While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Wednesday, February 9, 2011

Powernya Ayat2 Allah!

Assalamualaikum...

Malam ini aku nak share sedikit tentang pengalaman aku hari ini. Hari ini, lepas balik dari school,macam biasalah,lapar yang tak terkata,padahal hampir sebungkus biskut cadbury aku makan masa kat office. Lepas solat maghrib,aku pergi ke dapur,cadang nak masak nasi goreng kampung. Masakan yang paling simple. Semua orang pandai masak nasi goreng kan. Tapi hari ini, aku rasa aku masak nasi goreng tu macam lain macam pulak rasanya.Sedap dia lain sikit.Sejak aku datang ke UK ni,terus terang aku cakap,aku masak nasi goreng kampung tak sedap.Entah apa yang kurang aku pun taktau.Tapi hari ini, aku rasa lain sangat.Memang nikmatlah makan nasi tu.Sampaikan housemate aku minta resepi macammana nak buat nasi goreng tu dan suruh aku ajar dia.Wow!Terharunya aku.Dalam hati aku berkata-kata,'resepi nasi goreng?Aku cuma masak ikut suka aku je.' 

Tapi,memang ada 1 benda yang aku buat,tapi sebelum-sebelum ini aku tak pernah buat sebelum memasak.Bukanlah tak pernah buat,cuma jarang buat dan kadang-kadang lupa nak buat. Last week,aku dengar tazkirah dari seorang kakak post doc kat sini.Tazkirah tu berkaitan dengan komunikasi antara manusia dan Allah.Bagaimana kita nak sentiasa berhubungan dengan Allah supaya kita sentiasa dekat denganNya.Antara apa yang akak tu cakap,bukan sahaja masa kita solat dan berdoa kita berhubungan dengan Allah,tetapi setiap masa dan ketika,24 jam sehari.Dia nasihatkan tak kira lah apa jua yang kita lakukan,sentiasalah berkomunikasi dengan Allah.Contohnya,kalau kita nak mandi,berkatalah kepada Allah, "Ya Allah,aku nak mandi.Semoga air yang aku guna untuk mandi ini dapat membersihkan jasmani dan rohani ku."
Jadinya,hari ini aku cuba mengaplikasikannya dalam kehidupan aku. Aku mulakan memasak aku dengan membaca bismillah dan buat macam akak tu pesan (berdoa). Selain itu,aku teringat pesan ibu aku.Dia pesan,setiap waktu dan ketika,tengah masak sekali pun dan waktu-waktu yang terluang,sedekahkanlah ayat-ayat suci al-Quran untuk arwah ayah aku.Aku pun try juga untuk mengaplikasikannya masa memasak macam yang ibu pesan dengan membaca surah-surah lazim dan ayat-ayat yang aku hafal.
Aku taktaula aku yang syok sendiri ke rasa nasi tu sedap,sebab memang ingredients yang aku letak sama je macam yang sebelum-sebelum ini.Tapi kalau kawan serumah aku pun siap minta resepi tu,sedapla agaknya kan.Hehe...Tapi kalau teori aku benar,betapa power nya kan ayat2 Allah?Dari makanan tu yang rasanya biasa-biasa je,tapi dengan kuasaNya makanan tu jadi sangat sedap.Subhanallah...Allahuakbar....

Jadi,apa lagi kawan-kawan,cuba kita aplikasikan cara ini dalam kehidupan harian kita.Bukan sahaja dapat pahala,malah insyaAllah mendapat ketenangan jiwa.Allah pun sayang pada kita.Siap dapat pujian lagi tu dari kawan2...Haha...

(Minta maaf,saya tak pandai nak mengolah ayat ini menjadi ayat yang sedap,semoga masih dapat difahami oleh sesiapa yang membacanya)

p/s : apa resepi nak bagi kat housemate ni??

No comments:

Post a Comment