While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Monday, July 18, 2011

Childhood Friends

Assalamualaikum...

Last weekend, aku baru tukar background blog ni...Hehe...Aku ni cepat boring orangnya, bila sampai masa, aku akan ubah.Sama lah juga jadinya dengan bilik aku. Nasib baik je bilik ni agak susah untuk ubah susun aturnya memandangkan bilik baru aku ni agak bersegi-segi. So, terima jelah. 

Oh berbalik kepada blog aku ni, aku ada jugak letak gambar kawan-kawan aku. Kalau korang perasan, aku ada letak gambar kawan-kawan aku zaman aku kanak-kanak. Actually ada 2 orang lagi yang kira aku rapat, tapi diorang tak datang. Oh ye, gambar tu diambil masa gha tunang. Ok, mari aku kenalkan seorang demi seorang. Yang kiri sekali yang pakai tudung hijau tu namanya Fathiyah. Dia ni jiran aku jugak, rumah dia selang 2 rumah je dengan rumah aku. Dulu masa sekolah rendah, kami selalu makan satu pinggan. Alhamdulillah, dia dah berjaya menjadi seorang...mm...actually aku taktau position dia dalam EON Bank tapi dia kerja bahagian Human Resource. Apa eh? Something like that lah. Dia ni tak kawin lagi, tapi dah ada boyfriend. Serius aku tabik dengan dia sebab diorang couple hampir 5 atau 6 tahun kalau tak silap. Kagum jugaklah dengan bf dia sebab diorang ni masa belajar bercinta jarak jauh. 5-6 tahun tu belajar...Kagum-kagum...Aku?ex boypren aku tak tahan godaan bila bercinta jarak jauh...couple ngan minah Sabah, tapi lepas tu clash jugak. Padan muka ko...haha...jahatnya aku...astaghfirullah...abaikan2...Gurau je...Nasib baik dia tak baca blog aku...kui3...

Ok, sebelahnya pulak, Adila, ni baru je kawin bulan 6 haritu. Sedih jugak tak dapat datang walimah dia. Tapi nak buat macammana kan...takkan semata-mata kawan kawin aku nak balik Malaysia. Kalau ada yang sponsor takpe gak.Hihi.Dia pun dah berjaya menjadi seorang tutor atau lecturer (tak pasti) di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Baru je habis Master dan dengar-dengar nya nak sambung PhD jugak. Suka dengar kawan-kawan seusia aku nak sambung belajar. 

Yang sebelah aku tu, nama dia Azrita. Orang paling hebat Matematik dari zaman sekolah rendah sampai lah sekarang. Dah berjaya menjadi lecturer Matematik di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Dia ni memang hebat. Antara kami, dia lah yang dapat masuk MRSM. Then, dapat buat fast track degree in industrial mathematics. Habis degree pada usia 21 or 22, then sambung master pulak. Dapat scholar UNIMAP, tu yang tercampak sampai utara tu. Sabar na Ita...Aritu dia dah pregnant, rasanya dah delivered kot...Lupa nak tanya...

Ok, gambar yang bawah tu pulak, itulah najihah yang aku selalu sebut-sebut dalam entry-entry yang lepas. Nama glamour dia ghA. Kena eja macam tu tau.Hehe...Ingat lagi zaman sekolah menengah, dia mesti eja nama dia macam tu. Aku pun dah terikut-ikut. Dia pun dah kawin dah.Huhu...Terasa jugaklah bila dia kawin sebab bila orang dah kawin ni, masa diorang mestilah lebih kepada family. Lagi lah sekarang dia tengah pregnant. Bertambah lagi lah "anak2 angkat" aku...hehe...Dia pun dah berjaya bekerja di CIMB Group. Taktau jugak the exact position of her job. Sorry ghA. huhu.Aku memang failed pasal position-position kat office lagi-lagi kat bank. until now pun aku masih taktau makcik aku punya kerja kat CIMB tu walaupun dari CIMB tu namanya Bank Bumiputra, Bumiputra Commerce, then CIMB.Memang tak boleh kerja bank.

Aku pulak, masih single and available (perlu ke cakap?haha) dan masih belum bekerja lagi. Takpelah, rezeki korang bekerja, rezeki aku masih di bidang pelajaran lagi. Aku doakan korang semua bahagia dengan bakal husband dan husband masing-masing dan juga dapat anak-anak yang comel-comel. Korang pun doakan aku berjaya kat sini menghabiskan PhD aku dalam masa yang ditetapkan dan jangan lupa doakan aku ikut jejak langkah korang yang dah kawin...Hik3...(ketawa gatal...kakaka)

No comments:

Post a Comment