While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Sunday, July 17, 2011

Soalan-Soalan Spot

Assalamualaikum...

Okay, masih dalam mood untuk berblog. Saja-saja nak share sikit apa yang relate dengan PhD walaupun taklah penting pun sebenarnya. Kepada sesiapa yang nak buat PhD diusia muda macam saya (takdela muda sangat pun cuma sebab appearance aku nampak macam budak-budak lagi kot...hehe), sila prepare jawapan-jawapan untuk soalan ini :

First soalan yang orang akan tanya bila first time jumpa kat universiti :
Of course lah tanya nama : "nama sape?"

Second question :
"Ambil course apa kat sini?"(time ni tak cakap lagi ambil PhD)

Third question :
"Dah year berapa kat sini?" (pasti akan jawab first year)
Then orang yang tanya tu mesti akan cakap, oh, baru lagi.

Fourth question (mula soalan-soalan mencabar) :
Bila orang yang tanya tu macam tak puas hati, dia akan tanya pulak:
"Buat master eh?" (sebab nak kata degree first year macam tak layak sangat sebab takdela muka macam budak lepas SPM)
Then,lepas tu kita pun akan jawab, "PhD, InsyaAllah"

Fifth question (masih tak berpuas hati sebab macam muda pulak nak amik PhD)
"Eh, umur berapa?nampak muda sangat je nak amik PhD."
(masa ni nak jawab hati mesti berbunga-bunga sebab perasan muda...haha...)

Sixth question :
"Lepas degree terus sambung master ke?"
(Kalau orang yang lompat macam aku, mestilah jawab "saya tak buat master," macam nak jawab dengan taknak je rasa)

Seventh question :
"Dah kahwin?"

Eighth question (kepada yang belum berkahwin :
"Kenapa tak kahwin dulu baru sambung PhD? mesti rasa sunyi kan" (mungkin soalan ni lebih kepada orang yang buat PhD kat oversea kot dan penyoal selalunya budak-budak...orang-orang yg dah senior takkan tanya macam ni)

Ninth question :
"Bila nak kahwin?/tak rasa nak kahwin ke?"
Kadang-kadang aku rasa macam nak ***** je orang yang bertanya...Soalan takde insurans tau...

Tenth question :
"Dah ada calon belum?:

Haaa...lebih kurang itulah soalan-soalannya.Then,bila buat PhD diusia muda with lack of experience ni banyaklah tanggapan buruk orang. Nanti jadi lecturer itulah,inilah. Lagi satu, berkenaan soalan 8 dan 9 tu, kadang-kadang tak patut jugalah diorang tanya macam tu. Sebab semua tu kan ketentuan Allah. Adalah sebab kenapa seseorang itu dihantar sambung belajar diusia muda dan tak kahwin lagi...Bila orang tanya aku macam tu, aku cuma senyum...Biarlah orang nak bagi hujah itu ini, aku akan terus berdiam diri. Daripada bercakap itu ini menyebabkan orang sakit hati dan dapat dosa, lebih baik kita diam kan? (",)

No comments:

Post a Comment