While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010,Selamat Datang 2011

2010 hampir melabuhkan tirai...2010...ya,tahun yang banyak meninggalkan kenangan buat aku dan keluarga...Tahun yang banyak memberikan cabaran dalam hidup aku...Tahun yang banyak memberikan kesan dan perubahan yang besar dalam hidup aku dan keluarga...

Kehilangan ayahanda tercinta dalam sekelip mata yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila...13/03/2010 bersamaan 27 Rabiulawal 1431 Hijrah.Semoga roh ayah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman....

Cabaran dan ujian yang perlu aku tempuhi untuk melanjutkan pengajian ke United Kingdom. Begitu banyak ujian yang Allah berikan kepada aku. Ya,ujian Allah adalah untuk menguji tahap keimanan hambaNya,supaya hambaNya tidak mudah lalai dan sentiasa mengingatiNya. Alhamdulillah,segala cabaran itu dapat aku tempuhi walaupun setahun perlu aku tunggu,akhirnya 5/12/2010 bersamaan 29 Zulhijjah 1431,aku berangkat juga ke UK. Dan aku juga menyambut Tahun Baru Hijrah di UK,sesampainya aku di sana pada 6 Disember 2010. Semoga dengan ketibaan aku di UK pada Tahun Baru Hijrah itu dapat memberi pelbagai kebaikan untuk aku pada tahun ini.

Pada 31/12/2010 ini juga,pelbagai perkara menarik berlaku.Allah dengar doa aku,supaya hubungan aku dan housemates aku bertambah rapat. Dan pada malam ini, untuk kesekian kalinya aku keluar jalan-jalan dengan mereka.Betapa gembiranya aku.Pada waktu ini jugalah aku berkenalan lebih rapat dengan mereka,terutama sekali Mona,yang pada mulanya aku takut nak tegur dia. Setelah lama berbual,aku bertanya,adakah mereka muslim,dan perkara yang paling melegakan hati aku bila mereka kata semua orang dalam rumah kami Muslim.Thank you Allah...Kerana Engkau sentiasa melindungi aku...

Alhamdulillah,azam tahun 2010 dah terlaksana,iaitu nak pergi UK...akhirnya tercapai impian aku...hehe...

Aku berharap,dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah dan Tahun Baru Masihi ini akan memberikan pelbagai pengalaman menarik,indah dan gembira untuk aku dan keluarga aku. Dan juga memberi 1000 makna untuk kita semua. Azam tahun baru aku ape ye?Takpelah,biar aku simpan dalam hati dan kotak fikiran aku,tak perlu dicanang-canang. Semoga azam kali ini juga dapat dicapai.Amin ya Rabbalalamin...

No comments:

Post a Comment