While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers
Showing posts with label Travels. Show all posts
Showing posts with label Travels. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Easter Holiday

Assalamualaikum...

Lamanya tak mengupdate blog.Lepas bercuti terus tak buka blog ni.Kalau kat Malaysia,cuti sekolah je mesti pergi KL.Pergi KL je,mesti cuti sekolah.Hehe...memang takde tempat lain,sebabnya aku cuma ada makcik yang duduk kat KL je...So,ni lah first time aku bercuti ke negara orang pulak.Alhamdulillah,dapat melihat kebesaran dan keindahan ciptaan Allah di negara lain.Ingatkan aku dah tak dapat join cuti-cuti ni disebabkan kena attend seminar,tapi alhamdulillah,sv aku bagi juga cuti.Yang paling tak aku sangka,aku boleh berani sesangat pergi train station pukul 2.30 pagi sebabnya nak kejar flight pukul 7.10 pagi kat Manchester.Nak pergi Manchester makan masa 1 jam stgh jugakla.So,train aku pukul 3.09 pagi,dan sampai kat Manchester airport pukul 5.30.Gitu gini,sampai departure cantik2 je.Then,aku terus naik flight pergi ke Amsterdam.Kat Amsterdam kawan-kawan postgrad aku,Putri dan K.Ita sefamily ambil aku dan bermula percutian aku di bumi Europe.Ada la sedikit gambar buat tatapan sesape yang melawat blog aku nih.


 Ni kat keukenhof garden.Subhanallah,sangat cantik bunga-bunga tulipnya


Tulip lagi.


Tulip merah


Gambar-gambar di atas adalah di Keukenhof Garden,Netherland

Lepas ke Netherland,kami ke Luxembourg.Sebuah negara kecil yang cantik scenery nya.

Sempat juga ke Mini Europe di Brussels,Belgium.Kalau sesiapa rasa tak sempat nak melancong seluruh europe,datanglah ke mini europe,rasa macam pergi kat semua tempat bersejarah di Europe.Hehe.Salah satunya Eiffel Tower la,apa lagi.Sempatlah aku bergambar bawah replika Eiffel tower ni.Tak dapat pergi Eiffel tower betul-betul,replika pun jadi la.
(Tapi tak silap aku,kat Tropical Village,Ayer Hitam,Batu Pahat,Johor,Malaysia pun ada replika Eiffel Tower ni.Apa lagi orang johor,gi la melawat Tropical Village...hehe..tu tempat permainan aku masa kecik-kecik.Arwah ayah suka bawa kami jalan-jalan situ.Sampai tak terkira banyaknya)

Masuklah juga Jerman sikit,kat Trier.Kat situ ada Porta Nigra & Hauptmarkt.(Nak tau lebih lanjut,silalah google.hehe)

Di hari terakhir percutian...Rupa-rupanya...


Dapat juga tengok Eiffel Tower yang sebenar...Time berdiri kat bawah Eiffel Tower tu sempatlah berangan nak bertemu cinta di bawah Eiffel Tower...Tapi kalau dah angan-angan,mana lah kesampaian...Haha...Entah pape...Kuat beno berangannya...

Di akhir percutian kami untuk pulang ke Bumi England semula,kami naik cruise di Calais untuk sampai ke Dover.Alhmadulillah,akhirnya selamat sampai di bumi England pada petang Jumaat,22 April 2011.


Sebelum masuk dalam kapal.Kami naik Calais 8.

ok...sangat ngantuk.nak solat isyak dan tidur.
(Sekarang subuh dah makin awal.pukul 4 pagi dah subuh)

Saturday, February 26, 2011

Bercuti??Nak!

Assalamualaikum...
Pukul 2.30 pagi : Baru bangun tidur...Nak study sikit sebab pagi ini sampai esok ada program.
Semalam petang meeting dengan sv...Sv aku ajak bercuti...haha...merepek...balik dari bilik sv,tiba-tiba ada notis,
"ain,nak pi berjalan tak easter ni ke Italy & Swiss?" 
-K.ita-

Akak!memanglah saya nak ikut!wow...macam terharu pun ada bila ada orang ajak kita pergi bercuti sedangkan kami baru kenal tak sampai 3 bulan dan dia dah berkeluarga pun.Thanx kak ita,mengajak saya.Akak-akak postgrad kat sini memang baik-baik.Selalu bagi tunjuk ajar kepada postgrad baru macam aku ni,lagi-lagi yang tak ada pengalaman dalam bidang research.

Mode : tak sabarnya nak pergi bercuti...haha...
(Tapi macammana nak minta cuti kat sv ek??alamaks...)

Tuesday, October 19, 2010

Cuti-Cuti Terengganu 2010 (Part 1)

Akhirnya!dapat juga aku pergi terengganu sekali lagi selepas setahun tak menjejakkan kaki di negeri tempat penyu bertelur tu...sangat rindu suasana di sana...berbalik pada cuti aku ni,kali ni yang best nya pergi dengan best friend aku...yana...thanx yana kerana menjadi pemandu yang berhemah...
Kitorang bertolak dari Shah Alam pada pukul 6.15 pagi...awal tak?hehe....memang best...pastu,breakfast kat tempat kesukaan kitorg,mcD...then,teruskan perjalanan sampai la kat kemaman,rumah yana, pada pukul 11.00.
Wah,dah tak sabar nak sampai Kerteh ni...sebab...nak makan NASI KUKUS KERTEH...memang best...sampai kerteh time orang solat Jumaat...apalagi,kitorang pun belasah luch kat situla...ni dia nasi kukus kerteh yang aku suka sangat tu...hehe...





Bila dah kenyang,kereta viva kesayangan yana pun menderu ke kompleks perindustrian petroleum Kerteh atau KIPC...dan singgah di Optimal sebab nak amik kunci dari kak Rozi...secretary EOG yang sangat baik...borak2 kejap,pastu sempatla lambai supervisor kesayangan aku dulu,Encik Yusnizam yang hensem tu atau nama gelaran dia kat ofis "Aboh@abah"...hehe...

pastu,balik,mandi,solat,gerak ke rumah operator department yana,Derivatives, rumah mela n leman...kat rumah mela makan mihun sup...kat rumah leman makan kuih raya...tapi yang best,siap dapat air oren & epal...best...haha...

Malam nya pulak,masa for GIRLS ONLY...hehe...kami keluar dinner dengan kak rozi,kaka syikin dan kak bi...kat residence resort...Kak bi belanja...thanx kak bi for the dinner...sedap makanan kat residence...kalau korang pegi terengganu,try la makan kat sana...tapi malam tu aku taktau nak makan ape...last2 aku makan nasi ayam je...=(




ok,untuk hari pertama sampai di sini sahaja ceritanya...sambung part 2 plak....hehe...