balik,nak beli tiket flight.Nak-nak bila aku tahu student postgrad ada cuti sebulan dalam setahun.Aku takut jugak,kang tetiba aku book tiket,balik Malaysia ni sebab masa aku kat Shah Alam dulu,kalau aku rasa nak balik hujung minggu,2-3 hari before balik baru aku beli tiket.Tak pun,sehari sebelum.Kang tetiba aku buat camtu kat sini,jadi cite apa pulak kan.Aku ni kadang-kadang kalau dah nekad,buat sesuka hati tanpa berfikir dengan akal yang waras.Ikut hati je...Ingat UK-Malaysia macam Shah Alam-Johor ke...Tak boleh tak boleh,aku tak boleh balik.Aku kena bertahan sampai bulan 7 tahun depan.Eish,baru permulaan dah rasa down.Mana boleh macam ni.Ok2,think positif...(Selalu nasihat orang suruh think positif,tapi diri sendiri tak praktikkan...apa daaa)
Adui,membebel sorang-sorang kat sini...ni la tempat luahan perasaan aku dikala aku sorang-sorang duk kat hall ni...nak cerita kat orang,tak semua orang faham sebab korang tak macam aku...huhu...
okeh,nak mengemasa meja study yang bertimbun dengan kertas2.Berserabut macam kepala otak aku yang berserabut taktau nak start yang mana dulu.
Ya Allah,berilah aku kekuatan ya Allah!

(Kepada adik-adik yang ada kat Leeds yang nak baca blog akak,sorry lah,tak tergerak lagi nak bagi kamu semua baca,malu nanti kalau jumpa korang...nanti akak dah takde tempat nak meluahkan isi hati...hehe)

Thursday, February 24, 2011

Rezeki...Alhamdulillah...

Assalamualaikum...
Selamat tengahhari kepada warga UK dan selamat malam kepada warga Malaysia.
Orang UK tengah sibuk lunch,orang kat Malaysia dah siap dinner kot...
Aku pun tengah lunch jugak...again!Fastfood...huhu...Teringin nak rasa ayam goreng kat Mahmood...kebetulan lunch meal hari ni ayam goreng.Try la...Kebetulan jugak,duit elaun baru masuk hari ni.Kalau tak,memang makan kat rumah le jawab nya.

Alhamdulillah,dikala aku tengah sesak duit,yang mana duit kat akaun aku tinggal 8 pounds,tetiba hari ini aku dapat call dari bank,bagitau ada duit masuk.Dah la tengah excited duit elaun dari UiTM masuk,macam tak caya sebab dia masukkan pertengahan bulan 2,then siap dapat email warning suruh hantar Plan of Studies,kalau tak hantar,elaun akan pending,tapi rupanya diorang tetap masukkan juga duit...Terima kasih majikanku.Ni yang menaikkan balik semangat belajar ni.Punyalah kita punya majikan baik hati masukkan elaun cepat-cepat takut kita ni kebulur kat sini,kita pulak belajar sambil lewa.Mana boleh macam tu kan...Biarlah dua-dua dapat faedah nya....Alhamdulillah,Allah masih memberi nikmat kepada hambaNya ini.Semoga akan bertambah rezekiku dari hari ke hari.

Hari ini juga,rumah ibu kat Malaysia buat kenduri giliran yasin.Tahlil untuk arwah ayah sekali.Minggu depan genap setahun ayah pergi meninggalkan kami.(mengikut bulan hijrah).Macam tak percaya,cepatnya masa berlalu.Semoga aku dan adik-beradikku akan terus menyedekahkan bacaan yasin dan ayat-ayat suci al-Quran kepada arwah setiap hari walaupun tahun silih berganti.Dan mudah-mudahan juga kami tergolong di kalangan anak-anak yang soleh,supaya doa kami sampai kepada arwah ayah kami.

Untuk ibu,semoga dia sentiasa sihat dan diberikan oleh Allah umur yang panjang.(kalau aku habis PhD 3-4 thn,ibu dah mencecah 60 tahun)...Semoga walaupun umur nya 60 tahun nanti,aku harap dia still maintain muda dan sihat macam sekarang.Amin...

:: kesian ibu,kena buat semuanya sendiri untuk kenduri hari ini.Along dengan angah jauh...Takpe ibu,angah tau ibu seorang wanita yang kuat.Semoga Allah sentiasa melindungi ibu ku dan memberi dia kekuatan dalam menghadapi dugaan sebagai seorang ibu tunggal ::

Wassalam...


Tuesday, February 15, 2011

:: Permata Ayah Bonda by Firdaus ::

PERMATA AYAH BONDA

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

Kamilah permata ayah bonda kami...(",)
(bersama ibu dan Allahyarham ayahanda kami ketika perkahwinan along,10.10.09)

Wednesday, December 22, 2010

Rindu nya kat ibu!!!

Aku baru je skype dengan ibu...tapi taktau la ye,tetiba aku rasa nak nangis...
huhu...mesti orang kata aku gembeng...kui3...

Maybe sebab selalunya aku skype dekat 1 jam...tapi hari ni sekejap je,coz aku nak kena jumpa SV arini...
Lepas ni,bila aku sibuk,tak leh la aku nak skype dengan ibu pukul 12 tengahari macam selalu...hm...kena tunggu aku kat sini malam,kat Malaysia pagi-pagi buta la gamaknya...huhu...

takpela,tak dapat skype,telefon pun jadi la...

Monday, May 31, 2010

not in mood to work..




Mmm...takde mood nak keje...jasad je ade kat lab,hati ni kat rumah...
Asyik ingat rumah je ni...nape ek?hati tak sedap...
Rindu kat ibu ke?Tapi baru je jumpe semalam...
Ya Allah...jgn la ade ape2 yg tak elok berlaku...
Serius,aku betul2 teringat rumah je ni...huhuhu...='(