While There Is Life, There Is Hope


"Every New Beginning comes from some other beginning's end"

Here I am...

Daisypath Vacation tickers

Wednesday, July 27, 2011

Demotivated

Assalamualaikum...

Sebenarnya minggu ni aku rasa demotivated sangat. Banyak benda yang membuatkan aku rasa sedih. First, of course sebab instruments problem. Di kala aku perlu untuk dapatkan result, time tu ia nak buat problem. The previous conference pun macam tu juga. Berminggu-minggu aku tak boleh buat experiment. This week, time tuan punya instrument tak ada, time tu lah problem nya. Lepas tu, terpaksa pula berebut nak guna alat dengan budak master. Rasa nak menangis pun ada. Semua orang dah pesan kat aku, priority adalah pada aku sebab alat tu untuk main research aku. Tapi tak pasal-pasal aku kena ikut time budak master tu pulak. Dia punya supervisor asyik cakap dia dah lambat nak hantar paper untuk publishing. Ingat awak sorang je ke kena hantar paper, saya pun kena hantar paper juga tau. Aku malas je nak bertekak, sebab aku lama lagi kat sini, insyaAllah. Apa-apa hal akan jumpa dia juga nanti. Nasib baik ko deal dengan orang Melayu macam aku yang baik hati, kalau dengan orang lain taktaula macammana.

Second, ramai yang dah balik Malaysia for good. Semakin hari semakin berkurang Malaysians kat Leeds ni. Lately, selalu dengar berita menggembirakan bagi kakak/abang PhD kat sini yang dah berjaya dalam viva mereka. Ya, itu satu suntikan semangat, tapi kadang-kadang mesti terfikir, boleh ke aku nak pergi sejauh itu. Bila kita rasa diri kita lemah, syaitan mula berbisik ke telinga kita untuk membuatkan kita sentiasa resah, ragu-ragu dan tidak yakin kepada diri kita sendiri.

Third, kadang-kadang bila dah terlampau sibuk, aku rasa aku semakin jauh dengan-Nya. Bila balik lambat, dah letih. Solat hanya yang wajib dibuat, yang sunat...ikut keadaan. Macam tu juga dengan membaca al-Quran. Kalau awal-awal dulu setiap lepas solat maghrib atau isyak aku baca yasin dan al-Quran, tapi bila dah penat, salah satu yang aku pilih, dan selalunya aku pilih untuk baca 1 muka surat dari al-Quran. Ya Allah, terasa jauhnya dari-Mu.

Forth, aku rindu ibu aku sangat-sangat. Aku selalu mengira hari untuk pulang ke Malaysia. Sekarang baru bulan 7, aku perlu melalui lagi 12 bulan untuk pulang ke Malaysia. Mungkin korang akan fikir aku manja sangat. Tapi kalau difikir-fikir, dari umur aku 13 tahun aku dah duduk jauh dari family aku. Semakin umur meningkat, semakin nak dekat dengan family. yelah, mak kita semakin hari semakin meningkat juga usianya. Aku sentiasa berdoa Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik untuk ibu aku dan panjangkan umurnya supaya aku dapat menjaga dia. 

Ya, banyaknya ujian yang Allah beri kepada aku ini adalah supaya aku mengingatiNya semula. Supaya aku dekat kepadaNya lagi. Supaya aku meminta pertolongan kepadaNya untuk dipermudahkan segala urusan. Terima kasih Ya Allah atas dugaan yang Engkau berikan kepadaku ini. Aku memohon dengan ujian ini, bertambah keimananku kepadaMu. Bantu hambaMu ini Ya Allah. Permudahkan segala urusanku, Amin ya Rabbalalamin...

3 comments:

  1. Aminn...Sesungguhnya kita manusia tak lari dari ujiannya. Tapi yakinlah, apa yg kita sangka kita rancang ni sebenarnya sebahagian dari perancangan Allah. Apa yg baik dan yg buruknya pasti disediakan untuk manfaat hambaNya. Apa yg penting adalah setakat mana kita bersabar menghadapinya. Bersyukurlah sebab masih ada rasa kesal dalam diri kita.Jangan sesekali kita lupa rasa kesal tu kerana ia sebahagian dari spiritual defense mechanism seorang hamba Allah. Jadi...banyakkan senyum. senyum tu kan sedekah :)

    ReplyDelete
  2. Jazakillah fareed!Semoga kita sama-sama berjaya dalam PhD kita...Pray for our success!=)

    ReplyDelete
  3. don't give up ain! aku doakan ko berjaya :) u can do it babe!!

    ReplyDelete