While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Saturday, June 16, 2012

Life ...

Bismillahirrahmanirrahim...

The last post was in February. MasyaAllah...Lamanya...I was really busy last few months. Apakah yang membuatkan saya sibuk sangat yer?Let's make a list!

March:
Seperti biasa saya pergi Diamond Light Source untuk eksperimen saya. Eksperimen tak semuanya menjadi kan?However, saya enjoy sebab saya belajar benda baru. dan banyaklah bagi pengajaran untuk saya memperbaiki skill experimental work saya. Walaupun saya tak la satisfy sangat sebab masa tu saya cuma diberi masa kurang dari 12 jam which dalam tempoh tu bukan cuma run eksperimen, tapi time tu juga lah buat stability test, check itu ini and so on. Setiap benda ada best tak best, yang best nya, I got my tomography data, however, still it was not setting up at I24 beamline seperti yang tertulis dalam proposal research. I do not really what is the real problem. Yang saya faham, the x-ray beam is not stable for the tomography. 

And in March, I never forget 13/3. Kenapa?genap 2 tahun ayah pergi. :'( 

April:
Spring Camp (SCUK'12)!Oh my...Best sangat!Learned about al-Quran. How to interact with al-Quran. Dan daripada SCUK ni juga saya kenal Tafsir Fi Zhilal hasil penulisan Sayyid Qutb. Masa mula-mula sampai UK, bila mula-mula kenal sahabat-sahabat leeds, mereka selalu sebut Tafsir Fi Zhilal. Saya tak tahu jenis-jenis tafsir Quran, saya cuma baca je masa zaman sekolah dulu tanpa kenal siapa penulisnya. Dan siapa Sayyid Qutb?mereka pun selalu sebut tapi saya tak pernah nak cuba cari siapa dia. Sampailah di SCUK, baru saya tahu kisahnya. Allahuakbar. Ceteknya ilmu saya. Dan bersyukur sangat Allah beri peluang kepada saya untuk menambah ilmu yang bukan senang untuk kita dapat. I love to tell more but maybe other post. (oh,banyaknya post yang saya belum mampu nak tulis, daurah, SCUK etc.huhu)

My birthday on 29/4. Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur saya dan diberi peluang untuk terus berusaha memperbaiki diri. I was really struggle at that time as the next day I had my viva transfer exam. Yang gembiranya, saya dikelilingi oleh housemates, adik-adik yang sentiasa mendoakan saya dengan birthday wishes, hadiah dan kata-kata semangat untuk exam saya. Dan Alhamdulillah, I passed my transfer exam. Saya diberi examiner yang sangat baik masa tu walaupun first time tengok muka dia, eish, seramnya rambut panjang, pakai subang sebelah je.hihi.Pengajaran, jangan menilai orang dari luaran sahaja. :)

May:
I went to International School of Crystallisation 2012 in Granada, Spain for 5 days. It was great!Alhamdulillah...Dan berpeluang melawat Al-Hambra. :)

June: 
I attended Crystal Growth of Organic Materials (CGOM'10) International Conference. I did presentation in the conference. Alhamdulillah, mungkin taklah yang terbaik yang saya buat, tapi at least, saya belajar dan improve kelemahan yang saya ada. Saya bersyukur sangat-sangat disebabkan conference ni, banyak yang saya belajar. First, it makes me like my research work. Second, saya patut bersyukur diberi sv2 yang sangat baik. supportive, dan sentiasa memberi peluang kepada student nya untuk pergi conference dan present our works. Some people mungkin pelik saya asyik pergi conference je, ini adalah conference ketiga yang saya pergi. Sebabnya diorang selalu cakap sv diorang akan suruh hantar paper ke conference yang high impact factor je. Maybe because my research area ni tak ramai orang tahu, so the international conference itself tak la glamer sangat.However, I know my sv very well. Dia pun well-known in this area, which is selalu jadi panel untuk review papers for conferences. Dan conference yang saya pergi ni insyaAllah kalau paper yang terpilih akan dimasukkan dalam Crystal Growth and Design Journal, which is impact factor in 2010 is 4.3. Untuk kami punya area adalah dikira tinggi. Tapi saya masih budak mentah yang memang taktahu apa-apa. so orang nak cakap apa, cakap jelah yer. Btw, 2 daripada 3 conference yang saya pergi semuanya under British Crystallography Association. Dan International School yang saya pergi tu pun half funded from IUCR (International Union of Crystallography) dan saya pun dah daftar as a member for both association. :)

Many things happened within few months. The hurdles that I faced in last few months, and last few weeks, makes me stronger than before, insyaAllah. Bila mana Allah uji dengan sedikit kesusahan, saya hilang semangat dan seperti orang berputus asa. Tapi Allah itu Maha Penyayang. Di saat kesulitan itu, Allah berikan saya kekuatan dengan mendatangkan saya dengan orang-orang yang sentiasa mengambil berat pasal saya. My sv, co-sv, rakan-rakan research, adik-adik sekeliling walaupun mereka punya masa-masa sulit mereka sendiri, tetap memberi semangat untuk saya. Sekarang saya dah rasa bahang PhD itu. dan memang tak mustahil ada je orang yang boleh jadi gila kerana PhD, dan etc (tak berani nak sebut) tapi itu semua bergantung kepada kebergantungan kita kepada Allah. Dan betapa bersyukurnya saya kepada Allah kerana saat saya rasa sungguh tak mampu, macam-macam yang Allah tunjuk kat saya. Sampai satu tahap saya menangis kerana merasa bodohnya saya berfikir yang bukan-bukan sedangkan Allah dah janji dalam al-Quran setiap kesulitan pasti ada kemudahan.

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu;dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman 
     dan petunjuk)? 
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu
(3) Yang memberati tanggunganmu (dengan memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
(4) Dan kami telah meninggikan bagimu:Sebutan namamu
(5) Maka sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
(6) (sekali lagi ditegaskan) Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah 
     engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)

Surah Al-insyirah (1-8)

Ni baru satu ayat. Banyak lagi ayat-ayat lain yang best.

Ok, I have to offline from blog now. Saya nak sambung baca buku Dalam Dakapan Ukhuwah. Seriously best buku ni. hihi...



No comments:

Post a Comment