While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Tuesday, November 22, 2011

Memahami al-Quran

Assalamualaikum...

Dulu aku takla pentingkan sangat baca terjemahan ayat al-Quran. Tapi, banyak benda yang membuatkan aku rasa sudah sampai masanya aku cuba fahamkan apa yang terkandung dalam al-Quran sebenarnya. Yela, khatam dah berpuluh, mungkin hampir ratus kali dari first time aku khatam darjah 3 or 4. Tapi tak pernah cuba nak fahamkan apa isi al-Quran itu sendiri. Sekarang, aku cuba untuk membaca maksudnya sekali. Tambahan, al-Quran terjemahan sekarang ni pun lebih mudah untuk difahami maksudnya dan ada yang kecil, senang nak bawa ke mana-mana kan. Aku sangat kagum dengan student-student kat sini, especially adik-adik kesayangan aku ni la, gi mana-mana dalam beg mesti ada al-Quran. Walaupun dalam iphone ni boleh je install iQuran, tapi pegang al-Quran juga yang best. Aku sayang sangat al-Quran aku yang comel ni. InsyaAllah, aku akan berusaha untuk menggunakannya di mana sahaja aku berada. Kat iphone pun aku download gak iQuran. In case, kalau aku terlupa nak bawa Quran comel kesayangan aku ni, especially bila travel jauh, duduk dalam train, dari taktau nak buat apa, it is good to recite the Quran, or hadith kan.

Oh, nak share sikit 2 ayat yang aku baca antara beberapa ayat. As a tazkirah, ingat mengingati, walaupun takde kot orang nak baca blog aku ni. Cuma Najihah Abas jelah...hihi...

albaqarah [2:152-153] :
" Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang - orang yang sabar."

Ok, nak sambung buat kerja. Rabu pagi meting dengan sv. hantar report....*sigh*

Semoga Allah membantuku. Janji Allah itu benar. (refer balik maksud ayat di atas...hihi)

Wassalam...

No comments:

Post a Comment