While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Monday, June 6, 2011

Junction 32

Assalamualaikum...

Okay,hari ini dah hari Ahad.Sekejap je seminggu berlalu. Seperti yang telah diberitahu dalam entry yang lepas, sabtu lepas Malaysians Community di Leeds menganjurkan Family Day di Burnsall, 1 jam perjalanan dari Leeds. Memang best, Alhamdulillah. Dapat merapatkan hubungan antara kami warga Malaysia yang berada di bumi Leeds ini. Lagi-lagi aku yang sangat baru dengan komuniti di sini. Ditambah dengan tempat yang cantik untuk berpicnic.Best! Ok,then hari ini (Ahad), my dearest friend, Roza ajak aku pergi Junction 32. Aku taktau la kenapa masa mula-mula aku dengar nama tempat ni, aku ingat tempat makan.Hehe...Rupanya ni tempat clearance outlet. Tempat shopping, tipulah kalau aku kata tak best. So, kalau barang-barang clearance, mestilah lebih murahkan walaupun takdelah murah sangat,tapi diulang,LEBIH MURAH berbanding di kedai biasa. Macam-macam kedai ada. Memang kalau tak dapat kawal nafsu shopping ni, memang boleh habislah duit dalam akaun aku. Tambah-tambah kat sini shopping semuanya pakai kad. Masuk je kad, settle semua bayaran. 1 benda yang aku jakun ialah barang-barang TEFAL yang memang jauh lebih murah berbanding harga kat Malaysia. Serius, memang murah lah. Dulu, masa kat Malaysia, aku pernah survey harga frying pan yang biasa je dah RM100++,kat sini, frying pan yan besar tu boleh dapat dalam RM50 je. Dan macam-macam lagi lah. Cerita je tak bestlah kan. Kena lah beli. Tapi aku beli nanti bila dah nak balik Malaysia nanti. Belikan untuk ibu.

Ok, yang itu Tefal yang aku tak beli pun. Now, cerita barang yang aku beli. Ok, kalau kat Malaysia dulu, aku suka masuk kedai Hush Puppies, Clarks (tapi kat Malaysia Clarks tak banyak sangat), dan Scholl. (kasut-kasut yang memang kalau pakai sedaplah). Tapi dulu aku masuk, tengok, pegang, try, letak balik, pastu pegang dan try semula tapi dah setengah jam kat dalam kedai keluar semula sebab tak mampu nak beli. Kat Malaysia, kasut-kasut yang macam tu, mau RM200 and above. Memang tak mampu la aku nak beli. Tapi bila aku gi outlet, mak aih...beli 1 kasut boleh dapat another 1 pair only for 10 pounds. Disebabkan aku memikirkan yang aku perlukan kasut hari-hari dan banyak aktiviti yang memerlukan aku berjalan, akhirnya dapatlah juga aku dapatlah rembat 2 pasang kasut Clarks.Hehe...


(dua yang tengah tu yang aku baru beli...hehe)

Mungkin kasut-kasut ni tak stylo kot kan, tapi bila aku dah duduk sini, stylo tu bukan kepentingan aku lagi dah (walaupun hakikatnya aku memang tak stylo pun) haha, tapi aku perlukan kasut yang tahan lasak dan lama dan perlu kasut bertutup sebab masuk lab, so kasut-kasut macam ni lah yang sesuai.

Boot tu aku beli masa dah end of winter juga sebab tengah sale. 39.99pounds daripada 60++. Tapi sekarang bila dah masuk summer memang tak pakai dahla. Tapi serius, boot ni memang sedap. Kalau time winter pakai memang warm la kaki.

Dan 2-3 minggu lepas, tercapai juga impian aku nak ada 1 kasut hush puppies...haha...kesian kan...Maklumlah, dulu memang tak mampu nak beli. Sekarang pun takla mampu sangat, tapi sebab masa tu memang aku perlukan sangat sepasang kasut, aku belila kasut purple yang comel tu walaupun time tu takde sale dan agak mahal juga lah bagi aku yang kurang berkemampuan ni. Tapi sebab fikir yang kasut ni memang selesa dan aku rasa tak rugi pun kalau beli. Yang penting, SELESA.

Walaupun aku beli kasut-kasut baru, tapi aku takkan melupakan kasut yang dah banyak berjasa kepada aku.

(kasut adidas yang aku beli hampir 3 tahun yang lepas)

Kasut ni lah yang aku pakai dari Malaysia untuk sampai ke Leeds ni. Meredah snow yang tebal masa mula-mula sampai dulu. Banyak jasa kasut ni, sampaikan tadi nak beli kasut sport yang baru pun tak jadi sebab teringat kasut kesayangan ni.

Hehe...saja je nak berkongsi cerita pasal kasut sebab agak excited akhirnya dapat beli kasut-kasut tu dengan harga yang jauh lebih murah. Ok, nak menyiapkan kerja.

Wassalam...






No comments:

Post a Comment