While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Wednesday, July 6, 2011

BACG Conference

Assalamualaikum...


Di kala sibuk-sibuk untuk siapkan poster, sempat lagi aku nak menconteng-conteng kat sini. Alhmadulillah, poster hampir siap. Tadi jumpa sv, ada lah beberapa perkara perlu diperbaiki. Jadi, tak dapatlah aku nak print hari ni. Memang risau sangat tadi takut takde kedai yang boleh buat dalam masa sehari. Alhamdulillah, dalam kekalutan aku nak menyiapkan poster ni, aku dapat juga cari kedai printing yang boleh buat dalam masa sehari. Jadi, esok aku akan hantar dan tak sabar nak tengok hasil poster pertama aku. Walaupun aku rasa banyak je kekurangannya, tapi aku excited jugak nak tengok hasil kerja aku. 


Tau tak kenapa aku nak cerita pasal conference ni?sebab aku sangat bersyukur dapat sv yang sangat proaktif, suruh aku buat itu, buat ini walaupun kadang-kadang aku pening kepala jugak nak buat semuanya. Tapi aku rasa niat sv aku tu baik. Walaupun semua orang cakap sv aku ni cerewet, tapi as long as kita buat je kerja kita pada track yang betul, insyaAllah semuanya jadi. Dan bagi aku yang paling penting hormat dia as our sv, sebab bagi aku dia adalah cikgu aku. So, cikgu kenalah hormatkan, sebab segala keberkatan ilmu kita datang dari dia walaupun dia bukanlah Islam.

Ada kakak-kakak cakap, aku beruntung first year dah diajak pergi conference. Yeke?aku pun taktau orang lain macammana. Alhamdulillah, dapat gain experience, dan kebetulan sehari selepas conference aku dapat pergi Surface Measurement System Ltd Open Day. Waaa!!!excited sangat!!!

p/s:actually aku tak book tiket untuk balik Leeds lagi after pergi open day tu, dan tak book hotel untuk malam selepas conference...Adoiii...

No comments:

Post a Comment