While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Wednesday, November 23, 2011

Mencari Mood

Assalamualaikum...

Harini aku nak merepek lagi setelah terasa sangat down siang tadi. Rasa taknak jumpa orang je dalam waktu terdekat ni. Disebabkan terasa down semacam je, aku ambil keputusan ikut kawan aku pergi gym. Nak tenangkan perasaan. Tapi di pagi - pagi hari aku yang down tu, di penghujungnya muncul sinar yang menerangi kegelapan pagi tu. Tetiba bahasa aku berbunga - bunga. Alhamdulillah, aku berjaya install software yang menggunakan Linux Operating System dengan jayanya. Before this seriously aku memang tak paham ah ape benda command - command ni semua. Tapi lama - lama guna seronok pulak. Aku tercabar lagi bila disuruh install software sendiri menggunakan Linux command. Bila dah boleh install, tak keluar pulak program tu. Bila dah keluar program tu, tak boleh open file plak. Macam - macam. Tapi semua masalah tu senang je pun sebenarnya, kenapa faham. The second thing, berkenaan dengan 3 lagi software yang aku perlukan untuk diffraction analisis. Pukul 4 tadi, aku dapat balasan email dari orang kat Molecular Biology School yang guna software yang sama dengan aku. Dua hari aku tunggu baru dia reply. Then, tadi dia offer kat aku untuk guna computer kat school dia. Alhamdulillah...Memang janji Allah itu BENAR. Setiap kesusahan pasti ada kemudahannya. Mungkin selama ini aku kurang usaha dan bersungguh - sungguh. Allah cuma nak kita berusaha je, baru berusaha sikit Dia dah bagi kemudahan, apatah lagi kalau berusaha banyak, kan?
Dalam al-Quran pun ada sebut, "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya." Subhanallah...Allahuakbar...Rasa nak sujud syukur je tadi bila tersedar betapa Allah itu Maha Penyayang pada hambaNya yang serba kekurangan ini. Terima kasih ya Allah.

So balik dari gym tadi aku balik rumah dinner dan berbual - bual kejap dengan adik rumah kesayangan. Kesian dia. Kakak - kakak semua busy. Hari ni baru ada masa nak berbual dengan dia. Then, aku mengemas bilik, pasang balik meja yang aku dah bukak supaya aku tak tidur dengan buku lagi. Huhu...

   Inilah rupa bilik aku selepas kemas.hehehe...

Lepas ni aku nak bersujud menghadap Ilahi, menadah tangan memohon ampun, berterima kasih atas kemudahan yang diberikan dan meminta segala hajat ditunaikan. Okeh, sebelum keluar ayat ntah pape, aku nak stop. Bubye....

2 comments:

  1. Camna agaknya rupa bilik ko kalau tak kemas? :P hehe.

    Nampak selesa je, boleh aku tumpang kalau aku pi UK nt :D

    p/s: jgn give up, linux tu language dia ok, tak susah sangat :)

    ReplyDelete
  2. klu tak kemas,buku bkn setakat atas meja,tidur pun dgn buku...hehe...
    mmg selesa,tu yg tido taknak bgn...hehe...
    linux dah pndai pakai,tp nak dpt software tu yg pyhhhh...:(

    ReplyDelete