While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Sunday, September 23, 2012

Bersangka Baik

"Kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi esok,lusa dan masa hadapan.Tapi, kita hanya dapat menduga dan berprasangka. Mungkin baik,mungkin buruk.Mungkin positif,mungkin negatif. Boleh jadi optimis atau boleh jadi pesimis. Walaubagaimanapun, kita harus memilih untuk berbaik sangka."

"Aku tak tahu adakah ini rahmat atau musibah, aku hanya bersangka baik kepada Allah."

Allah berfirman dalam hadit
h Qudsi:"Sesungguhnya Aku ada di sisi prasangka hambaKu. Aku bersamanya setiap kali dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu ketika tiada kawan, Aku akan mengingatinya dalam kesendirianKu. Jika dia mengingatiKu dalam satu kumpulan, nescaya Aku sebut-sebut dia dalam suatu kaum yang lebih baik daripada jamaahnya. Jika dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekatinya dengan beringsut sehasta. Jika dia mendekatiKu dalam jarak sehasta, Aku akan menyambutnya dengan bergeser satu depa. Apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari-lari kecil."

- Petikan dari buku Dalam Dakapan Ukhuwah





Segala apa yang berlaku dalam hidup ini, tidak kira baik atau buruk, kita tidak tahu adakah ianya rahmat yang Allah berikan kepada kita atau ianya hanya satu ujian. Kadangkala sesuatu yang baik pada mulanya tetapi tidak pada pengakhirannya. Mungkin yang buruk pada awalnya berakhir dengan cukup indah sekali. Anugerah dan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita juga adalah suatu ujian. Jadi, jangan berhenti untuk terus berdoa untuk mengharapkan permulaan dan pengakhiran yang baik dalam segala urusan hidup dunia dan akhirat kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar doa kita dan suka memakbulkan doa hambaNya. Sentiasa bersangka baik kepada Allah dalam apa jua keadaan. 





Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment