While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Sunday, November 13, 2011

17:23-24 & 31:14

Assalamualaikum...

Hari ini buat pertama kali sepanjang duduk Leeds, aku join Majlis Ilmu Wanita. Lebih kurang kelas agama atau lebih dekat lagi usrah la. Kelas ni memang khas untuk wanita, perempuan, girls, ladies, women. Okeh, tajuk harini sangatlah best. Kelas ni dibuat di rumah keluarga Malaysian yang dah lama menetap kat Leeds ni, Ustaz Daud dan Kak @ Makcik Midah. Aku pun dah confused nak panggil makcik or kakak.Huhu. Ustaz Daud lah yang bagi pengisian. 

Berbalik kepada pengisian dalam majlis ini, tajuk minngu ini sangat best. "Silaturrahim"
Mula-mula aku ingat silaturrahim dengan kawan-kawan, jiran tetangga atau pun saudara-mara tau. Rupanya, yang lebih dekat lagi dengan kita, iaitu ibu bapa.

Di sini aku ingin share sikit apa yang aku dapat daripada pengisian Ustaz :

Sillaturrahim --> daripada perkataan "Sillah" dan "rahim".

Sillah bermaksud ikatan yang tidak terputus manakala rahim bermaksud daripada rahim. Maksudnya di sini ialah sesuatu ikatan itu bermula daripada rahim ibu kita lagi ataupun dalam erti kata lain sesuatu ikatan itu bermula daripada ibu dan bapa kita. 

Kemudian, mari kita kaitkan dengan 2 ayat dari surah al-Isra' ayat ke 23 dan 24 (17:23-24) yang bermaksud : 
" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia."

Dalam ayat ke-23 surah al-Isra' di atas, Allah telah memerintahkan kepada kita agar menyembah Allah sahaja, bukan yang lain. (tidak menyekutukan Allah) dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Atau kalau kita pecahkan ayat ini menjadi 2 ayat, 

"Allah telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia."
"Allah telah memerintahkan agar kamu hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa."

Di sini bermaksud, berbuat baik kepada ibu bapa juga adalah suatu perintah yang kita wajib laksanakan. Perasan tak, perintah Allah untuk kita menghormati/berbuat baik kepada ibu bapa datang selepas perintah menyembah Allah? Subhanallah, betapa mulianya kedua ibu bapa kita di sisi Allah. Kalau kita sembah selain Allah itu berdosa besar, jadi kalau kita tak menghormati/berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita, maknanya dosa besar juga kan?Astaghfirullah...

Seterusnya, "Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu" --> kenapa Allah berfirman salah seorang di antara keduanya dahulu baru kedua-duanya?sebabnya kalau kita lihat, jarang kedua-dua orang tua kita kekal hingga ke usia lanjut, normally salah seorang sahaja, (contohnya macam parent aku, ayah dah pun pergi dahulu) tapi takpe, aku dah redha ayah pergi. dan baru Allah sebut atau kedua-duanya. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui kan. MasyaAllah...Dan kenapa Allah spesifikkan lagi "sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu?" sebab bila ibu bapa kita berusia lanjut, memang perangai mereka kadang-kadang seperti kanak-kanak, perlukan perhatian dan belaian dari seorang anak. Macam masa kita kecik-kecik dulu. Jadi, memang sangatlah perlukan kesabarankan. Samalah macam ibu bapa kita sabar melayan kerenah kita masa kecik. Agak-agak kita sesabar ibu bapa kita tak eh nak bela mereka macam mereka bela kita masa kecik?T_T

Allah perintahkan lagi:
"Janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia."
Hmm...Kalau sebut ah pun dah berdosa, apa lagi membentak/marah-marah/tinggi suara. Ah di sini sama lah juga dengan perkataan seperti "alaaa","eish", dan perkataan-perkataan yang kasar yang lain. Dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang mulia/baik atau lebih mudah nak faham ayat-ayat yang menyejukkan telinga mereka, yang menenangkan mereka. Dan di sini pun kata penguat seperti yang kat atas tadi. Means no option ok...

Untuk penjelasan ayat ke-24 surah al-Isra':
" Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah,"Wahai Tuhanku!Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku masih kecil "


Daripada ayat di atas, perkataan ketiga-keenam, bermaksud kepak (untuk menaungi/melindungi) dengan sebenar-benarnya daripada kasih sayang. Ok, first, nak terangkan maksud kepak. Pernah tak nampak ibu ayam yang ada berbelas ekor anak ayam yang baru menetas tu?Kalau perasan, macammana dia jaga anak dia?Dia akan lindungi anak-anak dia bawah kepak dia. Jadi, kat sini, macam tulah jugalah maksudnya kita jaga ibu bapa kita sungguh-sungguh di sisi kita dengan sebenar-benar kasih sayang. Dan seterusnya mendoakan kedua ibu bapa kita (ampunkan dosa mereka, dirahmati) seperti mana mereka telah memelihara kita sejak kita dilahrikan lagi.

Kemudian, Allah kuatkan lagi berkenaan berbuat baik kepada ibu bapa dalam ayat ke-14, surah Luqman yang bermaksud :

"Dan kami wasiatkan kepada manusia kedua orang tuanya, ibunya yang telah mengandungkannya dengan kesusahan demi kesusahan dan menceraikan susu dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."

"Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu." Allah berwasiat (yang mana kalau wasiat dalam realiti hidup kita, orang yang tak laksanakan wasiat orang yang nak mati tu tak baik atau berdosa kan) samalah maksudnya kat sini. Kemudian Allah menekankan lagi dengan dan selepas bersyukur kepada Allah, maka perlu bersyukur kepada kedua orang tua kita.

So, kesimpulan dari ayat - ayat di atas berkenaan silaturrahim, betapa pentingnya hubungan kita dengan kedua ibu bapa kita kerana ikatan itu bermula dari mereka. Jika hubungan kita dengan kedua ibu bapa kita sendiri kita tak jaga, apatah lagi hubungan kita dengan orang-orang lain disekeliling kita dan masyarakat di luar sana. Dan apa-apa jua, hakikatnya segala-galanya bermula dengan hubungan kita dengan Allah SWT.

Allahuakbar. Sungguh indah ayat-ayat Allah dan ayat-ayat Allah itu sesungguhnya benar. 

Semoga apa yang ditulis ini dapat memberi sedikit ilmu kepada sesiapa yang membaca blog ini. Maaf, aku tak pandai nak menulis menggunakan ayat-ayat sastera. Segala isi-isi penting aku dapat dari majlis ilmu tadi.

Aku bukan orang yang selayaknya untuk menyampaikan ilmu sebegini. Tapi teringin nak kongsi apa yang aku dapat. Semoga sama-sama kita muhasabah diri kita.

"Jangan memandang siapa yang menyampaikan sesuatu ilmu itu, tetapi pandanglah apa yang disampaikannya."

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." (Imam Hasan Basri)

p/s : lepas baca ni, jom call or jumpa parents kita. Tanya khabar mereka. (terasa nak call ibu sekarang juga, tapi masih terlalu pagi walaupun tahu je ibu dah bangun before subuh lagi) Jap lagi angah call ibu ye! Sungguh rindu nak peluk dan cium ibu. Hanya doa yang dapat angah kirimkan semoga ibu sentiasa sihat dan panjang umur. I know you never forget to pray for me everyday every second. Luv u ibu!



No comments:

Post a Comment