While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Tuesday, September 28, 2010

Doaku telah didengar olehNya...

Alhamdulillah...
Allah dah memakbulkan doaku yang satu ini...Akhirnya,penantian selama setahun berbaloi juga...
Ini semua berkat doa ibuku yang tak pernah jemu untuk mendoakan anaknya ini...Dan juga arwah ayah yang aku tau tak pernah lupa untuk mendoakan kejayaan anak2nya sepanjang hayatnya...Thank you very much to ibu dah arwah ayah...

Ketika aku tengah sedap2 tidur,dalam pukul 9.30 pagi (alamak,kantoi bangun lambat),ibu kejut.
"Angah,angah,ni ada surat dari UiTM.cuba lah baca."
Aku yang tengah mamai2 pun baca jela dalam keadaan mamai.Mula2 ingat surat nak beritahu permohonan dah bawa ke KPT.
Then,baca perenggan kedua, "Dengan sukacitanya dimaklumkan permohonan anda menukar mode program dari Split Program kepada FULL Program telah diterima."
Dengan tak basuh muka dan tak gosok gigi,aku terus call cik Noni.
Pastu terus email Prof Roberts mengkhabarkan berita gembira ini.Dan begitu cepat Prof Roberts reply email aku.Alhamdulillah...Rasanya insyaAllah dah tak ada masalah...tinggal tunggu offer letter dari sana,then buat visa,tempah tiket,settlekan apa2 yg tak  settle lagi dgn JPBSM...dan terus fly...

Thank you very much to my co-supervisor, Cik Nornizar binti Anuar kerana sentiasa memberi semangat kepada aku bila sampai satu tahap aku rasa berputus asa dan bila mana aku tau banyak mulut2 yang mungkin kata aku ni terlampau obsess menunggu sesuatu yang tak pasti,dia lah orang yang sentiasa meyakinkan aku.

Sekarang,aku percaya,sentiasa berfikiran positif itu penting tetapi pada masa yang sama,sediakan back up plan if one day apa yang dihajatkan tak tercapai.Dan jangan lupa untuk sentiasa meminta kepadaNya kerana segala yang berlaku adalah dengan izinNya.Alhamdulillah.

2 comments:

  1. Congratez..congratez..congratez..my dear fren...awal2 ak nk order handbag kulit ngn perfume..haha..jgn lpe yek...

    ReplyDelete
  2. sila tinggal kan duit anda di dalam akaun saya...terima kasih...haha...

    ReplyDelete